Anda di halaman 1dari 6

1) Tingkah laku agresif

Berdasarkan triangulasi data antara temubual ibu bapa dan guru pendidikan khas dan
triangulasi kaedah antara temu bual dan pemerhatian yang telah dijalankan, kesan aktiviti
renang berstruktur terhadap perkembangan kanak-kanak autistik dalam tingkah laku
dijelaskan berdasarkan tema yang kedua iaitu tingkah laku agresif. Laporan dapatan adalah
seperti berikut :

i) Tingkah laku agresif berhenti

Berdasarkan dapatan temubual RI1 menyatakan :

Kalau dulu ada satu tingkahlaku dia yang selalu dia ulang ialah tutup pintu. Dia tidak suka
pintu rumah terbuka. Tetapi sekarang dia dah boleh toleransi, ada waktu pintu rumah boleh
dibiarkan terbuka. (TB:RI1:20 Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG1 menyatakan seperti berikut :

Tingkah laku agresif yang dia selalu buat dulu ialah tutup pintu. Tak tau kenapa dia memang
tak suka kalau pintu terbuka. Sekarang ni ok sikitla. (TB:RG1:20 Disember 2021)

Dapatan juga mendapati tingkah laku agresif S2 semakin berkurang. Ini dapat dilihat
berdasarkan dapatan temubual RI2. Ini dijelaskan melalui penyataan berikut :

Dulu dia suka tengok benda berpusing macam tayar, dia akan tengok lama-lama. Memang
kalau dia tengah ralit, tak boleh diganggu. Sekarang ni masih lagi suka, tapi bila saya tegur,
dia akan berhenti tengok.. (TB:RI2:21 Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG2. RG2 menyatakan seperti berikut :

Dia suka main benda berpusing. Selalu saya bagi dia main spinner, dia memang boleh main
lama. Kalau saya suruh berhenti dia marah. Sekarang pun masih suka tapi saya hanya bagi
sebagai ganjaran kalau dia telah siap melaksanakan tugasan. (TB:RG2:22 Disember 2021)

Dapatan temubual ibu bapa dan guru S3 juga mendapati tingkah laku agresif S3
semakin berkurang. Ini dapat dilihat berdasarkan dapatan temubual RI3. Contohnya dalam
ayat berikut:

Kalau dulu dia memang selalu bertepuk tangan dan melompat berulang-ulang tapi sekarang
tingkah laku agresif ini telah banyak berkurang. Kadang-kadang sahaja dia masih
melakukan tingkah laku agresif. (TB:RI3:27 Disember 2021)
Dapatan ini disokong melalui temubual guru pendidikan khas S3, Responden guru S3 (RG3).
Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Setakat yang saya nampak semasa sesi mengajar, tingkah laku agresif yang dia selalu buat
tepuk tangan dan melompat. Tapi kalau nak bandingkan dengan sebelum ini, masa awal
tahun hari itu rasanya tingkah laku agresif dia dah semakin berkurang. (TB:RG3:27
Disember 2021)

Dapatan temubual bersama ibu bapa dan guru S4 mendapati tingkah laku agresif S4
semakin berkurang. Ini dapat dilihat berdasarkan dapatan temubual RI4. Contohnya
ditunjukkan dalam dialog berikut:

Tingkah laku agresif semakin kurang. Fahmy ni tingkah laku agresif dia banyak, kadang-
kadang dia jalan mengundur, angguk-angguk kepala, ‘hand flapping. Sekarang ni dia masih
kerap buat hand flapping, yang lain jarang-jarang dia buat. Sebelum ni suka susun objek,
semua benda fahmy akan susun, pergi kenduri dia akan susun kerusi memanjang. Sekarang
ni dah tak susun dah. (TB:RI4:24 Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG4. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Tingkah laku agresif yang masih dia buat ialah hand flapping. Cuma kalau berbanding dulu
kekerapan tu dah berkurang. (TB:RG4:25 Disember 2021).

Dapatan pemerhatian menjelaskan perkembangan terkini kanak-kanak autistik yang


menyokong dapatan temubual ibu bapa dan guru pendidikan khas. Pemerhatian dilaksanakan
oleh jurulatih pada tarikh 03 Januari – 09 Januari 2022.

Item 1.2 ialah kontak mata. Item B1 iaitu menunjukkan kontak mata dirangka adalah
bertujuan untuk mengetahui adakah kanak-kanak menunjukkan kontak mata.

Semasa pemerhatian dilaksanakan, jurulatih mendapati bahawa S1 Contohnya


apabila kawan-kawannya mengambil mainan daripada subjek, subjek akan menunjukkan
ekspresi marah. S1 membulatkan mata. Sementara S2 dan S3 mengetapkan bibir. S4 pula
menjerit dan menghentak-hentak kaki.

ii) Pengulangan perkataan / ayat

Berdasarkan dapatan temubual RI1 menyatakan :


Kalau dulu dia akan suka bertanya benda yang sama berulang-ulang sehingga dia dapat
kepastian berkenaan perkara tersebut contoh kalau kerja sekolah dia akan bertanya kepada
saya berulang-ulang walaupun saya sedang sibuk dan buat kerja lain. Tapi sekarang ini dia
dah faham, dia akan tanya pada masa yang sesuai. Sekarang dah tiada ayat yang selalu dia
ulang. Kalau dulu dia selalu ulang ayat dari cerita upin ipin. (TB:RI1:20 Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG1 menyatakan seperti berikut :

Kalau dulu dia akan suka bertanya benda yang sama berulang-ulang walaupun saya
sedang sibuk dan buat kerja lain. Tapi sekarang ini dia dah faham, dia akan tanya pada
masa yang sesuai. (TB:RG1:20 Disember 2021)

Keempat-empat sampel kajian menunjukkan skor 3 iaitu ‘Selalu’ bagi item ini.
Semasa pemerhatian dilaksanakan, jurulatih mendapati bahawa keempat-empat sampel kajian
menunjukkan kontak mata gembira sesuai dengan perasaan, situasi dan keadaan. Ianya
dijelaskan seperti berikut :

Apabila jurulatih memberikan mainan yang subjek suka, subjek akan menunjukkan
ekspresi gembira iaitu S1 akan senyum dan suka sambil memegang mainan tersebut.
Manakala S2 akan mengambil mainan dan terus menunjukkan kepada ibunya. S3 pula akan
ketawa. Sementara S4 memegang mainan dan melompat.

iii) Boleh menerima rutin baru

Dapatan temubual mendapati subjek boleh menerima rutin baru. Ini dapat dilihat dari
segi pilihan mainan, subjek tertarik dengan mainan lain serta cara bermain juga boleh
dipelbagaikan. Ianya di nyatakan dalam temubual bersama RI1. RI1 menyatakan seperti
berikut:

Kalau dulu dia sangat suka mainan lego sahaja. Lego dia akan main susun sampai panjang.
Tapi sekarang dia dah pandai membuat pelbagai bentuk daripada lego. Melukis pun sama,
dia pandai melukis, tetapi sebelum ini dia hanya melukis kartun yang sama, sakarang dia
boleh melukis pelbagai karakter kartun. (TB:RI1:20 Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG1. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :
Dia suka melukis, cuma perkembangan dia yang saya nampak, kalau dulu dia lukis kartun
yang sama, sekarang dia boleh melukis pelbagai karakter kartun. (TB:RG1:20 Disember
2021)

Dapatan temubual mendapati S2 boleh menunjukkan kontak mata semasa bergambar. Ianya
di nyatakan dalam temubual bersama RI2. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut:

Sufi sangat suka main lego. Cuma sekarang saya Nampak cara dia main lego dah bertambah
baik. Kalau dulu dia dia akan main susun sampai panjang. Tapi sekarang dia dah pandai
membuat pelbagai bentuk daripada lego.. Sufi juga suka main tanah liat. Sekarang dah boleh
buat pelbagai bentuk daripada tanah liat berbanding dulu dia hanya suka buat nombor 1-10
sahaja dengan tanah liat. (TB:RI2:21 Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG2. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Sufi juga suka main tanah liat. Dulu dia pandai buat bentuk skuter je. Sekarang ni dia boleh
buat orang, haiwan dan macam-macam bentuk lagi la. (TB:RG2:22 Disember 2021)

Dapatan temubual juga mendapati S3 boleh menerima rutin baru. Contohnya


ditunjukkan dalam dialog berikut:

Begitu juga dengan mainan, kalau saya bawa pergi kedai 2 ringgit, dulu dia wajib beli tanah
liat, raket dan bulu tangkis. Kalau tak beli akan tantrum la kat situ. Sekarang dia akan pilih
mainan-mainan lain juga.. (TB:RI3:27 Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG3. Contohnya seperti berikut :

Dia suka main tanah liat, selalu dia bawa tanah liat dari rumah. Macam-macam bentuk dia
akan buat dengan tanah liat. Kelebihan dia saya nampak dia kreatif. (TB:RI3:27 Disember
2021)

Dapatan pemerhatian menjelaskan perkembangan terkini kanak-kanak autistik yang


menyokong dapatan temubual ibu bapa dan guru pendidikan khas. Pemerhatian dilaksanakan
oleh jurulatih pada tarikh 03 Januari – 09 Januari 2022.

Item 1.1 ialah kontak mata. Item A1 iaitu menunjukkan kontak mata dirangka adalah
bertujuan untuk mengetahui adakah kanak-kanak menunjukkan kontak mata yang sesuai
mengikut perasaan, situasi dan keadaan. Keempat-empat sampel kajian menunjukkan skor 3
iaitu ‘Selalu’ bagi item ini.
Semasa pemerhatian dilaksanakan, jurulatih mendapati bahawa keempat-empat
sampel kajian menunjukkan kontak mata marah sesuai dengan perasaan, situasi dan keadaan.
Contohnya apabila kawan-kawannya mengambil mainan daripada subjek, subjek akan
menunjukkan ekspresi marah. S1 membulatkan mata. Sementara S2 dan S3 mengetapkan
bibir. S4 pula menjerit dan menghentak-hentak kaki.

Dari segi pemakanan juga subjek boleh menerima pelbagai jenis makanan. Dapatan
temubual mendapati S1, S2 dan S3 tidak memilih makanan. Ianya di nyatakan dalam
temubual bersama RI1. RI1 menyatakan seperti berikut:

Dari segi pemakanan, dia memang dah boleh makan pelbagai jenis makanan.. (TB:RI1:20
Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG1. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Dia akan ikut pergerakan tangan saya. Kalau saya bagi arahan ringkas sambil tunjukkan dia
faham, contoh saya tunjukkan sampah, dia akan kutip sampah. Saya tunjuk bakul sampah dia
akan buang sampah ke dalam bakul tu. (TB:RG1:20 Disember 2021)

Dapatan temubual mendapati S2 boleh menunjukkan kontak mata semasa bergambar. Ianya
di nyatakan dalam temubual bersama RI2. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut:

Dari segi pemakanan, Sufi suka makan pelbagai jenis makanan. Nasi ke mi semua dia
makan. Telur pun dia makan. Cuma kesukaan sufi ayam goreng. Ikan sufi memang tak
makan. (TB:RI2:21 Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG2. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Dari segi pemakanan, dia telah boleh terima pelbagai jenis makanan berbanding dulu hanya
makan ayam sahaja. Kalau tak ade ayam dia tak makan. Sekarang ni dia makan kalau RMT
ada telur, ada ayam dia akan makan. Cuma ikan jekla masih tak makan lagi. (TB:RG2:22
Disember 2021)

Dapatan temubual jug menjelaskan S3 boleh menunjukkann kontak mata terhadap pergerakan
tangan dan memahami arahan.

Dari segi pemakanan, dia telah boleh terima pelbagai jenis makanan berbanding dulu hanya
makan ayam sahaja. (TB:RI3:27 Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG3. Contohnya seperti berikut :


Dari segi pemakanan, dia akan makan makanan yang disediakan, pelajar Pendidikan khas
dapat RMT contoh mi goreng, nasi goreng mihun semua dia makan cuma kena ada ayam,
baru nampak dia selera.. (TB:RI3:27 Disember 2021)

Namun begitu, dapatan temubual mendapati S4 masih memilih makanan. Contohnya


ditunjukkan dalam dialog berikut:

Dari segi pemakanan Fahmy masih memilih makanan. Kalau tak ade ayam, dia tak makanla.
(TB:RI4:24 Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG4. RG4 menjelaskan seperti berikut :

Dari segi pemakanan, selalunya ibu dia bekalkan ayam goreng. Makanan yang disediakan
dia tak makan. (TB:RG4:25 Disember 2021)

Dapatan pemerhatian menjelaskan perkembangan terkini kanak-kanak autistik yang


menyokong dapatan temubual ibu bapa dan guru pendidikan khas. Pemerhatian dilaksanakan
oleh jurulatih pada tarikh 03 Januari – 09 Januari 2022.

Item 1.1 ialah kontak mata. Item A1 iaitu menunjukkan kontak mata dirangka adalah
bertujuan untuk mengetahui adakah kanak-kanak menunjukkan kontak mata yang sesuai
mengikut perasaan, situasi dan keadaan. Keempat-empat sampel kajian menunjukkan skor 3
iaitu ‘Selalu’ bagi item ini.

Semasa pemerhatian dilaksanakan, jurulatih mendapati bahawa keempat-empat


sampel kajian menunjukkan kontak mata marah sesuai dengan perasaan, situasi dan keadaan.
Contohnya apabila kawan-kawannya mengambil mainan daripada subjek, subjek akan
menunjukkan ekspresi marah. S1 membulatkan mata. Sementara S2 dan S3 mengetapkan
bibir. S4 pula menjerit dan menghentak-hentak kaki.

Anda mungkin juga menyukai