Anda di halaman 1dari 7

ALLAH TIDAK BERTEMPAT

[10.21, 7/9/2021] Ahmad Syofyan:

Shadrul Islam, al-'Aalim, al-Ushuli al-Mutafannin, al-Imam Abu Manshur Abdul Qaahir bin Thoohir bin
Muhammad at-Tamimi al-Isfarayini al-Baghdadi ada seorang ulama besar bermazhab Syafi`i dan antara
pemuka al-'Asyairah yang masyhur. Beliau hidup sebelum Ibnu Taimiyyah al-Harrani di mana beliau wafat
dalam tahun 429H. Beliau sezaman dengan Imam Muhammad al-Juwayni (ayahanda Imam al-Haramain Abdul
Malik bin Muhammad al-Juwayni, guru Hujjatul Islam al-Ghazali) dan termasuk generasi ketiga para Imam
al-'Asyairah. Antara ulama yang menjadi gurunya ialah Imam Abu Ishaq al-Isfarayini yang masyhur itu. Imam
Abu Manshur 'Abdul Qaahir al-Baghdadi menuntut ilmu sehingga menguasai 17 cabang ilmu dengan baik,
sehingga beliau dipuji oleh Syaikhul Islam Abu Utsman as-Shabuni sebagai " salah seorang Imam Ushuluddin
yang paling utama dan berotoriti mengenai Islam dengan ijma` ulama-ulama kenamaan dan berwibawa.
Antara kemegahan beliau ialah Imam al-Baihaqi, Imam Abul Qasim al-Qusyairi dan Imam Nashir al-Mirwazi
adalah antara murid-murid beliau. Imam besar ini juga meninggalkan banyak karangan yang bernilai,
antaranya:

1. Bulughul Mada min ushulil huda;

2. Fadaih al-Karramiyyah;

3. al-Farqu bainal firaq;

4. al-Fakhir fil awail wal awakhir;

5. al-'Imad fi mawaritsil 'ibaad;

6. Ibtal al-qawl bit tawallud;

7. Manaqib al-Imam asy-Syafi`i;

8. Masyariq an-Nur wa Madarik as-Surur fil kalam;


11. Syarh Miftah Ibn al-Qass;

13. Nasikh al-Quran wa mansukhhuh'

15. Naqd Abi Abdillah al-Jurjani fi tarjih Madzhab Abi Hanifah;

16. al-Qadhaya fid dawr wal washoya;

17. Syarh hadits Iftiraq Ummati;

19. Tafdhil al-faqir ash-shobir 'ala al-ghani asy-syakir;

Berhubung persoalan "di mana Allah?", Imam Abdul Qaahir bin Thoohir bin Muhammad al-Baghdadi menulis
dalam karangannya yang masyhur "al-Farqu baina al-Firaq" pada fashal ke 3 dalam menerangkan segala usul
yang telah disepakati (telah diijma`kan) oleh Ahlus Sunnah wal Jama`ah pada halaman 256 menulis antaranya:

Dan Ahlus Sunnah wal Jama`ah telah ijma` bahawasanya Allah s.w.t. tidak bertempat dan tidak lalu atas-Nya
masa, bersalahan dengan pegangan golongan al-Hisyaamiyyah dan al-Karaamiyyah yang mendakwa Allah
bertempat di arasyNya. Dan telah berkata Amirul Mu'minin 'Ali r.a.: "Sesungguhnya Allah ta`ala telah
menciptakan arasy untuk menzahirkan qudratNya dan bukan untuk dijadikan tempat bagi zatNya". Baginda
juga berkata: "Dan adalah Allah ta`ala wujud tanpa tempat dan Dia sekarang atas sebagaimana sediakalanya".

Kesimpulannya, mudah sahaja: Kewujudan Allah berbeza dengan kewujudan makhluknya. Antara
perbezaannya ialah wujud Allah tanpa bertempat dan wujud makhluk mengambil tempat dalam bahasa tok-
tok guru dulu "mengambil bagi lapang".

Bagaimana orang yang berakal boleh menempatkan tempat bagi Allah, sedangkan tempat itu juga satu
makhluk yang baharu.
Jika dikatakan Allah di atas arasy, maka yang dimaksudkan dengan atas itu adalah kadar kedudukan atau
maqamnya yang Maha Tinggi dan bukannya difahami secara zahir sebagai tempat kedudukannya. Insya-Allah,
di lain posting kita akan lihat tafsiran para ulama kita berhubung dengan ayat-ayat dan hadits-hadits sifat ini.

Kita beriman dengan firman Allah bahawa Dia beristiwa` atas arasy sebagaimana difirmankanNya, tetapi
tidaklah dikita ketahui makna hakikat firmanNya itu dan kita serahkan maksudnya kepada Allah semata-mata
tanpa pergi lebih jauh daripada itu. Inilah pegangan kebanyakan ulama Salaf. Tetapi jika ada ulama yang
mentakwilkan istiwa` itu sebagai menguasai, maka tidaklah boleh dikeji sebagai silap, kerana hakikatnya
memanglah Allah yang menguasai arasy dan sekalian makhluk ini. Hanya yang sesat ialah orang yang
mengatakan bahawa Dzat Allah itu memang berada atau bertempat di arasy, maka itulah pendapat yang salah
dan sesat. Maha Suci Allah daripada mengambil bagi lapang.

Penulis Asal : Abu Muhammad (Bahrus Shofa)

Huraian Lanjut "Dimana Allah" - Pegangan Ahlus Sunnah wal Jamaah

Assalamu'alaikum. Segala Puji bg. Allah Yg. Maha Esa, Selawat & Salam Buat Nabi Junjungan Muhammad
S.A.W. Merujuk posting terdahulu menge

[10.25, 7/9/2021] Ahmad Syofyan: Assalamu'alaikum. Segala Puji bg. Allah Yg. Maha Esa, Selawat & Salam
Buat Nabi Junjungan Muhammad S.A.W. Merujuk posting terdahulu mengenai "Dimana Allah", maka di sini
kubawakan akan hujahku agar jelas 'itiqadku buat teman2 semua. Renungkanlah dgn hati yg terbuka kerana
kita semua hanyalah pada jalan meng-Esa-kan Allah.

Tiadalah niatku untuk berdebat atau menjadi juara akan pada perkara ini. hanyalah menyatakan akan
pegangan sebenar ahlus sunnah waljama'ah. Dan berpegang akan Perintah Kekasih kita Nabi Muhammad
S.A.W. "Ballighu minni lau al- ayat" . Mudah2an mendapat Rahmat Allah akan kita sekeliannya. Disini ku
nukilkan huraian lanjut mengenai perkara tersebut yang telah dihuraikan oleh saudaraku Abu Muhammad.
Wassalam.

Antara dalil yang biasa dikemukak…

[10.26, 7/9/2021] Ahmad Syofyan: Perkataannya (yakni perkataan dalam matan hadits) - "Dia (si jariah)
berkata: "Di langit," - yakni (sebagai membuktikan) bahawasanya dia bukan termasuk dalam golongan yang
menuhankan selain Allah yang Maha Gagah yang kegagahan dan keperkasaanNya mengatasi segala hamba
dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya. Dan dikatakan bahawasanya tafsir bagi firman Allah :
"Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan (yang pusat pemerintahanNya) di langit itu ..." (al-
Mulk: 16 - Tafsir Pimpinan ar-Rahman), tafsir "Dia yang di langit" itu ialah Allah ta`ala dengan takwil
kekuasaanNya (yakni ditafsirkan dengan takwil seperti dikatakan "Allah yang (kekuasaanNya) di langit" atau
"Allah yang (pusat kekuasaanNya atau pemerintahanNya) di langit", bukan hanya ditaf…

[10.28, 7/9/2021] Ahmad Syofyan: yakni semua umat Islam, salaf dan khalaf semuanya mentakwilkan nash-
nash ayat dan hadits tersebut, cuma kebanyakan ulama salaf mentakwilkannya secara ijmal sahaja dan
mentafwidhkan makna hakikinya kepada Allah semata-mata, sekali-kali tidak mereka berpegang dengan
makna zahir ayat dan hadits tersebut, bahkan mereka takwilkan maknanya dengan mengakui kelemahan
fikiran mereka untuk memahami makna hakikinya lalu mereka mensucikan Allah dari menyerupai makhlukNya
serta menyerahkan bulat-bulat makna dan pengertian ayat atau hadits tersebut kepada Allah s.w.t. sahaja,
manakala kebanyakan ulama khalaf mentakwilkannya dengan tafshil).

Diharap ikhwah yang budiman boleh memahami akan perkara ini dengan sebenar-benar faham. Jelas sudah
mengikut Imam an-Nawawi yang menukilkan kalam Qadhi 'Iyaadh yang menyatakan bahawa dengan ayat-ayat
atau hadits-hadits sifat yang mutasyabbihat, maka ianya ditanggapi dengan 2 cara atau kaedah, iaitu
ditakwilkan secara ijmal dengan mentanzihkan Allah daripada menyerupai makhlukNya yang baharu dan
ditafwidhkan maknanya terus kepada Allah semata-mata, tanpa sebarang komentar. Ini yang diisyaratkan oleh
Imam Ibnu Hajar al-'Asqalaani yang menyebut dalam "Fathul Bari" bahawa Imam al-Baihaqi telah
meriwayatkan dengan sanad yang shohih daripada Imam Ahmad bin Abi al-Hawaari bahawasanya Imam
Sufyan bin 'Uyainah rhm berkata: "Segala sifat yang difirmankan Allah bagi diriNya dalam al-Quran, maka
tafsirannya ialah pembacaan ayat tersebut dan diam daripada membicarakannya." Hal ini jugalah dinyatakan
oleh Imam Ibnu Hajar al-Haitami dalam "Fatawa Haditsiyyah" yang menyatakan bahawa sesungguhnya khilaf
ulama salaf dengan ulama khalaf hanyalah pada penggunaan takwil tafshil sahaja, di mana ulama salaf lebih
mengutamakan takwil secara ijmal dan mendiamkan diri daripada berbicara lebih lanjut mengenainya kerana
keelokan zaman mereka itu menyebabkan perbahasan panjang lebar mengenai hal ini tidak diperlukan. Tetapi
para khalaf mengutamakan takwil secara tafshil kerana zaman mereka telah banyak manusia-manusia yang
rosak, ahli-ahli bid`ah dan sebagainya.

Untuk memperjelaskan lagi, yang dimaksudkan dengan takwil ijmal itu ialah lencongan makna kalimah dengan
ringkas tanpa memberi erti alternatifnya. Contoh, kalimah al-yad yakni tangan, jika dikatakan "Tangan Allah
atas segala tangan mereka", maka takwil ijmalnya ialah kalimah tangan di sini dilencongkan maknanya dari
pengertian biasa sebagai satu anggota atau satu juzuk tubuh badan kepada makna selain pengertian biasa
tersebut, iaitu ianya bukan membawa erti satu anggota atau satu juzuk daripada Dzat Allah yang Maha Mulia,
tetapi ianya adalah satu sifat yang tidak kita ketahui akan hakikatnya dan Allah sahaja yang mengetahui
hakikatnya. Maka tangan yang asal maknanya satu juzuk anggota dilencongkan maknanya kepada satu sifat
yang lemah akal kita untuk memahami hakikatnya. Inilah takwil ijmal perlakuan kebanyakan salaf. Tidaklah
mereka beri'tiqad bahawa Allah itu bertangan dengan tangan yang layak bagi Dzatnya.
Ini bukan i'tiqad para salaf, tetapi i'tiqad orang-orang yang mengaku salaf zaman ini. Bila salaf kata tangan
Allah, ia merujuk kepada satu sifat dan bukan satu juzuk atau satu anggota daripada Dzat yang Maha Mulia,
subhanAllah, Maha Suci Allah daripada berjuzuk-juzuk dan beranggota-anggota. Kaedah ini memang lebih
selamat (aslam), kerana hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui, tetapi bagi kalangan awam yang hanya
duduk mendengar - dengar sahaja mungkin dikhuathiri membawa fitnah kerana awam akan memahami
kalimah tangan itu dengan makna lazim iaitu satu anggota, lalu beri'tiqadlah si awam bahawa Allah juga
beranggota kerana mempunyai tangan, cuma tanganNya tidaklah seperti tangan makhluk, iaitu tangan yang
layak bagi DzatNya, subhanAllah, ini tidak lain melainkan i'tiqad hasywiyah dan mujasimah yang mentasybih
serta mentajsimkan Allah, subhanAllah. Oleh itu, apabila sampai zaman khalaf, di mana manusia-manusia
terutama golongan awam sudah mengutamakan dunia daripada akhirat, di mana banyak juhala` berbanding
'ulama, maka para Khalaf yang merupakan pewaris para

[10.30, 7/9/2021] Ahmad Syofyan: Oleh itu, apabila sampai zaman khalaf, di mana manusia-manusia terutama
golongan awam sudah mengutamakan dunia daripada akhirat, di mana banyak juhala` berbanding 'ulama,
maka para Khalaf yang merupakan pewaris para salaf mentakwilkan ayat-ayat dan hadits-hadits
mutasyabbihaat ini dengan takwil tafshil demi menutup jalan bagi awam untuk berfikir yang bukan-bukan
terhadap Dzat Allah yang Maha Mulia. Maka ditakwilkan tangan itu kepada kekuasaan dan sebagainya, maka
bila dikatakan "Tangan Allah di atas segala tangan mereka", ditakwilkanlah secara tafshil sebagai "Tangan
yakni kekuasaan Allah mengatasi segala kekuasaan mereka". Maka terhindarlah orang awam daripada berfikir
yang bukan-bukan, oleh itu dikatakan bahawa jalan khalaf ini lebih ahkam yakni lebih mantap kerana ianya
memantap dan menetapkan pegangan awam serta mencegah mereka daripada mengkhayal-khayalkan sifat
yang tidak layak bagi Allah, seperti menyerupai akan segala makhluk yang baharu.

Harap segala ikhwan, baik lelaki maupun perempuan, khuntsa pun jika ada, faham betul-betul akan bahasan
ini. Jika masih belum faham, maka diam itu keselamatan sebagaimana sabdaan Junjungan Nabi s.a.w. : man
shomata najaa (yakni "Sesiapa yang mendiamkan diri, selamat"), dan duduklah tuan dan puan, sidi dan siti di
hadapan para ulama tuan-tuan guru dengan mengaji menadah segala kitab peninggalan para ulama salaf dan
khalaf. Sesungguhnya ilmu itu cahaya, bertambah ilmu nescaya bertambah cahaya, insya-Allah, tapi syaratnya
hendaklah ilmu yang naafi` yang bermanfaat, bukan ilmu semata-mata ilmu untuk berjidal dan bermegah-
megah.

Berbalik kepada hadits jariah tadi, maka selain penjelasan di atas, ada lagi penjelasan dan keterangan lain
daripada para ulama kita dari berbagai aspek bahasannya. Dari semua penjelasan tersebut, maka mereka
menyimpulkan bahawa apa yang dimaksudkan oleh hadits tersebut bukanlah menetapkan tempat bagi Allah.
Oleh itu, sesiapa yang mengatakan bahawa Allah itu bertempat di sesuatu tempat seumpama langit, maka
menyalahilah dia akan pegangan Ahlus Sunnah wal Jama`ah, jadi janganlah dok perasan bahawa dirinya
pembela Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Dan tidaklah tepat baginya untuk menjadikan hadits jariah ini sebagai
hujjah untuk mensabitkan bahawa Allah bertempat di langit. Apatah lagi hadits ini walaupun shohih tidaklah
mencapai darjat mutawatir. Maka apa caranya dia hendak menjadikan hadits ini sebagai hujjahnya untuk
menyesatkan orang yang tidak sependapat dengan i'tiqad hasywiyahnya itu. Perkara ini adalah antara
kesimpulan yang telah ditekan dan diperjelaskan oleh mantan Mufti Tunisia, Syaikh Muhammad Mukhtar as-
Salaami (hafizahUllah).

Bahkan, jika dilihat "Shohih Muslim", kita dapati bahawa Imam Muslim rhm sendiri tidak meletakkan hadits ini
dalam kitab al-iman atau bab-bab yang berhubung dengan keimanan dan pegangan aqidah tetapi beliau
meletakkannya dalam bab fiqh berhubung hukum hakam sembahyang iaitu kitab al-masaajid wa mawaadhi`
ash-sholaah, bab tahriim al-kalaam fi ash-sholaah wa nasakha maa kaana min ibaahatih (kitab mengenai
masjid-masjid dan tempat-tempat sembahyang, bab haram berkata-kata dalam sembahyang serta
menasakhkan riwayat yang mengharuskan berkata-kata dalamnya). Maka isyaratnya ialah hadits ini hanyalah
untuk dijadikan hujjah dalam bab-bab fiqh semata-mata. Menjadikannya sebagai hujjah dalam mensabitkan
secara qathi`e akan usul aqidah menunjukkan lemahnya si penghujjah itu daripada memahami uslub dan
kaedah dalam menetapkan 'aqidah pegangan umat ini. Allahu a'lam

Dicatat oleh Abu Muhammad

Imam asy-Syafi’i rahimahullah berkata :

‫إنه تعالى كان وال مكان فخلق الـمكان وهو على صفة األزلية كما كان قبل خلقه الـمكان ال يجوز عليه التغِيير فى ذاته وال في صفاته‬

“Sesungguhnya Allah ta’ala ada dan tidak ada tempat, maka Dia (Allah) menciptakan tempat, sementara Dia
(Allah) tetap atas sifat azali-Nya, sebagaimana Dia (Allah) ada sebelum Dia (Allah) menciptakan tempat, tidak
boleh atas-Nya berubah pada dzat-Nya dan pada sifat-Nya”. [Kitab Ithaf A

[10.30, 7/9/2021] Ahmad Syofyan: Sesungguhnya Allah ta’ala ada dan tidak ada tempat, maka Dia (Allah)
menciptakan tempat, sementara Dia (Allah) tetap atas sifat azali-Nya, sebagaimana Dia (Allah) ada sebelum
Dia (Allah) menciptakan tempat, tidak boleh atas-Nya berubah pada dzat-Nya dan pada sifat-Nya”. [Kitab Ithaf
As-Sadati Al-Muttaqin –Jilid 2-halaman 36].

Kemudian tentang hadist jariah : Inilah pemahaman Imam Syafi’i tentang Hadits Jariyah : Berkata Imam asy-
Syafi’i –rahimahullah- :

‫ فإنها وأمثالها قبل اإلسالم كانوا يعتقــدون‬،‫ خاطبها على َقدِر معرفتها‬- ‫ صلى هللا عليه وسلم‬- ‫ وهو إن صح فكان النبي‬،‫واختلف عليه في إسناده ومتنه‬
‫ في‬:‫ فلمــا قــالت‬،‫ أين هَّللا ؟ حــتى إذا أشــارت إلى األصــنام عــرف أنهــا غــير مؤمنــة‬:‫ فقـال لهــا‬،‫ فأراد أن يعرف إيمانها‬،‫فياألوثان أنها آلهة في األرض‬
‫ وأشارت إلى ظاهر ما ورد به الكتاب‬،‫ أو أشار‬،‫ وأنها مؤمنة باهلل الذي في السماء إله وفي األرض إله‬،‫ عرفأنها برئت من األوثان‬،‫السماء‬.
“Dan telah terjadi khilaf pada sanad dan matan nya (hadits jariyah), dan seandainya shohih Hadits tersebut,
maka adalah Nabi –shallallahu ‘alaihi wasallam- bertanya kepada hamba tersebut menurutkadar pemahaman
nya, karena bahwa dia (hamba) dan kawan kawan nya sebelum Islam, merekameyakini bahwa berhala adalah
Tuhan yang ada di bumi, maka Nabi ingin mengetahui keimanan nya,maka Nabi bertanya : “Di mana Allah?”
sehingga apabila ia menunjuk kepada berhala, Nabimengetahui bahwa ia bukan Islam, maka manakala ia
menjawab : “Di atas langit” Nabi mengetahui bahwa ia terlepas dari berhala dan bahwa ia adalah orang yang
percaya kepada Allah yaitu Tuhan dilangit dan Tuhan di bumi, atau Nabi mengisyarah dan ia mengisyarah
kepada dhohir yang datangdalam Al-Quran”.

Lihat Kitab Tafsir Imam asy-Syafi’i pada surat al-Mulk

- ‫ َأَأِم ْنُت ْم َم ْن ِفي الَّسَم اِء‬:‫قال هللا عَّز وجَّل‬

dan Lihat Kitab Manaqib Imam Syafi’i jilid 1 halaman 597 karangan Imam Baihaqqi, pada Bab:

-‫ما يستدل به على معرفة الَّش اِفِعي بأصول الكالم وصحة اعتقاده فيها‬-

-Arifbillah

Anda mungkin juga menyukai