Anda di halaman 1dari 1

FALSAFAH IMAN , ISLAM DAN IHSAN

IMAN :

Dari sudut bahasa : Percaya kepada Allah SWT. Dengan itu, orang yang
beriman ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin). Siapa yang
percaya, maka dia dikatakan beriman.

Dari sudut bahasa : Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan


pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun
(anggota-anggota)

ISLAM :

Dari sudut bahasa : perkataan Islam berasal daripada bahasa Arab, iaitu
'salima' bererti selamat sentosa atau kedamaian. Islam juga bermaksud
menyerah diri, tunduk, patuh dan taat. Islam berbeza daripada agama lain
yang ada di muka bumi, kerana perkataan Islam tidak mempunyai hubung
kait sama ada dengan individu tertentu, golongan atau tempat tertentu.

Dari sudut istilah : Patuh dan menyerah dirl kepada Allah SWT dengan
penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan. Islam juga ialah peraturan
hidup, peraturan bersifat integral yang mengatur hidup dan kehidupan
manusia dan menjadi dasar akhlak mulia yang disampaikan oleh Nabi
Muhammad SAW.

IHSAN :

Dari segi bahasa : Berbuat baik atau tekun berbuat sesuatu

Dari segi istilah : Seseorang itu menyembah allah seolah-olah dia melihat
allah dan menyakini allah melihat dia.

Anda mungkin juga menyukai