Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROGRAM SMART LEARNING

‘TEKNIK-TEKNIK DAN MOTIVASI BELAJAR’


SEKOLAH MENENGAH AL-ISLAH SG. PETANI KEDAH
TAHUN 2023
PENDAHULUAN

Kecemerlangan dalam kerjaya dan dunia materialistik sering menjadi idaman semua orang
dewasa ini. Namun demikian dalam mengejar kecemerlangan, para pelajar sering kali terlupa bahawa
aspek keberkesanan dan kualiti dalam akademik telah dipinggirkan dan tidak diambil perhatian.
Kebanyakan daripada pelajar kurang menitikberatkan kemahiran-kemahiran belajar yang
sistematik dan konsisten. Oleh yang demikian, Program Smart learning ini dirancang untuk
membantu memperkukuhkan tahap pencapaian akademik para pelajar.

OBJEKTIF

Program ini diadakan untuk:

1. Memberi kesedaran kepada para pelajar untuk meningkatkan prestasi dalam akademik.
2. Menyuntik semangat pembelajaran dalam diri semua pelajar dan dapat mengetahui teknik
belajar yang betul.
3. Menerangkan kepada pelajar cara pengurusan masa yang berkesan dan dapat menumpukan
pelajaran mereka dengan lebih sistematik.
4. Mengamalkan suasana belajar yang kondusif dan positif dari masa kemasa.

TARIKH & MASA


06 April 2023 ( Khamis ) bersamaan 15 Ramadan 1444H
Bermula 7.50 pagi hingga 12.25 tengahari

PESERTA
TINGKATAN 1&2 DAN TINGKATAN 3 -5 SESI 2023/2024

TEMPAT
Dewan Al-Banna, Pusat Pendidikan Al-Islah
PENCERAMAH
Encik Nabeel Asyraf
Penceramah
Kumpulan Best Belajar Malaysia

Cik Khadijatul Nabilah binti Abdul Hamid


Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Menengah Al-Islah Sungai Petani

TENTATIF

MASA AKTIVITI
7.30 – 7. 50 AM DOA
7.50 – 8.15 AM MURID TING 3 – 5 MASUK KE DALAM DEWAN
- TING 1 & 2 PERHIMPUNAN DALAM KELAS
(7.50-8.40 AM)
- GURU KELAS AKAN MEMANTAU MURID TING 1 & 2 SEMASA
PERHIMPUNAN
8.20 – 10.20 AM SMART LEARNING TING 3, 4 & 5
- TING 1 & 2 KELAS SEPERTI BIASA
10.20 – 10.45 AM REHAT
10.45 – 12.25 PM SMART LEARNING TING 1 & 2
- TING 3 - 5 KELAS SEPERTI BIASA
12.25 – 1.40 PM SEMUA TINGKATAN KELAS SEPERTI BIASA
1.40 – 2.10 PM SOLAT & PULANG
TING 1 & 2 Belajar seperti biasa sehingga rehat
TING 1 & 2 Belajar seperti biasa 3 masa terakhir persekolahan

TING 3 - 5 Tidak belajar dari awal pagi hingga waktu rehat


TING 3 - 5 Belajar seperti biasa selepas rehat

BAJET

Bayaran penceramah

2 jam x RM 250 sejam RM500.00

JUMLAH RM 500.00
PENUTUP
Semoga perancangan program ini berjaya dilaksanakan. Adalah diharapkan agar murid-
murid semua tingkatan dan guru-guru yang terlibat mendapat sebanyak maklumat dari
perkongsian yang disampaikan oleh kaunselor jemputan. Semoga Allah Taala memberkati
program yang dirancang ini dan segala kelemahan akan cuba di atasi untuk program yang akan
datang. Sekian sahaja.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………………… ……………………………………
(Cik Khadijatul Nabilah binti Abdul Hamid) (En Muhammad Khairi B. Omar)
Guru Unit Bimbingan & Kaunseling, Penolong Kanan Kurikulum
Sekolah Menengah Al-Islah. Sekolah Menengah Al-Islah.

Anda mungkin juga menyukai