Anda di halaman 1dari 3

MEREALISASIKAN IMPIAN

“Ayah!”Aira menjerit sekuat-kuatnya demi mendapatkan perhatian ayahnya yang tercinta.


Pak Kassim iaitu ayah kepada Aira menoleh setelah terdengar jeritan anaknya itu dengan muka
yang cemberut.

“Ayah,Aira dapat keputusan cemerlang dalam SPM,11A+!.”Kata Aira dengan harapan akan
memperoleh senyuman di muka ayahnya.

Namun begitu,Aira kecewa dengan air muka ayahnya yang kekal cemberut itu.

“Keputusan SPM itu bukan penting pun dalam kehidupan kamu.Lebih baik kamu bekerja,bantu
keluarga.”Balas Pak Kassim,tegas.

Walaupun pedas perkataan-perkataan yang terkeluar daripada mulut ayahnya itu,Aira tetap
senyum dan meneruskan bicaranya.

“Ayah,Aira dapat tawaran untuk sambung belajar ke luar negara di Amerika Syarikat dalam
bidang kedoktoran.”Bicara Aira teruja.

Setelah Pak Kassim menangkap perkataan yang keluar dari mulut anak perempuannya itu,dia
menumbuk meja dengan kuat.
“Ayah tak benarkan kamu pergi!.”Jawab Pak Kassim tegas.

“Kenapa ayah langsung tak beri peluang kepada Aira untuk lakukan perkara yang Aira
mahu?Kalau Abang Ngah,semua ayah bagi.Tuisyen,kursus,kem ,semua ayah tunaikan
permintaan abang.Kenapa ayah tak pernah sokong Aira untuk mencapai impian Aira?”Luah
Aira sambil air matanya berjuntai tanpa henti.

“Ayah buat semua ni sebab ayah tak mahu Aira menjadi seorang yang tidak mengenal budi mak
ayah!Kamu sama sahaja seperti Kak Long kamu yang tak guna tu.”Berang Pak Kassim kepada
Aira.

Perit hati Aira mentafsir setiap bait yang diperkatakan ayahnya itu.Tidak dinafikan,Aira amat
bangga dengan pencapaian kakak sulungnya itu bermula dengan melanjutkan pelajarannya di
Universiti Oxford,England dan seterusnya berjaya mencapai impiannya dengan bekerja sebagai
doktor pakar yang terkemuka di England pada tahun 2013.Namun demikian, pengaruh asing
mengubah kakaknya itu sehingga alpa dan leka dengan keluarga yang menetap di tanah air
Malaysia ini.

Oleh kerana perbuatan kakak sulungnya itu menyebabkan Pak Kassim tidak percaya lagi
kepada anak perempuannya yang berkeinginan untuk melanjutkan pelajaran kerana gelisah
perkara yang sama akan berulang. Walau bagaimanapun,Aira tidak akan sama sekali
melupakan keluarganya yang banyak mengasuhnya dari kecil lagi.
“Tapi ayah,Aira berjanji tak akan lupakan keluarga kita.Aira mahu menjadi saintis.Berilah Aira
peluang….”Rayu Aira dengan suaranya yang teresak-esak merintih restu.

“Keputusan ayah muktamad,ayah tak benarkan kamu pergi sambung belajar!Kalau kamu mahu
juga,kemas barang-barang kamu.Jangan jejak lagi rumah ini.”Tegas Pak Kassim memberi
amaran.

“Jangan buang Aira ayah….”Rintih Aira dengan hati yang sayu.

“Pergilah engkau!”Halau Pak Kassim.

Aira berlari ke dalam rumah sambil menangis teresak-esak.Dalam keadaannya yang tidak
terurus itu,Aira segera mengemas pakaiannya dan keluar daripada rumah tanpa memberi
salam terakhir kepada keluarganya.Meskipun perit,Aira tetap bertekad untuk sambung belajar
demi merealisasikan impiannya.Tidak Aira lupa untuk memohon keredhaan Tuhan Yang Maha
Berkuasa sepanjang perjalanannya dalam mencari ilmu yang bermanfaat ini.

Aira ingin pergi jauh daripada tempat tinggalnya itu.Oleh itu,dia menelefon sahabat karibnya di
Kuala Lumpur untuk menetap bersamanya.Dengan duit simpanan yang tidak seberapa itu,Aira
menaiki bas ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan baru di sana.

Kehidupannya di Kuala Lumpur serba cukup dengan kemudahan yang disediakan oleh
rakannya,Shafina.

“Shafina,aku mahu minta maaf sebab engkau banyak menolong aku di sini.”Ujar Aira.

“Aku ikhlas tolong engkau.Sudah tak perlu minta maaf.”Balas Shafina dengan senyuman yang
manis.

Meskipun cukup,Aira perlu ingat akan tujuannya ke Kuala Lumpur ini iaitu untuk melanjutkan
pelajarannya ke menara gading.Setelah itu,Aira bekerja di kafe berdekatan kawasan
perumahan rakannya.

Dengan pendapatan yang sedikit dan ditambahkan dengan duit simpanannya yang tidak
seberapa itu.Jumlah wang itu cukup untuk Aira melanjutkan pelajarannya di dalam
negara.Walaupun hanya di dalam negara,peluang itu sudah memadai untuknya.

Seterusnya,Aira melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya,Kuala Lumpur dengan harapan


impiannya tercapai satu hari nanti.
Sepuluh tahun sudah berlalu,dengan izin Tuhan Yang Maha Esa.Aira berjaya mencapai
kejayaan yang dingini iaitu sebagai seorang saintis yang terkemuka di Kanada.
Sepanjang hidupnya dalam mencapai kejayaan ini,masih wujud kekosongan dalam hati
Aira.Sedih menyelubungi diri apabila terkenang keluarga yang menetap di tanah air
Malaysia.Perasaan rindu mula berkembang di dalam hati.

Setelah itu,Aira bercadang untuk menziarahi keluarganya di kampung.

Apabila tiba di hadapan rumah keluarganya itu,Aira mengetuk pintu dengan perasaan yang
berdebar.Banyak persoalan yang hinggap di fikiran gadis tu.Adakah ayah marah dengan
dengan perbuatannya?Bagaimana jikalau ayah tidak mahu berjumpa dengannya?

Sedang sibuk Aira memikirkan persoalan-persoalan tersebut,tiba-tiba pintu terbuka.

“Aira?”Kata Pak Kassim dengan hairan.

“Ayah…”Ujar Aira.Sebak mula menyelubungi diri apabila melihat keadaan ayahnya yang tua itu.

Rindu.Perkataan itu sahaja yang mampu mengungkap perasaan Aira pada saat ini.

Aira dengan pantas memeluk ayahnya sambil menangis dalam dekapannya.Hanya Tuhan
sahaja yang tahu betapa rindunya dia pada insan yang digelar ayah ini.

“Alhamdulillah…Aira balik juga akhirnya.Ayah minta maaf atas perkara yang ayah buat kepada
kamu selama ini.”Kata Pak Kassim dengan perasaan yang sebak.

“Aira pun mahu minta maaf kepada ayah kerana derhaka kepada ayah.”Ucap Aira dengan air
mata yang berjuntai.

“Ayah sudah lama maafkan kamu Aira.Ayah sedar apa ayah buat selama ini salah,ayah halang
kamu untuk mencapai cita-cita kamu.Sekarang, ayah percaya yang kamu bukan seperti kakak
kamu.”Jawab Pak Kassim.

Aira tersentuh dengan kata-kata ayahnya itu.

Impian menguatkan semangat Aira untuk terus melangkah ke hadapan tanpa berpatah ke
belakang.Namun, Aira tidak lupa akan insan yang paling penting dalam hidupnya.Tanpa doa ibu
bapa dan keluarganya,tidak sama sekali Aira dapat sampai ke tahap ini.

Usaha dan sabar adalah kunci utama Aira dalam menempuhi segala cabaran dalam
merealisasikan impiannya.Bukan mudah tetapi tidak mustahil untuk dicapai.

Anda mungkin juga menyukai