Anda di halaman 1dari 2

NAMA : FATIN NOR ATIRAH BINTI MOHMAD NAZRI

NO.MATRIK : 151291
LATIHAN TUTORIAL
Soalan : Berikan pandangan anda apakah masalah utama menjaga pesakit skizofrenia di
Malaysia.

Skizofrenia adalah sejenis penyakit mental yang serius di mana ianya

menganggu kewarasan seseorang individu. Penyakit mental jenis ini adalah kronik dan

boleh berulang. Walaupun kadar berlakunya penyakit skizofrenia tidak setinggi kadar

penyakit kemurungan atau penyakit mental utama yang lain, tetapi ianya boleh

menjadi penyakit yang paling menjejaskan fungsi hidup sesorang individu, terutamanya

jika tidak dirawat pada peringkat awal. Ia mempengaruhi pemikiran, perasaan serta

tingkah laku seseorang. Adakalanya mereka kelihatan seperti berada dalam dunia

mereka yang tersendiri serta tidak berpijak ke alam realiti.

Terdapat beberapa masalah utama dalam menjaga pesakit skizofernia di

Malaysia antaranya ialah stigma masyarakat Stigma masyarakat terhadap pesakit mental

memang sukar untuk dilenyapkan. Pesakit mental secara umumnya sering dipandang dihina

dan sering didiskriminasikan oleh masyarakat. Mereka bukan sahaja memandang serong

kepada pesakit bahkan mengaitkan ahli keluarga pesakit. Kesannya, keluarga sukar untuk

menerima hakikat bahawa ahli keluarga mereka mengidap penyakit mental khususnya

pengidap schizophrenia.

Emosi (mood) pesakit Schizophrenia yang sering berubah-ubah juga merupakan salah

satu cabaran kepada penjaga. Perubahan emosi mungkin terjadi secara tiba-tiba seperti dari

keadaan tenang, pesakit boleh berubah menjadi agresif. Penjaga perlu sentiasa berhati-hati

dan berwaspada dengan keadaan pesakit.


Selain daripada itu, terdapat pesakit Schizophrenia yang tidak menerima hakikat bahawa dia

mengidap penyakit mental. Mereka sering menolak untuk menjalani rawatan dan sudah pasti

tidak mahu mengambil ubatan secara konsisten. Situasi ini menyebabkan penyakit berulang

dan proses rawatan – pemulihan menjadi sukar samada penjaga terpaksa memujuk atau amat

berhati-hati ketika memberi ubatan.

Kurang atau tiada pengetahuan tentang penyakit juga merupakan cabaran bagi

penjagaan pesakit. Penjaga merupakan orang yang paling hampir dengan pesakit, kurangnya

pengetahuan tentang penyakit akan menyebabkan mereka berisiko untuk berhadapan dengan

pesakit, Mereka perlu diberi pendedahan dan pengetahuan berkaitan penyakit seperti

simptom-simptom relapse, rawatan dan cara-cara mengatasi pesakit relapse. Penjaga juga

perlu faham mengenai perubahan emosi pesakit dengan mengenalpasti tanda-tanda yang

ditunjukkan seperti kemurungan tiba-tiba, perlakuan agresif dan menangani keadaan tersebut

dengan bijak supaya ianya tidak menjadi ancaman kepada penjaga dan ahli keluarga.

Anda mungkin juga menyukai