Anda di halaman 1dari 21

PERKEMBANGAN AWAL

KANAK-KANAK
DR SITI NAZURAH BT A HAMID
PEJABAT KESIHATAN DAERAH JERANTUT
BAHASA
1 TAHUN
• Dia dah ada perkataan pertama. "Mama, abah, bye bye, amau (tak mau), air" dan
sebagainya.
• Dia mula faham arahan.
• Bila umur 1;06, dia boleh tunjuk anggota badan dengan tepat.
• Tempoh antara 12 bulan ke 24 bulan, mereka belajar menyebut perkataan harian
di rumah.
• - Nama panggilan ahli keluarga (mama, papa)
• - Makanan kegemaran (nasi, ayam, sup, fish)
• - Barang-barang harian (baju, kasut, sudu)
• - Perbuatan rutin harian (mandi, makan, buka)
• Jadi tidak hairanlah apabila dia masuk 24 bulan nanti, perkataan mencecah 50-
200 perkataan spontan.
2 TAHUN
• Dia ada 50 atau lebih perkataan. Malah boleh mencecah lebih 200 perkataan yg
disebut spontan setiap hari.
• Dia bercakap dalam ayat pendek. Gabung 2 perkataan dalam 1 ayat. Dia boleh
panggil, minta, sebut apa dia nampak, jawab bila kita tanya apa.
• Umur ini masih bercakap pelat. Biasanya sebut hujung perkataan atau dia tambah a_
di depan perkataan.
• Ibubapa saja yg faham cakap dia. 50% saja faham. Ada yg kita kena teka berdasarkan
situasi dan gaya isyarat dia.
• Dia suka berlari di ruang lapang. Explore kawasan.
• Umur ni, dia tak biasa lagi dengan orang yg jarang jumpa.
• Yang penting, apabila dia bersama ibu bapa, dia boleh bercakap. Bila bersama budak
sebaya, dia boleh main sama-sama. Bila kita bagi arahan, dia faham dan pergi buat.
3 TAHUN
• Dia boleh gabung 3 perkataan dalam 1 ayat. "Nak minum air", "nak ikut
mama".
• Dia masih ada pelat, tapi apa yg dia cakap difahami oleh ibubapa. Dia
mungkin masih pelat /r,l,s,j,ch/ dalam sebutannya. Tak apa, dia sedang belajar
bercakap.
• Umur ni belum boleh bercerita, tapi dia boleh jawab soalan yg kita tanya. Kita
tanya "siapa, apa, mana" dia boleh jawab. Dia tau kata tempat, "kat dapur, kat
atas, kat dalam, kat luar".
• Umur 3 tahun boleh main mainan imaginasi dengan baik. Kuat berangan dan
bercakap-cakap sambil bermain.
• Dia juga bijak manipulasi ibubapa supaya ikut kehendak dia.
4 TAHUN
• Dia sudah boleh bercerita.
• Dia ada banyak kata hubung - dan, lepas tu, tapi, nanti, dengan. Jadi ayatnya
panjang-panjang. Biasanya ayat dia lebih 4 perkataan dalam 1 ayat.
• Kita tanya dia soalan "kenapa, macam mana, kat mana" dia boleh jawab
dengan baik.
• Apa yg dia cakap, jelas difahami orang dewasa walaupun bukan ahli
keluarga. Sebab dia tak ada pelat dah. Kecuali /r/ agak lewat bagi kanak-
kanak melayu, muncul masa dah 6-7 tahun nanti.
• Anak 4 tahun, boleh sebut warna-warna dan boleh tanya kita soalan-soalan.
Asyik kenapa...kenapa...kenapa....
5 TAHUN
• Umur tadika. Umur ini, dia bercerita dan boleh bagi pendapat
sendiri. "Irham rasa kan, dia jadi macam tu sebab......." Dia boleh
buat andaian.
• Kata hubung dan imbuhan juga dah makin banyak dalam ayat-ayat
spontan.
• Soalan "macam mana kalau...." ialah soalan paling kanak-kanak
suka.
5 tanda anak sedang hadapi masalah
bertutur
1) Dia tidak meniru apa yang kita ajar dia sebut.
2) Sudah 3 tahun, masih ada bahasa jargon, perkataan yang tidak difahami dia
sebut.
3) Tarik tangan apabila mahukan sesuatu. Dia tak cakap atau tak tunjuk dengan jari
telunjuk. Kalau tidak diberi, dia nangis saja.
4) Bila kita bercakap dengan dia, dia tak tengok pun, tapi sibuk melihat sana sini
dan nak berjalan-jalan.
5) Bila kita ajak selak buku dan nak tunjuk pada gambar, dia hanya tunjuk apa yg dia
suka saja. Kalau kita tanya, "mana bas?" dia tak peduli pun.
Umur 1 tahun, cakap sepatah.
Umur 2 tahun, gabung 2 perkataan dalam 1 ayat.
Umur 3 tahun, gabung 3 perkataan dalam 1 ayat.
Umur 4 tahun, bercerita.
Apa kesan psikologi bagi kanak-kanak speech delay atau pelat yang berterusan
di peringkat tadika dan sekolah rendah?

1) Dia rasa rendah diri. Dia dengar kawan lain cakap lancar dan jelas. Beza
dengan diri dia.
2) Dia rasa tak yakin nak menjawab soalan cikgu, walaupun dia tahu apa
jawapannya. Jadi, dia lebih banyak mendiamkan diri atau bersuara perlahan.
3) Dia rasa malu dan kurang keyakinan.
• Semakin meningkat umur kanak-kanak, semakin meningkat kesedaran
dalam diri serta persekitaran. Maka kesan psikologi juga makin mendalam.
• Semakin meningkat umur juga, cara bercakap semakin menebal menjadi
habit harian dia. Makin susah nak diperbetulkan.
Tanggungjawab Ibu Bapa
1) Bawa ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.
2) Semak kefahaman anak.
Suruh dia tunjuk anggota badan (mata, telinga, rambut, kaki, tangan, hidung, gigi). Suruh
dia ambil beg, ambil cawan, ambil bantal. Masa suruh, tak payah tunjuk isyarat. Bagi
arahan verbal sahaja.
3) Semak kemahiran preverbal.
Perhatikan anak suka main mainan apa. Dia boleh tak main kereta lori, sepak bola, main
sorok-sorok dengan kita.
Perhatikan jika anak boleh tiru gaya isyarat komunikasi seperti bye bye, habis, high5,
salam, tepuk tangan, tunjuk dgn jari telunjuk.
4) Kurangkan tempoh masa anak di depan skrin.
5) Tampal poster bergambar di dinding. Poster A ayam, B bola, C cawan, D daun. Ajar
anak menunjuk pada gambar-gambar.
6) Ajar permainan yang menggunakan mulut seperti main tiup bubbles/belon, tiup wisel.
Apa kaitan skrin dengan
anak jadi speech delay?
1) Masa
Masa yang patut diluangkan untuk berlatih interaksi dengan ibubapa sudah
digunakan utk menghadap skrin.
2) Tumpuan
Skrin tu bercahaya, ada lagu/bunyi, bertukar-tukar gambarnya. Tapi realiti
komunikasi dengan manusia sangat berbeza. Kalau dia sudah biasa dengan skrin,
dia akan rasa komunikasi ini sangat bosan.
3) Sehala
Skrin itu tidak menunggu anak untuk respon atau betulkan apa-apa yg anak sudah
tersilap sebut. Anak cakap ke, tak cakap ke, kartun tu terus saja memainkan
gambarnya hingga habis.
Acknowledgement:
Ruby Atika
Speech/Language Therapist

Anda mungkin juga menyukai