Anda di halaman 1dari 25

SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN BANGUNAN

CCB30143
FINAL YEAR PROJECT

PROPOSAL REPORT
KERJA-KERJA MENCANTIKKAN LANSKAP
TAMAN HERBA PENGAJIAN AM IKM SUNGAI PETANI

SESI JANUARI – JUN 2024

BIL. NAMA NO. MATRIX

1 MUHAMMAD ALIFF ADAM BIN MOHD ZAKARIA 333421248781

2 MOHD HAIKAL HAZIQ BIN OTHMAN 333421248671

3 AMIRUL AIZAM BIN ZAINOL 333421249557

NORLIYANA JAWAHIR BINTI MOHAMMAD


4 333421248684
YUSOFF

1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Penghargaan 3

2 Pengenalan 4

3 Objektif kerja 5

4 Skop kerja 5

5 Penyataan masalah 6

6 Kepentingan projek 6

7 Literature Review 7-8

8 Hasil Data 9-13

9 Senarai bahan beserta harga bahan 14

10 Senarai peralatan dan mesin yang digunakan 15

11 Cadangan gerak kerja 16

12 Jangkaan siap projek 17

13 Gant chart 18

14 Sketchup 19

15 Autocad 20-22

16 Kesimpulan 23

17 Lampiran 24

18 Rujukan 25

2
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat


masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah


kami, Pn Siti Zubaidah Binti Ahmad dan En. Khairul Fatihin Bin Md Hijazi kerana
dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada mereka idea dan nasihat kepada kami.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
kami yang memberi semangat untuk kami menyiapkan Project Proposal ini.

Di samping itu juga, kami mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada
program lain yang turut membantu menyiapkan Project Proposal kami ini, iaitu
program Sijil Teknologi Kejuruteraan Lukisan Struktur dan Diploma Senibina
Penyeliaan Tapak dalam menyiapkan lampiran gambarajah Autocad dan Sketchup

Akhir sekali, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung atau tidak lansung dalam menyiapkan Project Proposal ini.

Sekian terima kasih.

3
PENGENALAN

Projek bagi Final Year Projek (FYP) ini adalah Kerja-kerja Mencantikkan Lanskap
Taman Herba Pengajian Am IKM Sungai Petani. Saiz ruangan landskap di taman
herba ialah berukuran 11850mm × 3160mm. Masa yang akan diambil untuk
menyiapkan projek taman herba ini adalah selama 12 minggu. Kerja-kerja
Mencantikkan Lanskap Taman Herba Pengajian Am IKM Sungai Petani ini bukan
sahaja mempunyai pokok dan tanaman herba tapi ia juga mempunyai satu unit
pagola bersaiz 1200mm x 1500mm, satu set meja kerusi simen ferro dan satu unit
rak bertingkat untuk pasu pokok.

Pagola yang akan dibina diletakkan di tempat terbuka supaya ia boleh dijadikan
tempat untuk beristirehat. Fungsi pagola diletakkan di taman herba ini adalah
bertujuan untuk meningkatkan lagi nilai estetika dan keindahan taman herba ini serta
memilih penempatan pagola haruslah diletakkan di tempat yang strategik.Jenis
pagola yang akan dibina adalah jenis kayu beratap genting. Pagola jenis kayu
mempunyai nilai warisan yang digunakan dari generasi dahulu hinggalah ke
generasi sekarang.

Set meja dan kerusi simen ferro juga akan diletakkan di taman herba untuk
mencantikkan lagi suasana dalam taman herba ini. Set meja dan kerusi ini
mengandungi seunit meja dan empat unit kerusi yang dibina daripada konsep simen
ferro.Simen ferro merupakan sejenis struktur yang terdiri daripada campuran pasir
dan simen yang dilepa nipis pada jejaring dawai keluli. Antara kelebihan simen ferro
ialah mudah dibentuk, kukuh dan juga mudah diperbaikpulih kerana tidak
memerlukan teknologi yang tinggi untuk membuatnya. Simen ferro juga tahan
kepada cuaca panas dan sejuk. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat
mejan simen ferro adalah simen, pasir, dawai BRC, dawai mata punai, dawai halus,
rod besi, cat,pengilat dan juga air.

Akhir sekali. untuk membuat rak bagi meletakkan pasu pokok-pokok herba akan
menjadikan kedudukan pokok-pokok herba tersusun teratur, cantik dan kemas. Rak
pasu ini akan dibina tiga tingkat dengan ukuran ialah panjang 2000mm x lebar
1500mm x tinggi 1500mm. Rak ini akan memberikan kekemasan dan susun atur
yang lebih cantik serta kesan estetika dalam ruangan taman herba ini. Rekabentuk
rak juga dapat menjimatkan ruangan taman herba ini.

4
OBJEKTIF PROJEK

1. Menceriakan dan mencantikkan lagi landskap yang sedia ada.


2. Menjadikan kawasan landskap lebih teratur dan kemas.
3. Menyediakan tempat beristirehat yang lebih selesa kepada pelajar.
4. Dapat mempamerkan produk kreativiti pelajar.

SKOP KERJA

1. Meninjau tapak lanskap yang sediada bagi perancangan kerja-kerja


mencantikkan Taman Herba Pengajian Am Sungai Petani
2. Membuat rak untuk meletakkan pasu pokok dengan menggunakan bahan U-
channel dan C-channel
3. Membina satu unit pagola bersaiz 1200mm x 1500mm dengan menggunakan
bumbung beratap genting.
4. Dilengkapi set satu kerusi dan meja simen ferro.

5
PENYATAAN MASALAH

Idea untuk mencantikkan lanskap taman herba ini adalah memandangkan kawasan
lanskap ini berdekatan dengan Dewan Makan IKM Sungai Petani yang mana
menjadi salah satu lokasi yang digunakan semasa pendaftaran asrama dijalankan
bagi pelajar baru serta pendaftaran kemasukan bagi pelajar kanan. Situasi ini
menjadikan kawasan lanskap herba ini turut menjadi tumpuan ahli keluarga pelajar
yang berada sepanjang proses pendaftaran tersebut. Terdapat juga permintaan dari
pensyarah yang melintasi taman herba ini untuk memberi suasana baru yang lebih
cantik, tersusun dan teratur. Jadi, kami membuat insiatif untuk penambahbaikkan
bagi mencantikkan lanskap taman herba ini atas sebab-sebab berikut :

1. Susun atur pokok-pokok tidak terurus dan tidak kemas


2. Kawasan taman herba tidak menarik pandangan.
3. Taman herba sediada kurang memberi manfaat kepada pengguna.
4. Pelajar tidak mengetahui kewujudan taman herba ini kerana kawasan dan
suasana taman herba ini agak suram.

KEPENTINGAN PROJEK

1. Taman herba akan menjadi lebih teratur dan kemas dengan susunan yang
lebih produktif dengan adanya rak bertingkat.
2. Mencantikkan lagi taman herba untuk menarik pandangan warga IKM
mahupun orang awam yang datang ke IKM Sungai Petrani.
3. Sebagai kemudahan dan keselesaan kepada sesiapa yang menggunakan
dan memanfaatkan kawasan taman herba ini.
4. Menaikkan imej kursus Sijil Teknologi Kejuruteraan Bangunan (SBN)

6
BAB 2

LITERATURE REVIEW

Taman Herba merupakan salah satu instrumen yang penting untuk mendedahkan
pelajar terhadap kepentingan dan kegunaan tumbuhan semula jadi di sekeliling
mereka. Justeru itu,kami merancang untuk membaikpulih dan mencantikkan lagi
Lanskap Taman Herba Pengajian Am IKM Sungai Petani Saiz bagi ruangan taman
herb aini ialah berukuran 11850mm × 3160mm.Dalam projek ini kami mempamerkan
produk kreativiti kami dengan membuat satu set meja kerusi simen ferro dan satu
unit rak bertingkat untuk pasu pokok.

Pagola ini diletakkan di tempat terbuka supaya ia boleh dijadikan tempat untuk
beristirehat.Tujuan pagola ini diletakkan adalah untuk meningkatkan lagi nilai
estetika dan keindahan taman herba ini.penempatan pagola haruslah diletakkan di
tempat yang strategik. Jenis pagola yang akan dibina adalah jenis kayu beratap
genting. Pagola jenis kayu mempunyai nilai warisan yang digunakan dari generasi
dahulu hinggalah ke generasi sekarang.Taman Herba ini turut memiliki satu
bahagian khas bagi menempatkan koleksi tumbuh-tumbuhan ubatan yang
digunakan oleh penduduk setempat.. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan
sebuah pagola yang berukuran 1200mm x 1500m ialah kayu balau,kertas pasir,cat
syelek,thinner,paku dan juga bolt and nut

Set meja dan kerusi simen ferro juga akan diletakkan di taman herba ini.
mengandungi seunit meja dan empat unit kerusi yang dibina daripada konsep simen
ferro Set meja dan kerusi simen ferro ini.Ia dibina daripada konsep Bahan-bahan
yang digunakan untuk membuat meja simen ferro adalah simen, pasir, dawai BRC,
dawai mata punai, dawai halus dan,cat,pengilat. . Antara kelebihan simen ferro ialah
mudah dibentuk, kukuh dan juga mudah diperbaikpulih. ‘BRC’ adalah singkatan bagi
perkataan ‘British Reinforced Concrete’. Ia merupakan ‘steel bar’ yang disusun
membentuk susunan empat segi ‘wire mesh’ sama ada melalui kaedah pamaterian
(weld) atau sulaman (woven). Susunan ini kemudiannya dikenali sebagai ‘BRC
Panel’ (Panel BRC). Didatangkan dalam pelbagai variasi ketebalan bergantung
kepada saiz panel. Kegunaan asalnya adalah sebagai ‘penguat’ struktur konkrit bagi
sesebuah bangunan atau struktur dalam industri pembinaan. Penggunaan BRC

7
dalam industri pembinaan membantu untuk menjimatkan kos dan juga masa dimana
ia mudah untuk diurus dan boleh didapatkan dengan kos yang rendah dengan kualiti
yang menyakinkan. Ia dihasilkan dengan wayar yang dikimpal dalam tikar supaya
wayar itu tidak bergerak apabila konkrit diletakkan, ia juga memastikan kedudukan
wayar yang betul.Penghasilan BRC ini dengan pelbagai saiz dengan jarak lubang
yang berbeza bukan semata-mata untuk kecantikan malahan ia bertujuan untuk
memastikan pengukuhan yang optimum oleh dawai tersebut. Anda boleh
mendapatkan Mesh ini dalam gulung dan juga secara lembaran

Untuk melakukan kerja-kerja Mencantikkan Lanskap Taman Herba Pengajian Am


IKM Sungai Petani.rak pasu bunga juga penting kerana dapat menjadikan
kedudukan pokok-pokok herba tersusun teratur, cantik dan juga kemas.Rak yang
akan dibina adalah rak jenis bertingkat dengan ukuran panjang 2000mm x lebar
1500mm x tinggi 1500mm.Untuk membuat rak pasu yang kemas bahan yang
diperlukan adalah Uchannel,c-channel,dan skru bersaiz 6 inci.

8
HASIL DATA

Hasil dapatan kajian yang diusulkan melalui medium google form dengan
mengusulkan beberapa soalan iaitu, “

Tinjauan Bagi Keperluan penambahbaikan kawasan Taman Herba Pengajian


Am.

Hasil dapatan kajian yang dibuat melalui medium google form dengan mengusulkan
beberapa soalan iaitu berkenaan dengan penambahbaikan kawasan Taman Herba
Pengajian Am.Sebanyak 99.4% warga IKMSP mempersutujui supaya kawasan
Taman Herba Pengajian Am perlu dibaikpulih.Ramai orang berpendapat bahawa
taman herba pengajian am perlu dibaikpulih kerana kondisinya yang
teruk.Sesetengah barang yang sudah pecah dan berbahaya perlulah dibuang dan
diasingkan dengan betul agar tidak memudaratkan keselamatan orang
lain.Kumpulan kami akan berusaha bertungkus-lumus untuk menyiapkan dan
memastikan taman herba pengajian am selamat digunakan semula.Adalah tugas
kita semua untuk menjaga keindahan dan keselamatan taman herba pengajian am
bersama.

9
Tinjauan Bagi konsep yang sesuai dibuat di kawasan Taman Herba Pengajian
Am.

Sebanyak 81% warga IKMSP ingin mengekalkan landskap yang bertemakan taman
herba.Kumpulan kami hanya akan membaikpulih sahaja kemudahan yang sedia ada
dan mungkin akan menambah sebuah pagola,meja dan kerusi simen ferro.Kami
juga akan melakukan pengubahsuaian untuk kedudukan pasu bunga dan pokok
mengikut citarasa yang sudah dibincangkan.Peratus orang mengundi untuk
mengekalkan konsep taman herba mungkin kerana ia mempunyai nilai sentimental
pada pelajar mahupun pengajar.Kumpulan kami juga ada membincangkan tentang
perubahan ke konsep landskap lain seperti landskap taman jepun atau tradisional
tapi statistik lebih kearah untuk mengekalkan taman herba yang sedia ada.

10
Tinjauan Bagi pandangan pelajar tentang penempatan lokasi

Salah satu faktor utama pembuatan taman herba ini adalah untuk membolehkan
orang ramai beriadah dan beristirehat.Kajian mendapati suasana yang tenang dan
santai boleh meningkatkan lagi produktiviti seseorang itu.Banyak tukang cuci dan
pekebun di ikmsp tiada tempat berehat pada waktu rehat mereka.Ini adalah salah
satu pembakar semangat kami untuk membaikpulih dan mencantikkan semula
taman herba ini.Pelajar-pelajar juga boleh beriadah dan berehat di taman herba ini
pada waktu senggang mereka.Bercakap tentang kecantikkan,kami juga akan
menambahbaik semula keselamatan yang Nampak berbahaya seperti pasu bunga
yang bertangkung,pili paip yang rosak dan sebagainya.

11
Hasil dapatan kajian seterusnya yang dibuat melalui medium google form dengan
mengusulkan soalan berkenaan adakah praktikal penempatan wakaf ini diletakkan di
lokasi taman herba ini.sebanyak 94.3% bersetuju bahawa penempatan pagola
praktika untuk diletakkan di taman herba ini.Hal ini kerana,taman herba adalah
tempat yang strategik untuk meletakkan pagola.Ia juga sebagai kemudahan dan
keselesaan kepada sesiapa yang menggunakan dan memanfaatkan kawasan taman
herba ini.

12
Hasil draf di atas menunjukkan data mengenai pilihan warga IKM,Sungai Petani bagi
cadangan yang perlu ditambah bagi membaik pulih taman herba ini.Setelah
diselidik,kami mendapati bahawa rak pasu pokok herba mendapat permintaan yang
paling tinggi dengan memengang sebanyak 84.8%.Kedua tertinggi antara lapan
yang disenaraikan adalah wakaf/pagola sebanyak 86.1%.Pemilihan yang akan kami
pilih mengikut permintaan warga IKM,Sungai Petani yang terakhir ialah set meja dan
kerusi batu (simen ferro) dengan pemilihan sebanyak 79.7%.

13
SENARAI BAHAN BESERTA HARGA BAHAN

HARGA
BIL. BAHAN KUANTITI JUMLAH CATATAN
SEUNIT

1. Simen portland RM 23.00 2 bag RM 23.00 Disediakan


2. Simen warna kuning RM4.00 2 kilo RM8.00
3. Simen warna merah RM4.00 2 kilo RM8.00
4. Simen warna hitam RM4.00 2 kilo RM8.00
5. Pasir RM80.00 1 ela RM80.00 Disediakan
6. Dawai BRC RM12.00 2 meter RM24.00
7. Dawai mata punai RM8.00 4 meter RM32.00
8. Dawai halus RM8.00 4 meter RM32.00
9. Thinner RM16.00 1 tin RM16.00
10. Kertas pasir RM1.00 7 kpg RM7.00
11. Wood Filler RM38.00 1 tin RM38.00
12. Cat syelek RM90.00 1 tin RM90.00
13. Genting RM12.00 64 kpg RM768.00
14. Perabung genting RM8.50 6 kpg RM51.00
15. Kayu meranti 2”x2”x10’ RM36.00 12 btg RM432.00
16. Kayu meranti 2”x3”x10’ RM40.00 5 btg RM200.00
17. Kayu meranti 4”x4”x10’ RM50.00 4 btg RM200.00
18. Papan 1”x8”x10’ RM60.00 6 kpg RM360.00
19. Bolt and nut RM15.00 2 kilo RM30.00
20. U-channel RM30.00 2 btg RM60.00 Disediakan
21. C-channel RM30.00 6 btg RM360.00 Disediakan
22. Skru 6 inci RM18.00 1 kilo RM18.00
23. Paku Biasa 2 ½” RM10.00 1 kilo RM10.00 Disediakan
Jumlah keseluruhan : RM2823.00

14
SENARAI PERALATAN DAN MESIN YANG DIGUNAKAN

BIL. ALATAN KUANTITI CATATAN

Kegunaan membuat
1 Cordless drill 2 unit wakaf dan rak
bertingkat
2 Mesin pengetam 2 unit
3 Mesin pasah 1unit Kegunaan membuat
4 Mesin gerinda 1 unit wakaf
5 pemahat 1 unit
6 Sudip 3 Unit
7 Gunting besi 2 Unit
8 Penapis 2 Unit Kegunaann membuat
simen ferro
9 Perata simen 3 Unit
10 Sekop 2 unit
11

15
CADANGAN GERAK KERJA

Untuk menghasilkan suatu projek, terdapat beberapa langkah perlu diikuti untuk
memastikan projek yang akan dilakukan itu berjalan dengan lancar dan teratur.
Langkah-langkah yang perlu diikuti adalah seperti berikut:

• Mencari idea mengikut kesesuaian projek

• Meninjau tapak projek yang sesuai

• Keputusan projek yang dipilih

• Kaji selidik daripada pelajar dan pensyarah IKM Sungai Petani

• Pemilihan konsep rekabentuk yang sesuai

• Lakaran projek menggunakan autocad dan sketchup

• Pembentangan cadangan projek

• Pembelian bahan melibatkan kos, kuantiti, kualiti bahan

• Pembinaan projek dijalankan sehingga selesai

• Pengujian pada projek terbina

• Proses penyerahan projek kepada penyelia

• Pembentangan Projek.

16
JANGKAAN SIAP PROJEK

Pembinaan projek mencantikkan Taman Herba Pengajian Am Ini telah diatur, dan
dijadualkan mengikut masa yang ditetapkan. Pembinaan ini juga telah dirancang
dengan teliti mengikut kaedah yang bersesuaian. Cara kerja yang telah diatur
mampu menghasilkan hasil kerja yang kemas dan teliti. Perkara ini,telah terkandung
dalam jadual gant chart. Pengagihan kerja mengikut kerja masing-masing
merupakan salah satu medium gerak geri kerja yang cepat serta jangka masa
penyiapan projek ini telah diletakkan dalam gant chart iaitu selama 12 minggu.
Dengan ini, cara dan pembinaan yang dilakukan akan berjaya di siapkan mengikut
tarikh yang ditetapkan.

17
GANT CHART

18
SKETCHUP

19
AUTOCAD

1) Pagola

20
2) Rak untuk meletakkan pasu

21
3) Meja dan kerusi simen ferro

22
KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat disimpulkan dalam perlaksanaan amali di dalam projek


akhir tahun ini.Kami dapat mempelajari suatu pengalaman dan pengetahuan baharu
bersama ahli kumpulan dalam proses untuk menyiapkan sebuah projek kerja-kerja
mencantikkan taman herba pengajian am.Walaupun kami telah mempelajari projek-
projek amali secara individu,namun pengalaman baharu dalam bekerjasama secara
berkumpulan merupakan satu pengalaman yang mengajar kami untuk memupuk
semangat kerjasama yang tinggi untuk menyiapkan projek ini.

Selain itu,Projek ini juga dapat membuat kami menjana idea-idea kreatif dalam
mengatasi masalah dalam penghasilan projek sebelum
mendokumentasikannya.Pelbagai reka bentuk projek yang dicari dari pelbagai
sumber sebagai rujukan dalam menghasilkan projek yang telah dipilih.Penggunaan
jaringan pencarian data di internet ini bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran
tapi ia juga akan menghasilkan lakaran yang lebih terperinci .

Di samping itu,hasil daripada projek akhir tahun ini juga,dapat memberikan imej
yang baik kepada program kursus Sijil Teknologi Kejuruteraan Bangunan (SBN).
sangat baik kepada Hal ini kerana,program dari kursus lain dan juga pensyarah
dapat melihat,mempelajari dan menilai hasil kerja kami apabila telah siap.Bukan itu
sahaja,mereka juga dapat menggunakan kemudahan yang akan kami sediakan
seperti pagola dan meja simen ferro.Selain itu,hasil daripada projek kami ini juga
dapat memberikan kemudahan kepada orang ramai dan meggunakanya dengan
baik.Dalam pada masa yang sama,kami juga dapat mendisiplinkan diri untuk
menyiapkan projek ini sehingga selesai.Hal ini kerana,dalam penghasilan projek ini
perlulah dipupuk semangat kerjasama yang tinggi dalam pasukan bagi mendapatkan
hasil projek yang sangat cemerlang.

23
LAMPIRAN
Gambar lokasi untuk mencantikkan taman herba pengajian am.

24
RUJUKAN

Sumber Internet
• https://kosass.upm.edu.my/artikel/taman_mini_herba_kosass-47369
• https://www.hmetro.com.my/dekotaman/2018/02/315685/landskap-taman-
herba-inggeris
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Tumbuhan_herba
• https://mekarharum.blogspot.com/2011/11/taman-ramuantaman-herba-mardi-
di-maeps.html
• https://gilerdeco.com/diy-rak-pasu-bertingkat-untuk-tanaman-bunga/22920/

Sumber tinjauan

• Google form (soalan untuk pengguna warga IKMSP)


• Program DSJ (lukisan sistem)
• Program SLS (lukisan plan tapak)

25

Anda mungkin juga menyukai