Anda di halaman 1dari 2

Jiranku Prihatin

Bak kata pepatah 'berat sama dipikul,ringan sama dijinjing'. Begitulah yang dapat saya
gambarkan tentang jiran-jiran di kawasan perumahan saya. Jiran saya terdiri daripada pelbagai
kaum. Ia membuatkannya sangat meriah apabila tiba hari perayaan setiap kaum. Varsanti, anak
jiran saya ada berkata, " Qaleysha……saya suka makan nasi minyak masakan ibu kamu.
Rasanya sangat sedap. Saya sentiasa ternanti-nanti datangnya hari raya untuk makan nasi minyak
dan kuih-muih".

Setiap kali adanya majlis, kenduri-kendara, kematian atau permasalahan lain, kami akan
menyelesaikannya bersama-sama. Susah-senang, suka-duka akan diharungi bersama-sama.
Mereka tidak pernah berkira untuk membantu jiran-jiran yang memerlukan bantuan. Jiran-jiran
di kawasan perumahan saya juga bersama-sama menjaga keselamatan kejiranan dengan
membuat giliran kawalan malam. Pak Hamid jiran di sebelah rumah saya.Beliau seorang anggota
polis. Beliau sering berpesan kepada saya dan kawan-kawan, Qaleysha dan kamu semua, hati-
hati semasa berjalan dan berada di luar rumah. Zaman sekarang ramai penjahat yang berkeliaran
mencari mangsa". Kami sentiasa mengingati pesanan Pak Hamid itu. Jiran-jiran juga peka
dengan keadaan yang berlaku di sekeliling kawasan perumahan. Kami semua berasa selamat
tinggal di kejiranan ini.

Jika ada majlis atau kenduri-kendara, jiran-jiran saya akan bersama-sama menolong
mengupas bawang, memasak, memasang khemah dan sebagainya. Begitu jugalah jika berlaku
kematian. Tidak mengira kaum atau agama, semuanya turut serta menghadiri bagi menghormati
keluarga si mati. Begitu juga jika sekolah, dewan orang ramai, masjid atau tabika memerlukan
bantuan, kami semua akan bersama-sama membantu dari segi kewangan, tenaga dan barang
keperluan.

Salah satu peristiwa yang tidak akan saya lupakan ialah semasa berlakunya banjir besar
beberapa tahun yang sudah. Rumah saya antara rumah yang paling teruk terjejas. Jiran-jiran
banyak membantu dengan mengangkut barang ke tempat yang selamat, menyumbangkan
makanan, pakaian dan wang ringgit. Ada juga jiran yang bermurah hati dengan menumpangkan
kami sekeluarga di rumah sewaannya. "Encik Fadzley dan keluarga, tinggallah di rumah sewa
saya ini sehingga banjir reda dan keadaan rumah siap dibaiki," kata En Chong kepada ayah saya.
Kami sekeluarga amat terharu.

Saya sangat sayang akan jiran-jiran saya. Mereka telah saya anggap seperti ahli keluarga
sendiri. Saya berjanji akan turut membantu jika mereka dalam kesusahan dan memerlukan
bantuan. Segala budi baik jiran-jiran saya ini akan tetap terpahat di hati.

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai