Anda di halaman 1dari 16

KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA

PENGAJIAN MALAYSIA

MPU2162 1 2022/2023

GROUP MEMBER:

NAME NUMBER ID
AHMAD NAHDAN BIN KASYFUN NAZIR BMF21-01-012
WAN MUHAMMAD ATIQULLAH BIN WAN MOHD SUKRI BMF21-07-011
MUHAMMAD SHAFIQ HAKIM BIN MUHAMAD KHARANI BMF21-07-019
MUHAMMAD SYAHMI BIN MUHAMMAD ZULHELMI BMF21-07-020

LECTURER NAME:

JARIAH BINTI JAAFAR

DATE OF SUBMISSION:

11 JUNE 2023

1
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN ............................................................................................................................... 3
MINAGKABAU ............................................................................................................................... 3
Pergerakan Masyarakat Minangkabau ke Malaysia....................................................................... 4
ADAT PERPATIH ........................................................................................................................... 8
Aspek-aspek dalam Adat Perpatih ............................................................................................ 9
ADAT TEMENGGUNG ................................................................................................................ 11
Aspek-aspek dalam adat Temenggung .................................................................................. 12
CABARAN DALAM PELAKSANAAN PROJEK ...................................................................... 13
KEPENTINGAN KAJIAN ............................................................................................................ 14
KESIMPULAN .............................................................................................................................. 14
LAMPIRAN ................................................................................................................................... 15

2
PENGENALAN

MINANGKABAU
Sejarah Minangkabau melibatkan perkembangan dan perjalanan masyarakat Minangkabau,
sebuah suku bangsa yang berasal dari wilayah Minangkabau di Sumatera Barat, Indonesia.
Suku bangsa ini memiliki kebudayaan yang kaya dan memiliki sistem matrilineal unik, di mana
garis keturunan dan warisan diikuti melalui jalur ibu.

Sebelum abad ke-7 Masehi, wilayah Minangkabau dihuni oleh masyarakat pribumi yang hidup
sebagai petani dan penggembala. Pada abad ke-7 Masehi, agama Islam masuk ke wilayah
ini melalui pedagang Arab, dan seiring waktu, agama ini mengakar kuat di kalangan
masyarakat Minangkabau.

Pada abad ke-14 Masehi, Kerajaan Minangkabau mulai muncul di wilayah ini. Salah satu
kerajaan yang terkenal adalah Kerajaan Pagaruyung, yang menjadi pusat kekuasaan dan
pemerintahan Minangkabau. Kerajaan ini dikenal dengan adat istiadat yang kuat dan sistem
pemerintahan yang terorganisir dengan baik.

Selama abad ke-16 hingga ke-18, Minangkabau menjadi pusat kebudayaan dan perdagangan
di wilayah Nusantara. Masyarakat Minangkabau mengembangkan hubungan dagang yang
luas dengan pedagang dari negara-negara seperti India, Tiongkok, dan Arab. Mereka terkenal
sebagai pedagang yang terampil dan memiliki jaringan perdagangan yang meluas.

Selama masa kolonialisme Belanda di Indonesia, Minangkabau berhasil mempertahankan


otonomi mereka dalam struktur administratif kolonial. Mereka juga terlibat dalam perjuangan
melawan penjajah, seperti Perang Padri yang terjadi antara tahun 1803-1837. Meskipun
Belanda berhasil menguasai wilayah Minangkabau pada akhirnya, namun semangat
perlawanan dan semangat kebangsaan tetap ada di kalangan masyarakat Minangkabau.

Setelah kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945, masyarakat Minangkabau terlibat aktif
dalam membangun negara. Banyak tokoh Minangkabau yang berperan penting dalam politik,
pemerintahan, seni, dan budaya nasional. Masyarakat Minangkabau juga terkenal dengan
semangatnya yang kuat dalam mencari ilmu dan berprestasi di berbagai bidang.

3
Hingga saat ini, budaya dan adat istiadat Minangkabau tetap terjaga dan dihormati. Sistem
matrilineal yang unik, di mana perempuan memiliki peran penting dalam warisan dan
kepemimpinan keluarga, terus diteruskan dan menjadi identitas khas masyarakat
Minangkabau. Pariwisata juga menjadi salah satu sektor penting di wilayah ini, dengan objek
wisata seperti Istana Pagaruyung, Danau Maninjau, dan Ngarai Sianok yang menarik banyak
pengunjung dari dalam maupun luar negeri.

Pergerakan Masyarakat Minangkabau ke Malaysia


Jika diselidik orang Minangkabau tergolong di antara etnik yang banyak melakukan
pergerakan. Pergerakan bermaksud berlakunya perpindahan atau penghijrahan. Tidak kira
sama ada secara paksa atau secara semula jadi. Pergerakan ini berkait rapat dengan konsep
budaya yang dibawa oleh orang Minangkabau iaitu konsep ‘merantau’. Konsep ini pada
awalnya bukanlah satu budaya yang diterapkan atau diwajibkan. Tetapi ianya lebih kepada
perbuatan melarikan diri pada awalnya. Makna ‘merantau’ di sini ialah berjalan, belayar atau
mengembara mencari penghidupan dan lain – lain. Mengapa pada awalnya dikatakan
melarikan diri adalah kerana berlakunya huru – hara di Minangkabau. Huru – hara ini juga
menjadi faktor pendorong berlakunya budaya merantau. Tetapi lama kelamaan merantau
telah dijadikan budaya oleh kerana ramai yang bergerak keluar daripada Minangkabau.
Perbuatan merantau juga lama kelamaan bukan lagi disebabkan melarikan diri tetapi juga
atas faktor ekonomi. Mereka merantau dengan melihat potensi ekonomi yang boleh didapati
di tempat mereka tinggal kemudian hari. Fenomena sosial ini terus mengalir dalam darah
daging masyarakat Minangkabau sehingga wujudnya penempatan Minangkabau di Negeri
Sembilan.

Menurut pengkaji – pengkaji yang mengkaji sejarah Minangkabau tiada tarikh mahupun tahun
yang tepat mengenai penghijrahan Minangkabau ke Negeri Sembilan. Hanya catatan –
catatan kecil yang menyatakan mengenai kedatangan orang Minangkabau ke Negeri
Sembilan. Kedatangan orang Minangkabau pada awalnya adalah melalui Siak yang dikatakan
berlaku pada abad ke – 12. Pergerakan ini merupakan pergerakan terawal yang mempunyai
catatan mengenai orang Minangkabau ke Negeri Sembilan. Tetapi di Siak orang Minangkabau
hanya bersifat sementara dan mereka tidak membina sebarang penempatan di situ. Hal ini
bertepatan dengan teori yang dikemukakan oleh Norhalim Ibrahim mengenai dua tahap orang
Minangkabau yang berhijrah. Beliau mengatakan tahap pertama, orang Minangkabau
bergerak dalam lingkungan abad ke – 12 sehingga abad ke – 15. Tahap pertama ini berhijrah
tetapi hanya bersifat sementara. Bagi membuktikan perkara ini, penghijrahan orang

4
Minangkabau sebenarnya mempunyai lima gelombang. Gelombang pertama ada
menceritakan mengenai penghijrahan orang Minangkabau yang terawal.

Gelombang pertama membawa satu rombongan yang diketuai oleh Datok Raja dengan
isterinya (Tuo Sari). Tiada sebarang catatan yang mengesahkan mengenai asal usul Datok
Raja dan isterinya. Namun, apa yang pasti mereka ini adalah rombongan terawal yang datang
daripada Minangkabau. Sebelum mereka ke Negeri Sembilan, mereka dikatakan telah
singgah terlebih dahulu di Siak. Bermakna di sini, benarlah pendudukan pertama di Siak tetapi
ianya hanya singgah ataupun bersifat sementara. Perjalanan mereka diteruskan dengan
melalui Selat Melaka kemudiannya Johor. Selepas melalui Johor, mereka memasuk Naning
dan Rembau. Mereka menetap di situ tempat yang bernama Londar Naga atau namanya
sekarang Kampung Galau. Kebanyakan rujukan atau kajian mengenai penghijrahan terawal
orang Minangkabau akan dikaitkan dengan Kesultanan Melayu Melaka. Hal ini kerana,
berkemungkinan jumlah penghijrahan orang Minangkabau antara abad ke – 15 hingga ke –
16 lebih ketara. Namun begitu, tidak bermakna penghijrahan sebelumnya tidak diambil kira.
Ianya kerana perlunya mencari pencetus kepada berlakunya penghijrahan orang
Minangkabau. Kebenaran mengenai gelombang pertama sememangnya mencetuskan sedikit
kemusykilan tetapi catatan ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Gelombang pertama tidak terhenti disitu sahaja apabila berlakuya gelombang kedua
perpindahan orang Minangkabau ke Negeri Sembilan. Perpindahan ini turut dipimpin oleh
seseorang daripada keluarga Datok Bandaro Penghulu Alam dari Sungai Tarab. Gelombang
kedua ini berlakunya perpindahan orang Minangkabau daripada kelompok Luhak Tanah
Datar. Rombongan ini telah menetap di sebuah tempat yang terkenal dengan Kampung Seri
Layang.

Seterusnya gelombang ketiga muncul dan dapat dikenalpasti asal usul mereka. Gelombang
ketiga ini dikatakan datangnya daripada Batusangkar. Gelombang ketiga ini melihatkan
penghijrahan yang melibatkan keluarga Datuk Makudum Sati di Sumanik. Penghijrahan ini
kemudiannya disertai oleh dua orang bersaudara iaitu Sutan Sumanik dan Johan Kebesaran.
Rombongan ketiga seperti juga rombongan pertama mereka singgah ke Siak terlebih dahulu.
Meneruskan perjalanan mereka dengan melalui Melaka dan Rembau. Gelombang ini akhirnya
membuka satu perkampungan yang bernama Tanjung Alam. Nama Tanjung Alam

5
kemudiannya berganti kepada Gunung Pasir daerah yang dikatakan merupakan antara
wilayah Negeri Sembilan terawal.

Rombongan keempat atau gelombang keempat pula dikatakan datang daripada


Payakumbuh. Paya Kumbuh merupakan antara salah satu tempat asal usul orang
Minangkabau. Rombongan ini turut diketuai oleh Datuk iaitu Datuk Putih. Rombongan ini
menempatkan diri mereka di perkampungan Sutan Sumanik yang sudah berhijrah pada
gelombang ketiga. Datuk Putih merupakan seorang pawang atau bomoh yang terkenal
dengan ilmu kebatinannya. Nama Seri Menanti tempat yang menjadi bandar DiRaja Negeri
Sembilan sekarang adalah hasil daripada buah fikirannya.

Gelombang selanjutnya boleh dikatakan sebagai gelombang terakhir sebelum berlakunya


kembali penghijrahan orang Minangkabau. Rombongan ini datang daripada puak Luhak
Limapuluh Kota. Mereka ini berasal daripada Batuhampar dan pengikut – pengikutnya tidak
terdiri daripada orang Batuhampar sahaja. Ianya diketuai oleh Datuk Lelo Bolang asalnya
Batuhampar itu sendiri. rombongan ini turut dikatakan tidak bergabung dengan saudaranya,
malahan mereka membuka pemukiman sendiri di Kampung Tigo Nenek. Datuk Lelo Bolang
dan pengikutnya disebutkan sebagai orang Minang pertama yang tiba di Negeri Sembilan dan
menetap di Rembau sekitar tahun 1467.

Berdasarkan gelombang kedatangan orang Minangkabau yagn telah dijelaskan di atas


terdapat percanggahan fakta mengenai tarikh atau tahun sebenar. Penjelasan awal telah
diberikan dimana sememangnya tiada sebarang bukti mahupun fakta yang mampu
memberikan tahun atau tarikh sebenar kedatangan orang Minangkabau ke Negeri Sembilan.
Namun, catatan paling awal adalah abad ke – 12 yang mana pendapatnya datang daripada
kebanyakan pengkaji. Kekurangan data – data mengenai penghijrahan orang Minangkabau
menyukarkan lagi proses mencari tarikh sebenar. Hanya maklumat yang lebih jelas mengenai
penghijrahan orang Minangkabau diperolehi semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Bukan sahaja daripada catatan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka tetapi juga catatan
daripada penjajah seperti Portugis dan Belanda. Semasa zaman ini lebih jelas keterlihatan
penghijrahan orang Minangkabau bukan sahaja ke Negeri Sembilan tetapi juga Melaka.
Gelombang – gelombang tadi telah menjadi bukti berlakunya penhijrahan orang Minangkabau
seawal abad ke – 12 dan 13. Gelombang ini juga boleh dikatakan sebagai pemangkin kepada

6
penghijrahan orang Minangkabau seterusnya. Di mana penghijrahan selepas ini adalah lebih
bersifat besar – besaran.

Teori kedatangan orang Minangkabau pada abad ke – 12 turut disokong oleh T.J. Newbold.
Cuma versi untuk T.J. Newbold adalah berlainan dengan versi yang menceritakan mengenai
lima gelombang kedatangan orang Minangkabau ke Negeri Sembilan. Jika mengikut versi
lima gelombang, rombongan pertama yang mendarat di Tanah Melayu telah singgah ke Siak
terlebih dahulu sebelum membuka penempatan di Negeri Sembilan. Versi T.J. Newbold pula
mengatakan kumpulan pertama yang datang ke Tanah Melayu telah melalui Sungai Melaka.
Menurut D.G.E Hall, penghijrah pada abad ke – 12 ini terdiri daripada “pelarian” dalam sistem
sosial orang Minangkabau. Kumpulan ini diketuai oleh Tu Pattair yang kemudian membawa
kumpulan ini tiba ke satu tempat dipanggil Tabo (Tabuh Naning). Tu Pattair kemudiannya telah
berkahwin dengan masyarakat setempat iaitu gadis Jakun orang Asli Negeri Sembilan.
Perkahwinan itu membawa kepada pembukaan pertama perkampungan orang Minangkabau
di Negeri Sembilan.

Tahun yang sering dikatakan oleh pengkaji mengenai kedatangan orang Minangkabau ke
Negeri Sembilan adalah pada ketika munculnya Kesultanan Melayu Melaka. Teori ini
merupakan antara teori yang paling banyak dimunculkan dalam idea – idea pengkaji sejarah.
Tambahan pula, dengan bukti – bukti yang didapati lebih menunjukkan berlakunya
penghijrahan dalam abad ke – 14 sehingga ke – 15. Buyong Adil menegaskan bahawa
berlakunya penghijrahan pada abad ke – 15 berdasarkan bukti yang dijumpai olehnya.
Sebuah Makam di Sungai Udang, Linggi milik Sheikh Ahmad. Makam tersebut dikatakan milik
orang Minangkabau kerana bentuk dan tulisan pada batu nisan di makam tersebut sama
dengan batu bersurat di Batusangkar dan Pagar Ruyong di Sumatera. Sheikh Ahmad telah
dikatakan menjadi perintis kepada penghijrahan orang Minangkabau ke Negeri Sembilan
dengan melalui Melaka. Tahun pada batu nisan tersebut turut mengesahkan bahawa
berlakunya penghijrahan orang Minangkabau ke Negeri Sembilan. Tahun 1467 tertera di batu
nisan tahun kematiannya yang turut merupakan ketika itu era pemerintahan Sultan Mansur
Shah di Melaka. Nama pada Sheikh Ahmad ada menimbulkan sedikit keraguan mengenai
asal usulnya. Hal ini disebabkan nama “Sheikh” sepatutnya berketurunan Arab. Tetapi melihat
kepada tahun kematiannya Sheikh Ahmad telah tiba ke Negeri Sembilan sebelum tahun 1467
lagi.

7
Teori Buyong Adil mengatakan orang Minangkabau datang semasa Kesultanan Melayu
Melaka berbeza pula dengan teori Khoo Kay Kim. Khoo Kay Kim berpendapat orang
Minangkabau telah berhijrah lebih awal daripada apa yang diperkatakan oleh Buyong Adil.
Orang Minangkabau melakukan penghijrahan sejak awal kemunculan Kesultanan Melayu
Melaka lagi. Pembukaan Kota Melaka menyaksikan terjadinya penghijrahan orang
Minangkabau ke Negeri Sembilan. Penghijrahan semasa kemunculan Kesultanan Melayu
Melaka dikatakan berlaku secara berperingkat – peringkat. Ianya seperti gelombang yang
dijelaskan tadi. Laluan yang digunakan oleh mereka adalah melalui Sungai Linggi dan juga
anak – anak sungai lain di persisiran Selat Melaka. Hal ini dapat dibuktikan dengan mengambil
keterangan daripada Alfonso De Albuquerque. Penguasa Portugis ini telah megesahkan
bahawa terdapatnya orang Minang di pelabuhan Melaka. Hal ini bermakna, orang
Minangkabau sudah ada di Melaka sebelum Portugis menjajah Melaka pada tahun 1511.

R.J. Wilkinson turut mempunyai pendapatnya yang tersendiri apabila mengutarakan teori
kedatangan orang Minangkabau ke Negeri Sembilan adalah selepas kejatuhan Kesultanan
Melayu Melaka. Dalam beberapa tahun selepas 1511 barulah berlakunya penghijrahan orang
Minangkabau menurut R.J. Wilkinson. Pendapat ini juga dipersetujui oleh J.M. Gullick dan
R.O. Winstedt yang mana dua orang ini antara pengkaji yang banyak mengkaji mengenai
sejarah Negeri Sembilan.

ADAT PERPATIH
Adat Pepatih adalah sistem pemerintahan adat yang unik dan istimewa yang berkembang
dalam masyarakat Minangkabau di Sumatera Barat, Indonesia. Sistem ini didasarkan pada
warisan budaya matrilineal, di mana penurunan harta dan kedudukan dilakukan melalui garis
keturunan ibu. Tujuan utama Adat Pepatih adalah menjaga keharmonian dan keseimbangan
antara individu, keluarga, dan masyarakat secara keseluruhan.

Sejak zaman dahulu, Adat Pepatih telah menjadi bagian integral dari masyarakat
Minangkabau, dan hingga kini, adat ini tetap dijaga dan dijalankan. Tradisi ini umumnya
dilakukan di Nagari (kampung) di berbagai daerah di Provinsi Sumatera Barat. Tokoh
terhormat yang dikenal sebagai "Pemangku Adat" atau "Pemangku Adat Pepatih" memainkan
peran penting dalam sistem Adat Pepatih. Mereka adalah pemimpin adat yang sangat
dihormati dan dipercaya oleh masyarakat untuk menjalankan pemerintahan adat,
memfasilitasi musyawarah, dan menyelesaikan konflik.

8
Pengambilan keputusan dalam Adat Pepatih didasarkan pada prinsip musyawarah
(mesyuarat) untuk mencapai muafakat (kata sepakat). Setiap anggota keluarga yang
memenuhi syarat memiliki hak suara dalam musyawarah. Prinsip keadilan, kesamarataan,
dan hak yang sama menjadi dasar yang kuat dalam sistem ini. Dalam musyawarah, masalah-
masalah penting dibahas secara menyeluruh, dan keputusan bersama dicapai. Pemangku
Adat Pepatih memainkan peranan penting dalam memimpin musyawarah dan membimbing
para peserta menuju kesepakatan bersama.

Selain itu, Adat Pepatih juga menekankan persaudaraan perempuan dan pengurusan warisan
keluarga. Dalam sistem matrilineal, garis keturunan keluarga diturunkan melalui ibu. Dengan
demikian, perempuan memiliki peranan utama dalam keluarga dan masyarakat Minangkabau.
Pemimpin perempuan, yang dikenal sebagai "Niniak Mamak," juga memiliki pengaruh yang
penting dalam pengambilan keputusan dan pemerintahan adat.

Adat Pepatih merupakan warisan budaya yang penting bagi masyarakat Minangkabau. Adat
ini tidak hanya menjaga identitas budaya mereka, tetapi juga mendorong prinsip kesetaraan
dan keadilan dalam pengambilan keputusan. Adat Pepatih terus menjadi bahagian terpenting
dalam kehidupan masyarakat Minangkabau, mereka juga boleh menyesuaikan diri dengan
perkembangan zaman. Adat Pepatih menjadi bukti kekayaan budaya dan semangat yang
terus hidup dalam masyarakat Minangkabau.

Aspek-aspek dalam Adat Perpatih


Dalam Adat Perpatih kaum wanita mempunyai kedudukan dalam masyarakat

 Kaum wanita mempunyai hak dan keutaman dalam mewarisi harta


 Nasab keturunan juga dikira melalui suku ibu
 Anak perempuan menjadi asas dalam wujudnya suku.

Aspek Perkahwinan dan kekeluargaan:

Dalam Adat Perpatih suami dikenali sebgai orang Semenda

 bertanggungjawab menyediakan kediaman untuk isteri dan anak-anaknya

9
 tempat kediaman atau rumah kemudiannya menjadi hak isteri.
 Dalam Adat Perpatih perkahwinan melibatkan berlainan suku kerana dianggap
bersaudara.

Aspek Pemerintahan dan Pentadbiran :

Adat Perpatih bersifat demokrasi :

 kuasa dibahagi dari bawah ke atas – Perut, Buapak, Lembaga dan Undang.
 Pemilihan ketua dilakukan dengan persetujuan ketua yang berada di setiap peringkat
 Perut akan memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang
dan Undang memilih Yang Di Pertuan Besar.

Aspek pelaksanaan undang-undang dan jenayah:

Dalam Adat Perpatih undang-undang jenayah lebih bersifat pemulihan untuk menyedarkan
masyarakat

 kesalahan yang dilakukan boleh ditebus dengan membayar ganti rugi


 ganti rugi mengikut tahap seperti seorang yang dicederakan akan dibayar dengan
ayam atau kambing, mangsa kecurian akan memperolehi kembali gantian barang-
barangnya dan pembunuh akan menanggung kehidupan keluarga mangsa.
 Yang Dipertuan Besar atau Undang sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman bunuh

Aspek Pembahagian Harta:

Dalam Adat Perpatih Harta Milik Keluarga :

 Pembahagian harta pusaka diwarisi daripada ibu kepada anak perempuan yang
menjadi asas wujudnya suku.
 Harta pusaka turun temurun adalah kepunyaan suku.
 Harta carian : harta yang diperoleh oleh pasangan sepanjang perkongsian hidup. Jika
berlaku perceraian harta dibahagi dua.
 Harta dapatan : harta seia ada pada isteri sebelum berkahwin. Jika berlaku perceraian,
harta kekal di tangan isteri.

10
 Harta pembawaan : harta yang dimiliki oleh suami sebelum berkahwin, bekas isteri
tidak boleh menuntut hartanya.

ADAT TEMENGGUNG
Adat Temengggung merupakan amalan kebiasaan yang telah dilakukan oleh masyarakat
Minangkabau yang berasal dari Sumatera Barat sejak dahulu lagi. Adat ini mula diamalkan
oleh masyarakat Sumatera Barat bagi melaksanakan sistem pemerintahan, ekonomi dan
sosial masyarakat setempat. Adat ini kemudian mula diamalkan di sebahagian kawasan yang
berdekatan dengan Sumatera barat termasuklah negara Malaysia. Hal ini kerana, golongan
lelaki dari kaum Minangkabau mula merantau di kawasan sekitar pada umur seawal 7 tahun.
Golongan lelaki Minangkabau merantau untuk menjalankan aktiviti perniagaan dan mencari
ilmu-ilmu baru untuk meneruskan kelansungan hidup mereka dan keluarga.

Adat Temenggung mula diperkenalkan di Malaysia oleh datuk Ketemenggungan iaitu abang
kepada Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari Sumatera barat pada abad ke-15
Masihi. Pada awalnya, adat Temenggung mula diperkenalkan di Melaka. Ianya mula
diterapkan dalam kehidupan masyarakat Melayu di negara dari segi aspek pemerintahan,
sosial dan ekonomi. Kebanyakkan negeri di Malaysia mengamalkan adat Temenggung
kecuali Negeri Sembilan sahaja yang mengamalkan adat Perpatih. Adat Temenggung banyak
dipraktikkan di seluruh negeri kerana adat tersebut tiada unsur percanggahan dari segi syariat
Islam dan ianya berlandaskan Mazhab imam Shafi’e. Dalam agama Islam, lelaki memainkan
peranan yang lebih penting dalam hubungan kekeluargaan kerana mereka merupakan ketua
bagi sebuah keluarga. Oleh itu, anak lelaki mewarisi harta pusaka yang lebih banyak
berbanding anak perempuan.

Pada peringkat awal, pengaruh adat masyarakat di tanah Melayu ialah kepercayaan Hindu
yang dikenali sebagai undang-undang Manu.Oleh itu, istilah adat perpatih tidak wujud di
dalam kalangan penduduk di negeri-negeri Melayu pada awalnya. Apabila Islam mula
tersebar luas di seluruh Nusantara, penduduk melayu mula meninggalkan adat tersebut dan
mula mengamalkan adat Temenggung. Antara contoh adat yang diamalkan di setiap negeri
ialah, Undang-undang Kedah, Undang-undang Johor, Undang-undang Melaka, Undang-
undang Pahang dan Undang-undang Perak. Selain itu, terdapat juga adat pertabalan raja,
adat perkahwinan dan sebagainya yang diamalkan oleh sebahagian masyarakat di Tanah
Melayu. Walauoun begitu, Adat Temenggung dan Adat perpatih boleh dibezakan dari segi

11
aspek Pentadbiran dan Pemerintahan, Kekeluargaan dan Perkahwinan, Pembahagian Harta,
dan Pelaksanaan Undang-undang Jenayah.

Aspek-aspek dalam adat Temenggung


Aspek Pemerintahan dan Pentadbiran

 Adat Temenggung menggunakan sistem Autokrasi, yang mana sistem ini menjadikan
raja atau sultan sebagai seorang yang berkuasa Mutlak.
 Adat ini lebih mementingkan kedudukan dan kekuasaan seseorang pemerintah seperti
raja atau sultan.
 Susunan dalam sistem pemerintahan juga berbeza dengan adat perpatih iaitu raja
atau sultan, kerabat diraja, pembesar-pembesar negeri yang mempunyai jawatan
tertentu dan pembesar wilayah atau jajahan. Lapisan paling bawah di dalam struktur
pemerintahan ialah ketua kampung.
 Sekiranya berlaku kemangkatan seorang raja, maka takhta pemerintahan akan
diturunkan kepada putera lelakinya yang dikenali sebagai Raja Muda. Sekiranya raja
tersebut tiada putera lelaki, maka pemerintahan tersebut akan dilepaskan kepada adik
lelakinya. Jika kedua-duanya tiada barulah berlaku perbincangan dan permuafakatan
antara sultan dengan pembesarnya.

Aspek Perkahwinan dan kekeluargaan

 Dalam aspek kekeluargaan, adat Temenggung bersifat patrilineal iaitu kaum lelaki
memainkan peranan yang lebih penting dalam sesebuah kekeluargaan. Ini kerana,
golongan lelaki dianggap sebagai penerus bagi keturunan keluarga. Hal ini sejajar
dengan hukum syarak di mana Islam menetapkan lelaki sebagai seorang ketua
keluarga.
 Adat ini membenarkan para lelaki untuk mengahwini sesiapa sahaja kecuali orang
mempunyai pertalian darah. Setelah berkahwin, isteri akan tinggal bersama keluarga
suaminya.

12
Aspek Pembahagian Harta

 Untuk mematuhi shariah Islam iaitu pembahagian, adat Temenggung memberikan hak
pewarisan harta yang lebih besar kepada lelaki berbanding golongan perempuan. Hal
ini kerana, lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menjaga keluarga.
 Di dalam adat Temenggung, suami perlu membahagikan hartanya kepada isteri yang
telah diceraikan seperti yang telah ditetapkan oleh syarak. Sekiranya suami
meninggal, isteri akan mendaat harta sepencarian iaitu harta yang yang dikumpul
bersama semasa hidup. Sekiranya tidak bekerja, maka isteri akan mendapat 1/3
sahaja daripada harta sepencarian tersebut.

Aspek pelaksanaan undang-undang dan jenayah

 Pelaksanaan undang-undang dalam adat Temenggung lebih keras berbanding adat


Perpatih. Ini kerana ianya mengamalkan konsep pembalasan terhadap seseorang
yang melakukan kesalahan. Oleh itu, hukuman jenayah perlu diajalankan dengan lebih
tegas agar dapat memberi iktibar kepada orang lain.
 Hukuman yang paling berat ialah hukuman bunuh akan dilaksanakan sekiranya
terlibat dengan pembunuhan, menfitnah, mencuru atau mengingkar arahan raja.
 Kuasa untuk menghukum hanya tertakluk kepada Sultan dan para pembesar sahaja
dan berdasarkan bukti yang kukuh untuk menentuk seseorang itu bersalah.

CABARAN DALAM PELAKSANAAN PROJEK


Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi semasa menjalankan projek ini:

1. Menghadapi masalah dalam mendapatkan maklumat secara berhadapan atau


berjumpa dengan orang yang terlibat dengan etnik Minangkabau.
2. Kos yang tinggi jika membuat kajian di Negeri Sembilan.
3. Setiap ahli mempunyai kekangan masa dan tidak dapat menepati seperti yang
dirancang pada awal perbincangan.

13
KEPENTINGAN KAJIAN
Terdapat beberapa kepentingan semasa menjalankan projek ini:

1. Memahami Budaya dan Warisan: Kajian kepelbagaian kaum membolehkan kita


memahami budaya, tradisi, dan warisan setiap kaum dengan lebih mendalam. Ia
membuka pintu kepada pengetahuan tentang bahasa, adat resam, seni, makanan,
dan kepercayaan yang dianuti oleh setiap etnik. Ini membantu memelihara,
menghargai, dan mempromosikan keanekaragaman budaya yang merupakan aset
penting dalam sebuah negara.

2. Merangsang Toleransi dan Penghormatan: Melalui kajian kepelbagaian kaum, kita


dapat mempelajari tentang persamaan dan perbezaan antara etnik. Ini merangsang
sikap toleransi dan penghormatan terhadap kepercayaan, adat resam, dan tradisi
orang lain. Pengetahuan ini membantu memupuk hubungan harmoni antara
masyarakat berbilang kaum dan meminimumkan konflik yang mungkin timbul akibat
ketidakfahaman.

3. Membina Identiti Kebangsaan: Malaysia dikenali sebagai sebuah negara berbilang


kaum, dan kajian kepelbagaian kaum membantu membangun dan memperkukuhkan
identiti kebangsaan. Dengan memahami sejarah, perkembangan, dan sumbangan
masing-masing etnik terhadap negara, kita dapat memupuk semangat kesetiaan
kepada negara dan rasa keterikatan sebagai warganegara Malaysia.

KESIMPULAN

Masyarakat Minangkabau sangat terkenal dengan dengan 2 adat mereka iaitu Adat Perpatih
dan Adat Temenggung. Adat Temenggung telah diamalkan di seluruh semenanjung Malaysia
dan adat tersebut berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Adat perpatih juga sangat istimewa
dengan nasab keturunan ibu. Walaupun kita berbeza dari segi kaum dan agama, tetapi kita
mesti mengormati pendapat, adat dan agama yang diamalkan oleh kaum yang lain.Sebagai
orang Islam kita mestilah merujuk satu ayat Al-Quran dari Surah Al-Kafirun, ayat 6, (Bagimu
agamamu, dan bagiku agamaku). Kepelbagaian bangsa dan agama di Malaysia mencorakkan
lagi suasana yang unik di dalam negara. Dengan adanya kepelbagain kaum, kita dapat belajar
dan bertukar pendapat mengenai keistimewaan kaum-kaum yang lain serta mengeratkan lagi
hubungan dan membina perpaduan di dalam Negara.

14
LAMPIRAN

15
16

Anda mungkin juga menyukai