Anda di halaman 1dari 1

2011/2012 Q 3(a) Bincangkan tanggungan jenayah Rudy mengikut fakta di atas.

Minah mati dua jam selepas keajadian oleh luka dari tikaman Rudy.

Adakah perbuatan Rudy terjumlah kepada jenayah di bawah kanun keseksaan?

Menurut fakta kes R v Blaue, ialah mangsa mati kerana tidak membenarkan pemindahan
darah selepas bencana tubuh yang dilakukan oleh tertuduh. Tertuduh membawa pembelaan
bahawa mangsa mati akibat tidak membenarkan rawatan dan bukan akibat kecederaan yang
dilakukan olehnya. Mahkamah memutuskan dengan menggunakan prinsip mengambil
mangsa dalam keadaan asal (take the victim as you find him), tertuduh yang bertanggungan
untuk perbuatannya dan rangkaian sebab musabab tidak terputus akibat daripada tindakan
mangsa untuk tidak membuat pemindahan darah.

Menurut Huraian 1 di bawah sek 299 KK, seseorang yang melakukan bencana tubuh adalah
bertanggungan terhadap seseorang yang menderita daripada keuzuran, penyakit atau lemah
tubuh apabila bencana tubuh itu mempercepatkan kematian mangsa tersebut.

Menurut kes R v Smith, tertuduh adalah bertanggungan bagi kecederaan yang dilakukan
terhadap mangsa kerana kecederaan itu masih beroperasi dan penyebab utama kematian
walaupun mangsa telah dijatuhkan dua kali semasa membawa ke hospital dan rawatan
serta-merta tidak diberikan.

Menurut Huraian 2 sek 299 KK, mangsa mati akibat bencana tubuh yang dilakukan oleh
tertuduh walaupun mangsa boleh diselamatkan oleh ubat-ubatan dan rawatan yang cekap.
Melalui kes-kes di atas, terbukti kematian Minah adalah disebabkan oleh perbuatan Rudy.

Bagaimana dengan mens rea Rudy terhadap perbuatannya? Adakah tindakan menikam
Minah itu dengan niat untuk membunuh atau mematikannya dengan salah?

Menurut kes Yeo Ah Seng v PP, niat perlu dibutikan dan elemen mens rea perlu dibuktikan
melampaui keraguan munasabah.

Menurut kes Ismail bin Hussain v PP,

Anda mungkin juga menyukai