Anda di halaman 1dari 3

NENEK SI PEMBERI PETUA

Seperti yang kita tahu pada masa kini terdapat banyak petua pada masa lalu yang telah
diremehkan dan telah dilupuskan di dalam ingatan masyarakat pada masa kini.Perkara ini
tidak sewajarnya berlaku kerana Seperti halia,khasiat halia ini dapat menghilangkan segugut
bagi kaum wanita hal ini kerana.Halia mempunyai sebatian tertentu yang dianggap membantu
mengurangkan keradangan dengan menghalang pengeluaran prostaglandin tubuh.
Masalah senggugut dikaitkan dengan pengeluaran prostaglandin berlebihan.Prostaglandin
adalah bahan kimia yang bertanggungjawab mencetuskan pengecutan otot yang
menyingkirkan lapisan rahim.Jadi dengan pengambilan halia sebagai suplemen, dalam teh
atau lain-lain dipercayai dapat mengurangkan kekejangan.Halia juga dapat membantu
menghadamkan perut halia menggalakkan pundi hempedu merembeskan cecair coklat
kekuningan atau dikenali sebagai ‘bile’, yang meransang penghadaman.
Halia juga mampu melegakan kejang perut, diarrhea dan kembung yang disebabkan oleh
gastritis. Kita boleh mengambil halia dalam bentuk teh atau makanan tambahan untuk
membantu penghadaman. Seterusnya,petua melayu juga mengatakan kunyit juga dapat
dijadikan, sebagai air detoks, kunyit sudah lama terkenal menjadi minuman yang dapat
menyingkirkan toksin dari badan.Antioksidan yang terkandung di dalamnya dapat
melindungi sel badan daripada kerosakan.
Selain itu, kunyit juga dapat mencerahkan kulit wajah dan memperlahankan tanda-tanda
penuaan sebab itulah, banyak produk kecantikan tradisional yang mengandungi kunyit
sebagai bahan utamanya.Di samping itu,kunyit juga dapat membantu mengurangkan
inflamasi hal ini kerana, kunyit sangat terkenal dengan sifat antiradangnya. Ada beberapa
kajian yang melaporkan pengurangan simptom dalam kalangan penghidap osteoartritis.Pada
masa yang sama, ia juga dapat mengurangkan risiko demensia, depresi dan juga penyakit
mental yang lain.Namun, masih banyak kajian yang perlu dijalankan untuk menentukan
manfaat sebenar kunyit terhadap kesihatan mental.
Di samping itu, daun pegaga juga telah dijadikan sebagai petua melayu pada masa
lalu.Pegaga merupakan ulam yang cukup sinonim dalam peradaban orang melayu kerana
sejarah panjang berkaitan kegunaannya untuk pelbagai perkara; sama ada sebagai makanan,
dijadikan dalam bentuk minuman mahupun untuk tujuan perubatan. Ia boleh dimakan secara
mentah atau dimasak terlebih dahulu. Bahan-bahan aktif yang terkandung di dalam
tumbuhan ini antaranya adalah asiaticoside, madecassoside dan juga asid madasiatik. Ketiga-
tiga bahan ini tergolong dalam kumpulan besar saponin (turut disebut sebagai triterpenoid)
dan dikatakan memainkan peranan utama dalam pelbagai unsur penyembuhan dan manfaat
kesihatan. Berikut merupakan antara manfaat-manfaat kesihatan tumbuhan pegaga yang
ditemui oleh kajian-kajian perubatan moden.
Seterusnya, daun pegaga juga dapat merangsang penyembuhan luka. Penggunaan
tumbuhan ini untuk tujuan penyembuhan luka bukanlah sesuatu yang sembarangan kerana
terdapat banyak kajian yang menyokong sifat tumbuhan ini dalam membantu luka untuk
sembuh. Kajian yang menggunakan Ekstrak Centella asiatica (CAE) mendapati bahawa.
Walaupun dalam formulasi yang berbeza (krim, gel, salap) ia tetap memberikan kesan
positif terhadap penyembuhan luka.Walau bagaimanapun, antara ketiga-tiga jenis formulasi,
mereka mendapati kesan terbaik diperolehi daripada formulasi CAE dalam bentuk gel. Kajian
praklinikal yang membabitkan tikus tersebut mendapati penggunaan CAE meningkatkan
kandungan kolagen dan juga kekuatan tegangan.
Selain itu,ekstrak pegaga dikatakan mempunyai sifat perlindungan yang baik untuk sistem
saraf akibat daripada kandungan kompaun antioksidan yang terdapat di dalamnya.
Memandangkan kesan stres oksidatif dan juga gangguan dalam mekanisma antioksidan
semula jadi badan memainkan peranan penting dalam pembentukan penyakit kognitif seperti
penyakit Alzheimer (AD) jenis sporadik, ekstrak Centella asiatica (CAE) melalui tindakan
antioksidannya dikatakan berpotensi untuk mencegah defisit kognitif hasil daripada
pendedahan kronik kepada radikal bebas.Sebagai contoh, satu kajian yang melihat tindakan
terbitan bahan asiaticoside menentang kesan toksik beta-amyloid pada kultur sel dan juga
hirisan bahagian hippocampus mendapati ia berupaya untuk menghalang kematian sel yang
dicetuskan oleh radikal bebas dan juga daripada pendedahan kepada beta-amyloid.
Di samping itu, kulit kayu manis juga dapat disenaraikan sebagai petua melayu Pada 2000,
kajian ekstrak tumbuhan perubatan India mendapati kayu manis boleh membantu melindungi
daripada jangkitan HIV.Keberkesanan itu terdapat pada pucuk dan buah kayu manis.Dalam
kajian makmal pada 2016, saintis mendapati ekstrak kayu manis mempunyai ciri-ciri anti-
HIV.Namun begitu, ia tidak bermaksud makanan yang mengandungi kayu manis boleh
merawat atau mencegah HIV.Tetapi ekstrak rempah itu boleh menjadi sebahagian daripada
terapi jangkitan berkenaan.Seterusnya,kulit kayu manis juga dapat mencegah alzheimer
Penyelidik mendapati ekstrak pada kulit kayu manis dipanggil CEppt mempunyai bahan yang
boleh menghalang pertumbuhan gejala penyakit berkenaan.Kajian terhadap haiwan yang
menerima ekstrak kulit kayu manis menunjukkan penurunan ciri-ciri Alzheimer dan berlaku
peningkatan kemampuan berfikir.agaimanapun, tidak semestinya keseluruhan kayu manis ini
sesuai digunakan bagi tujuan pencegahan penyakit Alzheimer.
Oleh itu, masyarakat hendaklah berkerjasama dengan melaporkan ketidak jujuran pengamal
perubatan tradisional ini kepada pihak berkuasa. Pihak-pihak seperti pihak universiti juga
hendaklah memainkan peranan dengan menjalankan penyelidikan tentang kerberkesanan
perubatan tradisional bagi menambah lagi bukti kerberkesanan kaedah perubatan ini.Akhir
sekali, pihak-pihak lain seperti pihak media masa juga hendaklah memainkan peranan dalam
menyampai kerberkesanan kaedah perubatan inikepada masyarakat. Antaranya
para wartawanya hendaklah mengurangkan kontroversi tentang ketidakjujuran pengamal
perubatan ini dan lebihkan tentang prestasi kebaikan rawatan ini. Alternatif lain seperti
mengadakan ruangan khas tentang perubatan tradisional seperti mempaparkan remedi senang
yang boleh dicuba dirumah juga membantu dalam menambahkan lagi keyakinan kepda orang
ramai untuk mencuba.

RUJUKAN
Atinmir.(2015 Februari 23),KEPENTINGAN PERUBATAN TRADISIONAL
https://www.scribd.com/document/137917266

Asyikin.(2017 Oktober 20),BUKTI MANFAAT KULIT KAYU MANIS


https://www.hmetro.com.my/sihat/2020/12/649980/

Fuad.com (2016 September 16),KHASIAT PEGAGA YANG RAMAI TIDAK TAHU


https://jiwasihat.com/khasiat-pegaga/

Husn.com(2018 Mac 20),KESIHATAN WANITA


https://hellodoktor.com/kesihatan-wanita/wanita-lain/

Kamarul(2016 September 8), KUNYIT MENGATASI MASALAH KESIHATAN


https://hellosehat.com/herbal-alternatif/herbal/

Nurin.com(2015 Oktober 1),KUNYIT MENGHILANGKAN JERAGAT


https://hellodoktor.com/sihat-bergaya/masalah-kulit/cara-hilangkan-jeragat

Anda mungkin juga menyukai