Anda di halaman 1dari 3

SKRIP EMCEE: MAJLIS PERPISAHAN KETUA EKSEKUTIF BOB TOWER GROUP BUTTERWORTH

PENANG 2019.

SELASA, 2019, BOB TOWER LEVEL 21, BUTTERWORTH, PENANG.

8:45 – 9:15
PAGI:

KETIBAAN
TETAMU DAN
VIPS

NYANYIAN Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku.
LAGU
NEGARAKU Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.

Hadirin dipersilakan duduk.


BACAAN DOA Bagi memberkati program kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan ______________________ untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Mudah-mudahan program kita pada pagi ini akan berjalan lancar sehingga ke
penghujungnya
9:15 – 10:00AM Mencari timba si anak dara,
: Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
UCAPAN Selamat datang untuk semua.
ALUAN,
UCAPAN VIPs
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pagi yang indah penuh ceria hari Jumaat penuh bermakna kita raikan Majlis
Perpisahan sempena persaraan, YAB Encik Muhaimmin bin Harun, Ketua
Eksekutif BoB Tower Group, Butterworth, Penang.

Yang dirai, Encik Muhaimin bin Harun, Ketua Eksekutif BoB Tower Group,
Yang dihormati, En. Thilagai a/l Sidhu , Pengerusi Badan Organisasi Happy
Home, dan yang dihormati para hadirin sekalian.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti Encik Muhaimin
sepanjang perkhidmatan beliau sebagai KE BoB Tower Group sejak 2011.
Tiada kata yang dapat mengungkapkan kesungguhan beliau dalam menabur
jasa dan bakti beliau dalam gagasan Bob Tower Group.

Hadirin hadirat sekalian, tanpa melengahkan masa ,majlis ingin menjemput,


En Thilagai a/l Sidhu, Pengerusi Badan Organisasi Happy Home untuk memberi
sepatah dua kata- dipersilakan.

____ UCAPAN_____

Terima kasih diucapkan kepada Encik Thilagai atas ucapan sebentar tadi yang
begitu bermakna. Saya percaya bahawa En Muhaimin selaku KE Bob Tower
Group , telah memberi seribu satu memori sepanjang perkhidmatan beliau.
Ribuan terima kasih dan Syabas diucapkan kpd En Muhaimin.

Seterusnya majlis ingin menjemput , yang dirai En Muhaimin bin Harun untuk
menyampaikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

--------------UCAPAN--------

Terima kasih En Muhaimin atas ucapan itu tadi. Sesungguhnya akan kami ingat
segala amanat yang dititipkan sebentar itu tadi.

10 am- 10:30 Kini majlis diteruskan lagi dengan acara pemberian cenderahati dari pihak
Organisasi Happy Home.
ACARA
PEMBERIAN Majlis dengan berbesar hati menjemput yang dihormati , En Thilagai a/l Sidhu
CENDERAHATI selaku pengerusi Happy Home untuk memberikan cenderahati kepada En
Muhaimin Harun, KE Bob Tower Group.

Dengan segala hormatnya dipersilakan ke pentas.

10:30am - -------BAGI HADIAH-------


10:50am
Jutaan terima kasih diucapkan kepada En Thilagai a/l Sidhu atas pemberian
TAYANGAN cenderahati itu tadi.
VIDEO HAFI
Hadirin dan hadirat sekalian, sekarang marilah sama-sama kita menyaksikan
tayangan video istimewa yang telah disediakan oleh En Mohd Hafi, selaku
Ketua Pemasaran dan Media Happy Home untuk tatapan kita semua sebagai
satu memori untuk dikenang, sepanjang perkhidmatan En Muhaimin sebagai
KE Bob Tower Group.

Dipersilakan En Mohd Hafi untuk meneruskan majlis dgn tayangan video..

*TAYANGAN VIDEO*

Terima kasih diucapkan kpd En Hafi atas tayangan video sebentar tadi.
10:55am – Bagi meraikan En Muhaimin, kami telah menyediakan satu persembahan yg
11:00am cukup istimewa, dari Jabatan Promosi dan Media.

ANDRE and Dijemput Kumpulan Promosi dan Media, yg diketuai oleh Andre Nam untuk
gang NYANYI menyampaikan persembahan istimewa buat para hadirin.

----------perform---------

BERIKAN TEPUKAN GEMURUHHH (whatever I just spontan)

11:00 –
11:15am Dengan berakhirnya, persembahan oleh Andre and Team itu tadi, maka acara
Majlis Perpisahan pada hari ini juga telah pun berakhir di sini.
PENUTUP
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kehadiran yg dihormati,
En Thilagai a/l Sidhu , selaku Pengerusi Badan Organisasi Happy Home, dan yg
di rai En Muhaimmin bin Harun Ketua Eksekutif Bob Tower Group ke majlis
yang dianjurkan oleh team Media dan Promosi Happy Home.Org ini.

Kalau ada sumur di ladang


Bolehlah saya menumpang mandi
Kalua ada umur yang Panjang
Bolehlah kita berjumpa lagi.

Selamat Maju Jaya diucapkan kpd En Muhaimin bin Harun.

Assalamulaikum wrt. DAN Salam sejahtera.

11:30 AM BERSURAI AND JAMUAN RINGAN.

Anda mungkin juga menyukai