Anda di halaman 1dari 3

KURSUS UMRAH 31 JANUARI 2023

Rukun Umrah
1) Niat – berniat di Miqat (Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram
dengannya kerana Allah Taala)
o Sempadan tempat untuk berniat:
(1) dari Madinah ke Mekah Bir ‘Ali);
(2) dari KLIA ke Mekah (Qarnul Manazil) – untuk umrah pertama
*untuk umrah kedua, berniat di tempat paling hampir dengan
Mekah – Masjid Tana’im, Masjid Hudaibiah

o Selepas niat umrah – banyakkan talbiyah sepanjang perjalanan


o 13 pantang larang semasa dalam ihram:
(1) Lelaki – tidak boleh pakai pakaian bersarung/berjahit/seluar; selipar
– mesti nampak 5 jari kaki dan tumit
(2) Tidak boleh tutup kepala (songkok, kopiah, serban dll)
(3) Wanita – tidak boleh tutup muka (tidak boleh pakai mask, niqab)
(4) Tidak boleh pakai sarung tangan (contoh: glove), wanita wajib pakai
handsock
(5) Tidak boleh pakai perfume/hidu bau-bauan ke dalam hidung (pakai
sebelum berniat dibolehkan)
(6) Tidak boleh pakai minyak di kepala/janggut
(7) Tidak menanggalkan rambut atau bulu dari mana-mana anggota
badan – kalau gugur sendiri dimaafkan
(8) Tidak potong kuku
(9) Tidak potong/kerat/cabut pokok-pokok di tanah haram mekah
(kecuali pokok yang mati kering)
(10) Tidak memburu binatang buruan darat yang halal dimakan
(11) Tidak melakukan pendahuluan persetubuhan
(12) Tidak bersetubuh
(13) Tidak berkahwin/mengahwinkan/terima wakil kahwin
Ketibaan di Mekah

2) Tawaf – mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali

Syarat sah tawaf


- Suci dari hadas kecil dan besar
- Bersih dari najis pada pakaian dan badan
- Tutup aurat
- Mulakan tawaf dari sudut hajarul aswad
- Sentiasa mengirikan Ka’abah
- 7 pusingan dengan yakin
3) Sa’ie – berjalan bermula dari Safa dan berakhir di Marwah sebanyak 7 kali

Syarat sah sa’ie:


- Dilakukan selepas tawaf
- Bermula dari safa, berakhir di Marwah
- Cukup 7 kali ulang alik dengan yakin
- Dilakukan di tempat yang telah ditetapkan
- Mengekalkan niat sa’ie

4) Bergunting/bercukur (Tahallul)
- Sekurang-kurangnya 3 helai rambut
- Selepas selesai Sa’ie
- Boleh bergunting di mana-mana tempat
- Bercukur lebih afdal bagi lelaki dan wanita bergunting sahaja
- Kalau tiada rambut, dilakukan mata pisau di kepalanya
- Setelah bergunting/bercukur, seseorang itu sudah bertahallul (bebas
dari pantang larang ihram)

5) Tertib

Anda mungkin juga menyukai