Anda di halaman 1dari 16

BIMBINGAN RINGKAS

Umrah
WWW.JEJAKVACATION.COM
GAMBARAN
PERJALANAN
UMRAH

1. Berangkat dari KLIA


2. Berniat di Qarnul Manazil , di dalam kapal terbang
3. Tiba di Jeddah dan menaiki bas ke Mekah
4. Melakukan tawaf dengan mengelilingi Kaabah sebanyak 7
kali
5. Melakukan sai, bermula di Bukit Safa dan berakhir di
Marwa
6. Selesai tujuh kali , bertahalul dengan bercukur atau
menggunting rambut
7. Tawaf wada’ dan berangkat ke Madinah
8. Berangkat ke KLIA

+60183917948 www.jejakvacation.com
BIMBINGAN MELAKSANAKAN UMRAH

01. MAKSUD UMRAH


Dari segi bahasa, umrah bermaksud ziarah atau
berkunjung. Menurut istilah syarak ialah mengunjungi
Baitullah untuk mengerjakan ibadah umrah dengan niat
dan syarat tertentu

02. HUKUM 03. KELEBIHAN


Umrah adalah wajib dilakukan Umrah dapat menghapuskan
sekali seumur hidup dosa danUmrah pada bulan
Ramadhan menyamai pahal
haji

04. WAKTU 05. SYARAT


a. Islam
Boleh dilakukan sepanjang
b. Berakal
tahun melainkan sesorang itu
c. Berkemampuan
dalam ihram haji sehingga dia
d. Baligh
selesai melakukan kerja haji
e. Merdeka

06. WAJIB UMRAH 07. SYARAT


a. Berihram
a. Berniat ihram di miqat
b. Tawaf
b. Meninggalkan pantang
c. Sai
larang
d. Bergunting / bercukur
e. Tertib

+60183917948 www.jejakvacation.com
BIMBINGAN MELAKSANAKAN UMRAH

LAFAZ NIAT UMRAH


‫َنَو ْيُت اْلُع ْم َرَة َو َأْحَرْم ُت ِبَه ا ِلَّلِه َتَع اىَل‬
Maksudnya: “Sahaja aku berniat UMRAH dan aku
berihram dengannya kerana Allah Ta`ala.”
BERNIAT IHRAM
A. Jemaah umrah dari Malaysia akan masuk ke tanah haram
dengan dua jalan
Dari Madinah, miqatnya di Zulhulaifah (bir ali)
Terus dari Malaysia , miqatnya di Qarnul Manazil
(atas kapal terbang

B. Sebelum memakai pakaian ihram, anda hendaklah


bersiap dengan perkara sunat berikut :
Potong kuku
Tanggalkan bulu (ketiak dan ari ari)
Merapikan misai, janggut dan rambut
Mandi sunat ihram

C. Selepas melakukan ibadah sunat, anda wajib memakai


pakaian ihram . Disunatkan memakai ihram yang
berwarna putih
D. Setelah memakai pakaian ihram dengan sempurna,
anda disunatkan mendirikan solat sunat ihram

+60183917948 www.jejakvacation.com
BIMBINGAN MELAKSANAKAN UMRAH

PAKAIAN IHRAM
Pakaian ihram lelaki :
Dua helai kain lepas dan tidak berjahit. Sehelai dipakai
untuk menutup aurat diantara pusat dan lutut, dan sehelai
lagi dipakai sebagai selendang untuk menutup bahagian
atass badan. Hendaklah menampakkan tumit dan hujung
jari jari kaki

Pakaian ihram wanita :


Memakai pakaian yang menutup seluruh tubuhnya
melainkan muka dan tapak tangan . Sebaiknya jemaah
wanita memakai sarung lengan dan stokin tebal

+60183917948 www.jejakvacation.com
BIMBINGAN MELAKSANAKAN UMRAH

SELEPAS BERNIAT IHRAM


Disunatkan Memperbanyak Talbiah
‫َّٰل‬
‫ ِإَّن ٱْلَحْم َد َو ٱلِّنْع َم َة َلَك‬، ‫ َلَّبْي َك اَل َش ِريَك َلَك َلَّبْي َك‬، ‫َلَّبْي َك ٱل ُه َّم َلَّبْي َك‬
‫َو ٱْلُم ْلَك اَل َش ِريَك َلَك‬
Maksudnya: “Hamba Mu datang menyahut panggilanMu, Ya
Allah, Hamba Mu datang menyahut panggilanMu. Hamba Mu
datang menyahut panggilan Mu. Tidak ada sekutu bagi Mu,
Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu. Sesungguhnya
segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan
Mu. Tidak ada sekutu bagi Mu.”

Disunatkan Membaca Doa Melihat Kaabah


‫ َو ِزْد َم ن‬، ‫الَّلُه َّم ِزْد َه َذ ا اْلَبْي َت َتْش ِريًف ا َو َتْع ِظ يًم ا َو َتْك ِريًم ا َوَم َه اَبًة‬
‫َش َّرَف ُه َو َك َّرَم ُه ِم َم ْن َحَّجُه َأِو اْع َت َم َرُه َتْش ِريًف ا َو َتْك ِريًم ا َو َتْع ِظ يًم ا َو ِبًّر ا‬
Maksudnya: Ya Allah, tambahkanlah kepada rumah ini
kemuliaan, keagungan , kehoirmatan dan kehebatan serta
tambahkanlah keagungannya dan kemuliaannya bagi orang
yang mengunjunginya atau memakmurkannya dengan
kemuliaan, keagungan , kehormatan dan kebaikan. Wahai
Tuhanku, engkau yang mempunyai kesejahteraan, maka
hidupkanlah kami wahai Tuhan kami dengan sejahtera

+60183917948 www.jejakvacation.com
BIMBINGAN MELAKSANAKAN UMRAH

PANTANG LARANG IHRAM


KHUSUS UNTUK LELAKI
Dilarang memakai pakaian bersarung , berjahit,
bercantum seperti seluar, kemeja, stokin, kain pelikat,
kasut bertutup dan sebagainya
Dilarang memakai apa apa yang menutup kepala
seperti songkok, serban, kopiah , topi dan sebagainya

KHUSUS UNTUK WANITA


Dilarang menutup muka

LARANGAN UMUM
Memakai sarung tangan
Memakai bau-bauan dan wangian sama ada pada
pakaian, makanan, minuman atau menghidunya ke dalam
hidung
Memakai minyak di kepada, janggut dan semua bulu muka
Menanggalkan rambut dan bulu
Mengerat dan memotong kuku
Memotong, menebang, mencabut pokok pokok
Memburu binatang buruan
Bersetubuh
Berkahwin , mengahwinkan atau menerima wakil kahwin

+60183917948 www.jejakvacation.com
BIMBINGAN MELAKSANAKAN UMRAH

TAWAF UMRAH
Maksud Tawaf
Mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan bermula dari
sudut Hajarul Aswad dan berakhir di sudut yang sama
menurut syarat- syaratnya
Syarat Sah Tawaf
1. Menutup aurat
2. Suci dari hadas kecil dan besar
3. Suci dari najis (tubuh,pakaian dan tempat tawaf)
4. Bermula dan berakhir di sudut Hajarul Aswad
5. Menjadikan Kaabah disebelah kiri dan berjalan ke
hadapan
6. Dilakukan di dalam Masjidilharam dan di luar binaan
Kaabah, Hijir Ismail dan Syazarwan
7. Mengekalkan niat tawaf
8. Cukup tujuh pusingan dengan yakin

+60183917948 www.jejakvacation.com
BIMBINGAN MELAKSANAKAN UMRAH

TAWAF UMRAH
Sunat Tawaf
Berjalan kaki
Beridtiba’ bagi lelaki, iaitu menampakkan bahu kanan
Mengucup Hajarul Aswad pada permulaan tawaf jika
berpeluang
Istilam Hajarul Aswad, kemudian mengucup tapak
tangan atau isyarat tapak tangan ke arahnya sambil
bertakbir , lalu mengucup tapak tangan tersebut pada
setiap permulaan tawaf
Menyentuh rukun Yamani
Berlari lari anak bagi lelaki di tiga pusingan pertama
Mengelilingi tujuh pusingan secara berturut turut
Khusyuk dan tawaduk dalam mengerjakan tawaf
Mendirikan solat sunat tawaf selepas selesai tawaf.
Sebaiknya dibelakang Hijir Ismail
Berdoa, berzikir dan membaca al Quran

+60183917948 www.jejakvacation.com
BIMBINGAN MELAKSANAKAN UMRAH

SAIE
Maksud Saie
Berjalan berulang alik di antara Bukit Safa dan Marwa
mengikut syarat-syaratnya

Syarat Sah Saie


1. Dilakukan selepas tawaf
2. Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Marwa
3. Cukup 7 kali perjalanan. Dari Bukit Safa ke Marwa
dikira sekali, dan dari Marwa ke Bukit Safa semula
dikira sekali
4. Perlulah sampai di penghujung tempat saie di kaki Bukit
Marwa dan Bukit Safa di setiap kali pusingan
5. Melakukan saie di tempat saie
6. Mengekalkan niat saie

+60183917948 www.jejakvacation.com
BIMBINGAN MELAKSANAKAN UMRAH

SAIE
Sunat Ketika Saie
1. Dalam keadaan berwudhuk
2. Dilakukan selepas tawaf
3. Keluar ke tempat saie melalui pintu Safa
4. Mendaki Bukit Safa dan Marwa bagi lelaki
5. Menghadap Kaabah sambil bertakbir, bertahlil dan
berdoa semasa berada di Bukit Safa dan Marwa
6. Dikerjakan secara berturut-turut
7. Berlari anak bagi lelaki di kawasan yang bertanda
dengan lampu hijau
8. Berjalan kaki
9. Mengelakkan kesesakan di tempat saie
10. Berdoa, berzikir dan membaca al Quran

+60183917948 www.jejakvacation.com
BIMBINGAN MELAKSANAKAN UMRAH

BERTAHALUL
Maksud Tahalul
Menggunting atau bercukur rambut sekurang-kurangnya
tiga helai rambut setelah sempurna melakukan tawaf dan
saie
Sunat Tahalul
1. Afdhal bagi lelaki untuk bercukur seluruh kepala
2. Menggunting sekurang-kurangnya seruas jari untuk
rambut jemaah wanita
3. Bagi lelaki yang ingin membotakkan kepada, sunat
melalukan mata pisau ccukur di atas kepala
4. Melakukan guntingan dari belah kanan dengan
menghadap kiblat diiringi dengan bacaan
5. Selesai bergunting, hendaklah membaca ;

‫الَحْم ُد للِه اَّلِذي قَض ى َع َّنا َم َناِس َكَنا‬


Maksudnya : Segala puji kesempurnaan hanya milik Allah
yang telah menyempurnakan bagi kami amal ibadah umrah

+60183917948 www.jejakvacation.com
BIMBINGAN MELAKSANAKAN UMRAH

TERTIB
Maksud Tertib
Melaksanakan rukun umrah mengikut urutan satu demi satu
sebagaimana yang ditetapkan. Bermula dengan niat
umrajh, kemudian bertawaf, saie dan diakhiri dengan
bergunting.

Dengan ini selesaikan kerja-kerja umrah. Selepas itu boleh


membuka pakaian ihram dan keadaan kembali kepada
biasa, iaitu bebas daripada larangan ihram

+60183917948 www.jejakvacation.com
PERSEDIAAN MELAKSANAKAN UMRAH

PERSEDIAAN FIZIKAL

Biasakan diri solat awal Biasakan diri dengan


waktu senaman

Dapatkan suntikan Sediakan pakaian , ubatan


vaksinasi dan barang yang perlu

Membaca manasik Jaga pemakanan


umrah dan sirah Nabi

+60183917948 www.jejakvacation.com
PERSEDIAAN MELAKSANAKAN UMRAH

PERSEDIAAN MENTAL

Biasakan solat sunat Perbanyakkan doa dan


taubat, tahajud dan bacaan Quran
mohon ampunan Allah

Perbaiki niat, menunaikan Solat Hajat dan berdoa


umrah kerana Allah dipermudahkan segala
urusan

Minta maaf kepada Mengenal pasti sifat


keluarga, pasangan , buruk dan berazam untuk
ibubapa dan orang berubah
disekeliling

+60183917948 www.jejakvacation.com
PERSEDIAAN MELAKSANAKAN UMRAH

SENARAI BARANGAN
KELENGKAPAN LELAKI KELENGKAPAN PEREMPUAN
Bil. Perkara Kuantiti Bil. Perkara Kuantiti

1 Kain Ihram 1-2 1 Telekung 2

2 Jubah 4 2 Tudung Labuh 4

3 Kemeja Raihan / Kurta 4 3 Jubah / Jubah Seluar 5

4 Tshirt 4 4 Pakaian Tidur 5

5 Seluar Panjang 4 5 Sarung Lengan 5

6 Kain Pelikat Tidak Berjahit 2 6 Anak Tudung 3

7 Kopiah 2 7 Baju Sejuk 1

8 Baju Sejuk 1 8 Stokin / Kasut Tawaf 5

9 Stokin Tebal 1 9 Stokin Tebal 5

10 Tali Pinggang Haji 1 10 Seluar Panjang 5

11 Uncang Kasut 1 11 Uncang Kasut 1

12 Botal Spray Wudhuk 1 12 Botal Spray Wudhuk 1

13 Tasbih Digital 1 13 Tasbih Digital 1

14 Mask 10 14 Mask 10

15 Buku doa / Al Quran 1 15 Buku doa / Al Quran 1

16 Sejadah 1 16 Sejadah 1

Deodorant,Sabun,Shampo Deodorant,Sabun,Shampo
17 1 17 1
Tanpa Wangian Tanpa Wangian

18 Gunting Kecil 1 18 Gunting Kecil 1

19 Kasut Bertutup 1 19 Kasut Bertutup 1

20 Selipar 1 20 Selipar 1

21 Tuala & Tuala Kecil 1 21 Tuala & Tuala Kecil 1

LAIN LAIN
Bil Perkara Kuantiti

1 Adaptar 2 Pin 1

2 Power Bank 1

3 Moisturizer / Losyen 1

4 Botol air 1

5 Pampers (Jika ada anak kecil) 30

6 Ubat ubatan 1

+60183917948 www.jejakvacation.com

Anda mungkin juga menyukai