Anda di halaman 1dari 7

Khotbah Kanak-kanak sempena lawatan ke Gereja SDA Narinang, KB.

Tajuk :
Tema : Percaya kepada Tuhan meski hidup dalam kegelapan
Pengkhotbah : Vaan / Nara

Skrip
Part 1 Lagu 1: Medley

Pengenalan “Iman adalah mempercayai sesuatu yang kita tidak dapat lihat.”
& ilustrasi
Selamat pagi dan selamat hari sabat sahabat sekalian.

Untuk memulakan perkongsian saya pada pagi ini, saya mau panggil seorang volunteer untuk datang ke sini untuk
bantu saya buat 1 eksperimen yang mudah. Ada sesiapa yang sudi untuk tawarkan diri? (Sambil angkat tangan)

(Volunteer datang ke depan)

Baik, sila berdiri di depan saya. Sekarang, saya mau kamu ambil kain ini dan tutup mata kamu pakai kain ini.
(Bagi kain kepada volunteer & bagi dia masa untuk ikat. Bantu dia ikut sekiranya perlu dan pastikan ianya cukup ketat)

Sekarang, saya akan pusingkan kamu beberapa kali ok?


(Pusingkan volunteer 5-6 kali & suruh dia berdiri tegak)

Sekarang saya mau kamu ikut apa saja saya suruh ok?
(Minta volunteer itu untuk berjalan selangkah demi selangkah ke depan, kiri dan kanan. Apabila dia tiba di sekitar kawasan hujung
pentas, keluarkan sebuah kerusi tanpa memberitahu dia)

Baik, dengan perlahan saya mau kamu perlahan-lahan cuba untuk duduk.
(Volunteer itu tidak tau kewujudan kerusi tersebut dan akan cuba untuk duduk perlahan-lahan dengan perasaan ragu-ragu. Bagi dia
masa untuk duduk.. Boleh tambah 1 lagi benda untuk dibuat oleh volunteer – suruh volunteer untuk ambil sesuatu dalam keadaan mata
tertutup)
Ok, sekarang saya mau kamu buka ikatan di mata kamu…
Bolehkah kamu bagitau saya akan kamu rasa bila saya suruh kamu berjalan dengan mata yang tertutup?
(Volunter: Mula2 rasa pening sikit sebab kena kasi pusing, takut kalau saya terjatuh, ragu-ragu untuk ikut apa yang kau suruh… )

Ok, thank you. Silakan duduk.

Eksperimen yang mudah tadi adalah sekadar untuk menguji sejauh mana dia percaya dengan apa yang saya
suruh dia buat. Dan seperti yang dia katakan tadi, dia percaya bahawa saya tidak akan cuba berbuat sesuatu
yang akan membahayakan dia, menyakiti dia atau memalukan dia sebab dia adalah kawan saya. Walaupun
dalam keadaan mata dia yang tertutup, dia tetap berjalan ikut arahan saya.

Kehebatan tentang adanya iman yang kuat dalam diri kita bermaksud kita tetap menuruti Tuhan walaupun kita
belum tau apa yang akan terjadi di akhirnya. Kita tetap mengikuti dia walaupun kita tidak tahu dengan pasti di
mana Dia sedang membawa kita.

“Berjalan di
atas air” Sahabat dalam Kristus, dari mengubah air menjadi anggur hingga memberi makan lima ribu orang dengan lima
roti dan dua ikan, Yesus tidak pernah gagal untuk mengejutkan orang-orang di sekitarNya. Berjalan di atas air
juga menjadi kisah Yesus yang popular dikalangan kita. Cerita ini diambil dari Kitab Perjanjian Baru, injil Matius
14.

Ketika Yesus memberi makan lima ribu orang, Dia menyuruh murid-muridNya naik ke perahu dan pergi
mendahuluiNya, dan Dia naik ke lereng gunung untuk berdoa.
Saat malam tiba, perahu telah mencapai tengah lautan dan Yesus adalah satu-satunya yang ada di darat. Dia
melihat murid-murid bergumul melawan angin kerana bertiup terlalu kuat. Kemudian, Dia pergi menemui mereka,
dengan berjalan di atas air.
Ketika murid-murid Yesus melihatNya, mereka sangka Yesus adalah hantu dan berteriak ketakutan. Namun
Yesus menenangkan mereka, dan ketika mereka menyedari itu Yesus, Petrus bertanya apakah dia juga boleh
berjalan di atas air.
Yesus berkata ya, asalkan Petrus menjadikan Yesus sebagai fokusnya. Ketika Petrus turun dari perahu, dia
berjalan sedikit ke arah Yesus, pada mulamya Petrus memang berjaya untuk berjalan di atas air tetapi dia mula
rasa ragu-ragu dan takut dan dia pun melihat ke bawah, lalu dia mulai tenggelam. Yesus menyelamatkannya dan
bertanya, "Mengapa kamu ragu?".
Yesus menyelamatkan Petrus saat itu. Saat mereka berada di perahu, angin mereda. Murid-muridnya tercengang.

Sahabat dalam Kristus, ada banyak masa di dalam kehidupan kita adalah sama seperti Petrus. Kita bertanya
Tuhan tentang sesuatu keputusan yang kita ingin lakukan, Tuhan memberikan respon untuk kita lakukannya dan
percaya kepadaNya. Mungkin kita pada mulanya melakukan sesuatu itu dengan percaya dan iman, namun ada
banyak masanya kita melihat di bawah meragui bahawa Tuhan Yesus sedang menyertai kita.

Namun Matius 6:26 mengatakan “Pandanglah burung-burung di langit, yang tidak menabur dan tidak menuai dan
tidak mengumpulkan bekal dalam lumbung, namun diberi makan oleh Bapamu yang di sorga. Bukankah kamu
jauh melebihi burung-burung itu?”

Lagu 2: Pandanglah burung-burung

Part 2
Tinggal di Negeri Sabah ini, salah satu mungkin cabaran yang terbesar yang kita sering alami adalah sering
terputus bekalan elektrik. Putus bekalan elektrik tu benda biasa di tempat kita, ada sesetengah tempat tu, setiap
minggu 2-3 kali akan mati karan. Siapa di sini pernah rasa gelap di rumah sebab mati karan? (Sambil angkat
tangan)

Nah, saya ingat waktu ini terjadi di rumah saya pada waktu malam, saya terpaksa tunduk, merangkak sambil
tangan saya meraba-raba untuk mencari pintu keluar daripada bilik tidur untuk pergi ke suara mummy / daddy
saya. Tanpa suara ibu dan bapa saya di dalam gelap, saya pasti tidak dapat jumpa jalan keluar dan sebab suara
itu juga saya tidak berasa takut sebab saya tau walaupun dalam keadaan gelap, orang yang saya percaya ada di
sana.

Yesus melakukan banyak mukjizat besar dan murid-muridNya menjadi saksi bagi semua itu, salah satu mukjizat
Yesus Yesus adalah ketika menenangkan badai yang berada di kitab Perjanjian Baru, Injil Matius 8.
tenangkan
badai:
Matius 8 Yesus dan murid-muridNya bergerak ke suatu destinasi dengan perahu pada suatu malam, dan Yesus tertidur
setelah hari yang memenatkan berkhotbah kepada orang-orang. Tanpa sebarang amaran, badai dan ombak yang
hebat menimpa mereka, dan murid-muridNya takut akan tenggelam.
Kerana takut, mereka membangunkan Yesus dan meminta Yesus untuk melindungi mereka.
"Oh, kamu yang kurang percaya," kata Yesus kepada mereka, "Mengapa kamu begitu takut?"
Yesus kemudian berpaling kepada badai dan menenangkan ombak yang besar itu. Angin dan ombak kembali
tenang sekali. Murid-muridnya takjub dan kagum pada kuasa-Nya.

Tadi kita bercakap tentang kejadiaan mati karan di rumah pada waktu malam, siapa di sini yang rasa takut bila
rumah tiba-tiba menjadi sangat gelap? (Angkat tangan)
Saya pasti sejauh mana pun kamu ni berani, tapi kalau ada ibu bapa atau adik beradik kita di rumah masa mati
karan, saya pasti kamu akan jauh lebih tenang dan damai walaupun dalam keadaan yang sangat gelap. Betul?

Seperti mana kita percaya kepada bapa & mama kita yang memanggil nama kita sewaktu terputus bekalan
elektrik di rumah, begitulah juga kita sepatutnya rasa bila kita berada dalam keadaan yang paling sedih dan
menakutkan dalam kehidupan kita.

Ombak yang besar itu mungkin datang dalam bentuk kelemahan kita dalam pembelajaran di sekolah.
Ombak yang besar itu mungkin datang dalam bentuk kekurangan kita dari segi harta benda, kewangan dan
kerperluan asas lain.
Ombak yang besar itu mungkin datang dalam bentuk masalah yang kita hadapi dalam keluarga kita, gereja kita,
sesama sahabat kita.
Dan walau apa pun jenis ombak yang sedang memukul kapal yang kita sedang duduki.
Tuhan katakan “Percayalah”. Tuhan masih berada di dalam kawalan.

Sedar atau tidak, selagi kita masih tinggal di dunia yang berdosa ini, ombak itu akan sentiasa datang.
Yakinlah dengan suara yang memanggil kita sewaktu kita berada di dalam kegelapan. Keimanan akan Tuhan
membuat siapapun tidak perlu takut akan dunia.

Amsal 3:5,6 mengatakan “Percayalah kepada Tuhan dengan segenap hatimu, dan janganlah bersandar kepada
pengertianmu sendiri. Akuilah Dia dalam segala lakumu, maka Ia akan meluruskan jalanmu”
Lagu 3: Suatu Masa

Lagu 4: Koposion Diti

Part 3
Bagi kamu yang mengikuti perkembangan dunia sukan, pada waktu ini Sukan Asia 2023 sedang berlangsung di
Kisah Hangzhao, China. Salah satu kejadiaan yang menarik telah berlaku apabila dalam acara sukan “Men’s Speed
tentang Skating” (Lumba Kasut Roda), sewaktu pusingan akhir acara ini, peserta dari Korea Selatan yang sudah hampir di
kesetiaan garisan penamat telah meraikan kejayaannya terlalu awal di mana dia telah bersorak dan mengangkat tangan
Paulus kerana menyangka dia tela melepasi garis penamat. Namun, malangnya pihak lawanya dari Taiwan yang berada
betul2 di belakangnya telah berjaya memintas dia pada saat akhir dan berjaya memenangi emas dan dia telah
kalah dengan hanya beza 0.001saat sahaja.

Panggilan Disebabkan oleh kejadian itu, ahli sukan dari Korea Selatan itu sangat kesal dengan kesilapan “bodohnya” dan
telah “dihukum” berat kerana telah menjadi bahan lawak dunia, dimalukan oleh penyokong sukan di negaranya
dan mereka terlepas daripada peluang untuk dikecualikan daripada mengikuti program wajib negaranya untuk
lelaki berumur 20an mengikuti perkhidmatan ketenteraan (national service).

Dia dihukum walaupun dia berjaya menghabiskan perlumbaan itu, Cuma di tempat kedua dan bukan emas.

Sahabat dalam Kristus,


Rasul Paulus juga telah menggunakan satu perumpamaan sukan pada kata-katanya yang terakhir sebelum
dihukum bunuh kerana mempertahankan imannya. Pada saat akhir kehidupannya, dia katakan “... Aku telah
mengakhiri pertandingan yang baik, aku telah mencapai garis akhir dan aku telah memelihara iman. Sekarang
telah tersedia bagiku mahkota kebenaran yang akan dikaruniakan kepadaku oleh Tuhan….” (2 Timotius 4:6-8)

Ada 3 isi yang penting pada ayat ini,


“Pertandingan” merujuk kepada misi yang Tuhan telah amanahkan kepadanya
“Garis akhir” merujuk kepada sasaran yang telah ditetapkan pada misi yang telah diberikan kepadanya
Dan dalam semua itu, dia telah melakukannya dengan memastikan dia tidak kehilangan kepercayaannya kepada
Tuhan. Sewaktu digoda, didera dan disakiti, dia tetap tidak meninggalkan kepercayaannya terhadap Tuhan.

Dan hasil daripada semua itu,


“Mahkota kebenaran” merujuk kepada upah daripada kesetiaannya iaitu kehidupan yang Kekal di sorga apabila
semua itu sudah berlalu dan selesai.

Seperti Paulus, kita juga telah diamanahkan suatu “pertandingan” iaitu misi untuk menyebarkan kebenaran dan
memenangi jiwa-jiwa. Bukan untuk kita lakukan hanya apabila kita ingin tetapi kita harus dengan penuh semangat
dan komited untuk menghabiskan pertandingan itu sehingga di “garisan akhir”, lakukan semua itu setiap waktu, di
mana sahaja kita berada dan apa pun peranan kita sama ada di sekolah, di tempat awam, di tempat kerja. Kita
adalah duta kepada kebenaran Yesus pada setiap masa.

Semua itu sehingga kita akan peroleh kehidupan Kekal di Sorga. Paulus telah mempertahankan Imannya, adakah
kita juga mempertahankan Yesus melalui fikiran, perbuatan dan kehidupan kita setiap hari? Dan sehingga kita tiba
di garis penamat, mari kita juga seperti Paulus untuk mengakhiri pertandingan yang baik dengan memelihara
iman… sehingga kita akan suatu hari nanti pulang ke sorga.

Amen.

Lagu 5: Paul kept the faith

Lagu 6: Muli hilo Sorga

Part 4 Kata-kata penutup: Elder Chester ?


Ringkasan mesej dalam lagu

No Tajuk Lagu Ringkasan mesej dalam lagu


1 Muli hilo Sorga Syurga adalah destinasi yang telah dijanjikan bagi semua umat percaya dan setia di mana tiada lagi duka dan kesedihan.
Dunia ini hanyalah tempat sementara bagi kita,
Yakobus 1:12 “Berbahagialah orang yang bertahan dalam pencobaan, sebab apabila ia sudah tahun uji, ia akan menerima
mahkota kehidupan yang dijanjikan Allah kepada barangsiapa yang mengasihi Dia”
2 Pandanglah burung-burung Kehidupan ini penuh dengan cabaran dan pencubaan, namun bagaimana besar pun masalah yang dipikul, Tuhan tidak
pernah meninggalkan kita. Sedangkan ciptaan Tuhan seperti binatang pun dijaga olehNya dengan baik, apatah lagi kita
sebagai Manusia, ciptaanNya yang paling agung? Lagu ini menekankan tentang keyakinan & kepercayaan kepada Tuhan
dalam apa pun situasi.
Matius 6:26 “Pandanglah burung-burung di langit, yang tidak menabur dan tidak menuai dan tidak mengumpulkan bekal
dalam lumbung, namun diberi makan oleh Bapamu yang di sorga. Bukankah kamu jauh melebihi burung-burung itu?”
3 Medley (Hiti Pomogunan, Dari Lagu yang bertemakan pujian kepada Tuhan. Pengakuan bahawa Yesuslah sahabat, juruselamat dan pencipta kita yang layak
Terbit Matahari, Semua Bunga ikut disembah dan dipuji oleh semua ciptaanNya termasuk binatang-binatang, tumbuh-tumbuhan dan semua golongan Manusia.
bernyanyi, Glory Glory Haleluya, Mazmur 68:4-5 “Tetapi orang-orang benar bersukacita, mereka beria-ria di hadapan Allah, bergembira dan bersukacita.
Mulong Pia) Bernyanyilah bagi Allah, mazmurkanlah nama-Nya, buatlah jalan bagi Dia yang berkendaraan melintasi awan-awan! Nama-
Nya ialah TUHAN; beria-rialah di hadapan-Nya!”
4 Paul kept the faith Menceritakan tentang kehidupan rasul paulus yang menjelajah ke banyak tempat untuk menyebarkan ajaran Yesus. Meski
menghadapi banyak cabaran dan akhirnya dipenjara dan dibunuh dia tetap setia kepada Tuhan sehingga di penghujung
hayatnya.
2 Timotius 4:6-8 “Mengenai diriku,darahku sudah mulai dicurahkan sebagai persembahan dan saat kematianku sudah dekat.
Aku telah mengakhiri pertandingan yang baik, aku telah mencapai garis akhir dan aku telah memelihara iman. Sekarang telah
tersedia bagiku mahkota kebenaran yang akan dikaruniakan kepadaku oleh Tuhan, Hakim yang adil, pada hari-Nya; tetapi
bukan hanya kepadaku, melainkan juga kepada semua orang yang merindukan kedatanganNya”
5 Koposion Diti Kehidupan ini banyak jalan & cabaran, sekiranya kita tersesat janganlah terus sesat. Kembalilah kepada Tuhan
Hosea 6:1 “Mari, kita akan berbalik kepada TUHAN, sebab Dialah yang telah menerkam dan yang akan menyembuhkan kita,
yang telah memukul dan yang akan membalut kita.”
6 Suatu Masa Menceritakan tentang bagaimana kita harus bergantung kepada Tuhan tatkala diuji dan tidak memahami sesuatu yang
berlaku dalam kehidupan kita. Suatu hari nanti kita akan memahami mengapa sesuatu yang kelihatan “buruk” itu berlaku
kepada kita. Mungkin itu sebahagian daripada rencana Tuhan untuk kita.

Amsal 3:5,6 “Percayalah kepada Tuhan dengan segenap hatimu, dan janganlah bersandar kepada pengertianmu sendiri.
Akuilah Dia dalam segala lakumu, maka Ia akan meluruskan jalanmu”
-

Anda mungkin juga menyukai