Anda di halaman 1dari 18

KAEDAH PRIKOSPIRITUAL DALAM

RAWATAN DAN PEMULIHAN DADAH

TUGASAN INDIVIDU

RINGKASAN BUKU :

EMPAT PULUH HADIS – PENAWAR HATI

ROSANNARA BINTI MOHAMED PERDOWS KHAN

(860420-38-5534)
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA


SURAT
1 PENDAHULUAN 1
2 RINGKASAN HADIS 1
2.1 EMPAT PERTANYAAN YANG MESTI DIJAWAB
2.2 SIAPA TEMAN SETIA 2
2.3 SERINGAN-RINGAN SEKSAAN DI NERAKA 2
2.4 MERAMPAS SEBILAH KAYU MISWAK SUDAH BOLEH MEMBAWA PADAH 2
2.5 SIAPA ORANG YANG BANKRAP (MUFLIS) 3
2.6 BAGAIMANA KITA AKAN MENGHADAPI SAKARATULMAUT 3
2.7 MAHKAMAH QADHI RABBUN JALIL 3
2.8 BERENANG DI LAUTAN PELUH 4
2.9 BERENANG DI LAUTAN PELUH 4
2.10 MAJORITI PENGHUNI SYURGA DAN NERAKA 4
2.11 JANGAN DIPERMUDAH DOSA YANG KECIL 5
2.12 HINDARI DOA ORANG YANG KENA ZALIM 5
2.13 DIUSIR DARI SYURGA 5
2.14 HANYA BEROLEH PENAT DAN LETIH MENJAGA MALAM 5-6
2.15 HANYA BEROLEH LAPAR DAN DAHAGA 6
2.16 PENUNTUT YANG RUGI 6
2.17 MUJAHID YANG SIAL 6
2.18 SYAHID, ALIM, QARI DAN DERMAWAN YANG AKAN MASUK NERAKA 7
2.19 PENDAKWAH YANG MALANG 7
2.20 KENAPA DOA DITOLAK 7-8
2.21 JAUHI TUJUH PEMBINASA 8
2.22 GOLONGAN YANG AKAN DISEKAT DARI TELAGA KAUTSAR 8
2.23 KENAPA NERAKA YANG DIPILIH 8-9
2.24 KERANA MULUT BADAN BINASA 9
2.25 SEPATAH KATA YANG MENCERAMAR AIR LAUTAN 9
2.26 KENAPA HATI MENJADI KERAS 10
2.27 PELUANG YANG TIDAK DIREBUT 10
2.28 TAWARAN ISTIMEWA YANG KEKURANGAN PELANGGAN 10 - 11
2.29 BERAMALLAH SEBELUM TERLAMBAT 11
2.30 BENGKAK KAKI KERANA BANYAK SEMBAHYANG MALAM 11
2.31 TIGA BULAN API DAPUR TIDAK BERASAP 11
2.32 NABI S.A.W BIMBANG DENGAN KEKAYAAN UMATNYA 11 - 12
2.33 MASA YANG PALING SESUAI UNTUK BERSEDEKAH 12
2.34 BILA UMUR SUDAH MENCAPAI ENAM PULUH TAHUN 12
2.35 KEMATIAN ADALAH SUATU KEPASTIAN 12
2.36 JAUHI TEMPAT REHAT YANG SEMPIT 13
2.37 SIAPA ORANG YANG BIJAK 13
2.38 PAHALA YANG BERTERUSAN 13
2.39 SUMBER PAHALA ITU BANYAK 14
2.40 RAHMAT YANG LUAS DAN PENGAMPUNAN YANG BERKEKALAN 14
2.41 PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA 14
2.42 JANGAN BERPUTUS ASA 14
3 KESIMPULAN 15
1. PENDAHULUAN

Sesungguhnya anggota tubuh yang diciptakan paling mulia dalam diri manusia ialah hati
(kalbu). Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Dan Allah mengeluarkan kamu daripada
perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia memberi kamu pendengaran,
penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur." (Surah AnNahl, ayat 78). Allah SWT menyebut
tiga perkataan ini dalam Al-Quran sebanyak 132 kali yang menggambarkan kepentingannya
kepada manusia.

Sesungguhnya hati ibarat raja bagi anggota tubuh dan ketua dalam segala bentuk
kehidupan manusia. Jika baik hati itu, maka baiklah kehidupan seseorang Mukmin tetapi jika
buruk atau rosak hati itu, maka punah seluruh anggota tubuh dan kehidupan Mukmin.
Memelihara hati bukan seperti memelihara anggota badan yang lain, merawat hati perlu kepada
ketakwaan dan keampunan dari Allah SWT kerana hati yang selalu subur dengan mengingati
Allah akan sentiasa terpelihara oleh rahmat Allah SWT.

Selain niat dan azam untuk membersihkan hati, manusia perlukan bimbingan baik
secara formal atau tidak formal. Buku-buku ilmiah dan kerihanian boleh dijadikan pilihan
sebagai pembimbing secara tidak formal. Buku Empat Puluh Hadis – Penawar Hati ini
memfokuskan kepada hadis-hadis yang boleh dijadikan panduan untuk merawat dan
membersihkan hati berdasarkan hadia-hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari dan
Muslim.

2. RINGKASAN HADIS

2.1 EMPAT PERTANYAAN YANG MESTI DIJAWAB

Hadis ini memfokuskan kepada situasi di padang masyar. Pada masa itu, manusia akan berkata
semua yang benar sahaja atas segala perbuatan, tingkahlaku, tanggungjawab dan amalam
semasa di dunia ini. Hakim pada masa itu adalah Allah s.w.t. yang mana tiada seorangpun yang
berani bercakap dusta di hadapan Allah s.w.t. Jika mulut cuba untuk bercakap dusta maka Allah
s.w.t. akan tutup mulut dan mempersilakan anggota badan yang lain untuk menjawab dan
begitulah seterusnya. Hadis ini mengajar kita untuk muhasabah diri, jujur dan refleks segala
perbuatan jahat sebelum dihisab di akhirat nanti.

1
2.2 SIAPA TEMAN SETIA

Hadis ini menekankan perkara-perkara yang akan mengiringi kita ke kubur setelah meninggal
dunia kelak dan siapa yang akan menjadi peneman kita di dalam kubur kelak. Teman, keluarga
dan harta yang kita ada akan meninggalkan kita dan kita sebaliknya akan disoal dan
dipertanggungjawabkan ke atasnya. Sebaliknya, amalan-amalan baik yang kita lakukan semasa
hidup di dunia yang akan menjadi peneman kita di dalam kubur. Oleh itu, kita seharusnya
memperbanyakkan amalan-amalan baik seperti melakukan amal ibadat, bersedekah dan
menderma dan juga meningkatkan ketakwaan sebagai bekalan ke alam barzakh.

2.3 SERINGAN-RINGAN SEKSAAN DI NERAKA


Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ini memfokuskan kepada seksaan yang paling ringan di
dalam api neraka. Seksaan yang paling ringan di dalam api neraka digambarkan dengan begitu
dahsyat sekali sehingga tida ada seorang pun yang mampu berdiri di atas bara api sehingga
boleh membuatkan otaknya menggelegak. Seksaaan neraka dibandingkan dengan api dunia
yang mana kalau kita tersentuh sedikit sahaja, kita todak mampu untuk menanggung kesakitan.
Hadis ini juga menyebutkan orang yang akan diseksa dengan seksaan yang paling
ringan ini adalah bapa saudara Rasullullah S.A.W iaitu Abu Thalib kerana walaupun beliau
mati dalam keadaan kafir, beliau adalah orang yang menjaga Rasullullah s.a.w. setelah
kewafatan ibu dan ayah baginda serta jasa beliau dalam memenangkan Rasullullah s.a.w.

2.4 MERAMPAS SEBILAH KAYU MISWAK SUDAH BOLEH MEMBAWA


PADAH
Hadis Riwayat Muslim ini mengatakan bahawa Islam melarang sesiapa sahaja daripada
mengambil hak milik orang lain tanpa kebenaran daripada tuan yang memiliki harta tersebut.
Islam sangat menghargai hak milik peribadi seseorang. Maka sesiapa yang mengambil hak
milik orang lain hendaklah ia segera menyerahkan kembali kepada pemiliknya walaupun benda
itu hanya sedikit sahaja. Seseorang boleh dimasukkan ke dalam api neraka akibat dari
mengambil sebatang kayu miswak sahaja, iaitu apabila ia menganggap ringan hal itu dan mati
dalam keadaan tidak sempat untuk meminta halal dari tuan punya barang tersebut.
Oleh itu hendaklah kita berhati-hati kalau kita bermu’amalah dengan orang lain, dan
hendaklah kita menjauhi harta-harta yang haram dan jangan melakukan sebarang kezaliman
terhadap hak milik orang lain kerana yang demikian itu boleh membawa kebinasaan yang
sangat besar sekali.

2
2.5 SIAPA ORANG YANG BANKRAP (MUFLIS)
Hadis Riwayat Muslim ini mengatakan kita seharusnya berhati-hati dan berwaspada dari
sebarang dosa dan kesalahan. Kita sewajarnya kita perlu sentiasa bermuhasabah diri daripada
menzalimi atau menyakiti orang lain walaupun dalam hal yang kelihatan kecil dan remeh.
hendaklah kita memastikan diri kita tidak tersangkut di akhirat nanti dengan mana-mana hak
orang lain. Sekiranya terlanjur melakukan kesalahan terhadap seseorang, segeralah memohon
kemaafan daripadanya serta kembali bertaubat kepada Allah SWT. Kita seharusnya menebus
dosa dan kesalahan kita walaupun dengan maruah dan harta benda kerana sekiranya segala dos
akita kepada orang lain todak dimaafkan semasa di dunia, orang yang dianiaya inu boleh
mengambil segala amalan kita untuk dijadikan tebusan ke atas kezaliman yang kita lakukan ke
atas mereka dan pada akhirnya dosa mereka akan dipikul oleh kita.

2.6 BAGAIMANA KITA AKAN MENGHADAPI SAKARATULMAUT

Hadis Riwayat Tirmizi ini menekankan bahawa sakit menghadapi sakaratul maut adalah sakit
yang teramat dahsyat. Rasullullah s.a.w. , makhluk agung yang paling dicintai Allah s.w.t. pun
mengalami sakit sakaratul maut, apatah lagi manusia biasa seperti kita yang terlalu banyak
membuat dosa dan kesalahan. Oleh itu, kita oerlu membuat bekalan amalan yang banyak dan
lengkap untuk menghadapi sakaratul maut. Kita juga hendaklah sentiasa berdoa agar
dikurniakan Husnuk Khatimah iaitu mati dalam keadaan beriman dan dapat memuturkan ayat
dua kalimah syahadah.

2.7 MAHKAMAH QADHI RABBUN JALIL

Hadis Riwayat Bukhari & Muslim ini memperkatakan tentang suasana semasa hari kiamat
apabila semua orang akan dihadapkan di hadapan Allah s.w.t. Tidak ada seorang pun yang akan
menolong mereka segala amal kebaikan yang dilakukan semasa di dunia.

Ketika manusia menoleh ke kanan, akan ternampak segala amal kebaikan. Apabila menoleh ke
kiri akan ternampak segala amal kejahatan dan semasa memandang ke hadapan akan
ternampak nyalaan api neraka yang marak menjulang. Kita tidak pasti sama ada kita Berjaya
melepasi titian Siratul Mustaqim atau kita akan jatuh tergelincir ke jurang api neraka. Buatlah
belakan dan kebaikan sebanyak mungkin kerana pada hari kiamat, kita akan mengharapkan
kepada kebaikan yang kita lakukan walaupun sedekah sebelah buah kurma sahaja.

3
2.8 BERENANG DI LAUTAN PELUH

Hadis Bukhari & Muslim ini menekankan mengenai martabat manusia di padang mashyar
adalah berbeza-beza mengikut amalan masing-masing. Suasana hari kiamat adalah sangat
panas, iaitu pada ketika manusia semua dibangkitkan dari kubur untuk menghadap kepada
Allah swt. Semua berkumpul di padang Mahshar untuk dihisab dan dihitung segala kerja buat
semasa di dunia dahulu. Maka keadaan orang ramai pada masa itu berbeza2 mengikut keadaan
amal perbuatan masing2. Ada yang berkeringat sampai di kedua tumitnya dan ada yang sampai
lututnya ada yang sampai kepinggangnya dan yang paling dahsyat ada juga yang sampai ke
paras telinganya sehingga perlu berenang dilautan peluh. Masing2 mengikut hitungan
perbuatan ketika dahulu.

Walaupun sedemikian, disana akan ada tujuh golongan yang akan mendapat
pertolongan ketika mana tiada pertolongan pada hari itu. Mereka ialah, pemimpin yang adil,
pemuda yang rajin beribadat, lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid, orang yang mencintai
sahabatnya kerana allah semata2, lelaki yang digoda untuk berzina tetapi ia menahan diri, orang
yang menyembunyi sedekahnya, dan akhir sekali orang yang menangis kerana takutkan Allah.

2.9 BERENANG DI LAUTAN PELUH

Hadis Riwayat Muslim ini mengatakan bahawa dapat diketahui kedalaman api neraka yang
sangat amat mengerikan, yaitu jarak sejauh 70 tahun jika dilalui. Tentu saja kita tak dapat
menghitung berapa kilo meter kedalamannya tersebut. Yang pasti, hanya dengan jarak 70 tahun
seseorang bisa mengarungi kedalamnya.

2.10 MAJORITI PENGHUNI SYURGA DAN NERAKA

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim memperkatakan Pada malam Isra’ Mi’raj, Nabi s.a.w. telah
diperlihatkan akan syurga dan neraka. Apabila Nabi s.a.w masuk ke syurga, baginda melihat
penghuninya kebanyakannya adalah golongan faqir. Hal ini kerana pada masa di dunia,
golongan ini tidak mengejar kekayaan dan banyak masa untuk beribadat jika dibandingkan
dengan golongan kaya yang sibuk dengan harta kekayaan. Begitu pula dengan penghuni
neraka, Nabi s.a.w melihat banyak penghuni neraka dari golongan Wanita kerana ramai orang
perempuan yang tidak menunaikan hak suami, tidak menjaga aurat dan banyak melakukan
dosa. Hadis ini mengingatkan kita agar tidak meengejar harta kekayaan dan sentiasa
menunaikan hak suami, menjaga kehormatan diri bagi kaum wanita.

4
2.11 JANGAN DIPERMUDAH DOSA YANG KECIL

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ini memperkatakan bahawa s ecara umumnya,
Islam mewajibkan berbuat ihsan kepada kesemua makhluk meliputi manusia,
tumbuhan, dan juga haiwan. Berbuat ihsan kepada haiwan seperti kucing adalah
wajib hukumnya dalam erti kata tidak menyakiti dan menzalimi haiwan tersebut.
Berbuat zalim kepada haiwan boleh menyebabkan orang ya ng berbuat kezaliman
itu dimasukkan ke dalam api neraka.

2.12 HINDARI DOA ORANG YANG KENA ZALIM

Hadis Riwayat Tirmizi ini menceritakan Rasullullah berpesan kepada Mu`az, seorang sahabat
yang dikenali alim, berilmu dan solleh. Pesanan ini bukan ditujukan kepada seorang
pemerintah zalim sebaliknya ia disampaikan kepada seseorang yang diutus untuk melakukan
tugas dakwah. Kesolehan seorang sahabat dan statusnya sebagai seorang pendakwah tidak
menghalang Rasulullah s.a.w dari memberi pesanan agar tidak melakukan kezaliman terhadap
orang lain. Dalam melakukan dakwah dan memimpin ummah dan masyarakat, kita sepatutnya
lebih peka dan sensitif mengenai kemungkinan melakukan kezaliman terhadap orang lain.
Janganlah kita menjadikan tugas suci dakwah sebagai alat untuk memaksumkan diri sendiri
dari kesalahan.

2.13 DIUSIR DARI SYURGA

Hadis Riwayat Muslim ini menekankan bahawa umat Islam dilarang daripada mempunyai
akhlak atau sifat mazmumah, iaitu sifat yang bercanggah dengan ajaran Islam, dalam diri
mereka. Antara sifat mazmumah yang dibenci serta dicela oleh ALLAH SWT dan Nabi
Muhammad SAW adalah sifat sombong. Orang yang takbur akan dimasukkan ke dalam neraka
walaupun sedikit. Iblis juga diusir dari syurga kerana sifat takbur dan sombong yang
dmilikinya.

2.14 HANYA BEROLEH PENAT DAN LETIH MENJAGA MALAM


Hadis Nasai ini menyentuh mengenai solat yang merupakan tiang agama. Solat hendaklah
disempurnakan dengan kusyuk dan sempurna rukun, syarat dan perkara-perkara sunat suoaya
solat itu menjadi sah dan diterima Allah s.w.t. Orang yang solat tetapi hatinya lalai bererti dia
tidak menghargai pandangan Allah s.w.t. Kita perlulah berusaha untuk mendapatkan

5
kekhusyukkan dalam solat keran keindahan solat yang kita lakukan hanyakah semata-mata
ketana limpah kurnia daripada Allah s.w.t.

2.15 HANYA BEROLEH LAPAR DAN DAHAGA


Hadis Riwayat Bukhari ini menceritakan bahawa Rasulullah SAW mengingatkan umatnya
terhadap realiti ramai Muslim yang berpuasa tetapi hanya memperoleh lapar dan dahaga atau
tidak dikira di sisi Allah SWT. Ini kerana puasa yang dilakukan menepati takrifnya, iaitu
menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula terbit fajar hingga
terbenam matahari dan disertai niat tetapi tidak memenuhi hakikat berpuasa. berpuasa bukan
hanya menjaga diri daripada melakukan perkara yang boleh membatalkannya secara fizikal
kerana ia mudah.

Sebaliknya lebih penting lagi adalah memelihara puasa daripada perbuatan dan perkataan yang
bukan sahaja mengurangkan pahala, bahkan ‘membatalkan’ makna serta falsafah puasa.

2.16 PENUNTUT YANG RUGI

Hadis riwayat Abu Daud ini menyentuh mengenai kepentingan mencari ilmu dan tujuannya.
Menuntut ilmu agama adalah amalan yang mulia. Ilmu agama yang dipelajari boleh
menyelamatkan mereka dari api neraka. Tetapi jika ada yang mencari ilmu agama untuk tujuan
keduniaan yang tidak bernilai di sisi Allah s.w.t, makai an tekah menyalahgunakan satu
anugerah besar yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. Orang yang sedemikian tidak akan
dimasukkan ke dalam syurga.

2.17 MUJAHID YANG SIAL

Hadis Riwayat dari Bukhari dan Muslim ini menceritakan bahawa satu hari Rasullullah s.a.w
didatangi seorang badwi dan bertanyakan tentang siapa yang bileh dikatakan berjuhad
fosabilillah. Adakah seorang mujahid yang berperang unutk menunjukkan kekuatannya, atau
seorang mujahid yang berperang kerana membalas dendam atau seorang mujahid yang
berperang hanya untuk Namanya disebut-sebuy. Baginda s.a.w menegaskan bahawa sesiapa
yang berperang dengan tujuan supaya nama Allah s.w.t ditegakkan, merekalah yang dikatakan
berjihad fisabilillah.

Hadis ini menegaskan bahawa kita dikehendaki untuk mengikhlaskan niat hanya kerana
Allah s.w.t atas apa juga Tindakan dan pengorbanan kita. Kerana pengorbanan yang paling ilas
akan diterima Allah s.w.t walaupun seringan-ringan pengorbanan.

6
2.18 SYAHID, ALIM, QARI DAN DERMAWAN YANG AKAN MASUK NERAKA

Hadis di atas menceritakan 3 golongan pertama yang dihisab oleh Allah S.W.T di hari akhirat
nanti. 3 golongan tersebut adalah orang yang mati syahid, orang yang menuntut ilmu,
mengajarkan ilmu dan membaca al-Quran dan Orang kaya yang dermawan

Sungguh menakutkan sekali ketika membaca kisah dari hadis di atas. Amalan baik yang
dilakukan di dunia rupanya membawa diri ke dalam lembah neraka. Kelihatan banyak
membuat kebaikan, mati syahid, dan rajin bersedekah tetapi semuanya tertolak dan tidak
diterima oleh Allah S.W.T. hanya kerana tidak ikhlas dan mengaharapkan balasan dunia
semata-mata.

2.19 PENDAKWAH YANG MALANG

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ini menceritakan Abu Zaid Usamah Bin Zaid Bin Haristah
mendengar dari Rasulullah s.a.w bahawa pada hari kiamat nanti akan ada seorang lelaki yang
diseksa dengan teruk dalam api neraka padahal semasa di dunia, lelaki itu sering mengajak dan
mengajar orang lain untuk berbuat kebaikan. Semasa ditanya, lelaki yang diseksa itu
menjawab, walaupun dia selalu mengajak orang untuk berbuat kebaikan, tetapi dia sering
berbuat kejahatan.

Hadis ini meringkaskan seorang pendakwah seharusnya mendakwah dirinya sendiri


terlebih dahulu sebelum mendakwah orang lain. Pendakwah seperti ini dapat memberi kesan
yang buruk kepada dakwah dan menjadi penghalang kepada perjalanan dakwah itu sendiri.

2.20 KENAPA DOA DITOLAK

Hadis yang diriwayatlan daripada Muslim meceritakan bahawa walaupun bermusafir


merupakan salah satu waktu mustajabnya doa, namun disebabkan oleh makanan, minuman dan
pakaiannya yang datang daripada sumber haram, maka ALLAH SWT telah menolak doa
hamba-NYA itu. Justeru, para ulama telah menghuraikan bahawa memang terdapat perkaitan
antara harta yang kita peroleh, makanan yang kita makan, minuman yang diminum, pakaian
yang digunakan serta memberi makanan daripada sumber tidak halal kepada anak akan
memberi kesan kepada doa kita,” katanya.

7
Maka berhati-hatilah dalam bab nafkah. ini. Jauhilah sumber yang haram dalam
kehidupan kita. Sebaiknya, carilah sumber rezeki yang halal lagi baik supaya hidup kita akan
terus berkat, bahkan mendapat rahmat-NYA.

2.21 JAUHI TUJUH PEMBINASA

Hadis yang diriwayatkan daripada Bukhari dan Muslim ini menceritakan bahawa Rasulullah
s.a.w memerintahkan agar kita menjauhi tujuh perkara dosa besar yang merosakkan amal solleh
yang lain iaitu melakukan syirik kepada Allah, melakukan sihir, membunuh jiwa yang
diharamkan oleh Allah kecuali dengan haq, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari
medan peperangan dan menuduh wanita mukminah yang suci berbuat zina.

2.22 GOLONGAN YANG AKAN DISEKAT DARI TELAGA KAUTSAR

Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari ini menyentuh mengenai telaga kautsar. Telaga kautsar
merupakan telaga yang besar yang akan dianugerahkan Allah s.w.t kepada Rasullullah s.a.w
pada hari kiamat nanti. Sesiapa yang dapat minum dari telaka ini tidak akan merasa haus untuk
selama-lamanya. Semua umat baginda akan merasa minum dari telaga ini.
Walaubagaimanapun, ada umat yang akan dihalang dari minum di telaga ini walaupun mereka
merupakan umat Nabi Muhammad s.a.w. Golongan ini adalah golongan yang munafik iaitu
golongan yang berpaling dari ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

2.23 KENAPA NERAKA YANG DIPILIH

Hadis ini diriwayatkan dari Bukhari dan Muslim. Umat Islam adalah umat yang dirahmati oleh
Allah swt dan Nabi Muhammad saw adalah bergelar " Nabiyyur Rahmah" ertinya nabi yang
membawa rahmat bagi sekalian alam. Sebelum nabi saw diutuskan kedunia seluruh alam
adalah hidup dalam suasana jahiliah yang tidak mengenali nilai dalam kehidupan. Manusia
telah kehilangan pegangan hidup. Yang kuat menindas yang lemah dan yang kaya memeras
yang miskin. Masyarakat sudah banyak kehilangan nilai insaniyah (perikemanusiaan) dan yang
lebih buruk daripada itu ialah manusia sudah tidak mengenali Tuhan yang menciptakan
mereka. Maka dalam keadaan yang gelap gelita itu tiba tiba datanglah nur yang dibawa oleh
junjungan kita Nabi saw. Maka dunia yang gelap gelita tadi telah berubah menjadi alam yang
terang benderang. Kesesatan telah berubah menjadi petunjuk. Manusia telah mengerti dan
memahami tujuan kehidupannya diatas permukaan bumi ini. Saidina Umar bin Al Khattab yang
dahulunya hanya pengembala kambing di lereng bukit Makkah itu telah berubah menjadi
8
pemimpin yang disegani oleh lawan dan kawan. Tanah Makkah yang kering kontang itu telah
berubah menjadi pusat tamaddunn insan yang agung hingga ke akhir zaman. Manusia yang
rakus, kejam lagi bengis itu telah berubah menjadi orang yang zuhud, tawadhu' dan menangis
di kegelapan malam dan begitulah seterusnya. Namun jiwa yang sakit tidak dapat menerima
rahmat ini dan hati yang telah dibalut oleh selaput " 3 TA " (cinta, takhta & wanita) telah
menjadi kebal bahkan panggilan kebenaran dianggap sebagai loceng petanda berakhirnya
kekuasaan hawa nafsu dan syahwat. Oleh itu mereka tetap memilih jalan syaitan dan merasa
bangga dengan terus berkubang di lumpur kekufuran dan hanyut di lautan kemaksiatan yang
akhirnya mereka akan dibawa oleh arus yang menghantarkan mereka ke pintu api neraka.

2.24 KERANA MULUT BADAN BINASA

Hadis riwayat Al-Tarmizi ini menegaskan bahawa sebahagian daripada keelokan Islam
seseorang ialah meninggalkan apa yang tiada kena mengena (tidak berfaedah) dengannya.
Lidah merupakan antara yang mengundang untuk melakukan dan berbicara kepada perkara
yang sia-sia. Lidah juga cukup mudah untuk menaburkan fitnah, mengumpat, berbohong,
mengejek orang, bertengkar dan sebagainya. Dan yang lebih mudah lagi adalah bercakap
tentang perkara-perkara yang tidak berfaedah. Oleh kerana itu lidah perlu dikekang dan jangan
dibiarkan bercakap mengikut kemahuannya. Kita perlulah berbuat pertimbangan terlebih
dahulu terhadap perkataan yang hendak diucapkan dan fikir terlebih dahulu apa-apa yang mahu
dituturkan. Namun pada kenyataannya ramai orang yang tidak dapat mengawal lidahnya, maka
oleh kerana itu akan ramai pula orang yang akan dimasukkan ke dalam neraka akibat perbuatan
lidah yang tidak bertulang ini.

2.25 SEPATAH KATA YANG MENCERAMAR AIR LAUTAN

Hadis Riwayat Tirmizi ini menyebut keadaan isteri-isteri Rasulullah s.a.w iaitu Siti Shafiyah
dan Aisyah. Aisyah mengadu domba mengenai Siti Shafiyah kepada baginda. Lalu baginda
menegur perbuatan Aisyah itu. Baginda mengatakan hanya dengan satu kalimah sahaja,
perbuatan mengadu domba dan mengumpat ini boleh mencemarkan air lautan. Setiap kita
perlu berhati-hati sebelum kita menceritakan atau menyebar sesuatu maklumat yang diterima.
Ambil sikap tawaqquf (diam hingga ada dalilnya) itu lebih baik dari berlumba-lumba menjadi
orang pertama yang menyampaikan.

9
2.26 KENAPA HATI MENJADI KERAS
Hadis Riwayat Tirmisi ini menyentuh mengenai punca hati menjadi keras dan bagaimana untuk
melembutkan hati. kekerasan hati berpunca daripada banyak bercakap perkara-perkara yang
tidak ada faedahnya dan tidak ada hubungkait dengan mengingati Allah SWT. Oleh itu, bagi
kita yang mengaku beriman kepada Allah SWT hendaklah selalu menggunakan lidah kita
untuk berzikir kepada Allah SWT, ataupun bercakap perkara-perkara yang ada hubungkait
dengan kemaslahatan dan kepentingan agama Islam yang dapat memberikan faedah dlaam
meningkatkan ketaqwaan atau paling kurang bercakap perkara keduniaan yang dijadikan
wasilah atau alatan yang dapat membantunya untuk mentaati Allah, atau kalau tidak mampu
berbuat demikian hendaklah dia berdiam sahaja, jangan banyak bercakap-cakap. Rasulullah
SAW telah memberikan jawapan kepada kita semua tentang cara untuk mengubatinya hati
yang keras iaitu dengan Tilawatul Quran dan mengingati mati. Selain itu, para ulama juga telah
mengariskan beberapa panduan untuk mengubatinya antaranya ialah dengan menjauhi maksiat
samaada kecil atau besar, melazimi amalan harian terutamanya membaca Al-Quran,
memperbanyakkan berzikir kepada Allah, sentiasa mengingati mati dan persoalan kubur,
menghadiri majlis ilmu, muhasabah diri dan sebagainya. Oleh itu, marilah bersama-sama kita
menterjemahkan semua saranan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW untuk
mengelakkan hati kita menjadi keras dan berkarat, kerana apabila berkaratnya hati maka kita
tidak lagi dapat merasai nikmat dan kelazatan berubudiyah kepada Allah SWT.

2.27 PELUANG YANG TIDAK DIREBUT

Hadis ini diriwayatkan dari Bukhari. Hadis ini mengatakan mengenai dua nikmat yang sering
dilupakan oleh manusia iaitu nikmat sihat dan masa lapang yang merupakan antara nikmat
besar yang Allah kurniakan kepada hambanya. Kita sepatutnya menggunakan sepenuhnya
kedua-dua nikmat ini dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT. Sebahagian manusia
mudah tertipu dengan godaan dunia dan lupa bersyukur serta memanfaatkan sebaiknya dua
nikmat ini. Penyesalan tidak berguna bila telah sakit dan usia semakin pendek.

2.28 TAWARAN ISTIMEWA YANG KEKURANGAN PELANGGAN

Hadis Riwayat dari Bukhari dan Muslim ini menyebut mengenai pahala melaungkan azan,
pahala menempati saf pertama dalam berjemaah, pahala solat isyak dan subuh berjemaah di
masjid. Nilai pahala yang ditawarkan untuk keempat-empat perkara ini adalah sangat besar
akan tetapi ramai yang menolak atau tidak merebutnya. Amalan-amalan yang disebut di atas

10
juga berkaitan dengan kesempurnaan solat itu sendiri. Amalan-amalan ini sangat perlu
diperkemaskan untuk menyempurnakan solat.

2.29 BERAMALLAH SEBELUM TERLAMBAT

Hadis dari Tirmizi ini menyebut mengenai 7 perkara iaitu i) kefakiran yang melalaikan, ii)
kekayaan yang menyebabkan kezaliman, iii) sakit yang merosakkan badan, iv) usia tua yang
menggagapkan percakapan, v) kematian yang melenyapkan segala sesuatu, vi) tibanya dajjal
dan vii) tibanya hari kiamat. Kita diingatkan untuk segera beramal sebelum tiba 7 perkara ini
kerana sesudah tiba 7 perkara ini, kita akan terhalang dari melakukan ibadat.

2.30 BENGKAK KAKI KERANA BANYAK SEMBAHYANG MALAM

Kisah soal solat tahajud Rasulullah pernah diriwayatkan oleh Aisyah RA. Kesungguhan Nabi
Muhammad SAW dalam melakukan ibadat malam ini, sehinggakan dinyatakan oleh Aisyah
bahawa, dalam keadaan uzurpun pasti baginda tetap dengan ibadat malam. Baginda tetap
bersolat malam sehingga bengkak kaki baginda walaupun baginda bersifat maksum. Ini kerana
baginda mahu menjadi hamba yang banyak bersyukur. Perkara ini merupakan satu tauladan
buat umat baginda. Kita mestilah banyak beristighfar kepada Allah s.w.t dan lebih banyak
berbuat ibadat kerana kita hamba yang banyak melakukan dosa.

2.31 TIGA BULAN API DAPUR TIDAK BERASAP

Hadis ini diriwayatkan daripada Urwah oleh Bukhari dan Muslim. Hadis ini menerangkan
mengenai cabaran, kesusahan dan kesulitan yang dialami oleh Rasullullah s.a.w dan
keluarganya. Walaupu terpaksa mengikat perut kerana kesusahan, isteri-isteri baginda tidak
merungut dan sentiasa bersyukur. Hadis ini boleh dijadikan teladan oleh isteri-isteri zaman
sekarang. Ada sesetengah isteri zaman sekarang yang sentiasa menuntut bermacam-macam
perkara dari suami. Para isteri seharusnya bersyukur dan sentiasa menyokong serta
memudahkan urusan suami.

2.32 NABI S.A.W BIMBANG DENGAN KEKAYAAN UMATNYA

Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Amr bin Auf Al-Anshari radhiallahu
anhu. Hadis ini menyebut mengenai kebimbangan baginda akan kekayaan umatnya. Kekayaan
akan menyebabkan kita leka akan hafrta dan tidak akan mempunyai masa untuk beribadah.
Kekayaan juga akan membuatkan manusia menjadi lebih tamaj dan mudah dihasut oleh
11
syaitan. Orang yang bijak adalah orang yang menggunakan harta kekayaannya untuk memntu
orang lain sebagai amal jariah yang akan dibuat sebagai bekalan ke akhirat.

2.33 MASA YANG PALING SESUAI UNTUK BERSEDEKAH

Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan muslim daripada Abu Hurairah radhiallahu anhu
ini mennyebut mengenai sedekah yang paling besar pahalanya. Baginda mengatakan sedekah
yang mempunyai pahala yang besar adalah Ketika mana hati kita terpaut pada kekayaan kita
atau merasa sayang pada harta yang kita miliki. Sedekah pada ketika ini adalah sedekah yang
paling besar pahalanya kerana pada ketika ini kita berhadapan dengan godaan syaitan. Sesiapa
yang berjaya melawan godaan syaitan ini, bererti mereka telah memperolehi kejayaan yang
sangat besar. Melalui hadis ini juga, kita digalakkan untuk bersedekah sebelum ketibaan ajal.

2.34 BILA UMUR SUDAH MENCAPAI ENAM PULUH TAHUN

Hadis ini diriwayatkan dari Bukhari. Abu Hurairah radhiallahu anhu mengatakan bahawa Nabi
Muhammad s.a.w bersabda Allah s.w.t tidak akan menerima keuzuran seseorang sehingga ia
mencapai usia 60 puluh tahun. Hadis ini bermaksud Allah s,w,t masih memberikan peluang
kepada manusia untuk berbuat kebaikan tetapi ada yang mengabaikan peluang tersebut
sehinggalah meningkat tua. Sepatutnya pada usia tua, sudah banyak kebaikan dan amal ibadat
yang telah dilakukan dan sepatutnya juga pada usia tua, banyak amal ibadat yang dilakukan.
Tetapi, masih ramai yang walaupun telah tua tetapi masih lagi bekerja untuk menampung
kehidupan dan menyibukkan diri dengan urusan dunia.

2.35 KEMATIAN ADALAH SUATU KEPASTIAN

Hadis ini diriwayatkan oleh Tirmizi dari Abu Hurairah r.a. Hadis ini menyebut bahawa mati
adalah sesuatu yang pasti. Kita tidak tahu bila kita akan mati oleh itu menginhati kematian
adalah pencuci hati yang sangat berkesan. Dengan mengingati mati, kita akan mandapat
keinsafan dan kesedaran. Oleh itu, kita perlulah membuat perancangan yang rapi supaya
selamat dari api neraka dan dapat memasuki syurga yang penuh dengan segala kenikmatan dan
kelazatan.

12
2.36 JAUHI TEMPAT REHAT YANG SEMPIT

Hadis ini diriwayatkan oleh Tirmizi daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a. Hadis ini menyebut
nikmat dan siksa di alam barzakh adalah salah satu perkara yang pasti akan dihadapai oleh
setiap manusia setelah kematian. Alam barzakh adalah temoat rehat sementara menungga alam
mahsyar. Sesiapa yang mendapat tempat rehat yang selamat, maka bermaksud telah terbuka
jalan untuk merek ke syurga. Sebaliknya sesiapa yang mendapat tempat rehat penuh
penyeksaan, bermaksud itu adalah petanda mereka akan terjerumus ke dalam api neraka.

2.37 SIAPA ORANG YANG BIJAK

Hadis ini diriwayatkan oleh Tirmizi daripasa Abi Ya’la Syaddad Bin Aus r.a. hasi ini
menyebutkan bahawa setiap orang yang beriman akan digelar seorang yang cerdik atau benar-
benar berakal apabila sentiasa bermuhasabah dan menghitung dirinya. Atau dengan erti kata
lain, orang yang sentiasa memikirkan keadaan dirinya selepas kematian, lalu dia beramal
dengan sesuatu yang boleh memberi faedah kepadanya selepas kematiannya dengan
menggunakan kesempatan yang ada dengan melakukan amalan yang bermanfaat tanpa mensia-
siakannya. Manakala seseorang itu dianggap seorang yang lemah keimanannya apabila
sentiasa mengikuti hawa nafsu dan hanya mementingkan kehidupan dunia semata-mata serta
melakukan dosa-dosa tanpa menghiraukan hari pembalasannya kelak. Mereka berangan-angan
kepada Allah SWT dengan andaian Allah SWT akan memasukkannya ke syurga dan akan
mengampuni dosa-dosanya yang suka menangguh-nangguhkan istighfar dan taubat kepada
Allah SWT.

2.38 PAHALA YANG BERTERUSAN

Hadis Riwayat dari Muslim daripada Abu Hurairah r.a menyebutkan bahawa ganjaran sesuatu
amal kebajikan akan terputus sebaik sahaja seseorang itu meninggal dunia. Hanya tiga jenis
amalan yang dijamin pahalanya mengalir sekalipun tali hayat terputus. Tiga jenis amalan yang
dimaksudkan ialah sedekah jariah, ilmu pengetahuan dan doa anak yang soleh. Seseorang
dikehendaki melakukan amal-amal yang mendatangkan pahala yang terus mengalir kepadanya
selepas meninggal dunia.

Ilmu di dalam Islam mempunyai kelebihan yang sangat besar manfaatnya sekalipun
selepas meninggal dunia. Mendidik anak-anak dengan pendidikan Islam sangat dikehendaki
bagi mempastikan hidup mereka tidak tersasul dari jalan kebenaran dan tidak lupa mendoakan
ibu bapanya.Kelebihan orang berilmu berpanjangan dari dunia hingga akhirat.
13
2.39 SUMBER PAHALA ITU BANYAK
Hadis dari Bukhari dan Muslim ini menyebutkan bahawa Setiap Muslim dituntut untuk
melakukan amal kebajikan kepada orang lain setiap hari dan waktu dengan menggunakan
seluruh ruas tulang yang ada. Antara sumbangan amal yang boleh dilakukan oleh setiap
Muslim bagi menggerakkan sendi dan tulangnya untuk mendapat ganjaran pahala sedekah
melalui amalan khidmat yang dilakukan ialah mendamaikan antara dua orang yang berselisih
atau bergaduh, menolong seseorang untuk menaiki kenderaan seperti membukakan pintu
kereta, membantu mengangkat barang ke atas kenderaan dan sebagainya, mengucapkan atau
menuturkan perkataan yang baik ke atas orang lain, langkah berjalan menuju tempat untuk
menunaikan solat dan juga mengutip atau mengalihkan sesuatu yang boleh menyakiti atau
menjadi halangan di jalan raya termasuk sampah.

2.40 RAHMAT YANG LUAS DAN PENGAMPUNAN YANG BERKEKALAN

Hadis yang diriwayatkan dari Bukhari dan Muslim menerangkan keoada kita bahawa rahmat
Allah s.w.t itu luas. Allah s.w.t akan sentiasa mengampuni dosa hamba-hambanya selagi mana
kita bertaubat. Sebagai manusia yang lemah, kita akan sentiasa melakukan dosa dan maksiat.
Oleh itu, kita perlu sentiasa beristighfar kepada Allah s.w.t dan meminta pengampunannya.

2.41 PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA

Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim ini mengatakan mengenai pintu taubat. Pintu taubat
Allah s.w.t sentiasa terbuka luas bagi seluruh hambaNya. Pintu taubat hanya akan tertutup
apabila roh setiap orang itu sampai ke halqum. Pada ketika itu, taubat seorang manusia tidak
akan diterima. Bagi seluruh manusia pula, pintu taubat akan tertutup apabila matahari terbit
dari sebelah barat yang menunjukkan hari kiamat hamper terjadi.

2.42 JANGAN BERPUTUS ASA


Hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi ini menyentuh mengenai keluasan rahmat Allah s.w.t
yang tidak bertepi. Apabila seseorang hamba benar-benar berdoa dan berharap kepada Allah
s.w.t dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat keampunan dariNya, maka Allah s.w.t akan
mengampuni segala dosa-dosanya.

14
3. KESIMPULAN

Kesimpulannya,hadis merupakan antara ilmu yang menjadi tunjang utama dalam


pembangunan kefahaman dan syariah Islam. Masakan tidak, syariat dan perundangan dalam
Islam bukan sahaja dibangunkan berdasarkan panduan daripada wahyu al-Quran, tetapi juga
melalui hadis-hadis Nabi Muhammad. Adalah penting untuk mempelajari berkenaan hadis
kerana dengan mempelajari hadis, seseorang itu dapat membela hadis Rasulullah s.a.w dari
orang-orang yang keliru daripada periwayatan atau orang-orang yang sengaja
berdusta terhadap hadis Rasulullah sollahu alaihi wa sallam, mengenal jalan para ulama’ di
dalam mengambil ilmu dan di dalam menjaga serta memelihara ilmu itu, mengenal perawi-
perawi serta mengetahui apakah mereka diterima atau ditolak hadis yang mereka riwayatkan,
dapat memetik pelajaran bagaimana menuntut ilmu itu iaitu harus dengan talaqqi iaitu
mengambil dari guru. Ada sanadnya yang menyambung. Sanad adalah rantaian seperti dari
fulan bin fulan sehingga sampai kepada Nabi s.a.w, membangun kecintaan terhadap Rasulullah
dan juga menjaga Sunnah/Hadis Nabi s.a.w dari sisi segala hal yang membahayakannya.

15
16

Anda mungkin juga menyukai