Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN

Pada asasnya media sosial adalah istilah umum yang digunakan untuk menerangkan pelbagai
aplikasi internet yang membolehkan pengguna membuat kandungan dan berinteraksi antara satu
sama lain. Atau dengan kata lain, medium berdasarkan kecanggihan teknologi yang dikelaskan
dari pelbagai bentuk, seperti majalah, forum internet, weblog, wikis, siniar, penanda buku sosial,
imej, dan video. Bukan itu sahaja, medium ini juga telah menjadi satu bentuk bantuan
perhubungan untuk masyarakat berinteraksi antara satu sama lain tanpa bersemuka dan berada di
dunia maya. Media sosial turut menjadi platform di mana masyarakat menggunakannya sebagai
rutin kerana ianya berkait dengan kehidupan seharian. Terutamnya, aplikasi TikTok merupakan
salah satu aplikasi yang telah mendominasi masyarakat di serata dunia. Aplikasi ini dibangunkan
oleh ByteDance dari China yang dilancarkan pada September 2016. Aplikasi ini menawarkan
perkhidmatan penyampaian maklumat melalui perkongsian video pendek seperti isu semasa,
pendidikan, menunjukkan bakat dan penjanaan pendapatan melalui TikTokShop. Aplikasi ini
popular di Asia, Amerika Syarikat, dan bahagian lain di dunia. TikTok ialah aplikasi yang paling
dimuat turun di Amerika Syarikat pada Oktober 2018, aplikasi China pertama untuk mencapai
matlamat ini. Sehingga 2018, ia boleh didapati di lebih daripada 150 pasaran dan dalam 75
bahasa.

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji ‘Pengaruh aplikasi TikTok dalam gaya pembelajaran
pelajar tingkatan 6 di SMK Tun Syed Sheh Barakbah, Pulau Pinang’. Menurut kajian yang
bertajuk "Pengaruh aplikasi TikTok terhadap kehidupan sosial remaja menurut perspektif
Islam” yang telah dilaksanakan oleh Hanis Aqilah Binti Aman Shah, Fakulti Pengajian Quran
dan Sunnah, Universiti Sains Islam, Malaysia. TikTok adalah sebuah aplikasi pembuatan video
yang berdurasi pendek diiringi dengan pelbagai muzik yang menarik dan sangat disukai oleh
masyarakat terutamanya dalam Kalangan remaja. Walaupun begitu, terdapat kesan positif dan
negatif yang dapat diperolehi. Dalam kandungan video dengan kehidupan sosial remaja pada
masa kini. Gaya kehidupan remaja akan berubah bergantung dengan kebijaksanaannya dalam
menggunakan aplikasi TikTok sama ada diambil dari kegiatan-kegiatan positif atau sebaliknya
yang boleh menyebabkan terpesong dari syariat Islam yang sebenar. Di samping itu, kajian
tersebut mendapati bahawa kehidupan sosial remaja berkait rapat dengan apa yang dilakukan
dalam kehidupan seharian seperti mana mereka dalam menggunakan aplikasi TikTok dengan
bijak. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengetahui seberapa besar pengaruh aplikasi TikTok
terhadap kehidupan sosial remaja pada masa kini menurut perspektif Islam.

Media sosial ialah dua perkataan iaitu media dan sosial yang mempunyai maksud yang berbeza.
Media dan sosial merupakan satu perkara yang dicipta oleh manusia dengan fikiran dan
kemahiran dalam kehidupan masyarakat. Media sosial sebenarnya dapat disebut sebagai salah
satu fenomena popular yang dapat menarik perhatian manusia. Merujuk B.K Lewis di dalam
karyanya yang bertajuk Social Media and Strategic Communication Attitudes and Perceptions
among College Students yang diterbitkan pada tahun 2010 menyatakan, bahawa media sosial
merupakan satu label yang merujuk kepada teknologi digital yang berpotensi membuatkan
semua orang untuk saling terhubung dan dapat berkomunikasi.
Media bermaksud merupakan sejenis cara komunikasi yang membolehkan maklumat
disampaikan kepada masyarakat. Merujuk Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat,media
bermaksud alat atau pengantara dalam komunikasi ataupun perhubungan. Pelbagai jenis saluran
atau perantara komunikasi seperti bahan cetakan atau terbitan iaitu surat khabar dan majalah.
Manakala alat-alat yang menggunakan teknologi moden seperti radio, televisyen dan telefon
bimbit.Dalam carian Istilah Bahasa Melayu mengatakan bahawa media adalah saluran atau
perantara yang digunakan oleh pengiklan untuk menyebarkan mesej kepada khalayak sasaran.
Media boleh dikelompokkan kepada dua jenis utama, iaitu media masa dan media interaktif.
Media massa mempunyai ciri yang berkemampuan untuk menghubungi pelbagai khalayak pada
sesuatu masa dalam kadar segera dan serentak. Manakala sosial boleh didefinasikan sebagai satu
perkara yang berhubungan dengan masyarakat sekeliling. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga,
sosial membawa maksud segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan
kemasyarakatan. Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan sosial adalah segala hal yang
bersangkut paut dengan masyarakat dan kemasyarakatan. Bukan itu sahaja, sosial juga dikaitkan
dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa lapang. Sosial juga mempunyai kaitan dengan
watak peribadi seperti suka bergaul dan bermesra.

Pengaruh adalah keupayaan seseorang, kumpulan atau situasi tertentu dapat, sekiranya akibatnya
memberi kesan kepada majoriti orang, untuk menjalankan kuasa tertentu ke atas seseorang atau
seluruh rakyat .Definisi pengaruh melalui sumber Kamus Dewan Edisi Keempat membawa
maksud kuasa yang terbit daripada orang atau benda atas orang lain, kekuatan batin, yang
meninggalkan kesan pada orang lain. Manakala, pembelajaran ialah perihal pemerolehan, atau
pengubahsuaian dan pengukuhan bagi pengetahuan, tingkah laku, kemahiran, nilai, atau
keutamaan yang baharu atau sedia ada masing-masing dan boleh melibatkan sintesis jenis
maklumat berlainan. Definisi pembelajaran menurut Kamus Dewan Edisi keempat adalah satu
proses (kegiatan) belajar.

Rasional kajian ini dijalankan adalah kerana media sosial merupakan sebuah teknologi digital
interaktif yang sering digunakan orang ramai untuk perkara seperti bertukar idea melalui
rangkaian sambungan. Terutamanya, media sosial dapat membantu menambah ilmu pengetahuan
kepada golongan remaja, sama ada dalam perkongsian maklumat, pencarian maklumat dan
penghasilan maklumat. Aplikasi TikTok merupakan aplikasi yang membawa pengaruh besar
kepada remaja terutama pelajar sekolah. Ramai tenaga pengajar yang berkongsi ilmu
pengetahuan dengan menggunakan kemudahan media tiktok seperti guru-guru dan pelajar.
Contohnya, Ahmad Shahrul Azhan Ibrahim atau dikenali sebagai Sir Asai yang berusia 45 tahun,
yang telah menjadikan TikTok sebagai ruang pembelajaran telah diterima dengan baik bukan
hanya oleh Zoomers di bilik darjahnya, tetapi juga masyarakat umum. Beliau menghasilkan
video pendek berasaskan pembelajaran bahasa Inggeris yang telah banyak membantu pengguna
TikTok terutama pelajar-pelajar dalam meningkatkan minat dalam belajar bahasa Inggeris.
Rasional kajian ini dijalankan adalah kerana media sosial khususnya Tik Tok merupakan media
yang membawa pengaruh besar kepada masyarakat. Hal ini kerana aplikasi TikTok merupakan
aplikasi yang membawa pengaruh besar kepada remaja terutamanya pelajar sekolah. Ramai
tenaga pengajar yang berkongsi ilmu pengetahuan dengan menggunakan kemudahan media Tik
Tok seperti guru-guru dan pelajar. Contohnya, Ahmad Shahrul Azhan Ibrahim atau dikenali
sebagai Sir Asai yang berusia 45 tahun telah menjadikan TikTok sebagai ruang pembelajaran dan
diterima dengan baik oleh masyarakat khususnya pelajar dalam mahupun luar negara. Bukan
hanya berkongsi maklumat dengan generasi Z [Zoomers] malahan beliau juga berkongi dengan
masyarakat umum. Beliau juga telah menghasilkan video pendek mengenai pembelajaran
tentang subjek bahasa Inggeris kepada masyarakat dan ini telah banyak membantu pengguna Tik
Tok terutamanya pelajar-pelajar dalam usaha meningkatkan minat pembelajaran subjek bahasa
Inggeris. Selain itu, aplikasi Tik Tok juga merupakan media yang amat popular dalam kalangan
masyarakat terutamanya golongan remaja. Tik Tok merupakan media yang sering digunakan
masyarakat pada masa kini kerana dengan adanya media tersebut, masyarakat dapat berkongsi
maklumat yang bermanfaat dengan melakukan video pendek yang hanya berdurasi 5 minit dan
ini dapat menarik perhatian ramai pengguna pada zaman kini. Kesannya, pengguna Tik Tok
dapat mengetahui isu-isu semasa dan mampu meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.

Kesimpulannya, penggunaan media sosial banyak memberikan manfaat kepada pelajar dan
masyarakat. Terutamnya sumbangan dalam bidang pendidikan. Oleh itu, penggunaan media
sosial haruslah digunakan dengan baik dan bijaksana agar dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan dan menjadi pemacu negara maju.

Anda mungkin juga menyukai