Anda di halaman 1dari 11

2) Respons

Berdasarkan triangulasi data antara temubual ibu bapa dan guru pendidikan khas dan
triangulasi kaedah antara temu bual dan pemerhatian yang telah dijalankan, kesan aktiviti
renang berstruktur terhadap perkembangan kanak-kanak autistik dalam kemahiran
komunikasi dijelaskan berdasarkan tema yang kedua iaitu respons.
i) Respons baik dan positif

Berdasarkan dapatan temubual menjelaskan S1 boleh memberikan respons yang positif dam
baik. RI1 menyatakan :

Respons dia lebih positif. Dia dah boleh respons dengan baik. (TB:RI1:20 Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui kenyataan oleh RG1 yang menyatakan seperti berikut :

Respons dia semakin positif. Respons yang dia bagi tepat. (TB:RG1:20 Disember 2021)

Dapatan juga mendapati S2 boleh menunjukkan respons yang baik. Ini dapat dilihat
berdasarkan dapatan temubual RI2. Ianya dijelaskan melalui penyataan berikut :

Respons dia sangat baik. (TB:RI2:21 Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG2. RG2 menyatakan seperti berikut :

Dia boleh memberikan respons yang baik. Dari segi respons boleh dikatakan saya nampak
peningkatan yang ketara. (TB:RG2:22 Disember 2021)

Dapatan temubual ibu bapa dan guru S3 mendapati S3 menunjukkan peningkatan dari
aspek respons. Ini dapat dilihat berdasarkan dapatan temubual ibu bapa RI3. Contohnya
dalam ayat berikut:

Dari segi respons telah ada peningkatan. (TB:RI3:27 Disember 2021)


Dapatan ini disokong melalui temubual RG3. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Respons dia sangat baik kalau berbanding sebelum ini memang meningkat. (TB:RG3:27
Disember 2021)

Dapatan temubual bersama ibu bapa dan guru S4 juga mendapati S4 boleh
menunjukkan respons yang baik. Ini dapat dilihat berdasarkan dapatan temubual RI4. Ianya
ditunjukkan dalam dialog berikut:

Respons dia lebih baik kalau berbanding sebelum ini memang meningkat. (TB:RI4:24
Disember 2021)
Dapatan ini disokong melalui temubual RG4. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Respons dia kalau berbanding sebelum ini lebih baik. Ada peningkatan walaupun mungkin
tak ketara sangat perkembangan tu, tapi boleh dikatakan meningkat. (TB:RG4:25 Disember
2021)

ii) Respons terhadap panggilan

Berdasarkan dapatan temubual menjelaskan S1 boleh memberikan respons apabila namanya


dipanggil. S1 akan menyahut dan memandang ke arah ibu atau gurunya. Hanya apabila S1
sedang fokus melukis, S1 tidak memberikan respons terhadap panggilan. Ianya dijelaskan
oleh RI1 yang menyatakan :

Dia akan memandang kearah saya apabila saya memanggil namanya. Kalau dulu panggil
banyak kali dia buat tak endah, tapi sekarang panggil sekali dua sahaja dia telah tunjukkan
respons. Dia juga telah boleh menyahut ‘Ya’ apabila saya memanggil namanya. Tapi satu
jekla, kalau dia melukis dia tak peduli dah sekeliling dia. Saya panggil pun dia takkan
menyahut takkan pandang dah. (TB:RI1:20 Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui kenyataan oleh RG1 yang menyatakan seperti berikut :

Dia akan memandang kearah saya apabila saya memanggil namanya. Dia juga dah boleh
bercakap jadi bila saya panggil dia akan jawab ‘Ya, cikgu’. Kalau panggil sekali dua dia
akan terus menyahut dan cepat-cepat datang kepada saya. Cuma kalau tengah melukis, dia
memang sangat fokus jadi kadang-kadang dia tidak mengendahkan panggilan guru.
(TB:RG1:20 Disember 2021)

Dapatan juga mendapati S2 boleh menunjukkan respons yang baik apabila dipanggil.
S2 akan menyahut dan menoleh. Namun begitu, perlu dipanggil dengan nada yang kuat. Ada
kala juga S2 tidak mengendahkan panggilan. Ini dapat dilihat berdasarkan dapatan temubual
RI2 melalui penyataan berikut :

Apabila saya panggil nama memang dia akan menoleh walau dalam apa jua keadaan
samada dia tengah bermain atau tengok tv pun dia akan menoleh. Sekarang dia dah pandai
cakap dia akan menyahut ‘ya’. Tapi kena panggil dengan nada yang kuat. (TB:RI2:21
Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG2. RG2 menyatakan seperti berikut :

Apabila panggil nama dia, dia akan respons dengan cepat. Sekali atau dua kali
panggil dia akan menoleh. Dia akan jawab panggilan guru. Cuma Ada juga masa kalau dia
tengah main, dia tak memberikan respons. Dia akan buat tak endah. (TB:RG2:22 Disember
2021)

Dapatan temubual ibu bapa dan guru S3 mendapati S3 menunjukkan respons apabila
namanya dipanggil. Namun begitu, S3 tidak memberikan respons ketika dia sedang bermain.
Ini dapat dilihat berdasarkan dapatan temubual ibu bapa RI3 dalam ayat berikut:

Apabila saya panggil memang dia akan menoleh melainkan dia tengah main mainan yang
dia suka.Dia suka membentuk tanah liat jadi dia betul-betul akan fokus kat situ. (TB:RI3:27
Disember 2021)
Dapatan ini disokong melalui temubual RG3 yang ditunjukkan dalam dialog berikut :

Apabila saya memanggil namanya selalunya dia akan respon, dia akan menoleh kearah
saya. Cuma kalau dia sedang bermain, kadang-kadang dia tidak mengendahkan panggilan
guru.
(TB:RG3:27 Disember 2021)

Dapatan temubual bersama ibu bapa dan guru S4 juga mendapati S4 boleh
menunjukkan respons terhadap panggilan. Namun begitu, ketika bermain atau menonton
cerita kesukaannya, S4 tidak memberikan respons terhadap panggilan. Dapatan juga
mendapati, S4 akan memberikan respons apabila dipanggil dengan nada yang kuat. Ini dapat
dilihat berdasarkan dapatan temubual RI4. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut:

Biasa memang dia akan cepat menoleh dan datang pada saya. Tapi kalau dia tengah ralit
main ataupun tengah tengok cerita kesukaan dia, dia masih buat tak endah. (TB:RI4:24
Disember 2021.

Dapatan ini disokong melalui pernyataan daripada RG4 seperti berikut :


Kalau dia tengah main mainan yang dia suka, kadang-kadang tu lambat la respons dia.
Sama juga kalau dia sedang tengok cerita upin ipin, kadang-kadang sebagai ganjaran saya
akan bagi dia tengok cerita yang dia suka. Masa tengok tu kalau saya panggil dia memang
tak endah la. Panggil dengan nada yang kuat baru dia akan menoleh.

Dapatan temubual di sokong oleh dapatan pemerhatian. Item A3 iaitu ‘Memusingkan


badan atau kepala ketika namanya dipanggil’ adalah bertujuan untuk mengetahui adakah
kanak-kanak menunjukkan respons apabila namanya dipanggil. Berdasarkan pemerhatian
yang dijalankan mendapati S1 dan S2 menunjukkan skor 3 iaitu ‘Selalu’ bagi item ini. S1
dan S2 akan menoleh kepada jurulatih apabila dipanggil dan menyahut panggilan jurulatih.
Manakala S3 dan S4 menunjukkan skor 2 iaitu ‘kadang-kadang’ bagi item ini. S3 dan S4
akan menoleh hanya apabila jurulatih memanggil dengan suara yang kuat. Kadang kala S3
dan S4 tidak mengendahkan panggilan jurulatih.

iii) Respons terhadap bunyi

Dapatan temubual mendapati S1 boleh memberikan respons terhadap bunyi walaupun


bunyi yang perlahan. Ianya di nyatakan dalam temubual bersama RI1. RI1 menyatakan
seperti berikut:

Respons dia terhadap bunyi sangat baik. Kalau pasang tv dengan volume perlahan pun dia
boleh dengar terutama kalau cerita-cerita yang dia suka. (TB:RI1:20 Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG1. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Dia sangat peka terutama bunyi yang dia suka. Bunyi yang perlahan pun dia akan toleh. Dia
ni dia suka dengar nasyid, kalau nak tarik perhatian dia, pasangkan lagu nasyid, walaupun
perlahan dia cepat-cepat akan datang. (TB:RG1:20 Disember 2021)

Dapatan temubual juga mendapati S2 memberikan respons yang baik terhadap bunyi
walaupun bunyi yang perlahan. Ianya dinyatakan dalam temubual bersama RI2. Contohnya
dinyatakan dalam dialog berikut:

Respons terhadap bunyi sangat baik. Dia boleh fokus terhadap bunyi-bunyi tertentu. Bunyi
yang dia suka bunyi-bunyi siren. Kalau dengar bunyi siren-siren ni dia sangat ‘excited’.
(TB:RI1:21 Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG2. RG2 menjelaskan seperti berikut :

Dia boleh bagi respons yang baik walaupun bunyi yang perlahan. Dia peka terhadap bunyi.
Dia boleh fokus terhadap bunyi-bunyi contoh saya perdengarkan bunyi siren kereta, bunyi
haiwan dia akan respons, dia datang dan minat untuk dengar. (TB:RG2:22 Disember 2021)

Dapatan temubual juga mendapati S3 boleh menunjukkan respons yang baik terhadap
bunyi. Ianya di nyatakan dalam temubual bersama RI3. Contohnya ditunjukkan dalam dialog
berikut:

Respons dia terhadap bunyi-bunyi sangat baik, contoh bunyi yang perlahan pun dia boleh
dengar dengan baik. Memang dia tak mengalami masalah pendengaran. (TB:RI3:27
Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG3. Contohnya seperti berikut :


Dia peka terhadap bunyi walaupun bunyi yang perlahan. Dia suka tengok cerita upin ipin,
kadang-kadang saya saja nak test, pasang cerita dengan bunyi yang perlahan pun, dia akan
cepat-cepat datang. (TB:RI3:27 Disember 2021)

Dapatan temubual mendapati S4 boleh menunjukkan respons yang baik terhadap


bunyi yang disukainya. Ianya di nyatakan dalam temubual bersama RI4. RI4 menyatakan:

Fahmy boleh memberikan respons yang baik walaupun bunyi yang perlahan tetapi hanya
bunyi yang dia suka. Sekarang ini dia suka dengar muzik biola, kalau pasang muzik biola
perlahan pun cepat-cepat dia datang. Kalau bunyi-bunyi lain dia tak beri perhatian sangat.
(TB:RI4:24 Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG4. RG4 menjelaskan seperti berikut :

Apabila dengar bunyi yang dia suka, respons dia sangat baik. Ibu dia maklumkan dia suka
dengar bunyi biola. Kalau nak tarik perhatian dia, saya akan pasangkan bunyi biola, Dia
akan bagi tumpuan. Tapi, Kalau saya cuba perdengarkan bunyi-bunyi muzik yang lain, tiada
respons dari dia. (TB:RG4:25 Disember 2021).

iv) Respons terhadap bunyi bising

Dapatan temubual mendapati subjek boleh mengawal respons apabila mendengar


bunyi bising. Ianya di nyatakan dalam temubual bersama RI1. RI1 menyatakan seperti
berikut:

Kalau dulu dia sensitif terhadap sesetangah bunyi contoh bunyi blender atau vakum, dia
akan tutupkan telinga. Tapi sekarang dia dah boleh terima bunyi-bunyi tu. (TB:RI1:20
Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG1. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Kalau dulu dia sensitif juga kalau dengar bunyi bising, contoh bunyi mesin rumput atau
kalau kawan-kawan dia bising dia akan tutup telinga atau menjerit, tapi sekarang dah
semakin ok. Dia boleh kawal. (TB:RG1:20 Disember 2021)

Dapatan temubual juga mendapati S2 mengawal respons apabila mendengar bunyi


bising. Ianya dinyatakan dalam temubual bersama RI2. Contohnya dinyatakan dalam dialog
berikut:
Dulu kalau bunyi bising dia akan tutup telinga. Kadang-kadang lari macam takut , sekarang
ni dia ok dah. Dia tak lari dah. Cuma kalau bising sangat dia tutup telinga. (TB:RI1:21
Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG2. RG2 menjelaskan seperti berikut :

Bunyi-bunyi bising pula, dia dah boleh terima. Respons dia apabila dengar bunyi bising
sekarang ni hanya sekejap sahaja dia tutup telinga. Kalau dulu dia akan lari seperti
ketakutan. (TB:RG2:22 Disember 2021)

Dapatan temubual mendapati S3 dan S4 masih mengalami masalah apabila


mendengar bunyi bising namun telah berkurang. Ianya di nyatakan dalam temubual bersama
RI3. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut:

Dia ada masalah apabila dengar bunyi bunyi motor yang kuat dia akan lari sembunyi, tutup
telinga. Kadang-kadang dia macam marah bila dengar bunyi bising, dia akan menjerit.
Sekarang ni masih lagi tak boleh dengar bunyi ni. Cuma reaksi dia tu ada berkurang sikitla.
(TB:RI3:27 Disember 2021)

Manakala dalam temubual bersama RI4 menyatakan:

Masalah dengan bunyi bising nampak berkurang. Kalau dulu fahmy sangat tak suka apabila
dengar bunyi bising dia akan menjerit dan tutup telinga. Kadang-kadang dia akan menyorok.
Bunyi tv yang kuat pun kalau dulu dia tak boleh dengar. Sekarang dia dah boleh kawal,
Cuma masih nampak dia tak suka. (TB:RI4:24 Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG4. RG4 menjelaskan seperti berikut :

Cuma saya perasan dulu dia sensitif dengan bunyi bising. Pernah ada lori lalu dengan bunyi
yang kuat, dia lari menyorok sambil tutup telinga. Kawan-kawan bising pun dia marah.
Sekarang da ok. (TB:RG4:25 Disember 2021).

v) Respons terhadap nada suara

Dapatan temubual mendapati S1 memberikan respons yang tepat terhadap nada suara
samada kuat atau perlahan. Ianya di nyatakan dalam temubual bersama RI1. RI1 menyatakan
seperti berikut:
Aiman sangat faham terutama apabila saya meinggikan suara dia tahu saya sedang marah.
Apabila saya bercakap dengan nada perlahan, Aiman akan datang dekat dan fokus terhadap
apa yang saya perkatakan. (TB:RI1:20 Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG1. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Kalau saya cakap kuat tu aiman faham saya minta dia berikan tumpuan. Kalau saya
tinggikan suara, dia faham saya sedang marah. Kalau saya cakap dengan nada perlahan
pun respons dia sangat baik, dia akan pandang dan mendengar dengan tekun. (TB:RG1:20
Disember 2021)

Dapatan temubual mendapati S2 memberikan respons tepat terhadap nada suara kuat atau
tinggi. Ianya di nyatakan dalam temubual bersama RI2 yang ditunjukkan dalam dialog
berikut:

Dia memahami nada suara saya. Kalau saya menguatkan suara dia tahu saya sedang marah
atau saya nak dia tumpukan perhatian. (TB:RI2:21 Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG2. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Diab oleh faham nada suara saya. Sufi suka berjalan-jalan dalam kelas, bila saya tinggikan
suara dia faham saya sedang marah dia akan cepat-cepat duduk. (TB:RG2:22 Disember
2021)

Dapatan temubual juga mendapati S3 boleh memberikan respons tepat apabila


mendengar nada suara kuat . Ianya di nyatakan dalam temubual bersama RI3. Contohnya
ditunjukkan dalam dialog berikut:

Kalau saya tinggikan suara memang dia tahu saya sedang marah atau berikan arahan.
Kebanyakan masa saya kena cakap dengan nada yang kuat, sebab dia kalau cakap perlahan
dia kurang bagi perhatian. Kena cakap dengan nada tinggi baru dia akan fokus. (TB:RI3:27
Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG3. Contohnya seperti berikut :

Dengan dia memang kena cakap dengan kuat. Kalau nak dia pandang kena kuatkan suara
tapi dia faham nada suara saya tu samada saya marah atau tidak. (TB:RI3:27 Disember
2021)
Dapatan temubual juga mendapati S4 boleh memberikan respons terhadap nada suara
yang kuat. Ianya di nyatakan dalam temubual bersama RI4. RI4 menyatakan:

Dia hanya faham kalau saya tinggikan suara bermakna saya marah. Sebenarnya kadang-
kadang saya tak marah, tapi kalau cakap perlahan dia tak beri perhatian, jadi kena cakap
kuat. (TB:RI4:24 Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG4. RG4 menjelaskan seperti berikut :

Selalunya kalau nak beri arahan, memang kena guna nada tinggi la. Kalau saya cakap kuat,
dia akan lebih fokus. Selalunya dia akan rasa saya marah dia bila saya cakap kuat. Jadi dia
akan tunduk, duduk diam dan dengar arahan saya. (TB:RG4:25 Disember 2021)

Dapatan temubual di sokong oleh dapatan pemerhatian. Item A7 iaitu ‘Memahami


nada suara jurulatih sama ada jurulatih sedang marah dll.’ adalah bertujuan untuk mengetahui
adakah kanak-kanak menunjukkan respons terhadap nada suara daripada jurulatih dan
memahami nada suara yang dikeluarkan. S1 dan S2 mendapat skor 3 iaitu ‘selalu’. Semasa
pemerhatian dilaksanakan, jurulatih mendapati bahawa S1 dan S2 menunjukkan respons
terhadap nada suara samada kuat atau perlahan. S1 dan S2 juga memahami apabila jurulatih
meninggikan suara menunjukkan jurulatih sedang marah. S1 dan S2 akan menundukkan
kepala apabila dimarahi. S1 dan S2 juga memberikan tumpuan apabila jurulatih memberikan
arahan walaupun dengan suara yang perlahan. S1 dan S2 beri perhatian terhadap arahan
jurulatih dan boleh memahami arahan yang diberikan.

Manakala S3 dan S4 mendapat skor 2 iaitu ‘kadang-kadang’. Semasa pemerhatian


dilaksanakan, jurulatih mendapati bahawa S3 dan S4 menunjukkan respons apabila jurulatih
meninggikan suara. S3 dan S4 akan merasakan diri mereka sedang dimarahi. Namun begitu,
S3 dan S4 kurang fokus apabila jurulatih bercakap dengan perlahan.

vi) Respons apabila ditunjukkan objek menarik

Dapatan temubual mendapati S1 memberikan respons dengan baik apabila


ditunjukkan objek yang menarik terutama objek yang dia suka. Ianya di nyatakan dalam
temubual bersama RI1. RI1 menyatakan seperti berikut:

Dia dah boleh respons dengan baik apabila saya tunjukkan sesuatu yang menarik terutama
objek yang dia suka. Contoh kalau dulu pergi zoo, saya tunjuk haiwan dia memang langsung
tak pandang. Gajah yang besar pun dia tak pandang. Sekarang dia akan beri respons, dia
akan pandang. (TB:RI1:20 Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG1. Berdasarkan temubual dengan RG1 mendapati
S1 memandang objek, menunjukkan minat dan cuba memegang objek. Ianya dinyatakan oleh
RG1 seperti berikut:

Apabila saya tunjukkan sesuatu, dia akan pandang dan akan cuba pegang objek tersebut.
sebelum ini, kalau saya tunjukkan objek-objek dia tak pandang, buat tak endah sahaja. Dia
mula menunjukkan minat terhadap objek-objek baru yang saya tunjukkan. (TB:RG1:20
Disember 2021)

Dapatan temubual bersama RI2 juga mendapati S2 akan melihat ke arah objek yang
ditunjukkan. Ianya di nyatakan dalam temubual bersama RI2. RI2 menyatakan:

Dia menunjukkan respons yang baik. Dia akan melihat ke arah objek yang saya tunjukkan.
Contoh kalau saya tunjuk mainan, memang dia akan pandang dan ambil mainan tu.
(TB:RI2:21 Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG2. Dialog RG2 adalah seperti berikut :

Dia akan pandang objek yang saya tunjuk dan cuba pegang objek tersebut. (TB:RG2:22
Disember 2021)

Manakala bagi S3 pula dapatan temubual mendapati S3 memberikan respons apabila


ditunjukkan objek yang dia suka sahaja. Ianya di nyatakan dalam temubual bersama RI3.
Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut:

Dia akan memandang pada objek-objek yang saya tunjukkan terutama objek yang dia suka.
Contoh kalau masa jalan-jalan saya tunjukkan mainan yang dia suka memang dia berhenti
dan pegang mainan tu.. Kalau objek yang dia tak suka, jarang dia nak pandang (TB:RI3:27
Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG3. Contohnya seperti berikut :

Dia akan pandang lama kalau tunjukkan objek yang dia suka. Kalau yang dia minat, dia
akan cuba pegang. Kalau yang dia tak minat, dia hanya pandang sahaja (TB:RI3:27
Disember 2021)
Dapatan temubual juga mendapati S4 memberikan respons apabila ditunjukkan objek
yang dia suka sahaja. Ianya di nyatakan dalam temubual bersama RI4. RI4 menyatakan:

Dia akan tengok benda yang dia suka. Contoh kalau saya tunjuk lampu-lampu yang
berwarna warni dia akan pandang. Bila saya tunjuk gambar-gambar dinasor dia akan suka
dan teruja (TB:RI4:24 Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG4. RG4 menjelaskan seperti berikut :

Kalau yang dia tak minat, dia tengok sekejap sahaja. Contoh saya tunjuk mainan yang baru,
kalau yang dia minat dia akan ambil dan main. Kalau objek yang dia minat contoh dia minat
dinasor, jadi bila saya tunjuk gambar-gambar dinasor dia akan suka dan teruja.
(TB:RG4:25 Disember 2021)

Dapatan temubual di sokong oleh dapatan pemerhatian. Item A6 iaitu ‘Melihat ke arah objek
apabila jurulatih menunjukkan sesuatu objek’ adalah bertujuan untuk mengetahui adakah
kanak-kanak menunjukkan respons apabila ditunjukkan objek-objek yang menarik. S1 dan S2
mendapat skor 3 iaitu ‘selalu’. Semasa pemerhatian dilaksanakan, jurulatih mendapati
bahawa S1 dan S2 akan memandang dan memegang objek yang ditunjukkan.

Manakala S3 dan S4 mendapat skor 2 iaitu ‘kadang-kadang’. Semasa pemerhatian


dilaksanakan, jurulatih mendapati bahawa S3 dan S4 hanya memandang dan memegang
objek yang disukai sahaja.

vii) Menunjukkan kemahuan

Berdasarkan temubual mendapati subjek boleh menunjukkan kemahuan dengan jari. Dapatan
temubual bersama RI1 seperti berikut:

Dia pun telah pandai tunjukkan apa yang dia mahu terutama benda yang dia suka. Dia boleh
tunjukkan kemahuan dia dengan jari. Sebelum ni dia akan tarik tangan saya, dia tak pandai
nak tunjukkan dengan jari dia sendiri..(TB:RI1:20 Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG1, Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Dia sendiri pun telah boleh tunjuk kalau dia nak sesuatu contoh masa Pendidikan jasmani,
dia akan tunjuk dia nak bola, dia nak raket. (TB:RG1:20 Disember 2021)

Berdasarkan dapatan temubual RI2 , pendapatnya dinyatakan dalam dialog berikut:


Malahan dia telah pandai tunjukkan apa yang dia mahu terutama makanan. Contohnya
kalau pagi dia nak minum susu dia akan tunjuk pada saya susu dan air. Kalau nampak
sesuatu yang dia suka, dia akan tunjuk. Masa berjalan contohnya bila nampak pasar malam
dia akan bagi isyarat suruh berhenti dan dia akan pergi ke gerai cendol kesukaan dia. Kalau
dia nampak taman mainan pun dia akan tunjuk dan bagi isyarat suruh berhenti.(TB:R12:21
Disember 2021)

Dapatan ini disokong melalui temubual guru RI3. RI3 menjelaskan seperti berikut:

Dia juga boleh tunjukkan keinginannya. Kalau pergi kedai mainan, dia akan tunjuk mainan
yang dia nak. Dia pun dah pandai, kalau nak sesuatu dia akan tunjukkan. Contoh bila
berjalan pergi pasaraya, dia nak makan KFC, bila dia Nampak KFC dia akan tunjuk.
(TB:RG2:22 Disember 2021)
Manakala dapatan temubual RI4 mendapati S4 masih tidak menunjukkan kemahuannya
dengan jari. RI4 menyatakan :

Kalau nak kan sesuatu, dia masih lagi akan tarik saya ke arah benda tu. Kalau nak makan
dia tarik ke meja makan. Kalau nak tengok tv dia bagi saya remote. Dia tak pandai lagi nak
tunjuk apa yang dia nak. (TB:RI4:24 Disember 2021)

Dapatan temubual ini disokong oleh dapatan pemerhatian. Bagi item A4 merujuk kepada
pernyataan ‘Menunjukkan keinginannya dengan menggunakan isyarat jari.’. Item ini
dirangka bertujuan untuk mengetahui adakah subjek boleh menunjukkan apa yang dia mahu
dengan menggunakan isyarat jari. S1, S2 dan S3 menunjukkan skor 3 iaitu ‘selalu’. Manakala
S4 menunjukkan skor 1 iaitu ‘tidak pernah’.

Semasa pemerhatian dilaksanakan, jurulatih memberikan beberapa alatan untuk dipilih. S1,S2
dan S3 akan menunjukkan pilihannya dengan jari.

Manakala S4 pula akan menarik tangan jurulatih ke arah alatan yang dikehendakinya.

Anda mungkin juga menyukai