Anda di halaman 1dari 6

ALINSANU SIRRI, WA ANA SIRRUHU, WASIRRI SIFATI WASIFATI LAGHOIRIHI…………

Insan itu rahasiahKu, Aku rahsia insan, rahasia itu adalah sifatKu, sifatKu tiada lain
adalah Aku…..
Firman Allah

57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)

‫ُهَو اَأْلَّوُل َو اآْل ِخ ُر َو الَّظاِهُر َو اْلَباِط ُۖن َو ُهَو ِبُك ِّل َش ْي ٍء َع ِليٌم‬
Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah
Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Dalam firman Allah seperti diatas Allah telah memberitahu bahawa Allahlah
segala-galanya. Yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin kesemuanya ialah
Allah..
Untuk meringkaskannya, yang awal iaitu zat Allah, yang akhir iaitu asma’ Allah,
yang zahir iaitu afa’al Allah dan yang batin iaitu sifat Allah…
Kalau disusun mengikut susunan ialah kenyataan zat Allah iaiatu Dialah yang
Awal, kenyataan sifat Allah Dialah yang batin, kenyataan asma’ Allah Dialah yang
akhir, kenyataan afa’al Allah Dialah yang zahir…

“Aku ini perbendaharaan tersembunyi, kemudian Aku ingin dikenal, kemudian Aku
menciptakan makhluk-Ku, dengan Allah-lah mereka mengenal Aku…”.
(hadits qudsi)

TANDA-TANDA KENYATAAN ALLAH

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 20)

‫َو ِفي اَأْلْر ِض آَياٌت ِّلْلُم وِقِنيَن‬


Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan
Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 21)

‫َو ِفي َأنُفِس ُك ْۚم َأَفاَل ُتْبِص ُروَن‬


Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta
memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

Badan diri kita dan keseluruh isi alam adalah kenyataan zat, sifat, asmak dan afa’al
Allah..
Ini adalah satu kenyataan dan yang sebenar-benarnya…
Mari sama-sama kita menyelami disebalik kehidupan seharian kita, apa
sebenarnya yang kita semua rasai.
Tanyalah diri sendiri, apakah semuanya ini, adakah dunia ini dan badan diri kita
sendiri ada ujud sendiri atau kesemua ini adalah sedang menyatakan wujud
Allah…
Jika telah mendapat pengertian bahawa semua ini adalah kenyataan Allah,
lihatlah pada badan diri sendiri apa yang sedang dirasai, adalah kita sedang
merasai ujud badan diri sendiri atau kita sedang merasai akan wujud Allah…
Allah telah memberitahu kepada kita melalui firman-firman nya didalam Al-Quran
bahawa pada bumi dan pada diri kita terdapat tanda-tanda wujud Allah … Yang
membawa maksud dunia dan badan diri kita adalah pentajalian zat, sifat, asma’
dan afa’al Allah…

3.Surah ‘Āli `Imrān (Verse 190)

‫ِإَّن ِفي َخ ْلِق الَّس َم اَو اِت َو اَأْلْر ِض َو اْخ ِتاَل ِف الَّلْيِل َو الَّنَهاِر آَل َياٍت ُأِّلوِلي اَأْلْلَباِب‬
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan
siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah)
bagi orang-orang yang berakal;

4.Surah An-Nisā’ (Verse 174)


‫َيا َأُّيَها الَّناُس َقْد َج اَء ُك م ُبْر َهاٌن ِّم ن َّرِّبُك ْم َو َأنَز ْلَنا ِإَلْيُك ْم ُنوًرا ُّم ِبيًنا‬
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti
dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran
sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di
dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).

6.Surah Al-‘An`ām (Verse 104)


‫َقْد َج اَء ُك م َبَص اِئُر ِم ن َّرِّبُك ْۖم َفَم ْن َأْبَص َر َفِلَنْفِس ِۖه َو َم ْن َع ِم َي َفَع َلْيَهۚا َو َم ا َأَنا َع َلْيُك م ِبَح ِفيٍظ‬
(Katakanlah wahai Muhammad): “Sesungguhnya telah datang kepada kamu
keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa
melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada
dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya
tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan
mengawasi kamu”.

3.Surah ‘Āli `Imrān (Verse 190)

‫ِإَّن ِفي َخ ْلِق الَّس َم اَو اِت َو اَأْلْر ِض َو اْخ ِتاَل ِف الَّلْيِل َو الَّنَهاِر آَل َياٍت ُأِّلوِلي اَأْلْلَباِب‬
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan
siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah)
bagi orang-orang yang berakal;

3.Surah ‘Āli `Imrān (Verse 191)


‫اَّلِذ يَن َيْذ ُك ُروَن َهَّللا ِقَياًم ا َو ُقُعوًدا َو َع َلٰى ُج ُنوِبِهْم َو َيَتَفَّك ُروَن ِفي َخ ْلِق الَّس َم اَو اِت َو اَأْلْر ِض َر َّبَنا َم ا َخ َلْقَت َٰه َذ ا َباِط اًل‬

‫ُسْبَح اَنَك َفِقَنا َع َذ اَب الَّناِر‬

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri
dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula
memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan
kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci
Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

ALLAH SENDIRI TELAH MENJELASKAN TERDAPAT PELBAGAI CARA UNTUK


MENCAPAI KEPADA IKTIQAD TAUHID SETERUSNYA MAKRIFATULLAH DIDALAM AL-
QURAN

17.Surah Al-‘Isrā’ (Verse 41)


‫َو َلَقْد َص َّر ْفَنا ِفي َٰه َذ ا اْلُقْر آِن ِلَيَّذ َّك ُروا َو َم ا َيِزيُد ُهْم ِإاَّل ُنُفوًرا‬
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan
tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat
(memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang
berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

Lagi firman Allah

50.Surah Qāf (Verse 16)


‫َو َلَقْد َخ َلْقَنا اِإْل نَس اَن َو َنْع َلُم َم ا ُتَو ْس ِو ُس ِبِه َنْفُس ُۖه َو َنْح ُن َأْقَر ُب ِإَلْيِه ِم ْن َح ْبِل اْلَو ِر يِد‬

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia
mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang Kami lebih dekat kepadanya
daripada urat lehernya,

SALAH SATU CARA UNTUK MENCAPAI KEPADA IKTIQAD TAUHID DAN


MAKRIFATULLAH
FIRMAN ALLAH

33.Surah Al-‘Aĥzāb (Verse 41)


‫َيا َأُّيَها اَّلِذ يَن آَم ُنوا اْذ ُك ُروا َهَّللا ِذ ْك ًرا َك ِثيًرا‬
Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta
sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;

33.Surah Al-‘Aĥzāb (Verse 42)


‫َو َس ِّبُحوُه ُبْك َر ًة َو َأِص ياًل‬
Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.

25.Surah Al-Furqān (Verse 58)


‫َو َتَو َّك ْل َع َلى اْلَحِّي اَّلِذ ي اَل َيُم وُت َو َس ِّبْح ِبَحْمِد ِۚه َو َكَفٰى ِبِه ِبُذ ُنوِب ِعَباِدِه َخ ِبيًرا‬
Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta
bertasbihlah dengan memujiNya; dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam
akan dosa-dosa hambaNya;

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)


‫َو اْذ ُك ِر اْس َم َر ِّبَك َو َتَبَّتْل ِإَلْيِه َتْبِتياًل‬
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang
dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

CARA PERLAKSANAAN ATAU MEMPRAKTIKKAN FIRMAN ALLAH SEPERTI DIATAS


KEDALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA

Didalam keterangan diatas kita telah mengetahui bahawa Yang awal, yang akhir,
yang zahir dan yang batin kesemuanya ialah Allah..
Untuk meringkaskannya, yang awal iaitu zat Allah, yang akhir iaitu asma’ Allah,
yang zahir iaitu afa’al Allah dan yang batin iaitu sifat Allah…
Kalau disusun mengikut susunan ialah kenyataan zat Allah iaiatu Dialah yang
Awal, kenyataan sifat Allah Dialah yang batin, kenyataan asma’ Allah Dialah yang
akhir, kenyataan afa’al Allah Dialah yang zahir…
Keterangan diatas juga menerangkan tentang Ada dan EsaNya Allah

76.Surah Al-‘Insān (Verse 1)


‫َهْل َأَتٰى َع َلى اِإْل نَس اِن ِح يٌن ِّم َن الَّدْهِر َلْم َيُك ن َشْيًئا َّم ْذ ُك وًرا‬
Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar),
sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang
disebut-sebut,

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 20)


‫َو ِفي اَأْلْر ِض آَياٌت ِّلْلُم وِقِنيَن‬
Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan
Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 21)


‫َو ِفي َأنُفِس ُك ْۚم َأَفاَل ُتْبِص ُروَن‬
Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta
memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
Badan diri kita dan keseluruh isi alam adalah kenyataan zat, sifat, asmak dan afa’al
Allah.. Iaitu kenyataan Ada Allah

UNTUK MENCAPAI KEPADA IKTIQAD TAUHID HENDAKLAH KITA MEMPRAKTIKKAN


FIRMAN ALLAH

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)


‫َو اْذ ُك ِر اْس َم َر ِّبَك َو َتَبَّتْل ِإَلْيِه َتْبِتياًل‬
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang
dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

CARANYA

TUMPUKAN RASA PERASAAN KITA KEPADA RASA ADA YANG SEDANG KITA RASAI
SEKARANG INI DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN, SETELAH TENGGELAM
DIDALAM RASA ADA YANG SEDANG DIRASAI, ADAKAN PENGAKUAN BAHAWA ADA
YANG SEDANG DIRASAI ITU ADALAH ADA ALLAH HANYA DENGAN MENYEBUT
ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA

Lakukan praktikal ini sehingga sampai kita dapat merasakan ada Allah.
Setelah sampai didalam keadaan kita sedang merasa ada Allah, teruskan
berpraktikal dengan cara yang sama…
TENGGELAMKAN RASA PERASAAN KEDALAM RASA YANG SEDANG MERASA ADA
ALLAH DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN, DIDALAM MASA YANG SAMA
ADAKAN PENGAKUAN YANG SEDANG MERASA ADA ALLAH ITU ALLAH SENDIRI
HANYA DENGAN MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA…

“Aku ini perbendaharaan tersembunyi, kemudian Aku ingin dikenal, kemudian Aku
menciptakan makhluk-Ku, dengan Allah-lah mereka mengenal Aku…”.
(hadits qudsi)

Anda mungkin juga menyukai