Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA CERAMAH PENCEGAHAN JENAYAH

SEKOLAH KEBANGSAAN MEMBULU


TAHUN 2023

1.0 PENDAHULUAN

Untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang, kita perlu melahirkan kendiri
pelajar yang berkualiti. Kendiri pelajar sangat penting untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan social. Salah satu langkah awal adalah dengan mendedahkan
pelajar sekolah dengan pendidikan jenayah. Bagi pelajar yang mempunyai masalah disiplin di sekolah
seperti merokok, gengsterism, berpasang-pasangan, melepak, tidak menghormati guru dan pelbagai
masalah disiplin lain, perlulah dibimbing agar masalah disiplin di sekolah dapat diminimumkan.
Sehubungan itu, kecemerlangan kendiri individu amat penting bagi melahirkan pelajar yang
berwibawa, bertanggungjawab dan berkepimpinan.

2.0 MATLAMAT

Dapat memberi pendedahan kepada semua pelajar tentang pendidikan jenayah untuk meningkatkan
disiplin diri pelajar dan menjadi teladan kepada semua pelajar.

3.0 OBJEKTIF
1. Dapat membangunkan sahsiah pelajar.
2. Dapat memberikan kesedaran dan rasa tanggungjawab.
3. Dapat menanamkan nilai-nilai patriotism dalam diri pelajar.
4. Dapat memberi kesedaran bahawa mencegah lebih baik daripada memerangi.

4.0 PELAJAR YANG TERLIBAT

Semua pelajar tahun 4, 5 dan 6 SK Membulu.

4.0 TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : 14 Disember 2023

Tempat : Dewan Serasi

Masa : 8.30 pagi – 11.00 pagi


5.0 JAWATANKUASA

Pengerusi : En. Faizal @ Palanius Michael (Guru Besar)


Timb Pengerusi : Pn Lusabit Salup (PK HEM)
Penyelaras Program : En. Mohd Hafizuddin Wahidin
Setiausaha : Pn Siti Zurainiwati Abd Kadir
Pengacara : Pn Siti Faezah Abd Latiff
Banner / Tempat : En Rechard Jitor

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

7.0 PENUTUP

Sokongan semua amat dihargai. Diharap, program ini dapat berjalan dengan lancar. Secara tidak
langsung, program ini dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah dan dapat melahirkan pelajar
berdisiplin, berwibawa, bertanggungjawab dan amanah. Kerjasama semua pihak amat diperlukan
bagi mendidik dan melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(Siti Zurainiwati Abd Kadir) (Faizal @ Palanius Michael)


Setiausaha Unit Disiplin Guru Besar
SK Membulu SK Membulu

Anda mungkin juga menyukai