Anda di halaman 1dari 77

Tutorial 1

Erman Bin Hamid


Prinsip Teknologi Pengajaran
Jan 2018

1
HBEF3013
PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

• TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI


PENGAJARAN
• TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN
• TOPIK 3 TEORI PENGAJARAN
• TOPIK 4 MODEL PENGAJARAN
• TOPIK 5 TEORI PRAKTIK
• TOPIK 6 STRATEGI PnP
• TOPIK 7 KOMPONEN PENGAJARAN
• TOPIK 8 MEDIA PENGAJARAN
• TOPIK 9 TEKNOLOGI PENGAJARAN DI SEKOLAH
• TOPIK 10 TEKNOLOGI MASA DEPAN

2
HBEF3013
PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

Tutorial 1 – Topik 1, Topik 2, Topik 3


Assignment
Tutorial 2 – Topik 4, Topik 5, Topik 6, Topik 7
Tutorial 3 – Topik 8, Topik 9, Topik 10

3
Tugasan - Soalan
Teknologi Pengajaran adalah teori dan amalan tentang reka bentuk,
pembangunan, penggunaan, pengurusan, dan penilaian proses dan resos
pembelajaran. ... Istilah Teknologi Instruksional dalam definisi ini bermakna
satu-satu disiplin yang menekankan teknik atau cara untuk membolehkan
pembelajaran lebih berkesan berdasarkan teori tetapi teori dalam makna
yang luas, bukan sahaja teori saintifik (Seels & Richey, 1994).

Bincangkan peranan Teknologi Instruksional sebagai penjana pengajaran dan


pembelajaran yang berkesan. Mengenal pasti unsur-unsur utama dalam
definisi Teknologi Instruksional oleh Seels & Richey (1994) dan bincangkan
bagaimana unsur-unsur ini membantu atau memudahkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Sila memberi fokus perbincangan anda kepada
aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam persekitaran formal
dan tidak formal. Persekitaran formal boleh berlaku dalam bilik darjah di
mana guru memudahcara proses pembelajaran manakala persekitaran tidak
formal boleh berlaku di rumah.

[Jumlah: 60 markah]
4
Tugasan
1. Penjelasan tentang makna Teknologi Pengajaran sebagai penjana
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Beri fokus kepada
unsur-unsur yang dinyatakan oleh Seels & Richey, 1994.
2. Perbincangan tentang peranan Teknologi Pengajaran perlu memberi
fokus kepada penggunaan ICT dalam memudahcara kaedah guru
mengajar dan cara murid belajar dalam dan di luar bilik darjah.
3. Perbincangan tentang hubungan di antara Teknologi Pengajaran dan
prinsip-prinsip utama (guiding principles) pembelajaran perlu
memberi penekanan kepada pedagogi yang terbukti baik dengan
mengambil kira pelbagai keperluan murid.
4. Perbincangan tentang hubungan di antara teori dan amalan dalam
memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan berlaku
dalam persekitaran yang kondusif yang dibantu oleh peranti ICT dan
aplikasi.
5. Rumusan
6. Rujukan (dalam format APA)
7. Lampiran (jika ada)
5
Topik 1
Pengenalan Teknologi Pengajaran

Erman Bin Hamid


HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran
Sept 2018

6
1.1 Konsep Teknologi?

7
1.1 Konsep Teknologi

Galbraith (1967):
“… the systematic application of scientific knowledge
and other organized knowledge to practical tasks.”

Evans dan Nation (2000):

“Technology is not a tool – it is an art or science of


how to use a tool for a purpose.”

8
1.2 Konsep Pengajaran?

9
1.2 Konsep Pengajaran
Ramsden 1993; Trigwel, Prosser, & Lyons 1997:
“Proses bekerja bersama pelajar untuk membantu mereka
berkebolehan dan berkemungkinan untuk belajar.”

Ramsden (1988):
“Belajar atau pembelajaran di sekolah seharusnya
merupakan satu pergerakan ke arah pembentukan insan
yang berupaya menyelesaikan persoalan yang kompleks,
mengiktiraf kuasa dan keelokan konsep-konsep sesuatu
bidang pelajar, dan menggunakan ilmu yang dipelajari di
dalam kelas dalam menyelesaikan masalah di luar kelas.”

10
1.2 Konsep Pengajaran

Pullias dan Young (1968):


“Pengajaran itu keseluruhannya merupakan cara
membimbing murid untuk memperolehi sejumlah
pengalaman yang cukup bermutu hingga mampu sejauh
mungkin menolong pembinaan kemungkinan-
kemungkinan sebagai manusia”.

Oakeshott berkata:
“Nobody is born a human being. A human being is the
inhabitant of a world composed not of things, but of
meaning”

11
1.3 Konsep Teknologi Pengajaran?

12
1.3 Konsep Teknologi Pengajaran

Secara Umum:
Teknologi pengajaran adalah satu bidang yang berusaha ke
arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran”.

Seels & Reechy (1994):


“Instructional technology is the theory and practice of
designing, development, utilization, management and
evaluation of processes and resources for learning”.

13
1.3 Konsep Teknologi Pengajaran
Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia
(1988):
“Teknologi pendidikan ialah proses yang kompleks dalam
menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik
dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan
mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga sumber
bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.”

Bhg Teknologi Pendidikan, Kem. Pendidikan


Malaysia (1991):
“Teknologi pendidikan ialah aplikasi media, sistem,
pendekatan dan teknik-teknik ke arah pencapaian pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan.”
14
1.4 Tren Teknologi Pengajaran

Click to view

15
1.4 Tren Teknologi Pengajaran

Merangkumi:
Analisis, masalah pembelajaran dan prestasi
Rekabentuk
Pembangunan,
Pelaksanaan,
Penilaian
Pengurusan

proses pengajaran dan bukan pengajaran dan sumber-sumber


bertujuan
meningkatkan pembelajaran dan prestasi dalam pelbagai tetapan

16
Mengikut AECT (1977):

Proses yang kompleks dan berpesapadu melibatkan


manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi
untuk menganalisis masalah,
mereka bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian
kepada masalah-masalah
dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah
bermatlamat dan terkawal”.

17
Mengikut AECT (1977):

Terbahagi kepada 3 domain:

1. Pengurusan Pengajaran

2. Pengembangan Pengajaran

3. Sumber Pembelajaran
18
DOMAIN 1:
PENGURUSAN PENGAJARAN
A. Pengurusan organisasi
B. Pengurusan kakitangan

19
DOMAIN 2:
PENGEMBANGAN PENGAJARAN
A. Penyelidikan
B. Reka bentuk
C. Penerbitan
D. Penilaian
E. Logistik
F. Penggunaan
G. Pengedaran

20
DOMAIN 3:
SUMBER PEMBELAJARAN
A. Mesej
B. Manusia
C. Bahan
D. Peralatan
E. Teknik
F. Tempat atau keadaan

21
Mengikut AECT (1994):

“Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan


tentang
mereka bentuk ,
membangun,
mengguna, dan
menilai proses serta sumber
untuk pembelajaran”.

22
Mengikut AECT (1994):

Terbahagi kepada 5 domain:

1.Rekabentuk
2.Pembangunan
3.Penggunaan
4.Pengurusan
5.Penilaian
23
REKABENTUK PEMBANGUNAN
 RB Sistem Pengajaran  Teknologi Percetakan
 RB Mesej  Teknologi Audiovisual
 Strategi Pengajaran  Teknologi Berasaskan
 Ciri-ciri Pelajar Komputer
 Teknologi Bersepadu

DOMAIN TP
PENILAIAN 1994
PENGGUNAAN
 Analisis Masalah
 Penggunaan Media
 Pengukuran Rujukan
 Difusi dan Inovasi
 Kriteria
 Pelaksanaan
 Penilaian Formatif
 Polisis dan Peraturan
 Penilaian Sumatif PENGURUSAN
 Pengurusan Projek
 Pengurusan Sumber
 Peng Sistem Penyampaian
 Pengurusan Maklumat

24
1. Mengubah
peringkat membuat 2. Mengubah sistem
keputusan atau pendekatan
pengajaran

PERANAN TEKNOLOGI
PENGAJARAN

3. Mengubah
pengalaman
pembelajaran

25
Unit 1
TAMAT

Erman Bin Hamid


Prinsip Teknologi Pengajaran
Jan 2018

26
Topik 2
Reka Bentuk Pengajaran

Erman Bin Hamid


Prinsip Teknologi Pengajaran
Jan 2018

27
2.1 Konsep Reka Bentuk Pengajaran
APA ITU ‘Belajar’ ?

S. Nasution (1982:39):
Belajar merupakan perubahan tingkah laku kesan dari
pengalaman dan latihan.

Sadiman (2003:2):
Belajar adalah menambah dan mengumpulkan sejumlah pengetahuan.

28
2.1 Konsep Reka Bentuk Pengajaran
APA ITU ‘Rekabentuk (RB)’ ?

Wikipedia:
"reka bentuk" memiliki erti "proses untuk membuat dan
menciptakan objek baru".

DBP:
“kaedah”, “teknik”, “langkah-langkah” yang diambil dalam
membangunkan dan melaksanakan sesuatu.

29
2.1 Konsep Reka Bentuk Pengajaran
APA ITU RB PENGAJARAN ?

Dick & Reiser (1989):


“Suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun,
melaksana dan menilai pengajaran”.

Richey (1986):
“Sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan
terperinci untuk penegembangan, penilaian dan
penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan
pembelajaran sesuatu unit pelajaran tidak kira kecil atau
besar dalam sesuatu mata pelajaran”.
30
2.1 Konsep Reka Bentuk Pengajaran
Rekabentuk Pengajaran Tradisional?

Proses pengajaran pembelajaran


sehala yang melibatkan pengajar
kepada pelajar dengan alat bantu
mengajar yang terhad.

31
2.2 Model Reka Bentuk Pengajaran
Kepentingan Rekabentuk Pengajaran
1.Menentukan keperluan pelajar
2.Menentukan matlamat dan objektif
3.Membina prosedur penilaian
4.Mereka bentuk dan memilih strategi
penyampaian
5.Mencuba sistem pengajaran
6.Menilai keseluruhan sistem

32
2.3 Reka Bentuk Pengajaran (Gustafon)

Gustafon (1991) telah membahagikan model-model


itu kepada 3 tumpuan:

1.Model berorientasikan bilik darjah


- jangka pendek

2.Model berorientasikan produk


3.Model berorientasikan sistem
- jangka panjang

33
2.3 Model Assure
Model yang dibangunkan oleh Heinich (1982)
bertujuan untuk menyediakan panduan
merancang dan mengendalikan pengajaran
yang memerlukan penggunaan media.

34
2.3 Model Assure
A – Analyze learner (Analisis Pelajar)
S – State objective (Nyatakan Objektif)
S – Select method, media and materials (Pilih Kaedah, Media
& Bahan)

U – Utilize media and materials (Gunakan Media dan Bahan)


R – Require learner participation (Dorong Penglibatan
Pelajar)

E - Evaluate and revise (Nilai dan Semak)

35
2.3 Model Assure
Analisis Pelajar

Penggunaan bahan atau media perlulah bersesuaian dengan


ciri-ciri pelajar, kandungan pelajaran, kaedah, media dan
bahan pembelajaran itu sendiri.
3 perkara penting perlu dilakukan untuk menganalisis:

• Ciri-ciri umum
• Kompetensi khusus peringkat masuk
• Stail pembelajaran

36
2.3 Model Assure
Analisis Pelajar

• Ciri-ciri umum:
Deskripsi tentang umur, tahap/tingkatan, latar belakang
sosio ekonomi
Ini menjadi asas untuk pemilihan media

• Kompetensi khusus peringkat masuk:


Pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang
tajuk

• Stail pembelajaran:
Berkaitan stail – verbal, logikal, visual, muzik, kinestatik,
interpersonal, intrapersonal 37
2.3 Model Assure
Nyatakan Objektif

i. Objektif isi pelajaran perlu disentuh secara ringkas untuk


memaklumkan apakah yang sepatutnya dipelajari.

ii. Pelajar bersedia untuk mengalami perubahan


pengetahuan , sikap dan kemahiran

38
2.3 Model Assure
Pilih Kaedah, Bahan, dan Media

Terdapat 3 langkah dalam pemilihan:

• Menentukan kaedah yang sesuai dengan topik


pembelajaran
• Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah
yang dipilih
• Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang
telah ditentukan

39
2.3 Model Assure
Pilih Kaedah, Bahan, dan Media

Memilih Kaedah:
- Kepelbagaian kaedah pengajaran (simulasi, demonstrasi, latihan)
- Perlu berkait rapat dengan objektif, kandungan pelajaran dan sasaran
pelajar

Memilih media perlulah bedasarkan aspek:


- Sepadan dengan kurikulum
- Maklumat yang jelas dan tepat
- Menarik minat dan mencetuskan motivasi
- Menggalakkan penglibatan pelajar
- Kualiti yang baik
- Tidak bias
- Mempunyai panduan penggunaan
40
2.3 Model Assure
Pilih Kaedah, Bahan, dan Media

Mereka bentuk media:

Jika kita gagal untuk memilih media yang sesuai, adalah


penting untuk mengubahsuai media yang sedia ada
berdasarkan:
- Objektif
- Pelajar
- Kos
- Kepakaran teknikal
- Peralatan
- Fasiliti
- Masa 41
2.3 Model Assure
Gunakan Media

Terdapat lima langkah bagi penggunaan media secara baik:


- Pribiu (preview) bahan
- Sediakan bahan
- Sediakan persekitaran
- Sediakan pelajar
- Sediakan pengalaman pembelajaran

42
2.3 Model Assure
Libatkan Pelajar

Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran berlaku,


pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti:
- membuat Latihan
- Perbincangan
- Latih tubi
- Kuiz
- Projek dsb.

Kegiatan pengukuhan seperti pengukuhan serta merta, diberi


selepas memberi tindak balas yang betul

43
2.3 Model Assure
Nilai & Semak

Penilaian ialah proses membuat pertimbangan


nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan
penilaian akan mempengaruhi keputusan yang
diambil terhadap perkara yang dinilai. Berlaku
sepanjang proses pengajaran, iaitu sebelum,
semasa dan selepas pengajaran.

44
2.3 Model Assure
Nilai & Semak

Penilaian melibatkan aspek:


• Pencapaian pelajar
• Pembelajaran yang dihasilkan
• Menilai media dan kaedah
• Kualiti media
• Penggunaan guru dan
• Penggunaan pelajar

45
2.3 Model Assure
Nilai & Semak

Secara umumnya, Pencapaian pelajar dibahagikan kepada:


• Prestasi pelajar berdasarkan rujukan kriteria
• Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran
• Sikap pelajar

46
2.3 Model Assure
Menilai Kaedah Dan Media

Ciri-ciri yang ditetapkan dalam aspek ini ialah:


• Adakah media berkesan?
• Bolehkah dipertingkatkan?
• Adakah ia berguna?
• Adakah ia membantu pelajar mencapai objektif?
• Adakah ia mencetuskan minat pelajar?
• Adakah ia melibatkan pelajar secara aktif?

47
2.3 Model Assure
Menilai Kaedah Dan Media

Selain daripada itu penggunaan senarai semak dan soal selidik


boleh dilakukan melalui:
• Perbincangan dengan kelas
• Temubual dengan setiap individu
• Pemerhatian

Semua penilaian di atas melibatkan 2 peringkat:


• Penilaian formatif
• Penilaian sumatif

48
2.4 Sorotan Teknologi Pengajaran

Click to view

49
Unit 2
TAMAT

Erman Bin Hamid


Prinsip Teknologi Pengajaran
Jan 2018

50
Topik 3
Teori Pengajaran

Erman Bin Hamid


Prinsip Teknologi Pengajaran
Jan 2018

52
3.1 Konsep Teori

Teori?
• Prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu
ilmu pengetahuan
• Merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada
yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan dan
mendapatkan maklumat baru.

53
3.1 Konsep Teori

Teori membantu guru untuk memahami asas masalah


pembelajaran khususnya dalam konteks pendidikan khas.

Teori dapat memberi panduan atau kaedah yang berkesan


dan bersesuaian untuk menyelesaikan masalah murid.

54
3.2 Fungsi Teori
Antara fungsi teori kepada guru ialah;

• Teori membantu untuk seseorang guru membuat penilaian,


menyemak bahan, teknik, kaedah pembelajaran yang boleh
digunakan kepada pelajar,

• Teori memberi panduan pengetahuan yang sistematik dan


konsep bekerja bagi membolehkan pengubahsuaian sesuatu
ilmu baru dan ia amat penting kerana memberi arah
panduan menjelaskan dengan lebih teratur struktur
pemikiran dan ini membentuk tindak balas yang diingini
berlaku,

55
3.2 Fungsi Teori
Antara fungsi teori kepada guru ialah;

• Teori ialah pembentukan secara berproses. Setiap disiplin


dibina berdasarkan konsep dan idea yang dikembangkan
oleh teori sebelumnya.

• Teori adalah cabaran, kekuatan, bagi pengkaji dan ahli


akademik untuk mempraktik dan membuat penilaian bagi
membuktikan teori yang dikeluarkan oleh golongan ini
bersesuaian dan berguna serta berhasil.

56
3.3 Keberkesanan Teori
Menurut Thomas ( 1985), sesuatu teori dikatakan baik apabila
mempunyai ciri-ciri seperti:

• dapat menjelaskan fakta-fakta dengan jelas


• mudah difahami
• berguna untuk membuat ramalan masa hadapan
• mampu memperjelas perkara-perkara yang sudah lepas
• boleh diterapkan secara praktikal
• bersifat konsisten
• tidak berasaskan banyak andaian (kepercayaan-kepercayaan
yang tidak dapat dibuktikan)

57
3.4 Jenis Teori
Mazhab Teori?

Pada asasnya, teori-teori pembelajaran masa kini boleh


diklasifikasikan kepada empat mazhab utama:
• Behavioris
• Kognitif
• Sosial
• Humanis

58
3.5 Teori Pembelajaran Behaviorisme
Teori Behaviorisme

menumpukan perhatian kepada faktor persekitaran


sebagai faktor yang mempengaruhi tingkah laku.

Ahli-ahli behavioris melihat perhubungan antara


persekitaran dengan tingkah laku dan kemudiannya
menggunakan konsep peneguhan dan dendaan untuk
menjelaskan mengapa sesetengah tingkah laku itu
wujud atau tidak wujud.

Mereka berpendapat kecenderungan-


kecenderungan tingkah laku termasuk trait-trait,
bakat, nilai-nilai, kepercayaan–kepercayaan, aspirasi
dan lain-lain adalah dipelajari.
59
3.5 Teori Pembelajaran Behaviorisme
Teori Behaviorisme

Andaian Ahli Behaviorisme:


• Tingkah Laku boleh diukur, diperhatikan dan
dianalisa dengan melihat gerak balas individu.
• Gerak alas bergantung kepada peneguhan dan
dendaan.

(Jalongo dan Isenberg 2000).

60
3.6 Teori Pembelajaran Kognitif
Teori Kognitif

Memfokuskan bahawa setiap manusia mempunyai


keupayaan mental untuk:
• mengelola,
• menyusun,
• menyimpan, dan
• mengeluarkan semula
segala pengalaman untuk membolehkan ia
memerhatikan pertalian antara pengalaman
tersimpan dengan masalah yang dihadapi.

61
3.6 Teori Pembelajaran Kognitif
Teori Kognitif

Ahli-ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa


pembelajaran adalah mudah,
dan ia tidak selalunya berlaku melalui kaedah cuba
jaya sebagaimana yang dicadangkan oleh mazhab
behaviorisme.

62
3.6 Teori Pembelajaran Kognitif
Teori Kognitif

dalam pembelajaran,
murid membentuk struktur kognitif dalam
ingatannya.

setiap kali murid belajar,


ia akan menyusun segala pengalaman dan
menyimpannya dalam ‘ingatan’.

Kebolehan ini dikenali sebagai celik akal.


Dengan itu, nyatalah seseorang individu jarang
menggunakan cara cuba jaya untuk mempelajari
sesuatu.
63
3.6 Teori Pembelajaran Kognitif
Teori Kognitif

Secara ringkasnya, Teori Kognitif berpegang kepada


persoalan bagaimana kita:
• mengetahui,
• memperolehi,
• memproses, dan
• menggunakan maklumat.

64
3.7 Teori Pembelajaran Sosial
Teori Sosial

Pembelajaran dan tingkah laku


manusia bergantung kepada
pemerhatian seseorang individu itu
terhadap individu lain atau model-
model simbolik seperti televisyen
dan sebagainya. .

65
3.7 Teori Pembelajaran Sosial
Teori Sosial

Albert Bandura memperkenalkan teori pembelajaran


sosial iaitu pembelajaran berlaku melalui Proses
Peniruan.

Bandura (1977) berpendapat, kita belajar melalui


pemerhatian dan meniru orang lain serta dengan
melihat konsekuen tingkah laku orang lain.

66
3.8 Teori Pembelajaran Humanis
Teori Humanis

Teori pembelajaran humanis menumpukan pada apa


yang berlaku pada diri seseorang seperti perasaan
atau emosinya.

Pendekatan humanis menekankan fikiran,


pengamatan serta interpretasi murid tentang sesuatu
peristiwa atau kejadian itu.

67
3.8 Teori Pembelajaran Humanis
Teori Humanis

Prinsip teori humanis ini adalah, seseorang murid itu


bertanggungjawab ke atas tindakannya.

Contohnya kalau murid ingin berjaya, maka dia perlu


berusaha mencapainya ke arah itu. Setiap murid juga
mempunyai keperluan mengembangkan potensinya
ke tahap maksimum.

68
dari
Behaviorisme, dan
Congnitivisme

ke
Constructivisme

69
3.5 Teori Pembelajaran Behaviorisme
Teori Behaviorisme

Menekankan kepada tingkah laku yang boleh


diperhatikan.
• Perlakuan boleh diperkukuh atau dihentikan
melalui ‘ganjaran atau/dan hukuman).
• Pengajaran dirancang berdasarkan objektif
perlakuan yang boleh diukur atau diperhatikan.
• Guru tidak perlu mengambil tahu pengetahuan
sedia ada murid dan perubahan yang berlaku dalam
minda semasa pengajaran.

70
3.6 Teori Pembelajaran Cognitivisme
Teori Cognitivisme

Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili


melalui skema.
• Jika maklumat baru secocok dengan skema, maka
maklumat itu diterima.
• Jika tidak, maklumat itu ditolak atau diubah suai,
atau skema diubah suai.

71
3.7 Teori Pembelajaran Constructivisme
Teori Constructivisme

Pengetahuan dibina sendiri oleh murid


secara aktif berdasarkan kepada
pengetahuan sedia ada.

72
3.9 Teori Pembelajaran Constructivisme
Teori Constructivisme

Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran


berdasarkan kepada penyelidikan tentang
bagaimana manusia belajar.

Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu


membina pengetahuan dan bukannya hanya
menerima pengetahuan daripada orang lain

(McBrien & Brandt,1997)

73
3.9 Teori Pembelajaran Constructivisme
Teori Constructivisme

Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji


idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada
situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru
yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia
wujud

(Briner, M.,1999)

74
3.9 Teori Pembelajaran Constructivisme
Ciri Teori Constructivisme

75
3.9 Teori Pembelajaran Constructivisme
Kelebihan Teori Constructivisme

76
Topik 3
TAMAT

Erman Bin Hamid


Prinsip Teknologi Pengajaran
Jan 2018

77

Anda mungkin juga menyukai