Anda di halaman 1dari 4

ANALISIS PERSEKITARAN PERNIAGAAN ‘ASEN LAUNDRY CAFE’

Analisis persekitaran perniagaan adalah penting bagi kafe ‘Asen Laundry Cafe’ untuk
menilai faktor-faktor yang mempengaruhi tahap persaingan, ancaman serta peluang
dalam perniagaan ini. Kafe ‘Asean Laundry Cafe’ juga dapat meramal dan menjangka
suasana industri serta dapat mengambil langkah proaktif untuk menghadapi segala
jangkaan yang akan dan bakal ditempuhi. Dalam merangka strategi pemasaran bagi
gerai ini, dua analisis telah digunakan iaitu, analisis persekitaran dalaman dan juga
analisis persekitaran luaran.

Analisis persekitaran dalaman

Kafe ini mempunyai kepakaran pengkhususan makanan ynag beroperasi secara


berterusan. Kafe ini mencatat pertumbuhan yang sederhana dan tidak menentu hasil
dari gerai makanan yang serupa disekitarnya. Sepanjang perniagaan dijalankan, kafe
inii menghadapai saingan yang merupakan ancaman untuk mempertingkatkan
perniagaan. Pada masa yang sama, ancaman pesaing menjejaskan pulangan
pendapatan dan keuntungan.

Kekuatan Kelemahan
Sokongan kewangan Pesaing sekitar
Pekerja Struktur bangunan
Keletakan kelas tersendiri Ketidakstabilan ekonomi
Kemudahan tempat letak kereta Kebergantungan terlalu tinggi pada pihak
pembekal atau pelanggan
Lokasi kedudukan Kawalan kualiti yang rendah

Peluang Ancaman
Operasi restoren yang strategik Saingan perniagaan sekitar
Meletakkan restoren dalam kelas Sasaran pendapatan strategik
tersendiri
Peluang promosi Kepekaan ekologi
Kekuatan dalaman
Antara kelebihan dan kekuatan yang sedia ada dalam ‘Asen Laundry Cafe’ ialah
dari segi:
Sokongan Kewangan
Rakan niaga kafe ‘Asen Laundry Cafe’ merupakan ahli perniagaan dalam perniagaan
ini. Perniagaan kafe ini dimodalkan secara persendirian tanpa sumbangan organisasi
kewangan. Oleh itu, perniagaan ini tiada sebarang risiko hutang atau tersasar
perancangan kewangan.
Lokasi perniagaan
Kafe ‘Asen Laundry Cafe’ terletak di kawasan tumpuan perumahan. Persekitaran lokasi
didapati tidak pernah lengang dengan kunjungan orang ramai termasuk pelancong-
pelancong. Lokasi yang disebut tadi sentiasa melakukan promosi atau aktiviti bertema.
Keletakan kelas tersendiri
Kafe ‘Asen Laundry Cafe’ mengekalkan kesederhanaan dalam reka bentuk gerai,
tawaran harga dan pakej bagi menyesuaikan pilihan semua lapisan pengunjung.
Mereka telah menguruskan juga ciri-ciri kafe, perkhidmatan dan pakej yang
bersesuaian untuk sasaran pelanggan yang dikenal pasti.
Kemudahan tempat kereta yang luas
Kafe ini mempunyai ruang letak kereta yang dapat memuatkan 40 buah kenderaan
secara percuma. Selain itu, pelanggan juga boleh berjalan kaki dari tempat kediaman
mereka ke kafe.
Pekerja
Gerai ini mempunyai 2 orang pekerja dimana mereka juga merupakan pemegang syer
dalam kafe tersebut.
Kelemahan dalaman
Di samping kekuatan yang ada pada kafe ‘Asen Laundry Cafe’ ini, terdapat juga
kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki ataupun dipertingkatkan untuk menarik
lebih ramai pengunjung. Antara kelemahan tersendiri yang ada iaitu
Pesaing sekitar
Salah satu cabaran bagi kafe ‘Asen Laundry Cafe’ adalah persaingan perniagaan kafe-
kafe yang lain disekitar kafe tersebut. Terdapat banyak buah kafe termasuk kafe kami
mereka dimana perniagaan yang lain juga menjual makanan dan minuman seperti kafe
mereka. Selain itu, terdapat juga kafe yang berkeupayaan menawarkan perkhidmatan
dan layanan yang lebih baik.
Antara pesaing tersebut ialah :
 Coffee & Dream Cafe
 Chars Cafe
 The Big Mouth Café
 Once Upon A Bear Café
 Coffeeholic
Struktur gerai yang sempit
Oleh sebab kafe ini menjalankan operasi perniagaan secara kecil-kecilan, mereka
hanya menyediakan tempat ruang makan secara kecil-kecilan Sahaja. Selain itu, kafe-
kafe lain juga ditempatkan ditempat yang sama yang menyebabkan suasana menjadi
lebih padat.

Analisis persekitaran luaran


Peluang
Operasi gerai yang strategik
Persekitaran kafe ‘Asen Laundry Cafe’ mempunyai Kawasan perumahan. Malah, kafe
ini mempunyai pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum. Selain itu, mereka juga
telah menyediakan pelbagai pakej promosi dengan kesesuaian tema yang terancang.
Meletakkan Gerai dalam kelas tersendiri
Strategi harga, promosi, layanan yang berkualiti merupakan ciri penting yang
membentuk standardnya tersendiri.
Peluang promosi
Aktiviti promosi telah dimulakan melalui media seperti internet dan juga brosur.
Ancaman
Saingan perniagaan sekitar
Sekiranya kafe tidak menitik beratkan mutu makanan, perkhidmatan dengan harga
yang kompetetif, orang ramai tidak akan teragak-agak untuk memilih gerai-gerai
sekeliling yang mungkin mampu bersaing.
Sasaran pendapatan strategik
Tarikan kafe mestilah cukup berkesan dengan mempelbagaikan promosi, tema dan
tawaran mencakupi semua kumpulan pelanggan bagi tarikan pengunjung yang
berterusan.
Kepekaan ekologi
Keutamaan kesihatan dan kebersihan harus dijadikan kempen supaya pelanggan lebih
memahami impaknya. Sekiranya pihak kafe tidak melakukan sesuatu, saingan dari
kafe-kafe sekitar akan terus menjadi ancaman perniagaan.

Anda mungkin juga menyukai