Anda di halaman 1dari 12

HELAIAN PENERANGAN

(Information Sheet)

NAMA KURSUS JAHITAN PAKAIAN DAN FESYEN

TAJUK MODUL 13 MEMBUAT SELUAR SLEK

TAJUK SUB MODUL 13.02 MENJAHIT SELUAR

T5 TEKNIK MENJAHIT DAN MENCANTUM FABRIK


TAJUK TEORI
T6 TEKNIK MENJAHIT AKSESORI DAN MENEKAN

Menjahit dan mencantum, menjahit aksesori dan menekan seluar slek a


OBJEKTIF PRESTASI / dengan menggunakan berbagai peralatan dan baha seperti mesin jahit
Performance Objective (PO) dan bahan yang bersesuaian supaya dapat menjahit seluar slek
mengikut kehendak pelanggan.

KOD RUJUKAN GM/SW/KFB/FND110/M13/HP(T5-T6) MUKA: 1 DRP: 11

NAMA NO. K/P

TAJUK : MENJAHIT FABRIK

TUJUAN :

Helaian Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih
tentang teknik menjahit dan mencantum fabrik serta menjahit aksesori dan menekan Seluar Slek
dengan cara yang betul, kemas dan sempurna.

PENNERANGAN :

Menjahit adalah satu proses bagi menyambungkan bahagian-bahagian fabrik yang telah
digunting. Seseorang tukang jahit hendaklah memastikan bahawa jahitan dilakukan pada
bahagian fabrik yang betul. Jika tidak, fabrik akan menghasilkan bentuk yang tidak kemas
dan tidak akan padan dengan pemakainya. Apabila pakaian siap untuk di pakai, benang-
benang lebihan yang kelihatan berjuntai di sebelah luar dan dalam, atau buku lisu-lisu
sementara hendaklah dibersihkan. Pakaian yang sempurna dijahit akan kelihatan cantik
apaila di beri kemasan yang baik.

HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARA


KOD RUJUKAN GM/SW/KFB/FND110/M13/HP(T5-T6) MUKA: 2 DRP: 11

T 5. TEKNIK MENJAHIT DAN MENCANTUM SELUAR SLEK.

Terdapat berbagai jenis fesyen Slek di pasaaran. Bagi menghasilkan Slek yang selesa, kemas
serta mempunyai kualiti yang baik, maka seseorang tukang jahit hendaklah menitik beratkan teknik
menjahit pakaian tersebut. Kebanyakan yang membezakan antara tukang jahit adalah kualiti
jahitan. Dengan menjaga mutu jahitan akan membolehkan pelanggan berminat untuk membuat
tempahan berulang daripada seseorang tukang jahit tersebut. Pastikan segala peralatan untuk menjahit
dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan.

5.1 PENYEDIAAN PERALATAN

Gunakan peralatan jahitan yang berkualiti untuk menjamin hasil kerja jahitan yang bermutu.
kerana peralatan yang berkualiti adalah satu pelaburan yang bijak dan boleh menjimatkan wang.

i) Mesin Jahit Industri

Mempunyai mekanisme yang baik untuk


menghasilkan mata jahitan yang elok, tepat,
mengikut saiz dan tidak melangkau. Tapak penekan
jahitan boleh diangkat dengan baik
untuk memudahkan kerja meletak dan mengeluarkan
fabrik.

ii) Gunting Benang

Mempunyai mata pada kedua-dua belah,


bersaiz kecil daripada gunting hanya
digunakan untuk memotong benang

iii) Penetas

Mempunyai mata yang tajam pada hujungnya.


Kegunaanya adalah untuk menetas benang
Pada mata jahitan yang salah dan boleh juga
Digunakan untuk menebuk lubang butang

iv) Jarum Peniti

Diperbuat daripada keluli dan bermata tajam


Kegunaanyan adalah untuk mencantumkan
Fabric mengikut tanda basi agar tidak bergerak
semasa proses menjahit fabrik dilakukan.

HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARA


KOD RUJUKAN GM/SW/KFB/FND110/M13/HP(T5-T6) MUKA: 3 DRP: 11

5.2 PENYEDIAAN BAHAN

Bahagian
pinggang
i) Fabrik Slek yang telah digunting.

Kemas tepi semua bahagian slek kecuali pada


bahagian pinggang dan kelepet slek.

Kelepet
slek

ii) Benang Jahit

Pilih benang yang bersesuaian dengan jenis dan


warna fabrik. Jika tiada warna benang yang sama
dengan fabrik, pilihlah warna yang gelap sedikit
daripada warna fabrik. Jika fabrik bercorak, pilih
warna benang yang sesuai dengan warna utama
pada corak fabrik.

iii) Jarum Tangan

Terdapat dalam pelbagai saiz, digunakan mengikut


Kesesuaian tugasan dan jenis fabric yang dijahit.

iv) Zip

- Pemilihan Zip dibuat sama ada dari jenis


Plastik atau logam mengikut kesesuaian pakaian.
Pilih warna Zip bersesuaian dengan warna
Fabrik berukuran 18 cm.

HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARA


KOD RUJUKAN GM/SW/KFB/FND110/M13/HP(T5-T6) MUKA: 4 DRP: 11

5.3 SAIZ MATA JAHITAN YANG SESUAI

Dalam proses menjahit, para pelatih hendaklah memastikan saiz mata jahitan adalah
1 cm dalam 5 mata jahitan.

Pemilihan benang, jarum dan saiz mata jahitan.

Saiz Mata Jahitan


Fabrik Benang Jarum Mesin Jarum Tangan
dalam 1 cm
i. Fabrik yang i. Sutera no. 50 – 60 No. 9 – 11 Tajam
7 kia
sangat halus ii. Kapas ( Halus) No. 9 -10

i. Kapas no. 40 - 50 Tajam


ii. Fabrik nipis No. 11 6 - 7 kia
ii. Poliester No. 8 -9

iii. Fabrik sederhana


Tebal i. Kapas no. 40 - 50 Tajam
No. 13 5 kia
- Kapas ii. Poliester No 8
- Sintetik

iv. Fabrik Tebal


i. Kapas no. 40 No. 14 –16 3-4 Tajam
- Kapas
ii. Poliester ( Kasar ) kia No. 6 - 7
- Sintetik

Jadual 1 Pemilihan benang, jarum dan saiz mata jahitan

5.4. TEKNIK MENJAHIT SLEK DENGAN CARA YANG BETUL

i) Teknik menjahit Slek dengan cara yang betul dan sempurna akan menghasilkan pakaian yang
kemas dan bermutu.

ii) Sediakan peralatan untuk proses menjahit Slek seperti mesin jahit lurus Industri, Mesin Jahit
Sisi dan Seterika,

iii) Pastikan saiz jarum mesin sesuai dengan jenis fabrik yang digunakan.

iv) Gunakan benang yang kukuh dan mengikut warna fabrik.

v) Laraskan mata jahitan yang bersesuaian dengan jenis fabrik yang digunakan. Untuk kebanyakan
fabrik, saiz kia adalah 5 matajahitan dalam 1 cm. Fabrik nipis dan halus adalah 7 matajahitan dalam
1 cm. Manakala fabrik kasar adalah 3 atau 4 matajahitan dalam 1 cm.

vi) Sediakan bahagian-bahagian yang perlu dijahit dan pastikan bilangan fabrik Slek yang
digunting adalah cukup dan lengkap.

vii) Sediakan kantong kocek dan fabrik untuk bahagian pinggang Slek.

HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARA


KOD RUJUKAN GM/SW/KFB/FND110/M13/HP(T5-T6) MUKA: 5 DRP: 11

5.5 TEKNIK MENCANTUM BAHAGIAN-BAHAGIAN SELUAR SLEK

1. Jahit bahagian lisu hadapan dan


belakang dahulu. Jahit mengikut tanda
yang telah disurih. Lisu Lisu
hadapan belakang

2. Cantum bahagian kelim sisi hadapan


dan belakang seluar. Seterika rata
bahagian tersebut.
Sisi hadapan Sisi belakang

Kocek sisi tersembunyi

3. Jahit dan cantum Kocek Sisi A


Tersembunyi pada bahagian sisi seluar.
Kemaskan bahagian
kocek hingga selesai.
B

4. Jahit belah sembunyi kancing. Jahit ‘fly’


dan zip pada tengah hadapan slek.
 Jahit fly kanan ditengah hadapan slek,
sebelah luar bertemu, snip dan tekan.
 Untuk fly kiri, hendaklah dipotong
sebanyak 2 keping. Ukuran dan Fly Seluar
bentuknya adalah sama dengan fly
sebelah kanan.
 Letakkan sebelah luar zip ke fly
sebelah kanan.
 Cantumkan fly yang dijahit di sebelah
kanan akan kelihatan pada sebelah
luar pakaian.

5. Cantumkan kelim sisi dalam Slek


hadapan dan belakang.
Kelim Sisi
Dalam Slek

HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARA


KOD RUJUKAN GM/SW/KFB/FND110/M13/HP(T5-T6) MUKA: 6 DRP: 11

6. Jahit bahagian kelengkang (Cawat) Slek.


Jahit tindih sebanyak dua kali di bahagian
kelengkang supaya lebih kukuh.
Bahagian
kelengkang Seluar

Tali pipih

7. Sediakan tali pipih (loop) untuk bahagian


pinggang. Jahit tali pipih pada bahagian
pinggang sebelum mencantum fabrik ikatan
pinggang Slek.

8. Sediakan kain keras untuk pinggang


seluar. Jahit dan kemaskan bahagian ikatan
pinggang Slek. .
Ikatan pinggang Slek

Cangkuk Seluar

9. Kemaskan cangkuk dan palang pada


bahagian hadapan ikatan pinggang.

10. Akhir sekali, seterika rata Slek yang telah


siap dijahit.

HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARA


KOD RUJUKAN GM/SW/KFB/FND110/M13/HP(T5-T6) MUKA: 7 DRP: 11

T 6. TEKNIK MENJAHIT AKSESORI DAN MENEKAN SELUAR SLEK

6.1 MENYENARAIKAN JENIS-JENIS AKSESORI SELUAR SLEK

i) Zip ii) Cangkuk dan palang iii) Butang

6.2 MENERANGKAN TEJNIK MENJAHIT AKSESORI SLEK

i) ZIP

- Zip berfungsi sebagai kancing dan belah pada pakaian.


- Panjang zip untuk slek adalah 18 cm. Warna pita zip hendaklah sepadan dengan warna fabrik.
- Zip berfly selalunya digunakan pada Slek. Ia adalah lebih di antara belahan berzip kerana ia
mempunyai lidah di dalam. Apabila zip ini terbuka, sukar dapat dilihat pakaian dalam.

ii) CANGKUK DAN PALANG

- Cangkuk dan palang ialan sejenis kancing yang kukuh dan diperbuat daripada logam.
- Pemilihan cangkuk dan palang bergantung pada fungsi dan kedudukannya.
- Kancing ini sesuai digunakan di hujung ikatan pinggang atau tali pinggang.
- Cangkuk di jahit 0.2 mm di sebelah dalam di hujung ikatan pinggang dan tindih di atas ikatan pinggang.
- Manakala palang pula dila dijahit di bahagian atas tindih bawah ikatan pinggang berpandukan
kedudukan hujung cangkuk.
- Cangkuk dan palang dijahit dengan jahitan lubang butang.

iii) BUTANG

- Butang diperbuat daripada beda-benda seperti logam, kayu, plastik dan getah.
- Butang yang digunakan untuk Slek biasanya adalah butang leper. Butang leper mempunyai dua atau
empat lubang dan tidak mempunyai tangkai.
- Gunakan butang yang padan dengan jenis fabrik yang digunakan untuk pakaian yang dijahit.
- Butang boleh dijahit tangan atau mesin (Gunakan Mesin jahit Butang).
- Tangkai butang yang dibuat menggunakan lilitan benang jahit perlu untuk butang yang tidak
bertangkai.

HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARA


KOD RUJUKAN GM/SW/KFB/FND110/M13/HP(T5-T6) MUKA: 8 DRP: 11

6.3 MENYENARAIKAN JENIS-JENIS PERALATAN MENEKAN

SETERIKA
Mempunyai pelbagai jenis seperti seterika elektrik, seterika
arang, Seterika wap dan sebagainya. Seterika mempunyai
laras suhu. Untuk menentukan tahap kepanasan yang
maksima atau minima. Seterika juga hendaklah sentiasa
dalam keadaan yang baik sebelum menggunakanya.

BOD SETERIKA
Bod ini boleh ditinggikan atau direndahkan. Bod ini diperbuat
daripada Logam tahan lama atau dibuat daripada kayu.
Lapik bod tersebut dengan kabu-kabu dan alas kan dengan
kain kanvas. Selain daripada kabu-kabu, getah lembut
seperti span / busa palstik juga boleh digunakan.

VACUM IRONING BOARD


Bod Seterika yang diperbuat dari bahan yang berkualiti dan
mempunyai Vakum (Table Ironing Vacum). Memudahkan
kerja menseterika pakaian yang pasti memuaskan hati dan
sempurna.
Bod Seterika Vakum amat kukuh. Ia juga amat mudah
digunakan untuk menseterika pakaian yang licin kerana
mempunyai vakum.
Disertakan juga dengan bod seterika lengan dalam satu
produk.

BOD SETERIKA LENGAN


Gunakan bod seterika untuk menekan bahagian-bahagian
yang lekok seperti lengan baju.
Ia mestilah dilapik dengan kabu-kabu atau span pada
bahagian sarungnya supaya permukaan bod tersebut lebih
rata dan licin.

KAYU PENEKAN
Di gunakan untuk meratakan kelim.
Digunakan sebagai alat penekan fabrik ketika proses
menekan fabrik dilakukan.

KUSYEN TUKANG JAHIT


Digunakan untuk menggosok bahagian-bahagian pakaian
yang berbentuk seperti lengan, lubang lengan atau bahagian
garis puteri.

HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARA


KOD RUJUKAN GM/SW/KFB/FND110/M13/HP(T5-T6) MUKA: 9 DRP: 11

6.4 PANDUAN DAN PERATURAN AM UNTUK MENEKAN / TEKNIK MENEKAN DAN MELARAS
SUHU MENGIKUT KESESUAIAN FABRIK.

i. Panaskan seterika dan uji haba dengan menggunakan perca fabrik yang sama dengan Seluar

Slek.

ii. Gunakan kain pelembab diatas Seluar Slek dan tekan hingga kering dengan seterika panas

iii. Sentiasa tekan disebelah dalam Seluar Slek untuk mengelakkan daripada tanda-tanda

disebelah luar Seluar Slek.

iv. Selalu pastikan bahawa seterika sentiasa bersih

v. Jika menggunakan seterika wap, anda hendaklah menggunakan air suling

vi. Tentukan laras suhu seterika sesuai untuk fabrik yang hendak ditekan

vii. Menekan bukanlah menggosok. Apabila menekan letakkan seterika itu satu bahagian lain,

angkat dan beralih kebahagaian lain.

viii. Jangan menekan terlalu lama pada satu bahagian

ix. Setengah fabrik berubah warna apabila ditekan, untuk mengelakkan perkara ini, lapikkan

dengan kertas kuning tebal. Kertas ini hendaklah tiada kesan asid atau minyak.

x. Fabrik yang bersalut plastik tidak boleh ditekan dengan seterika.

xi. Kelim terus atau kelim belah kangkung hendaklah dibuka semasa menekan.

xii. Cabut jarum peniti pada pakaian kerana ini akan merosakkan fabrik. Jelujur tegak boleh

digunakan apabila jelujur perlu berada pada Seluar Slek apabila menekan.

HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARA


KOD RUJUKAN GM/SW/KFB/FND110/M13/HP(T5-T6) MUKA: 10 DRP: 11

KESELAMATAN
1. Sentiasa menggunakan kasut dan pakaian yang bersesuaian semasa melakukan aktiviti menjahit
seluat slek.
2. Sentiasa menekankan aspek keselamatan semasa menggunakan seterika :
- Pastikan tangan tidak basah
- Tutup suis setelah menggunakan seterika
- Jangan bergurau semasa melakukan aktiviti
menseterika
3. Jangan bergurau menggunakan gunting kain semasa melakukan proses menggunting fabrik.
4. Lakukan proses menggunting fabrik dengan teliti supaya tiada kecederaan berlaku.
5. Bersihkan tempat kerja selepas melakukan aktiviti menjahit Seluar Slek bagi mengelakkan
kemalangan yang tidak di duga.
6. Matikan suis mesin selepas digunakan atau Semasa membersihkan mesin

SIKAP
1. Selesakan dan hormati pelanggan semasa mengambil ukuran badan dan jangan bertindak kasar.
2. Hendaklah mengukur badan pelanggan dengan cermat, teliti dan sopan.
3. Pastikan kebersihan meja kerja semasa proses mendraf pola dilakukan.
4. Jangan sepahkan reja-reja kain semasa melakukan proses menggunting fabrik.
5. Teliti dan cermat semasa menggunting fabrik supaya pakaian yang digunting tidak rosak.
6. Semasa proses menjahit pakaian, hendaklah sentiasa menjaga kemasan mata jahitan dan kebersihan
pakai tersebut.
7. Jahit mengikut urutan dan sistematik supaya menjimatkan masa dan tenaga.

HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARA


KOD RUJUKAN GM/SW/KFB/FND110/M13/HP(T5-T6) MUKA: 11 DRP: 11

KEUSAHAWANAN

1. PENGIRAAN KOS

- Kos juga penting kerana kos akan mempengaruhi perbelanjaan keluarga keseluruhannya. Kos
perlu berpatutan dan mengikut kemampuan. Kos juga akan membantu kita membuat perbandingan
antara pakaian yang dijahit sendiri dengan pakaian yang beli siap. Rujuk Lampiran A untuk Borang
Pengiraan Kos Sebenar. Contoh borang Pengiraan Kos:

RUJUKAN :
1. Paduan Membuat Pakaian - Mariam Abu Bakar (Karya Bestari : Cetakan 8-2006)
2. Paduan Membuat Pakaian Wanita - Mariam Abu Bakar (Alaf 21 : Cetakan 1-2003)
3. Pola Pakaian tingkatan 4 dan 5 - Lamah bt Ghani, Asmawati bt Abdul Aziz / Dewan bahasa dan
4. Pustaka, Kuala Lumpur (Cetakan 1-2005)
5. Asas Menjahit - Raja Fudziah Ismail (R.A.N. Publisher Sdn. Bhd : Cetakan 2:1995)
6. Variasi Teknik Menjahit - Rosita Jaafar (Alaf 21:2006)
7. Membuat Pakaian Tingkatan 4 dan 5 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.(Zaitun Zakiah bt
8. Mohd Noor, Norzaini bt Abdul Ghani dan Nawawi bin Mohd Jan)

HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARA


LAMPIRAN A - BORANG PENGIRAAN KOS SEBENAR

HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARA

Anda mungkin juga menyukai