Anda di halaman 1dari 5

Panduan Umrah

Hn sediakan panduan umrah ni sebab dulu rasa agak blur masa buat umrah. Selamat mak guide
dan bagitahu cara mengerjakan umrah masa tu.
Panduan Umrah – Pengertian Umrah
Umrah ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah pada bila-bila masa untuk mengerjakan
ibadah-ibadah tertentu mengikut syarat-syaratnya.

Panduan Umrah – Cara mengerjakan Umrah


First Hn nak tunjuk rangka umrah ringkas. Korang rujuk gambar panduan umrah kat bawah. Hn
ambil dari Tabung Haji.
Rukun umrah mudah sahaja, ada 5:

1. Niat
2. Tawaf
3. Saie
4. Bercukur
5. Tertib
1. Niat
‫نويت العمرة وأحرمت بها هلل تعالى‬
Maksudnya: Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah
Ta’ala.
2. Tawaf
Niat tawaf adalah “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah
Taala”.

Syarat sah tawaf:

1. Dilakukan diluar Kaabah tetapi di dalam Masjidil Haram.


2. Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Kaabah semasa tawaf.
3. Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah
(kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
4. Laluan tawaf hendaklah bersih dari najis.
5. Dimulai dari belakang hajarul Aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
6. Tujuh pusingan dengan sempurna dan yakin.
7. Mengirikan Kaabah atau mengelilingi melawan jam.
8. Suci dari hadas kecil (berwuduk) dan hadas besar.
9. Badan suci dari najis.
10. Menutup aurat.

3. Saie
Syarat sah saie:

1. Dilakukan selepas tawaf


2. Tujuan hendaklah semata-mata untuk Saie
3. Dimulai dari bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.
4. Genap dan sempurna bilangan 7 kali.
5. Dari kaki bukit ke kaki bukit.
6. Perjalanan tidak boleh terputus iaitu seseorang itu tidak boleh melencong keluar melalui
satu pintu dan masuk semula dengan pintu lain.

4. Bercukur / Tahallul
Memotong rambut sekurang-kurangnya 3 helai. Afdhal untuk bercukur bagi lelaki. Bagi yang
tiada rambut di kepalanya, memadai melalukan pisau di kulit kepala.

Tahallul wanita:

1. Perempuan yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya


asalkan tidak kurang dari 3 helai.
2. Suami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas
kedua-duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya
dulu.
3. Perempuan haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam
bekas yang disediakan.

5. Tertib
Kita perlu ikut tertib umrah dari niat sampailah bercukur.

Panduan Umrah – Wajib Umrah


1. Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya.
2. Menjaga larangan ihram.
3. Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang
hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana
tempat sebelum sampai ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah
masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan.
Panduan Umrah – Miqat bagi jemaah dari Asia Tenggara
 Qarnul Manaazil – Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam
perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang
terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah.
 Bir Ali (disebut juga sebagai Zulhulaifah) – Lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau
lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah
dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk
penduduk bandar Madinah itu sendiri.
Lain-lain miqat (dengan kapal terbang) ialah:

 Al-Juhfah – Lebih kurang 187km dari Makkah . Ia menjadi miqat untuk penduduk Syam
(Syria), Mesir dan negara-negara lain dari arah yang sama.
 Zaatu ‘irqin – Lebih kurang 94 km dari Makkah. Miqat bagi penduduk Iraq.

Anda mungkin juga menyukai