Anda di halaman 1dari 2

Nama ke 21 : ‫المحيط‬

Disebut sebanyak 8 kali di dalam Al-Quran. Antaranya di dalam Surah Al-Buruj ayat 20. :
ُّ
ُ ‫ﵟو ه‬ ٓ
} dan Allah menguasai mereka dari arah belakang mereka{‫ٱَّلل مِن َو َرائ ِ ِهم محِيطﵞ‬ َ

[ Makna asal ]
Dalam bahasa ia membawa maksud : “mengelilingi”, “memelihara” dan “meliputi”.

[ Terjemahan pilihan ]
Maha Menguasai @ Maha Meliputi @ Maha Menyeluruh

[ Huraian ]
Allah ‫ ﷻ‬Maha Meliputi seluruh makhluknya dengan perkara-perkara berikut :
❊ Ilmu-Nya

Ilmu Allah ‫ ﷻ‬itu maha luas, menyeluruh dan meliputi segala perkara yang wujud yang
dicipta oleh-Nya. Allah ‫ ﷻ‬berfirman :
‫ َ ه‬ٞ َ ۡ َ ُ َٰ َ َ َ ‫ۡ َ ُ ه َ َ َ ه ُ ۡ َ ۡ ُ َ ۡ َ ُ ه َ ۡ َ ُ ٓ ْ َ ه ه‬ َۡ َ ‫هُ ه‬
َٰٖ ‫ﵟٱَّلل ٱلذِي َخل َق َس ۡب َع َس َم َٰ َو‬
‫ِير َوأن‬
‫ۡرض مِثلهنَّۖ يتنزل ٱلأمر بينهن ل ِتعلموا أن ٱَّلل على ك ِل شي ٖء قد‬ ِ ‫ت َوم َِن ٱلأ‬
َۢ َ ۡ ۡ َ ُ َ َ َ َۡ َ‫ه‬
‫ٱَّلل قد أحاط بِك ِل شي ٍء عِلماﵞ‬

{ Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu;
perintah Allah terus menerus turun di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang
demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-
tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah itu telah meliputi ilmuNya akan tiap-tiap
sesuatu. } – Surah At-Talaq ayat 12
Oleh itu, tiada sesuatupun yang terlepas dari ilmu-Nya.

❊ Kudrat-Nya @ kemampuan-Nya

Kudrat Allah ‫ ﷻ‬itu menguasai para makhluk dan menundukkan mereka. Tiada yang terlepas
daripada tunduk kepada kudrat Allah yang tidak terkalahkan dan tidak sama sekali mampu
dicabar.
Di dalam Al-Quran, Allah ‫ ﷻ‬ada menyebut nama dan sifat ini saat menyebut tentang orang
yang durhaka kepada-Nya.
Antara di dalam ayat Surah Al-Buruj diatas. Allah ‫ ﷻ‬menyebutnya selepas menyebut
tentang Firaun, Tsamud (iaitu kaum Nabi Soleh) dan orang-orang kafir secara umumnya.
Yang demikian itu kerana Allah ‫ ﷻ‬ingin memberitahu bahawa kudrat-Nya meliputi segala
sesuatu. Sehebat manapun kemampuan dan perancangan-perancangan musuh-Nya, kudrat
Allah tetap mengelilingi dan menguasai mereka. Maka, janganlah orang kafir dan durhaka
merasa aman dengan balasan Allah terhadap kedurhakaan, tipu daya dan perancangan
jahat mereka.
َ ۡ ۡ ۡ َ َ َٰ َ ۡ َ َٗۡ ُ ََ ٗ َ َ ُ ‫ه‬
َۢ َ ُ ۡ ُ َ ِ ‫ وأ‬١٥ ‫يدون ك ۡيدا‬
‫ ﵞ‬١٧ ‫ فم ِه ِل ٱلك ِف ِرين أم ِهلهم رويدا‬١٦ ‫كيد كيدا‬ ِ َ‫ﵟ إِن ُه ۡم ي‬
‫ك‬

{ Sungguh, mereka (orang kafir) merencanakan tipu daya yang jahat. Dan Aku pun
membuat rencana yang jitu. Oleh itu, berilah penangguhan kepada orang-orang kafir itu.
Berilah mereka itu kesempatan untuk sementara waktu } – Surah At-Taqriq ayat 15-17

❊ Rahmat-Nya.

Semua makhluk Allah ‫ ﷻ‬tidak terlepas dari rahmat Allah walau sesaatpun. Allah berfirman :
ۡ َ ‫َ ۡ ََ ُٓ ََ َۡ َ َ ۡ ُه‬ ُ ُ َ َ َ َ
ِ ‫ﵟقال عذاب ِ ٓي أ‬
‫صيب بِهِۦ من أشاء َّۖ ورحمتِي وسِعت كل شي ٖء ﵞ‬

{ Dia berfirman: "Azab-Ku akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan
rahmat-Ku meliputi tiap-tiap sesuatu } – Surah Al-A’raf ayat 156

[ Tuntutan ]
❊ Mendidik diri supaya memiliki sifat sentiasa merasa diawasi oleh Allah ‫ﷻ‬. Dengan itu,
kita akan menjadi hamba yang sentiasa patuh dan taat. Dan ini merupakan martabat
tertinggi di dalam agama. Ia dipanggil dengan Al-Ihsan dan definisinya ialah seperti disebut
Nabi : [ Engkau beribadat kepada Allah dalam seolah-olah engkau melihat-Nya ].
❊ Meyakini akan menyeluruhnya kudrat Allah ‫ ﷻ‬dan mengetahui bahawa jika Allah ‫ﷻ‬
membiarkan sesuatu yang tidak baik berlaku, ia adalah penangguhan yang ada disebaliknya
perancangan dari Allah ‫ﷻ‬. Yang wajib keatas kita adalah bersabar dan terus bertaqwa.
َ ُ َ ۡ َ َ َ ‫َ َ ۡ ُ ْ َ َ ه ُ ْ َ َ ُ ُّ ُ ۡ َ ۡ ُ ُ ۡ َ ۡ ًٔ ه ه‬
ٞ ‫ون ُمح‬
‫يطﵞ‬ ِ ‫ﵟوِإن تصبِروا وتتقوا لا يضركم كيدهم شيـاۗ إِن ٱَّلل بِما يعمل‬

{ Jika kamu bersabar dan bertakwa, tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu
sedikit pun. Sungguh, Allah Maha Meliputi segala apa yang mereka kerjakan }. – Surah Alu
Imran ayat 120

❊ Sentiasa memohon rahmat Allah. Tidak akan rugi orang yang sentiasa mengharapkan
rahmat dari Allah ‫ﷻ‬.

Anda mungkin juga menyukai