Anda di halaman 1dari 33

Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

PROGRAM

PENGURUSAN

JENAZAH

SEK. KEBANGSAAN BALAR, GUA MUSANG

19 SEPT. 2017

OLEH: ABDUL AZIB HUSSAIN

0
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN. 3

2.0 HUKUM MENZIARAHI ORANG SAKIT. 5

3.0 PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA

PESAKIT YANG HAMPIR MENINGGAL DUNIA. 8

4.0 TANDA-TANDA HAMPIR KELUAR ROH DARI JASAD. 10

5.0 PERKARA YANG DILAKUKAN APABILA MENERIMA BERITA KEMATIAN. 11

6.0 PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA ORANG BARU

MENINGGAL. 12

7.0 PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA SI MATI. 12

8.0 MEMANDIKAN JENAZAH. 13

8.1 SYARAT JENAZAH YANG DIWAJIBKAN MANDI. 14

8.2 ORANG YANG BOLEH MEMANDIKAN JENAZAH. 14

8.3 HUKUM MELIHAT AURAT SI MATI. 16

8.4 SYARAT-SYARAT ORANG YANG MEMANDIKAN JENAZAH. 16

8.5 PERKARA YANG SUNAT DILAKUKAN KETIKA MEMANDIKAN

JENAZAH. 17

8.6 CARA-CARA MEMANDIKAN MAYAT. 18

9.0 MENGKAFANKAN JENAZAH. 21

9.1 HUKUM MENGKAFANKAN JENAZAH. 21

9.2 CARA MENGKAFANKAN JENAZAH. 22

1
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

10.0 SEMBAHYANG JENAZAH. 23

10.1 SYARAT JENAZAH YANG HENDAK DISEMBAHYANGKAN. 23

10.2 RUKUN-RUKUN SEMBAHYANG JENAZAH. 23

10.3 CARA MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH. 25

10.4 PERKARA YANG SUNAT BAGI SEMBAHYANG JENAZAH. 26

10.5 IMAM SEMBAHYANG JENAZAH. 26

11.0 MENGEBUMIKAN JENAZAH. 27

11.1 KELEBIHAN MENGEBUMIKAN JENAZAH. 27

11.2 CARA-CARA MENGEBUMIKAN JENAZAH. 27

12.0 KEWAJIPAN TERHADAP ANAK YANG GUGUR. 28

13.0 ZIARAH KUBUR. 29

14.0 TAKZIAH. 29

15.0 HUKUM MENYEDIAKAN MAKANAN. 30

16.0 HUKUM MENANGIS APABILA MENERIMA BERITA KEMATIAN. 31

17.0 PENUTUP. 32

2
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

1.0 PENDAHULUAN

Kematian merupakan suatu kejadian yang mesti ditempuhi oleh setiap

manusia. Kita sebagai makhluk baru di muka bumi ini sudah pastinya akan

mengalami kerosakan dan kemusnahan sama ada dalam keadaan sihat walafiat,

kaya raya atau sedang berkuasa. Firman Allah SWT:

1
         

“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila
sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang
tinggi lagi kukuh.”

Apakah itu kematian? Persoalan ini telah dijawab oleh Imam al-Ghazali di

dalam kitab Ihya' „Ulumiddin:

َ ِ ‫ٍنََكَُِتَلُو‬
َ‫اَف‬ َِ ‫بَ ن‬
ََ ‫ال‬ ََْ ‫َ ََو ََل‬: ‫ال‬
َ‫ََ ََس َ ن‬ َ َ ‫للاََتَََؼ‬ َُ َ‫َو ِ ََلاََكَا ََل‬. ََ ‫الرو َِح‬ َُ َ‫الرو َِح َِلَلََْبدََ َِنَ ََلَ َػَدََ ََم‬
َ َ‫ََاَلْ ََم َْوتَََُُمََف ََارَكَ َُة‬
َ ‫ون‬ ََ َُ‫للاَأََْم ََواتًَََ َ َْلَأَ َْحََِا ٌَءَ َِغَْيدَََََر ِ َِّب َْمٍََُ َْر ََزك‬
َِ َ‫ِل‬ َِ ‫ََسَِب‬
"Kematian ialah bercerai roh dari badan bukan tiada roh. Kerana ini
Allah berfirman (yang bermaksud): Dan jangan kamu sangka
mereka yang terbunuh di jalan Allah itu mati, tetapi sebenarnya
mereka hidup, mendapat rezeki di sisi Tuhan mereka".

Setiap Muslim yang mengaku beriman akan menerima hakikat bahawa

kematian bukan bererti segalanya berakhir di situ, bahkan ia merupakan babak

baru untuk menempuh babak-babak kehidupan seterusnya. Sesudah alam dunia

ini dilenyapkan oleh Allah, Tuhan Yang Maha Berkuasa ini mewujudkan pula alam

akhirat, satu alam lain yang bersifat kekal untuk selama-lamanya.

Di sinilah semua manusia akan diadili dan diberi balasan yang setimpal,

sesuai dengan kadar amalan mereka semasa hidupnya di dunia ini. Perjalanan

hidup di dunia ini merupakan penentuan kehidupan di akhirat. Dunia

diumpamakan sebagai ladang, menabur benih dan menjaganya hingga

mengeluarkan buah yang baik dan akhirat merupakan tempat untuk memungut

hasil tadi. Dengan kata lain andainya usia dan kesempatan yang dianugerahkan

1
Surah al-Nisa': 78.

3
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

ini digunakan dengan sebaiknya maka Insya Allah keuntungan di akhirat pasti

akan diperolehi.

Kehidupan setiap umat manusia di muka bumi ini ada kesudahannya dan

usia manusia di muka bumi ini juga ada batasnya. Nyawa yang menjadi milik kita

hari ini hanyalah pinjaman sementara, bila tiba masa yang ditetapkan nanti

pinjaman tersebut akan diambil semula sama ada dalam keadaan terpaksa atau

rela sebagaimana firman Allah SWT:

           

2


"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka
apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan
walau sesaat pun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan".

Seorang Muslim yang mengaku beriman perlu memahami bahawa tujuan

sebenar Islam menganjurkan agar umatnya mengingati mati bukanlah untuk

menakut-nakutkan bahkan untuk menyedarkan dan mengingatkan kita bahawa

hidup di dunia ini hanyalah sementara dan masa yang sebentar ini hendaklah

digunakan sebaik-baiknya, mengerjakan ibadah sebanyak mungkin serta tidak

menganggap mudah dengan kematian kerana kedatangan maut ini amat

menyakitkan. Dengan kesedaran ini akan lahirlah jiwa yang bersih serta sentiasa

melaksanakan ketaatan untuk menempuh keuntungan di akhirat.

Kematian merupakan satu kerehatan bagi mereka yang beriman juga

merupakan hasil wasilah untuk kita menerima balasan. Bila tibanya saat ini,

dengan terpisahnya roh dari jasad akan terputuslah setiap amalan manusia

malainkan tiga perkara, sabda Rasulullah SAW:

َ،ََِ َِ َ‫َأ ْوَ ِػ ْ ٍْلًًَُ َْتَ َف ُع‬،َ‫َا نلَ ِم ْن ََضدَ كَ ٍةَ َخ ِارً َ ٍة‬،َ‫ََُع ُُلَُا نلَ ِم ْنَثَ ََلثَ ٍة‬
َ َ َ‫ات َْالو ْ َس ُانَاهْلَ َط َعَ َغ ْي‬
َ ‫ا َذاَ َم‬
ِ ِ ِ ِ

2
Surah al-'Araf: 34.

4
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

3
. َُ‫ُوََل‬
َ ‫أ ْو ََو َ ٍَل ََضا ِل ٍحًََدْ غ‬
"Apabila matinya seseorang manusia, akan terputuslah segala
amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang
dimanfaatkan dan anak-anak yang soleh yang mendoakan
untuknya."

Akhirnya marilah kita mengambil kesempatan dari kehidupan, kesihatan,

kelapangan, usia muda dan kesenangan yang dianugerahkan ini untuk

mengerjakan sebanyak mungkin kebaikan dan kebajikan, sebagai bekalan untuk

menuju ke alam baqa iaitu hari yang tiada lagi manfaatnya harta dan anak

pinak. Hanya nilai ibadah dan amal soleh sahaja yang akan mendapat

perhitungan Allah di akhirat kelak. Semoga dengan ini kita akan memperolehi dua

keuntungan hidup di dunia dan di akhirat.

2.0 HUKUM MENZIARAHI ORANG SAKIT

Ziarah menziarahi merupakan suatu amalan yang dituntut oleh Islam.

Amalan ini akan menambahkan lagi perasaan kasih sayang serta hubungan

persaudaraan. Ianya amat diperlukan lebih-lebih lagi apabila berlaku suatu

musibah kepada saudara Muslim yang lain seperti sakit dan sebagainya.

Menziarahi pesakit bukan sahaja dapat mengeratkan ukhuwwah Islamiah yang

sedia ada, bahkan di sana terdapat beberapa kelebihan sebagaimana hadis

Rasulullah SAW:

َ‫َ َا ننَالْ ُم ْس ِ َْل‬: َ-َ‫َاَّللَػَلَ َْ َِ ََو َس ن َْل‬ ِ ‫ول ن‬


ُ ‫َ َض نَّل ن‬-َ‫َاَّلل‬ ُ ‫َكَا َل ََر ُس‬: َ‫َكَا َل‬-ََُ‫َاَّللَ َغ ْي‬ ُ ‫ِض ن‬ َ ِ ‫َ َر‬-َ‫َغ ْنَثَ ْو ََب َن‬
ِ
َ َ‫ا َذاَػَادََأخَا ٍَُالْ ُم ْس ِ َْلَل َ ْمٍََ َز ْل َِِفَخ ُْرفَ ِةَالْ َجين ِةَ َح نَّتٍََ ْرحِ ََع‬
ِ
“Sesungguhnya apabila seseorang Muslim itu menziarahi seorang
Muslim yang sakit nescaya dia akan sentiasa berada dalam kebun-
kebun syurga (dengan memetik buah-buahnya) hingga dia
kembali."

Menziarahi saudara Muslim yang sakit hukumnya sunat muakkad sama

ada ianya dikenali atau tidak. Makruh berada lama ketika menziarahi pesakit

3
Riwayat Imam Muslim.

5
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

sekiranya ziarah itu akan mengganggu pesakit. Ketika menziarahi digalakkan

supaya mendoakan kepadanya sama ada sakitnya itu masih ada harapan untuk

sembuh atau sebaliknya. Di antara doanya ialah:

ُ ‫َكَه َ ْف ٍسَأ ْوَػَ ْ ٍْيَأ ْوَ َح ِاس ٍد ن‬


َ ‫َاَّللٌَ َْش ِف‬,َ
َ‫ِم‬ ِ ّ َ ‫َ ِم ْن‬,َ‫ًم‬
ِّ ُ ‫َش‬ َ ‫ََش ٍءًَُ ْؤ ِذ‬ ِّ ُ ‫ِمَ ِم ْن‬
ْ َ ‫َك‬ ِ ‫ب ِْس ِم ن‬
َ ‫َاَّللَأ ْرِك‬
ِ ‫ب ِْس ِم ن‬
ََ ‫َاَّللَأ ْرِك‬
‫ِم‬
"Dengan nama Allah aku jampi (minta pertolongan) dari setiap
sesuatu yang menyakitkanmu dari kejahatan setiap jiwa atau mata
yang dengki. Moga-moga Allah akan menyembuhkanmu, dengan
nama Allah aku jampi”.

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Said al-Khudri :

ََ َ‫َفَلَا َل‬,َ‫َاَّللَػَلَ َْ َِ ََو َس ن َْل‬


َ,َ َ‫َ َه َ َؼ ْم‬: َ‫َا ْْت ََ ََ ِْ َََ َكَا َل‬,َ ُ‫َيَ ُم ََ نمد‬: ُ ‫أ ننَخِ ْ َْبائَِلََأ ََتَالين ِ نِب ََض نَّل ن‬
ُ ‫َكَه َ ْف ٍسَأ ْوَػَ ْ ٍْيَأ ْوَ َح ِاس ٍد ن‬
َ‫َاَّلل‬,َ ِّ ُ ‫َش‬ ِ ّ َ ‫َ ِم ْن‬,َ‫ًم‬َ ‫ََش ٍءًَُ ْؤ ِذ‬
ْ َ ‫َك‬ ِّ ُ ‫ِمَ ِم ْن‬ ِ ‫َ َب ِْس ِم ن‬: َ‫كَا َل‬
َ ‫َاَّللَأ ْرِك‬
. َ‫ِم‬
4 ِ ‫ِمَب ِْس ِم ن‬
َ ‫َاَّللَأ ْرِك‬ َ ‫ٌ َْش ِف‬
"Sesungguhnya Jibril AS mendatangi Nabi SAW lalu berkata: “Wahai
Muhammad adakah kamu sakit?” Jawab Baginda, “Ya”. Kata Jibril,
“Dengan nama Allah aku jampi dari setiap sesuatu yang
menyakitkanmu, dari kejahatan setiap jiwa atau mata yang dengki.
Allah akan menyembuhkanmu, dengan nama Allah aku jampi”.

Bagi pesakit juga terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan,

antaranya:

1) Menjaga akhlaknya supaya sentiasa berada dalam keadaan baik.

2) Menjauhi daripada bertelingkah dalam masalah keduniaan.

3) Hendaklah memikirkan bahawa inilah waktu terakhir untuknya beramal.

4) Menjaga waktu sembahyang dan menjauhi sebarang kekotoran maksiat

dan sebagainya.

5) Mewasiatkan kepada ahli keluarganya supaya bersabar dengan ketetapan

Allah SWT dan seandainya dia meninggal janganlah meratap atau

menangis secara berlebihan.

4
Riwayat Imam Muslim.

6
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

6) Berpesan kepada ahli keluarganya supaya meninggalkan adat (perkara-

perkara bid’ah) ketika menguruskan jenazahnya nanti.

Pesakit tidak digalakkan berdoa atau meminta supaya dimatikan kerana

tidak sanggup lagi untuk menanggung ujian tersebut sebaliknya hendaklah

berdoa:

َ‫َََالْ َوفَاةَُخ ْ ًَي ِاَِل‬ َ ‫َََالْ ََ ََاةَُخ ًََْي ِاَِل ََوت ََوف ن ِِنَا َذ‬
َِ ‫اََكه‬ َ ‫اللنِ نُمَأ ْحِ ِِِنَ َم‬
َِ ‫اََكه‬
ِ
“Wahai Tuhanku! Hidupkan aku selagi hidup itu baik untukku dan
matikanlah aku sekiranya kematian itu baik bagiku”.

Hadis Rasulullah SAW:

ٍ ّ ُ ‫َاَّللَػَلَ َْ َِ ََو َس ن َْل ََلًََََ َمين َ نْيَأ َحدُ ُ ُْكَالْ َم ْو َتَ ِل‬
َ‫ضَىَََز َلَ َِ ََِفَا ْن‬ ِ ‫َغ ْنَأو َ ٍسَكَا َلَكَا َل ََر ُسو ُل ن‬
ُ ‫َاَّلل ََض نَّل ن‬
5
َِ ِ ‫اََكه َََْالْ َوفَاةَُخ ْ ًَي‬
‫اَِل‬ َ ‫اََكه َََْالْ ََ ََاةَُخ ْ ًَي ِاَِل ََوَتَ َوف ن ِِنَا َذ‬ َ ‫ََك َن ََلََُدنَ ُمتَ َم ِيّ ًَاَفَلْ ََ ُل ْلَاللنِ نُمَأ ْحِ ِِِنَ َم‬
ِ
“Jangan meminta seseorang dari kamu akan mati kerana bala yang
diturunkan kepadanya. Maka jika sekiranya terpaksa bercita-cita
(untuk mati), hendaklah dia berdoa: "Wahai Tuhanku! Hidupkan aku
selagi hidup itu baik untukku dan matikanlah aku sekiranya
kematian itu baik bagiku”.

Walau bagaimanapun bersabar dengan penderitaan yang dialami itu lebih

baik daripada meminta atau mencintai kematian, kerana sesungguhnya setiap

mala petaka yang diturunkan itu merupakan ujian Allah SWT. Sesungguhnya

semakin kasih Allah kepada hambanya maka semakin banyaklah ujian yang akan

diberikan untuk menguji sejauh manakah keimanan seseorang hamba itu.

Rasulullah SAW ada bersabda:

َ‫َ ََع ًب ِاَِل ْم ِرَالْ ُم ْؤ ِم ِنَا ننَأ ْم َر ٍُ َُُكنََُخ ْ ٌَي ََولَُْ َسَ َذاكَ َِِل َح ٍدَا نلَ ِللْ ُم ْؤ ِم ِنَا ْنَأ َضاَ َ ََْ َ ن‬
َ‫َُسا ُء ََْ ََ َرَفَ ََك َن‬
ِ ِ ِ
ََُ ‫ََُضا ُء ََض َ َْبَفَ ََك َنَخ ْ ًَي‬
‫اََل‬ ‫خ ْ ًَي َاََل ََُوا ْنَأ َضاَ َ ََْ َ ن‬
ِ
“Sungguh mengagumkan bagi orang Mukmin, semua perkara baik
baginya, dan tidak ada perkara yang demikian itu bagi sesiapapun
melainkan bagi orang Mukmin sahaja. Sekiranya ditimpa kebaikan
dia bersyukur maka itu adalah baik baginya dan sekiranya ditimpa
keburukan (bahaya dan sebagainya) dia bersabar maka itu adalah
baik baginya”.

5
Muttafaqun 'alaihi.

7
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

3.0 PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA PESAKIT

YANG HAMPIR MENINGGAL DUNIA.

Apabila seseorang pesakit itu hampir meninggal disunatkan

mengadapkannya ke arah kiblat iaitu dengan mengiring di atas lambung kanan,

mengadap kiblat sebagaimana kedudukan dalam liang lahad. Sekiranya tidak

dapat kerana menyusahkan atau sebagainya, baringkan di atas lambung kiri juga

mengadap kiblat dan sekiranya masih sukar, baringkan secara menelentang

dengan dua kaki mengadap kiblat dan sunat diangkat sedikit kepalanya supaya

mukanya juga mengadap kiblat.

Disunatkan kepada orang yang masih hidup supaya mentalqinkan

dengan kalimah )َ‫ (َلَإَلََإلََللا‬agar diikuti oleh pesakit itu berdasarkan sabda

Rasulullah SAW:

6
ُ ‫ل َ ِلٌُّواَ َم ْوتَ ُ ُْك ََلَا ََلََا نل ن‬
َ‫َاَّلل‬
ِ ِ
“Ajarlah orang yang hampir mati kalimah َ)َ‫(َلََإَلََإلََللا‬.”
Sebaik-baiknya himpunkanlah antara mentalqin dan mengadap kiblat itu

serentak tetapi sekiranya sukar didahulukan talqin.

Perlu diingat bahawa hukum sunat talqin dengan syahadah ini hanya

disunatkan apabila si pesakit itu Mukmin. Manakala pesakit yang kafir hukumnya

haram kecuali terdapat tanda-tanda bahawa dia ingin memeluk Islam semasa

hidup.

Untuk mentalqin kalimah tersebut disunatkan orang yang bukan waris

pesakit. Ini adalah untuk mengelakkan daripada timbulnya prasangka yang tidak

baik kepada pesakit sama ada beliau akan menganggap warisnya itu sukakan

kematiannya untuk mendapatkan harta pusaka atau sebagainya. Dalam keadaan

ini janganlah terlalu memaksa atau mendesak pesakit tadi menyebut kalimah

6
Riwayat Abu Daud.

8
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

syahadah sebaliknya ajarkanlah dengan lemah lembut dan teratur supaya mudah

diikuti mengikut keadaan pesakit. Sekiranya terlalu memaksa, dibimbangi akan

melahirkan atau menimbulkan perasan jemu dan sebagainya yang seterusnya

mungkin akan terpesong dari hasrat sebenar. Kepada orang yang mentalqinkan

juga diharapkan agar tidak mudah berputus asa ataupun menyangka buruk

terhadap riaksi yang mungkin ditunjukkan oleh pesakit sebaliknya berdoalah

semoga Allah akan memberikan hidayah kepadanya.

Disunatkan kepada kita supaya berkata dengan perkataan yang baik dan

mendoakan kebaikan untuknya sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

َََ َّ ِ ‫ض ُُتَْالْ َم ِر ًَظَأ ْوَالْ َم‬


ْ َ ‫َاَّللَػَلَ َْ َِ ََو َس ن َْلَا َذاَ َح‬
ُ ‫َاَّلل ََض نَّل ن‬ ِ ‫ول ن‬ ُ ‫َغ ْنَ ُأ ِّم ََسلَ َم َةَكَال َ ََْكَا َل ََر ُس‬
ِ
ََ ُ‫ونَػَ ََّلَ َماَتَ ُلول‬
‫ون‬ َ ٌُ‫فَ ُلولُواَخ ْ ًَياَفَا ننَالْ َم ََلئِ ََ َةًَُ َؤ ِ ّم‬
ِ
“Apabila kamu menziarahi orang sakit atau mati maka ucapkanlah
perkatan dan ucapan yang baik serta doakanlah untuknya kerana
malaikat akan mengaminkan apa yang kamu katakan”.

Disunatkan kepada ahli keluarga, kaum kerabat atau sesiapa sahaja yang

berada di sekeliling membaca surah Yasin sebagaimana hadith yang diriwayatkan

oleh Abu Dzar RA:

َِ َْ َ‫َاَّللَػَل‬
ُ ‫وتَفَ ُِ ْل َر ُأَ ِغ ْيدَ ٌٍَُسَا نلَُ نَو َن ن‬
ُ ‫َماَ ِم ْنَ َمِّ ًٍََِ َ ُم‬
ِ
“Tiada daripada orang yang hampir menemui ajal apabila dibaca
surah Yasin di sisinya melainkan akan dipermudahkan Allah untuk
menghadapi sakaratul maut”.

Dan disunatkan juga membaca surah al-Ra’d.

Sunat mendahulukan bacaan surah Yasin daripada surah al-Ra’d kerana

Yasin akan mengurangkan siksa yang ditanggung dan juga dipermudahkan untuk

berhadapan dengan sakaratul maut. Manakala surah al-Ra’d adalah untuk

mempermudahkan roh keluar daripada jasadnya.

Kepada orang yang hampir meninggal juga diingatkan supaya sentiasa

bersangka baik dengan Allah sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

9
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

ْ ُ ‫َلًَ َ ُموتَ ننَأ َحدُ ُ ُْكَا نل ََوُ َُو‬


‫َُي ِس ُن ِ َََب ن َِّلل ن‬
َُ ‫َأهنٍَََُ ْر َ َُحَ ََُوً َ ْؼ ُفوَ َغ ْي‬- ‫َالظ نَن‬
ِ
“Janganlah kamu mati melainkan kamu bersangka baik dengan
Allah - iaitu sesungguhnya Dia akan merahmatinya dan
memaafkannya”.

Dalam hal ini disunatkan kepada mereka yang berada di sisi pesakit

memberi peringatan supaya ianya sentiasa bersangka baik dengan Allah.

4.0 TANDA-TANDA HAMPIR KELUAR ROH DARI JASAD.

Terdapat beberapa alamat yang menandakan bahawa roh akan keluar

daripada badan si pesakit dan pada adatnya tidak ada lagi harapan untuk hidup.

4.1) Tanda-tanda biasa.

Seperti bengkok hidung serta turun ke bawah, kepis pelipis, tegang

kesemua anggota dengan begitu kuat dan sebagainya.

4.2) Tanda-tanda su'ul khatimah.

Seperti berbuih mulut, mengeluarkan suara seperti keldai beranak,

terbeliak mata dengan begitu kuat, hitam muka, terjadi perkara-perkara aneh

yang menakutkan tehadap si pesakit dan sebagainya.

4.3) Tanda-tanda husnul khatimah.

Kebiasaannya terdapat tiga alamat yang menandakan husnul khatimah

iaitu: berpeluh dahi, mengalir air mata dan kering bibir mulut.

َ َ ‫َلثَا َذ َاَر‬
ََْ َ‫َشَ َحبَِ ُيَ ََُو َز َرف‬ ٍ َ‫َ ْاركُ ُبواَالْ َم َّ َََِ ِغ ْيدَ َث‬: َ‫َللاَ َػََلََ ََِ ََو ََس نََْل‬
َُ ‫َّل‬َ ‫للاَ ََض ن‬
َِ َ‫ول‬
َُ ‫َكَا ََلَََر َُس‬
ِ
َ َِ َِ ََْ َ ‫َاَّللَفَلَدْ َىَ َزل‬
ِ ‫َغ َْيَا ٍُ ََوًَبُ َس َْ ََْ َفتَا ٍَُفَِ َِييَ ِم ْن ََر ْ ََح ِة ن‬
"Perhatikan si mati pada tiga perkara: Apabila berpeluh dahinya,
mengalir air matanya dan kering dua bibir mulutnya, maka itulah
daripada rahmat Allah Ta‟ala, dan sesungguhnya ia (rahmat) telah
turun kepadanya"

Walaupun begitu terkadang disusahkan kematian terhadap orang baik

10
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

kerana Tuhan ingin mengangkat darjat orang itu yang mana darjat tersebut tidak

dapat dicapai olehnya dengan amalan semasa hidup, lalu diberikan dengan

kesabaran menahan siksa kematian.

5.0 PERKARA YANG DILAKUKAN APABILA MENERIMA BERITA

KEMATIAN

Apabila menerima berita kematian disunatkan membaca:َ ‫َٕاانَهللَ َوَٕاانَإلَػََراحؼػػػون‬

sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

َ‫َ َالْ َم ْو ُتَفَ َز ٌع‬: َ‫َاَّللَػَلَ َْ َِ ََو َس ن َْل‬ ِ ‫ول ن‬


ُ ‫َاَّلل ََض نَّل ن‬ ُ ‫َكَا َل ََر ُس‬: َ‫َاَّللَ َغْنْ ُ َماَكَا َل‬
ُ ‫ِض ن‬ َ ِ ‫َر‬،ََ ‫َغ ِنَا ْب ِنَ َغ نب ٍاس‬
َ . َ‫ون‬ َ ‫َواانن َا َل َ َِرَ ّيَاَل َ ُم ْيلَ ِل ُب‬،َ َ ‫َواانن َال َ َْ َِ ََراحِ ُؼ‬،َ
‫ون‬ ِ ‫َاانن ِ ن‬: َ‫َفَا َذاَََلَؽََأ َحدَ ُ ُْك ََوفَاةَُأ ِخِ ََِفََلْ ََ ُل ْل‬،
‫ََّلل‬
ِ َِ ِ َِ ِ ِ
“Maut itu satu kejutan, maka apabila sampai kepada seseorang
daripada kamu berita kematian saudaranya hendaklah dia
berkata: . ‫َٕاانَهللَ َوَٕاانَإلَََراحؼونَ َوَٕاانََٕالَرَياَمليللبون‬
Atau disambung lagi dengan doa ini:

َ،َ‫َوا ْخلُ ْفَ َُِِفَأُ ِ ُِْل َِِفَالْـَا ِب ِر ٍَن‬،َ َ ‫اللنِ نُمَا ْن َُ ْبََُ ِغ ْيدَ كَ َ ِم َنَالْ ُم َْ ِست ِي َْي‬
َ ‫َوا ْح َؼ ْلَ ِن ََاَََ َُِِفَ ِػ ِل ّ َّ َِْي‬،َ
ٍَُ َ‫َولَتَ ْف ِتيناََ َ ْؼد‬،َ ْ َ ‫َو‬
َ ٍُ ‫لََ ِر ْمٌَاَأ ْح َر‬
“Ya Allah! Tulislah dia di sisiMu dari golongan orang yang baik,
jadikan buku catatanya di tempat tertinggi di „illiyyin, jagalah
keluarganya serta orang-orang yang ditinggalkannya, janganlah
Engkau haramkan kami dari mendapat ganjarannya serta memberi
fitnah kepada kami selepas (kematiannya).”

Bagi ahli keluarga yang menerima kematian hendaklah bersabar dengan

keadaan itu serta redha dan berlapang dada kerana Rasulullah SAW bersabda :

َ ‫الطدَََْم َِةَ ْ َُاِل‬


َ‫ول‬ َ‫اَالط ْ َُْبَ َِغَْيدَََ ن‬
َ‫اَه نََم ن‬
ِ
“Bahawasanya bersabar itu adalah ketika menerima bala yang
pertama”.

11
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

6.0 PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA ORANG BARU

MENINGGAL.

Apabila berlaku satu kematian maka hukum menguruskan jenazah

merupakan fardhu kifayah dan menjadi kewajipan kepada mereka yang masih

hidup untuk menguruskan jenazah tersebut dari awal kematian hinggalah

mengebumikannya dan juga hendaklah menjelaskan segala hutang piutangnya

sekiranya ada sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

َُ ‫ه َ ْف ُسَالْ ُم ْؤ ِم ِنَ ُم َؼلنلَ ٌةََِدَ ًْ ِي ََِ َح نَّتًَُ ْل ََضَ َغ ْي‬


“Roh seorang mukmin itu akan tergantung dengan hutangnya
sehinggalah dijelaskan daripadanya”.

Seterusnya menjadi kewajipan juga untuk menguruskan harta pusaka

yang ditinggalkan sekiranya dia mempunyai harta.

7.0 PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA SI MATI

1) Memejamkan mata si mati dengan mengurutnya perlahan-lahan

selembut yang boleh sambil membaca :

ََِ ‫ْيَ ََوا َْخَلَُْف ََُ ِ َفَ ََغَِلَِب‬


ََ ّ ًَِ‫َََالَل ن َُِ نَمَا َْؾَِف َْر َََُلَ ََو َْارَفََْعَ ََدََر ََحَتَ ََُ ِ َفَاَلْ ََمِْ َِد‬،َ‫للا‬
َِ ََِ‫َّلََِم نَِّلَََر َُسول‬ َ َ َ‫للاَ ََوَػ‬
َِ َ‫َِب َْس َِم‬
َ .َِ ِ‫ْيَ ََوافَْ ََس َْحَ َََُلَ ِ َفََكَ َِْْبٍَََِ َوَه َ َِّو َْرَ َََُلََِف‬ ََ ‫بَاَلََْؼاَل ََِم‬ ََ ‫ِ َفََاَلْـَاَِبَِر‬
ََ َ‫ٍنَ ََوا َْؾَِف َْرََل ََي‬
َ‫اَو َََُلَ ََي َََر ن‬
2) Ikat dagu si mati dengan menggunakan kain yang agak lebar dengan

dililitkan dikepalanya. Tujuannya untuk mengelakkan daripada mulut

turun ke bawah atau terbuka.

3) Seterusnya gosokkan sendi-sendi dengan menggunakan minyak dan

gerak serta lipatkan perlahan-lahan semua sendi, tangan, kaki, lutut

dan lembutkan jari-jemari. Tujuannya adalah untuk memudahkan

urusan memandikannya nanti.

4) Kemudian pindahkan jenazah ke tempat yang tinggi seperti katil

12
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

kemudian letakkan logam atau besi yang berat sekitar 1 pound di atas

perut si mati. Tujuannya adalah untuk mengelakkan daripada berlaku

kembung.

Ahli keluarga si mati hendaklah berusaha untuk menjelaskan segala

hutang yang ditinggalkan. Terdapat lima kewajipan utama yang ditaklifkan

kepada mereka yang masih hidup (fardu kifayah) untuk dilaksanakan apabila

berhadapan dengan satu kematian:

1) Memandikan.

2) Mengkafankan.

3) Menyembahyangkan.

4) Mengusung jenazah ke kubur.

5) Mengebumikan.

Untuk perhatian :

Semua perbelanjaan untuk menguruskan jenazah hendaklah diambil

daripada harta peninggalan si mati, kecuali isteri dan anak. Isteri diwajibkan ke

atas suami manakala anak diwajibkan ke atas bapa. Sekiranya si mati tadi tidak

mempunyai harta maka ia menjadi kewajipan kepada orang yang wajib

menanggung perbelanjaannya ketika hidup dan sekiranya tiada juga maka

kewajipan itu akan berpindah kepada Baitulmal. Sekiranya Baitulmal tidak ada di

tempat tersebut maka ianya akan menjadi kewajipan kepada mana-mana Muslim

yang mampu atau kaya di tempat tersebut.

8.0 MEMANDIKAN JENAZAH

Memandikan jenazah hukumnya fardhu kifayah secara ijma’.

13
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

8.1 SYARAT JENAZAH YANG DIWAJIBKAN MANDI

1) Jenazah Islam.

2) Didapati anggota walaupun sedikit.

3) Bukan anak keguguran yang belum bersifat iaitu sebelum 4 bulan

(akan dijelaskan dengan lebih detail kemudian).

4) Bukan jenazah mati syahid dunia dan akhirat iaitu berperang fi

sabilillah. Oleh itu dia tidak dimandikan, tidak dikafankan dan tidak

disembahyangkan, hanya dikebumikan dengan pakaian perangnya

sahaja di sisi jumhur fuqahak. Manakala syahid dunia seperti mati

kerana penyakit taun, cirit-birit, terbakar dan sebagainya maka wajib

dimandikan, kecuali darurat maka dipindah kapada tayammum.

8.2 ORANG YANG BOLEH MEMANDIKAN JENAZAH

Kewajipan asal memandikan jenazah ialah lelaki memandikan jenazah

lelaki dan perempuan memandikan jenazah perempuan.

Orang yang lebih aula dalam memandikan jenazah lelaki ialah mereka

yang lebih aula dalam menyembahyangkannya mengikut tertib iaitu:

1) Golongan lelaki yang menjadi „asabah daripada nasab dengan si mati

mengikut tertib iaitu iaitu ayah, datuk, anak lelaki, cucu lelaki,

saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki kandung, dan

kemudian begitulah seterusnya.

2) Golongan lelaki yang menjadi „asabah dengan sebab wala' dengan si

mati

3) Imam atau naibnya.

14
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

4) Golongan lelaki zawil arham bagi si mati.

5) Golongan lelaki ajnabi. Lelaki ajnabi didahulukan daripada isteri si

mati kerana hendak keluar daripada khilaf.

6) Isteri si mati. Harus isteri memandikan jenazah suami mengikut

pendapat jumhur ulamak. Tidak harus di sisi mazhab Hanafi dan satu

pendapat dalam mazhab Syafie.

7) Golongan perempuan yang mahramiah dengan si mati.

Manakala mereka yang paling aula dalam memandikan jenazah

perempuan pula dengan mengikut tertib ialah:

1) Kaum kerabat perempuan yang mahramiah.

2) Kaum kerabat perempuan yang menerima „asabah dengan sebab

wala'.

3) Perempuan-perempuan yang ajnabiah. Perempuan ajnabiah

didahulukan daripada suami si mati kerana hendak keluar daripada

khilaf.

4) Suami si mati. Harus bagi suami memandikan jenazah isteri mengikut

pendapat jumhur ulamak. Tidak harus di sisi Mazhab Hanafi dan satu

pendapat dalam mazhab Syafie.

5) Golongan lelaki yang mahram dengan si mati.

Mengikut pendapat yang asah dalam mazhab Shafi’e, sekiranya berlaku

satu kematian di mana seorang lelaki meninggal di suatu tempat yang tiada

kaum lelaki melainkan perempuan ajnabi sahaja maka kewajipan memandikan

jenazah berpindah kepada tayammum sahaja dengan menjaga pandangan

daripada aurat lelaki.

15
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

Begitu juga apabila seorang perempuan meninggal di tempat yang tiada

perempuan sedangkan dia tidak mempunyai suami atau mahram lelaki maka

ianya mesti ditayammumkan juga oleh lelaki ajnabi dengan menjaga pandangan

daripada aurat si mati.

Jenazah kanak-kanak lelaki atau perempuan yang belum mempunyai

nafsu syahwat boleh dimandikan oleh perempuan atau lelaki. Begitu jaga jenazah

khunsa musykil boleh dimandikan oleh perempuan dan lelaki apabila tidak ada

mahram baginya.

8.3 HUKUM MELIHAT AURAT SI MATI

Menutup aurat si mati adalah wajib. Haram bagi orang yang memandikan

jenazah atau selainnya melihat aurat si mati begitu juga menyentuhnya. Bagi

mereka yang hendak memandikan jenazah apabila sampai kepada aurat si mati

hendaklah menggalas tangannya sama ada dengan menggunakan sarung tangan

atau seumpamanya dan mengikut sesetengah pendapat makruh menyentuh

tubuh si mati tanpa alas.

8.4 SYARAT-SYARAT ORANG YANG MEMANDIKAN JENAZAH

1) Juru mandi mesti seorang manusia atau jin.

2) Bukan pembunuh si mati – bagi pembunuh akan gugur hak

mamandikan mayat hinggalah menanamnya.

Tidak diwajibkan niat mandi kepada mayat, kerana itu sah pemandian

sekiranya dilakukan oleh orang kafir atau orang yang belum mukallaf di sisi

jumhur fuqahak. Walaupun begitu disunatkan niat untuk keluar dari khilaf

mazhab Hanafi yang mewajibkannya.

16
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

Manakala mewudu'kan jenazah hukumnya sunat tetapi niatnya adalah

wajib.

Ringkasnya memandikan jenazah hukumnya wajib tetapi niatnya sunat

dan mewudu'kan janazah adalah sunat tetapi niatnya wajib.

Perkara utama yang diperlukan untuk orang yang memandikan jenazah

ialah amanah. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

7
َ ‫َلًَُـ ِ َّس ْلَ َم ْوتَ ُ ُْكَا نٕلَالْ َمأْ ُموه‬
َ‫ُون‬
“Jangan memandikan orang mati dari kalangan kamu kecuali orang-
orang yang beramanah”.

Dan sebaiknya ialah orang yang terdekat dan disayangi oleh si mati

dengan syarat dia mengetahui tentang kewajipan mandi. Bagi orang yang mati

dalam keadaan junub dan haid memadai hanya satu mandian sahaja.

8.5 PERKARA YANG SUNAT DILAKUKAN KETIKA MEMANDIKAN

JENAZAH

Mengulangi mandian sebanyak tiga kali, di mana mandian pertama adalah

wajib manakala yang kedua dan ketiga adalah sunat. Mandian yang pertama

adalah dengan air mutlak manakala yang kedua dengan air bidara dan yang

ketiga dengan air kapur barus. Makruh memandikan jenazah melebihi tiga kali

sekiranya sudah bersih.

Sekiranya mandian yang ketiga tidak dapat membersihkan najis yang ada,

ulangi kepada lima, tujuh dan seterusnya hingga bersih. Sunat mewitirkan

bilangan sebagaimana hadis Rasulullah SAW:

ْ َ ‫َا ْؾ ِسلْْنَ َاَثَ ََل ًًثَأ ْو‬


َ‫ََخ ًساَأ ْوَ َست ْب ًؼاَأ ْوَأ ْن َ ََثَ ِم ْنَ َذ ِ َِلَا ْن ََرأًْ ُ نُتَ َذ ِ َِل‬
ِ
“Mandikanlah dia dengan bilangan ganjil, tiga kali, lima kali atau

7
Riwayat Ibn Majah.

17
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

tujuh kali, jika hal itu kalian anggap perlu.”

Menggunakan wangian dalam mandian yang terakhir seperti kapur barus

dan seumpamanya tetapi yang sebaik-baiknya air kapur barus. Disunatkan juga

menggunakan air bidara atau sabun.

Sunat memasang setangi terutamanya ketika mengeluarkan najis untuk

menghilangkan bauan yang busuk.

Sunat mengulangi melembut-lembutkan sendi setelah selesai memandikan

untuk memudahkan pengkafanan.

Mengikut mazhab Syafie, sunat menyikat rambut perempuan dan janggut

si mati sekiranya tebal dengan menggunakan sikat yang jarang.

8.6 CARA-CARA MEMANDIKAN MAYAT

Sekurang-kurang mandian bagi jenazah ialah dengan meratakan air ke

seluruh tubuh setelah dibersihkan najis-najis yang ada. Manakala yang sebaiknya

ialah:

1) Dimandikan di tempat yang bersih dan tertutup daripada pandangan

umum. Hanya orang yang memandikan dan penolongnya sahaja yang

boleh berada di tempat itu.

2) Tutupkan mayat tadi dengan menggunakan kain yang boleh menutup

keseluruhan badan, sementara bahagian muka boleh ditutup atau

sebaliknya, tetapi yang sebaiknya ditutup untuk mengurangkan

kesakitan semasa mencurahkan air nanti. Air yang hendak dicurah itu

hendaklah di atas kain sebagaimana dinyatakan dalam satu riwayat

ketika memandikan mayat Rasulullah SAW:

18
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

8
َ ‫ونَالْ َم َاءَفَ ْو َقَالْلَ ِم َِص ََوًُدَ ِل ّ َُوهََ ََُِبلْلَ ِم َِصَد‬
َ‫ُونَأًْ ِد ِهي ْم‬ َ ‫َفَـ ََسلُو ٍُ ََوػَلَ َْ ََِكَ ِم َُطًََُ َ ُطب‬
“Mereka memandikannya (Rasulullah) dalam keadaan
berpakaian dan mencurahkan air serta menggosok Baginda di
atas pakaian tersebut”.

3) Juru mandi dan penolongnya disunatkan memakai sarung tangan

ketika menyentuh dan menggosok tubuh mayat selain dari aurat dan

kemaluannya, manakala memakai sarung tangan untuk menyentuh

kemaluan dan aurat mayat adalah wajib. Bagi setengan pendapat

makruh menyentuh mayat tanpa alas ketika memandikan jenazah.

4) Kemudian hendaklah didudukkan sedikit mayat tadi dengan perlahan-

lahan dan lemah-lembut. Sandarkan belakangnya ke lutut kanan

orang yang memandikan dan tangan kanan memegang bahu kanan

mayat. Tangan kiri yang beralas mengurut perut si mati perlahan-

lahan supaya najis yang ada akan keluar. Air hendaklah sentiasa

dicurahkan supaya najis yang keluar akan turun ke bawah. Disunatkan

memasang setanggi ketika mengeluarkan najis serta bersihkan

tempat keluar najis itu kemudian buang sarung tangan yang pertama.

5) Kemudian baringkan semula jenazah tadi, dengan menggunakan

sarung tangan baru masukkan jari ke mulut si mati serta gerakkan jari

di atas gigi perlahan-lahan dan jangan sekali-kali membuka mulutnya.

Mata, telinga dan hidung juga hendaklah dibersihkan.

6) Wudhu’kan si mati dengan lafaz niat dan niat mandi kepada si mati.

Berniat wudhu’ adalah wajib manakala berniat mandi adalah sunat.

7) Bersihkan kepala dan janggut, sekiranya janggut dan rambut itu tebal,

sikatkan dengan menggunakan sikat yang jarang untuk mengelakkan

gugurnya rambut. Sekiranya terdapat rambut yang gugur semasa

mandi hendaklah dikumpulkan dan dikafankan bersama.

8
Subul al-Salam Sharh Bulugh al-Maram, 508: 2/4, Kitab al-Janaiz, Darul Hadith, Kaherah.

19
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

8) Basuh kepala dahulu, kemudian basuhlah leher dan badan di sebelah

lambung kanan, celah-celah kemaluan, dada, lutut dan hingga ke

hujung kaki yang merangkumi sebahagian kanan badan. Kemudian

dibaringkan semula, basuhkan lambung kiri sebagaimana basuhan

lambung kanan tadi. Tidak perlu mengulangi semula ketika

meneruskan mandian, sebaliknya teruskan dengan membasuh dari

tengkok ke bawah.

9) Mandian hendaklah sebanyak tiga kali. Mandian pertama adalah wajib

manakala yang ke dua dan ketiga adalah sunat. Sekiranya mandian

yang ketiga masih tidak dapat menghilangkan najis yang ada, ulangi

kepada lima, tujuh dan seterusnya hingga bersih dan sunat diwitirkan.

10) Sunat menggunakan air daun bidara atau sabun atau seumpamanya

yang sifatnya boleh membersihkan.

11) Mandian yang ketiga dan terakhir sunat dengan menggunakan air

kapur barus atau wangian, tetapi yang afdhal ialah air kapur barus.

12) Boleh meletakkan bauan-bauan pada si mati selepas dimandikan.

Antara bauan yang afdhal ialah kapur barus.

13) Memandikan jenazah dengan menggunakan air sejuk biasa lebih

afdhal daripada menggunakan air panas kecuali ketika berhajat.

14) Disunatkan memperbanyakkan zikir kepada Allah dan mendoakan

kepada jenazah ketika memandi dan mengkafankannya.

15) Haram menelengkop jenazah.

Untuk perhatian :

Sebarang benda yang gugur semasa mandian seperti rambut dan

sebagainya hendaklah disimpan dan kemudiannya dikafankan bersama dengan

20
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

jenazah. Sekiranya didapati najis keluar selepas dimandikan, tidak perlu lagi

mengulangi mandian tadi, tapi hanya diwajibkan membuangnya dan membasuh

tempat yang keluar najis tersebut.

9.0 MENGKAFANKAN JENAZAH

9.1 HUKUM MENGKAFANKAN JENAZAH

Mengkafankan jenazah adalah fardhu kifayah. Kafan memadai dengan

sekurang-kurangnya dengan satu lapisan sahaja yang menutupi seluruh badan si

mati selain dari kepala bagi lelaki dan selain dari muka bagi perempuan yang

dalam ihram.

Mengikut pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie wajib

dikafankan dengan tiga lapis sama ada mayat lelaki atau perempuan sekiranya

kos pengkafanan itu daripada harta mayat sendiri dan dia tidak pernah berwasiat

supaya dikafankannya dengan satu helai kain.

Oleh itu sebaik-baiknya ialah tiga lapis bagi lelaki dan lima lapis bagi

perempuan. Boleh mengkafankan jenazah dengan mana-mana kain tetapi sebaik-

baiknya berwarna putih. Hadis Rasulullah SAW:

َ‫َاَّللَػَلَ َْ َِ ََو َس ن َْلَالْبَ ُسواَ ِم ْنَ ِث ََا ِب ُ ُْكَالْ َب ََ َاضَفَاَّنن َاَ ِم ْن‬
ُ ‫َاَّلل ََض نَّل ن‬ ِ ‫ول ن‬ ُ ‫َغ ْنَابْ ِنَ َغبن ٍاسَكَا ََلَكَا َل ََر ُس‬
ِ ‫خ ْ َِيَ ِث ََا ِب ُ ُْك ََو َن ِفٌُّواَ ِفهيَاَ َم ْوتَ َُُْك‬
“Pakaikan kain putih kerana ianya dari sebaik-baik kain kamu dan
kafankan orang-orang mati itu di kalangan kamu dengannya".

Hendaklah mengkafankan jenazah dengan cara yang sebaik-baiknya.

َ‫َ َا َذاَ َنفن َنَأ َحدُ ُ ُْكَأخَا ٍَُفَلْ َُ َْ َِس ْن‬: َ‫َاَّللَػَلَ َْ َِ ََو َس ن َْل‬ ِ ‫ول ن‬
ُ ‫َاَّلل ََض نَّل ن‬ ُ ‫َكَا َل ََر ُس‬: َ‫َكَا َل‬،َ‫َغ ْنَ َخا ِب ٍر‬
ِ
" َُ ٌَ‫َن َف‬
“Apabila seseorang kamu mengkafankan saudaranya elokkanlah
kafanannya”.

Segala pengurusan untuk kafan hendaklah diambil dari harta si mati dan

21
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

hendaklah mendahulukan kafan daripada menjelaskan hutangnya.

Tidak harus mengkafankan jenazah melainkan dengan menggunakan kain

yang halal digunakannya semasa hidup. Oleh itu tidak boleh mengkafankan

jenazah lelaki dengan sutera, kecuali sekiranya tidak ada kain lain melainkan kain

sutera sahaja. Begitu juga makruh mengkafankan jenazah dengan kain berwarna

kuning.

Sebaik-baiknya gunakan kain yang terpakai, dan sekiranya tidak ada kain

untuk dikafankan bolehlah menggunakan kulit, rumput, dan tanah. Kain kafan

tadi juga mestilah bersih dari sebarang najis.

Makruh berlebihan dalam mengkafankan jenazah. Begitu juga makruh

orang yang masih hidup menyediakan kain kafan untuk dirinya sendiri kecuali

dari warisan para solihin, hukumnya diharuskan. Menggunakan kain kafan selain

dari warna putih juga adalah makruh. Haram menulis sebarang ayat al-Quran

atau nama Allah di atas kain kafan.

9.2 CARA MENGKAFANKAN JENAZAH

Sebelum itu di letakkan dulu lima tali pengikat iaitu membetuli hujung

kepala, bahu, pinggang, lutut dan hujung kaki.

Bentangkan kain kafan, kemudian taburkan kapur barus ke atasnya.

Bentangkan kain kafan yang kedua juga taburkan kapur barus ke atasnya.

Bentangkan pula kain lapisan yang ketiga. Letakkan mayat tadi dengan perlahan-

lahan secara menelentang. Tangan si mati hendaklah diletakkan sepertimana

qiam dalam sembahyang.

Kemudian guntingkan kapas kecil-kecil untuk diletakkan di setiap sendi

dan anggota sujud. Ambil sekeping kapas dan masukkan kapur barus ke

dalamnya kemudian letakkan kapas itu pada kemaluan si mati, tetapi jangan

22
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

sampai masuk ke dalamnya.

Seterusnya hendaklah diikat mayat tadi supaya tidak terurai kapas-kapas

yang ada, dan ikatan tersebut hendaklah dibuka apabila dikebumikan nanti.

Perlu diingat bahawa orang yang mati dalam ihram tidak boleh diletakkan

sebarang bauan ketika mengkafankan jenazahnya serta haram menutup muka

perempuan dan kepala lelaki yang mati dalam ihram.

10.0 SEMBAHYANG JENAZAH

Sembahyang jenazah hukumnya fardhu kifayah. Ia boleh dilakukan pada

bila-bila masa walaupun pada waktu yang dimakruhkan. Boleh dilakukan secara

berseorangan tetapi sunat dilakukan secara berjemaah dan jamaahnya hendaklah

dilakukan tiga saf.

10.1 SYARAT JENAZAH YANG HENDAK DISEMBAHYANGKAN

1) Suci dari hadas.

2) Menutup aurat.

3) Mayat Muslim.

4) Bukan mati syahid dunia akhirat.

5) Suci dari najis pada badan, kain dan tempat.

10.2 RUKUN-RUKUN SEMBAHYANG JENAZAH

Terdapat tujuh rukun sembahyang jenazah seperti sepertimana berikut:

1) Niat.

23
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

2) Berdiri bagi orang yang berupaya.

3) Empat takbir termasuk takbiratul ihram.

ِّ ِ ‫َاَّللَػَلَ َْ َِ ََو َس ن َْل ََض نَّلَػَ ََّلَالين ََج‬


‫اَشَفَ ََ ن َْبَأ ْرَ َ ًؼا‬ ُ ‫َغ ْنَأ ِِبَُ َُرٍْ َرةََأ ننَالين ِ نِب ََض نَّل ن‬
4) Membaca al-Fatihah selepas takbir yang pertama.

5) Selawat kepada Nabi selepas takbir yang kedua, sekurang-kurang

selawat ialah:

َ‫اللنِ نُم ََض ِ ّلَػَ ََّلَ ُم ََ نم ٍد‬


dan sebaik-baiknya ialah:

َ َ َ‫اللنِ نُم ََض ِ ّلَػَ ََّلَ ُم ََ نم ٍد َََوػَ ََّلَأٓلِ َ ُم ََ نم ٍد َ ََمَك ََضل ن َْ َََػَ ََّلََاَْب ََرا َُِ ََيَ ََوَػ‬
َ ْ‫َّلَأٓلِ َا ْب َرا ُِ َي ََو ََب ِرك‬
ِ ِ
َ‫َّلَأٓلِ َا ْب َرا ُِ َي َِِفَالْ َؼال َ ِم َْيَاه َنم‬ َ َ َ‫ػَ ََّلَ ُم ََ نم ٍد ََوػَ ََّلَأٓلِ َ ُم ََ نم ٍد َ ََمَك َََب َر ْن َََػَ ََّلََاَْب ََرا َُِ ََيَ ََوَػ‬
ِ ِ ِ
‫َ َِحَ ٌدَ َمجِ َ ٌَد‬
6) Doa kepada si mati selepas takbir yang ketiga.

7) Salam selepas takbir yang keempat. Sebelum salam disunatkan

membaca:

ََ َ‫ََ ِر ْمٌَاَأ ْح َر ٍُ ََو َلَتَ ْف ِتيناََ َ ْؼدَ ٍََُ ََوا َْؾَِف َْرََل ََي‬
...َ‫اَو َََُل‬ ْ َ ‫اللنِ نُم ََل‬
Dalam menunaikan sembahyang jenazah, perempuan boleh makmum

kepada imam lelaki. Jika sesama perempuan disunatkan sembahyang

berseorangan dan boleh juga berjemaah. Kanak-kanak kecil yang tidak ada

tanda-tanda hidup semasa lahirnya tidak wajib disembahyangkan.

َ‫الط ْف ُل ََلًَُ َط نَّلَػَلَ َْ َِ ََو َلٍََ ِر ُث ََو َلًَُ َور ُثَ َح نَّت‬
ِّ َ‫َاَّللَػَلَ َْ َِ ََو َس ن َْلَكَا ََل‬
ُ ‫َغ ْنَ َخا ِب ٍرَ َغ ْنَالين ِ ِ ِّب ََض نَّل ن‬
‫ٌ َ ْستَتَ ِ نَل‬
“Kanak-kanak kecil tidak disembahyangkan ke atasnya, tidak
mengambil pusaka dan tidak diambil pusaka darinya melainkan
bersuara semasa keluar dari perut ibunya”.

Orang yang mati syahid dalam peperangan tidak perlu disembahyangkan

tetapi yang syahid selain dari berperang hendaklah disembahyangkan.

24
‫‪Program Pengurusan Jenazah‬‬ ‫‪Abdul Azib Hussain‬‬

‫‪10.3‬‬ ‫‪CARA MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH‬‬

‫)‪1‬‬ ‫‪Melafazkan niat seperti:‬‬

‫هللََتَََؼ َالَ‬ ‫ضَ َِنََفاًَ َ ًَةَََمَأَُْموًَم َ‬


‫اَ(اََماًَما)َِ َِ‬ ‫اَضَأََْرَ َََعََتَ َََِْب ََي ٍَ‬
‫اتََفََْر َ َ‬ ‫َّلَ ََُ ََذاَاَلْ ََم ِ َّ َِ‬
‫ََاَلْ ََح ِ َِ‬ ‫لَ َػَ َ َ‬
‫َُأ ََض ِ ّ َ‬
‫ِ‬
‫)‪2‬‬ ‫‪Niat sama ada hadir atau ghaib. Lelaki atau perempuan.‬‬

‫)‪3‬‬ ‫‪Takbir pertama seterusnya baca al-Fatihah.‬‬

‫)‪4‬‬ ‫‪Takbir kedua seterusnya baca selawat.‬‬

‫)‪5‬‬ ‫‪Takbir ketiga seterusnya baca doa kepada mayat. Antara doa bagi‬‬

‫‪mayat yang telah baligh ialah:‬‬

‫َُ‪َ,‬وا ْؾ ِس ُْلَُ‬
‫َُ‪َ,‬و َو ِّس ْعَ ُمدْ خ ََُل َ‬ ‫َُ‪َ,‬وػَا ِف َِ ََواغ ُْفَ َغ ْيَ َ‬
‫َُ‪َ,‬وأ ْن ِر ْمَىُ ُز ََل َ‬ ‫"َاللنِ نُمَا ْؾ ِف ْر َََل ََُو ْار َ َْحَ َ‬
‫َ‪َ,‬وه َ ِلّ ََِ ِم َنَالْخ ََط َاي َ ََمَكًَُيَلنىَالث ْنو ُبَاِلََْ ََ ُظَ ِم َنَاَلن و َ ِس َ‬
‫َ‪َ،‬وأََْ َِد َْلَُد ًَاراَ‬ ‫َِبلْ َما ِء ََوالثنلْ ِج ََوالْ َ َْب ِد َ‬
‫َ‪َ,‬وأ ْد ِخ ُْلَُالْ َجين َة َ‬
‫َ‪َ,‬وأ ِػ ْذٍََُ‬ ‫َ‪َ,‬و َز ْو ًخاَخ ْ ًَياَ ِم ْن ََز ْوخِ َِ َ‬
‫َ‪َ,‬وأَُْلَخ ْ ًَياَ ِم ْنَأُ ِ ُِْل َ‬ ‫خ ْ ًَياَ ِم ْنَد َِار ٍِ َ‬
‫ِم ْنَػَ َذ ِابَالْلَ ْ ِْب َ‬
‫َ‪َ,‬و ِم ْنَػَ َذ ِابَالين َِار" َ‬
‫‪Manakala jenazah kanak-kanak yang belum baligh hendaklah dibaca‬‬

‫‪doa berikut:‬‬

‫اَوثَ ِلّ ْلَ َِ ََِ‬ ‫اَو ِغ َظ ًة ََوا ْغَِ َب ًار َ‬


‫اَو َْ ِفِ ًؼ َ‬
‫اَوأ ْح ًر َ‬ ‫َاح َؼ ُْلَُ ِل َو ِ َاَلًْ ََِفَ َر ًط َ‬
‫اَو َسلَ ًف َ‬
‫اَو ُذخ ًْر َ‬ ‫َالل ن ُِ نم ْ‬
‫اَ‪َ،‬و َلَتَ ْف ِتْنْ ُ َماََ َ ْؼدَ ٍََُ َو َل َ ْ‬
‫ََ ِر ْم ُِ َماَأ ْح َر ٍَُ َ‬ ‫َالط ْ َْبَػَ ََّلَكُلُوبِ ِ َم َ‬
‫اَ‪َ،‬وأفْ ِر ْغ ن‬ ‫َم َو ِازٍْنَ ُ َم َ‬
‫)‪6‬‬ ‫‪Takbir ke empat beri salam sebelum itu bacalah doa:‬‬

‫اَو ََل ََُو ِلخ َْوا ِهيَ ن ِ‬


‫اَال ٍَنَ َست َب ُلوانَ ََبَِ ْلَم َ ِان ََو َلَ‬ ‫َ‬ ‫ََ ِر ْمٌَاَأ ْح َر ٍُ ََو َلَتَ ْف ِتيناََ َ ْؼدَ ٍُ ََوا ْؾ ِف ْرَلَيَ‬
‫اللنُِ نم ََل َ ْ‬
‫ِ‬ ‫َ َْت َؼ ْل َِِفَكُلُو َِيَاَ َِؿ اَلَ ِل ن َِّل ٍَنَأ ٓ َمٌُو َاَرَنيَ ِاَاه َنم ََر ُء ٌوف ََر ِح ٌَي‬
‫ِ‬
‫)‪7‬‬ ‫‪Doa kepada mayat selepas memberi salam dengan doa rahmat dan‬‬

‫‪dijauhi dari azab kubur seperti:‬‬

‫اَو َض ِـ ِيانَ ََو َنب ِِيانَ ََو َذ ََن ِرانَ ََو ُأهْثَاانََ‪َ.‬اللنِ نُمَ َم ْنَ‬ ‫اَو َْا ُِ ِدانَ ََوؿَائِ ِبٌَ َ‬ ‫اللنِ نُمَا ْؾ ِف ْرَحل َ ِ َّيَ َ‬
‫اَو َم ِِّ َِيَ َ‬
‫انَ‪َََ،‬الَل نَُِ نَمَ ِ ََب َِّقَ‬
‫َ‪َ،‬و َم ْنَت ََوف ن ِْ ََََُ ِمٌناَفَتَ َوفنََُػَ ََّلَالَم َ َِ‬ ‫َال ْسَل ِم َ‬ ‫أ ْح َِ َََََُْ ِمٌناَ‪َ،‬فَأ ْح ِِ ََِػَ ََّل‬
‫ِ‬ ‫بَ ََُ ََذاَاَلْ ََم ِ َّ َِ‬
‫ََ‪َََ،‬الَل نُِ نَمَ َْ‬
‫اح ََؼ َْلََكَ ََْْبٍََََُرَْوضََ ًَةَ‬ ‫ِ‬
‫َسَت ِ َّ َِدانََََُم َََ نَم ٍَدَ ََو ِ ََب َِّقَأٓلََِ َسَت ِ َّ َِدانَََ َُم َََ نَم ٍَدَأَ نَلََتََُؼ َِّذ ْ َ‬
‫‪25‬‬
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

َ‫ََت ََؼ َْلََكَ ََْْبٍََُ َُحَْف ََرًَةََِم َْنَ َُحََف َِرَالَِيّ ََي ِان‬ َِ َ‫ضَاَلْجََِي‬
ََْ ‫انَ ََو ََل‬ َِّ ‫َِم‬
َ ِ ‫نَر ََي‬

10.4 PERKARA YANG SUNAT BAGI SEMBAHYANG JENAZAH

1) Mengangkat tangan ketika takbir.

2) Semua bacaan dibaca dengan senyap.

3) Berjemaah - makin ramai semakin baik.

4) Hendaklah berjamaah dalam tiga saf sekiranya boleh kerana galakan

hadis Rasulullah SAW.

5) Kedudukan imam hendaklah membetuli kepala mayat sekiranya

mayat lelaki di mana kepala mayat diletakkan sebelah kiri imam.

Manakala mayat perempuan, imam hendakalah berdiri di pertengahan

mayat dengan kepala mayat diletakkan sebelah kanan imam.

10.5 IMAM SEMBAHYANG JENAZAH

Yang utama dalam sembahyang jenazah ialah orang yang diutamakan

dalam memandikan jenazah tersebut. Sekiranya sama darjat di antara juru

mandi seperti dua beradik maka didahulukan yang lebih berumur dari yang lebih

faqih, berbeza dengan memandikan mayat yang mana didahulukan padanya yang

lebih faqih dari yang lebih berumur.

26
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

11.0 MENGEBUMIKAN JENAZAH

11.1 KELEBIHAN MENGEBUMIKAN JENAZAH

Sabda Nabi SAW:

َ: َ‫ََِكِ َل‬.َ‫َو َم ْن ََِِْدَ َُاَ َح نَّتَتُدْ فَ َنَفَ َُلَُ ِك َي َاط ِان‬.َ َ ‫َم ْن ََِِْدَ َالْجِ يَ َازةََ َح نَّتًَُ َط ِ ّ َلَػَلَهيْ َاَفَ َُلَُ ِك َي ٌاط‬
َِ ْ َ ‫َ ِمثْ ُلَالْ َج َبلَ ْ ِْيَالْ َؼ ِظمي‬: َ‫َو َماَالْ ِل َي َاط ِانَ َكَا َل‬
‫ْي‬
“Barang siapa yang menyaksikan jenazah sehingga
disembahyangkannya nescaya akan diberi pahala satu qirat. Dan
barang siapa yang menyaksikan jenazah sehingga dikebumikannya
diberi pahala dua qirat. Ditanya kepada Rasulullah SAW: Apakah
yang dimaksudkan dengan qirat itu? Jawab Baginda: Iaitu pahala
yang menyamai dua bukit besar".

Membawa jenazah hanyalah untuk lelaki sama ada jenazah lelaki atau

perempuan. Sebelum bergerak meninggalkan halaman rumah menuju ke kubur

disunatkan membaca al-Fatihah sebanyak tiga kali. Caranya selepas melangkah

selangkah dibaca sekali sehingga tiga langkah dengan tiga al-Fatihah.

Sunat berdiri apabila mayat diusung berhampiran dengan kita dan dibaca

doa:

َ‫لَاَلَُْلدَ َو ُس‬
َُ ِ ‫انَاَلْ ََم‬ َِ ‫انَ ن‬
ََ ‫ال‬
ََ ‫ىَلًََ ََُموتََُ ُسَتَْب ََح‬ ََ ‫ُسَتَْب ََح‬
Disunatkan kepada kita berada di tempat pengebumian sehingga selesai.

Boleh mengebumikan jenazah pada waktu malam tetapi disunatkan pada waktu

siang.

11.2 CARA-CARA MENGEBUMIKAN JENAZAH

1) Hendaklah diturunkan seberapa cermat yang boleh, lemah-lembut dan

penuh hormat dalam suasana yang tenang. Disunatkan membaca doa:

.‫َللاَ َػََلََ ََِ ََو ََس نََْل‬


َُ ‫َّل‬ َِ ََِ‫َّلََِم نَِّلَََر َُسول‬
َ ‫للاَ ََض ن‬ َ َ َ‫للاَ ََوَػ‬
َِ َ‫َِب َْس َِم‬
“Dengan nama Allah (kami letakkan kamu di sini dan
berdasarkan agama Islam yang disampaikan oleh Rasulullah

27
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

SAW)”.

2) Letakkan jenazah ke dalam liang lahad dan baringkan ke atas

lambung kanan dengan mengadap kiblat.

3) Disendalkan dengan ketulan tanah supaya jenazah itu tidak terbalik

dari mengadap kiblat.

4) Tutup liang lahad dengan papan.

5) Sunat meraub tanah tiga raub selepas memasukkan mayat ke dalam

liang lahad atau selepas ditutup dengan papan dan diletakkan

dibelakang mayat. Pada rauban pertama bacakan )‫ (مْنػاََخللٌػاُك‬pada

rauban kedua )‫ (وفهياََهؼَدُك‬dan pada rauban ketiga )‫(ومْناََخنرحُكََترةََ ٔأخرى‬.

6) Timbuskan tanah dengan perlahan-lahan dan cermat. Pastikan supaya

tanah tidak memasuki lubang liang lahad tadi.

7) Sunat meninggikan kubur dari paras bumi sejengkal.

8) Hendaklah dibuka tali pengikat kafan dan dibuka sedikit supaya pipi

mayat tersentuh tanah.

9) Sunat ditanam atasnya ranting kayu yang hidup dan sebagainya

kerana hadis Rasulullah SAW.

10) Sekiranya dikebumikan di tanah perkuburan wakaf harus diletakkan

tanda seperti batu nisan dan sebagainya yang bukan binaan supaya

mudah dikenali.

12.0 KEWAJIPAN TERHADAP ANAK YANG GUGUR

1) Jika ada tanda-tanda anak tersebut hidup semasa lahirnya seperti

bergerak, bernafas, menangis dan seumpamanya maka hukum yang

28
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

dikenakan ke atasnya samalah seperti mayat orang biasa.

2) Jika tiada tanda-tanda hidup tetapi sudah membentuk lembaga

manusia maka mayat tadi hendaklah dimandi, dikafan dan

dikebumikan tanpa disembahyangkan.

3) Sekiranya tiada tanda-tanda hidup dan masih belum membentuk

lembaga manusia memadailah dengan membasuhnya sahaja untuk

dibersihkan daripada darah dan kotoran yang ada, kemudian dikafan

dan ditanam.

13.0 ZIARAH KUBUR

Menziarahi kubur dan hadir ketika mengebumikan mayat hukumnya sunat

bagi lelaki dan bagi perempuan juga dibolehkan tetapi makruh (tidak haram)

mengikut pendapat jumhur ulama’. Walaupun begitu disunatkan juga bagi

perempuan menziarahi kubur Nabi dan para salihin dengan syarat tidak berhias,

tidak berlaku ikhtilat dan tidak menangis yang mengeluarkan suara. Apabila

menziarahi kubur sunat memberi salam dan membaca doa:

ََ ‫للا َِب َُُك‬


ََ ‫َل َِحَُل‬
َ‫ون‬ َِ ‫ْيَ ََواَلْ َُم َْسَِل ََم‬
َُ َ‫اتَ ََوَااننَ ََا َْنَ ََْ ََاء‬ ََ ‫ْيَ ََواَلْ َُم َْسَِل َِم‬
ََ ٌَِ‫اَل ََي َِرَ َِم ََنَاَلْ َُم َْؤَِم‬
َِّ َ‫لس َ ََل َُمَ َػََلَ َْ َُُكَأَ َُْ ََل‬
َ‫ََا ن‬
ِ ِ
َ ‫اَوَلَ َُُُكَاَلََْؼاَِفََِة‬
ََ َ‫للاََل ََي‬
ََ َ‫أَ َْسأَ َُل‬
Disunatkan juga membaca al-Quran seberapa banyak yang boleh.

Menziarahi kubur adalah sunat kerana dengan demikian akan mengingatkan kita

kepada mati.

14.0 TAKZIAH

Sunat memberikan ucapan takziah kepada keluarga si mati sebagai tanda

turut simpati di atas ujian tersebut dengan memberikan nasihat supaya dapat

29
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

bersabar dan menerima kematian dengan berlapang dada.

Takziah sunat dilakukan sama ada sebelum dikebumikan atau selepasnya

dalam masa tiga hari. Dan makruh memberi takziah selepas dari tempoh

tersebut. Takziah selepas dikebumikan lebih baik daripada sebelumnya kerana

pada waktu itu ahli keluarga si mati sedang sibuk untuk menguruskan jenazah.

Telah berkata Imam al-Nawawi dalam kitab al-Azkar yang mana

maksudnya:

"Adapun lafaz yang digunakan untuk takziah maka tidak ada


halangan diguna mana-mana lafaz yang memberi maksud takziah.
Walaupun begitu ashab al-Syafie lebih mengalakkan diguna lafaz:

. َ‫َوؾَ َف َرَ ِل َم ِ َّ َِ َم‬،َ


َ َ‫َوأ ْح َس َنَ َغ َز َاءك‬،َ ُ ‫أغ َْظ َم ن‬
َ َ‫َاَّللَأ ْح َرك‬

15.0 HUKUM MENYEDIAKAN MAKANAN

1) Sunat bagi jiran yang berhampiran menyediakan makanan bagi ahli si

mati bukannya keluarga si mati yang menyediakan makanan untuk

mereka. Imam Syafie’ ada menyatakan dalam kitabnya al-Umm:

َ‫و ٔأحبَجليانَاملَََ ٔأوَذيَاللراَةَ ٔأنًَؼملواَ ِٔلُلَاملَََِفًَومََموتَولَلَََطؼام ًا‬


‫َوُوَمنَفؼلَ ٔأُلَاخليَكبلياَوَؼدان‬،‫َوذهرَهرمي‬،‫َفإنَذِلَستية‬،‫ٌشتبؼِم‬
“Dan saya menyukai bagi jiran atau kerabat menyediakan
makanan kepada ahli keluarga si mati pada hari kematian dan
malamnya dengan makanan yang mengenyangkan kerana yang
demikian itu adalah sunnah dan menjadi sebutan yang baik dan
juga merupakan pekerjaan orang yang baik sebelum dan
selepas kami”.

Sabda Rasullullah SAW:

َُ ‫َفَاهنََُكَدْ َ َخ َاء ُ ُْهَأ ْم ٌرٌَ َْش َـلُِ ُْمَ َغ ْي‬،َ‫ْاضيَ ُؼو ِاَِلٓلِ َ َح ْؼ َف ٍر ََط َؼا ًما‬
ِ
“Buatlah makanan untuk keluarga Jaafar. Sesungguhnya telah
mendatangi mereka suatu perkara yang menyibukkan mereka
daripada menyediakannya”.

Sekiranya makanan dan minuman yang dibuat itu melibatkan harta anak

30
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

yatim maka hukumnya haram.

2) Kenduri Arwah:

Islam tidak melarang bahkan menggalakkan umatnya membuat kebajikan.

Bagi mengadakan kenduri arwah ia dibolehkan dengan syarat:

1. Hutang si mati telah dijelaskan.

2. Harta waris telah dibahagikan dan diselesaikan. Walau bagaimanapun

boleh digunakan harta tersebut untuk kenduri walaupun belum

bahagikan dengan syarat diredhai oleh semua waris dan tidak ada dari

kalangan waris yang belum baligh atau cacat akal.

3. Tidak beri’tiqad bahawa hari yang ketiga, lima, tujuh dan seterusnya

disunatkan.

4. Tidak menetapkan mana-mana bilangan hari untuk diadakan kenduri

tersebut.

16.0 HUKUM MENANGIS APABILA MENERIMA BERITA KEMATIAN

Menangis apabila berlaku sesuatu kematian hukumnya harus tetapi haram

bila meraung atau meratap. Diharuskan menangis kerana Rasululllah SAW juga

pernah menangis ketika kematian anaknya Ibrahim. Apabila ditanya, "Wahai

Rasulullah kenapa kamu menangis, bukankah kamu menegah daripada

menangis?" Rasulullah SAW menjawab: “Tidak, akan tetapi aku menegah

daripada meratap-ratap”.

31
Program Pengurusan Jenazah Abdul Azib Hussain

17.0 PENUTUP

Untuk akhirnya kami mendoakan semoga risalah kecil yang serba ringkas

ini dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya apabila berhadapan

dengan jasad yang tidak bernyawa.

Firman Allah SWT:

9
            

"Katakanlah (Wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh


malaikat maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal
kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu
(untuk menerima balasan)".

Wallahu a‟lam.

9
Surah al-Sajdah: 11.

32

Anda mungkin juga menyukai