Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Tajuk :

Sistem Pengajian di Tadika Yayasan Islam Terengganu, Cawangan Besut dari Tahun 1984

hingga 2021

2.0 Pengenalan

Pusat Pengajian Tadika Yayasan Islam Terengganu merupakan pusat pembelajaran kanak-

kanak yang berumur dari 4 hingga 6 tahun yang mengambil masa setahun atau lebih sebelum

melangkah ke Tahun Satu di sekolah kebangsaan . Tadika Yayasan Islam Terengganu

menyediakan satu sistem pendidikan awal yang komprehensif (bersepadu) dan efisyen . Hal

ini bertujuan untuk merealisasikan cita-cita ulul albab yang diinspirasikan oleh kerajaan

negeri Terengganu. Tambahan pula, tadika ini juga melaksanakan konsep tadika cemerlang

yang berteraskan kepada penguasaan Bahasa Inggeris , kefasihan membaca dan khatam Al-

Quran . Seterusnya, tadika ini juga bertujuan untuk melahirkan kanak-kanak yang syumul dan

seimbang melalui penerapan nilai-nilai kerohanian dan intelektual . Memandangkan tadika

ini meninggalkan sumbangan yang cukup besar terhadap pendidikan awal kanak-kanak di

daerah Besut, maka pengkaji tertarik untuk menjalankan kajian yang lebih terperinci bagi

memastikan masyarakat di luar sana turut sama mengetahu tentang kewujudan dan

keistimewaan tadika ini.

3.0 Objektif Kajian

Penulisan kajian ini dijalankan adalah untuk merintis sejarah awal penubuhan pusat pengajian

Tadika Yayasan Islam Terengganu, Cawangan Besut yang bertempat di Kampung Raja.

Dengan adanya kajian ini nanti, masyarakat akan lebih peka akan kewujudan tadika ini.

Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perubahan yang berlaku

dalam sistem pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di tadika berkenaan.


Di samping itu, kajian ini juga ingin memfokuskan tentang aktiviti yang dijalankan di

Tadika Yayasan Islam Terengganu, Cawangan Besut ,Terengganu. Oleh itu, pelbagai pihak

dapat mengetahui dan mengikuti dengan lebih lanjut tentang segala aktiviti yang dianjurkan

oleh pihak tadika .

Seterusnya, tujuan penulisan kajian ini juga adalah untuk mengkaji kejayaan dan

sumbangan Tadika Yayasan Islam Terengganu, Cawangan Besut terhadap masyarakat

setempat serta kemenjadian pelajarnya .Oleh yang demikian, pengkaji berminat untuk

menjalankan kajian ini supaya warga tempatan dapat menjadikan tadika ini sebagai tempat

pengajian anak-anak mereka bagi melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani,

emosi, rohani dan intelek .

4.0 Permasalahan Kajian

Permasalahan kajian berkait rapat dengan isu yang menyebabkan pengkaji tertarik untuk

membuat kajian. Pengkajian tentang tadika ini dilaksanakan untuk mengetahui bilakah

sejarah penubuhan Tadika Yayasan Islam Terengganu, Cawangan Besut. Malah, kajian ini

bertujuan untuk mengkaji apakah perubahan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran yang

dilaksanakan di Tadika Yayasan Islam Terengganu, Cawangan Besut.

Disamping itu, kajian ini juga dilaksakan untuk meneliti tentang apakah aktiviti yang

dijalankan di Tadika Yayasan Islam Terengganu, Cawangan Besut.

Seterusnya, penulisan kajian ini adalah untuk meninjau apakah kejayaan -kejayaan yang

telah dicapai oleh pelajar-pelajar serta apakah sumbangan tadika ini kepada pendidikan awal

kanak-kanak. Dengan adanya kajian ini, lebih ramai pihak akan terdedah tentang kejayaan

dan sumbangan yang berjaya dicapai oleh unit pengajar dan pelajar di Tadika Yayasan Islam

Terengganu, Cawangan Besut .


5.0 Skop Kajian

Skop kajian ini dibahagi kepada tiga bahagian iaitu kawasan kajian, tempoh kajian dan aspek

yang dikaji.

Pengkaji memilih kawasan kajian di Kampung Raja kerana pendidikan awal kanak-kanak

sememangnya berfokuskan di kawasan ini.

Tempoh masa yang dikaji selama dapat memperlihatkan perkembangan yang berlaku

terhadap Tadika Yayasan Islam Terengganu, Cawangan Besut.

Manakala dari segi aspek kajian pula terdapat lima aspek yang dikaji. Aspek yang pertama

tertumpu pada sejarah penubuhan Tadika Yayasan Islam Terengganu, Cawangan Besut.

Manakala aspek kedua pula memfokuskan tentang perubahan yang berlaku dalam sistem

pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di tadika berkenaan. Seterusnya, kajian ini

juga akan mengenal pasti aktiviti yang dijalankan di sana. Aspek terakhir pula dijalankan

untuk menilai sejauhmanakah kejayaan dan sumbangan yang berjaya dicapai oleh Tadika

Yayasan Islam Terengganu, Cawangan Besut.


6.0 Sorotan Kajian

Secara amnya ,terdapat banyak kajian lepas yang berkaitan dengan sistem pendidikan awal

kanak-kanak. Namun, majoriti kajian tersebut lebih tertumpu di kawasan bandar .Masih

belum ada kajian yang dilakukan oleh pengkaji terdahulu terhadap pendidikan awal kanak-

kanak di kawasan luar bandar dan terpencil. Walau bagaimanapun, menurut Froebelion yang

merupakan seorang tokoh pendidikan dari Jerman , kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa

dan pendidik umpama tukang kebun manakala ‘kindergarden’ pula ialah taman untuk kanak-

kanak. Taman ini merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak. Menurut beliau

lagi, kanak-kanak akan mempelajari sesuatu melalui perbuatan mereka. Beliau menekankan

penggunaan objek dalam mendidik kanak-kanak bagi menimbulkan minat dalam

pembelajarannya. Jelaslah bahawa, kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang

terancang dan kanak-kanak berkembang melalui kaedah bermain.

Mengikut pendapat Johann Heinrich Pestalozzi , ibu adalah guru terbaik dalam

mendidik kanak-kanak dan bertepatan seperti kata pujangga Arab ‫ أامدرسة أول م األ‬bererti ibu

adalah sekolah pertama bagi anak-anaknya. Antara falsafah Pestalozzi ialah teknik

pengajaran mengingat dan menghafal tidak berkesan pada pendidikan awal kanak-kanak.

Sebaliknya, beliau menekankan penggunaan bahan maujud dan penerokaan kendiri dalam

mengajar kanakkanak. Sumbangan berharga Pestalozzi ialah pembentukan kaedah pengajaran

yang bersesuaian dengan keperluan individu. Beliau percaya kanak-kanak perlu terlibat

dalam aktiviti yang bermakna bagi mereka, iaitu yang berasaskan minat dan pengalaman

mereka. Beliau turut mencadangkan agar kanak-kanak diajar berdasarkan tahap keupayaan

dan usaha mereka. Pestalozzi percaya bahawa pendidikan berasaskan pengalaman deria.

Kanak-kanak mampu mencapai potensi semula jadi mereka melalui pengalaman deria yang
bersesuaian. Teknik pengajaran berasaskan objek, yang berasal daripada kepercayaan ini.

Cara terbaik dalam konsep pembelajaran ialah menerusi manipulatif seperti mengira,

mengukur, merasa, dan menyentuh. Memetik kata-kata Gordon & Brown (1989:310):

"Young children are like sponges; they absorb everything going on about them. Since they

are young, the world is new and fresh. Therefore children do not discriminate between what

is prepared and structured for them to learn and whatever else happens to them at school. It is

all learning". Lantaran itu, teknik pengajaran amat penting supaya kanak-kanak faham akan

apa yang disampaikan oleh seseorang pendidik.

Berdasarkan penulisan Ahmad Ammar dalam blognya,

(http://www.AhmadAmmar_TeknikPengajaran.com.my) yang bertajuk Teknik Pengajaran,

beliau menjelaskan di peringkat sekolah, peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan

kurikulum meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif kurikulum dan isi

kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan

kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan

pengajaran mengikut saran kurikulum serta membuat penilaian untuk mengenal pasti

kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum dengan

memuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar.


7.0 Kaedah Kajian

Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji akan menggunakan tiga kaedah untuk mendapatkan

maklumat. Pada peringkat permulaan, pengkaji akan menjalankan penyelidikan kepustakaan

bagi memperoleh sumber primer dan sumber sekunder. Penyelidikan kepustakaan akan

dijalankan di Perpustakaan Awam Kampung Raja. Pengkaji juga akan mendapatkan rekod-

rekod tentang Tadika Yayasan Islam Terengganu, Cawangan Besut melalui cara melayari

laman sesawang.

Selain itu, pengkaji juga akan mendapatkan maklumat melalui kaedah temu bual. Soalan-

soalan akan dirangka bagi mendapatkan maklumat berkenaan kajian ini. Antara yang terlibat

ialah Guru Besar ,guru-guru dan pelajar. Maklumat yang diperoleh akan dicatat atau

dirakam .

Akhir sekali, pengkaji akan memilih untuk menggunakan kaedah kerja lapangan dan

pemerhatian dengan melawat Tadika Yayasan Islam Terengganu, Cawangan Besut untuk

melihat sendiri bagaimana proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dijalankan .

8.0 Pembahagian struktur esei

Secara keseluruhannya, kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian

pengenalan, isi dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, pengkaji akan menjelaskan

konsep asas tentang sistem pengajian di Tadika Yayasan Islam Terengganu, Cawangan

Besut.

Manakala dalam bahagian isi pula, pengkaji akan menghuraikan tentang sejarah penubuhan

Tadika Yayasan Islam Terengganu, Cawangan Besut. Bahagian ini akan menjelaskan tentang

asal usul atau latar belakang tadika ini. Seterusnya, pengkaji juga akan menjelaskan tentang

perubahan sistem pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di tadika berkenaan.

Pengkaji akan menjelaskan kemudahan prasarana yang terdapat di tadika ini dengan teliti. Di
samping itu, pengkaji juga akan menjelaskan perkembangan dan pencapaian serta kejayaan

yang berjaya dicipta oleh unit dan pelajar Tadika Yayasan Islam Terengganu, Cawangan

Besut serta kemenjadian pelajarnya.

Aspek terakhir adalah kesimpulan yang mana pengkaji akan merumus tentang kajian yang

dijalankan serta pandangan dan harapan terhadap sistem pengajian di Tadika Yayasan Islam

Terengganu, Cawangan Besut.

9.0 Penutup

Diharapkan dengan adanya kajian seperti ini akan meningkatkan pengetahuan umum tentang

Tadika Yayasan Islam Terengganu ,Cawangan Besut. Tambahan pula, pihak Tadika Yayasan

Islam Terengganu, Cawangan Besut perlulah memberi komitmen yang maksimum bagi

memastikan pendidikan di tadika ini akan bertambah maju serta mampu melahirkan pelajar-

pelajar yang mempunyai ciri-ciri pelajar abad ke-21 selaras denga Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu, pelajar akan diterapkan dengan kemahiran

berfikiran aras tinggi dan ia akan difokuskan dalam semua mata pelajaran yang dipelajari.

10.0 Bibiliografi

Hamdan Aziz et. Al Metodologi Penyelidikan Sejarah. Kuala Lumpur: Freemind Horizons

Sdn. Bhd. 2014.

Awatif Binti Abdul Rahman , Idi Hamdi, Norfaezah Binti Mohd Hamidi

http://conference.kuis.edu.my . Diakses pada tarikh 13 April 2022 .

Imran Ariff Ariffin, Khadijah Ibrahim, Rizawati Abd Halim, Faizul Ab Kadir, Wan Zurianti

Wan Abdullah https://www.academia.edu. Diakses pada tarikh 12 April 2022.

Anda mungkin juga menyukai