Anda di halaman 1dari 8

Aliran al-Asy’ariyah

Perkembangan aliran-aliran dalam kehidupan beragama banyak menimbulkan faham yang saling
berlawanan satu sama lain, ada aliran yang sangat meninggikan akal pikiran (golongan
rasionalis) dan ada juga yang meninggikan dalil/nas (golongan tekstualis). Dalam menyikapi hal
tersebut maka lahirlah aliran Asy'ariyah yang mengambil jalan tengah yang menghubungkan
antara golongan rasionalis dan golongan texstualis.
Nama aliran ini di nisbatkan pada pendirinya iaitu Abu Hasan Ali bin Ismail al-Asy’ari. Abu Hasan
al-Asy'ari dilahirkan pada tahun 260H/874M di Basrah dan meninggal dunia di Baghdad pada
tahun 324H/936M. Beliau berguru kepada Abu Ishak Al- Marwazi, seorang fakih bermazhab
Syafi’i di Masjid al-Manshur, Baghdad. Beliau belajar ilmu kalam dari al-Jubba’ seorang ketua
Mu’tazilah al-Basrah, sehingga ia sangat menguasai berbagai metodenya yang menjadi senjata
baginya untuk membantah kelompok Mu’tazilah.
Al-Asy'ari mulanya berpaham Mu’tazilah namun akhirnya keluar dan berpindah menjadi ahli
sunnah kerana beberapa sebab. Ada sumber yang mengatakan bahawa al-Asy’ari telah bermimpi
melihat dan bertemu Nabi SAW dan Baginda berkata kepadanya, "Wahai Ali tolonglah madzah-
madzah yang mengambil riwayat dariku, kerana itulah yang benar". Kejadian ini terjadi beberapa
kali pertama pada 10 hari pertama Ramadhan, 10hari yang kedua, dan 10 hari yang ketiga.
Sehingga beliau mengambil keptusan keluar dari Mu’tazilah. Al-Asy’ari menyendiri selama 15
hari. Setelah itu ia memberitahukan taubatnya. Hal ini terjadi pada tahun 300H.
Aliran al-Asy'ari berpendapat bahawa, "jika Allah menghendaki kebaikan/keburukan, maka hal
itu akan terjadi, tetapi Allah memberikan kebebasan kepada manusia untuk mewujudkan
keinginannya walaupun sia-sia kerana aliran ini berpendapat bahawa kekuasaan Allah lah yang
berguna".
Setelah wafat al-Asy'ari ajaran aliran ini berbeza dengan pada saat awal didirikannya. Mereka
mulai memihak golongan rasonalis yang meninggikan akal. Dengan adanya penyimpangan ini
maka aliran ini mulai ditinggalkan. Pokok ajaran al-Asy'ariyah awalnya iaitu meninggikan
dalil/nas sebagai penguatnya. Adapun tokoh-tokohnya sebagai berikut:
i Abu Hasan bin Ismail al-Asy’ari;
ii Al-Baqilani;
iii Al-Juwaini;
iv Al-Gazali; dan
v As-Sanusi
Aliran Al-Matudiriyah
Sejarah Aliran Maturidiyah
Aliran al-Maturidiyah lahir di Samarkhand pertengahan kedua dari abad IX Masehi. Pendirinya
adalah Abu Mansur Muhammad ibn Muhammad ibn Mahmud Al-Maturidi. Riwayat hidupnya
tidak banyak diketahui. Ia sebagai pengikut Abu Hanifah sehingga paham teologinya memiliki
banyak persamaan dengan paham-paham yang dipegang Abu Hanifah. Sistem pemikiran aliran
al-Maturidiyah, termasuk golongan teologi ahli sunah.
Menurut buku (literatur) yang membahas persoalan sekte-sekte tidak banyak yang memuat
keterangan mengenai aliran Al-Maturidiyah maupun pengikut-pengikutnya. Karangan Al-
Maturidiyah masih berbentuk mahtutat. Diantaranya kitab Al-Tauhid dan kitab Ta’wil Al-Qur’an
yang belum di cetak, sehingga buku al-Maturidiyah sebagai acuan/literature tidak banyak
membahas persoalan teologis seperti halnya ajaran al-Asy’ariyah maupun Mu’tazilah. Ada juga
suatu pendapat yang mengatakan bahawa ada karangan-karangan yang disusun oleh Al-Maturidi,
iaitu Risalah fi Al-‘aqaid dan Syarh al-Fiqh Al-Akbar. Sebagai informasi yang menambah kawasan
tentang al-Maturidiyah adalah buku yang dikarang oleh pengikut-pengikutnya, seperti buku
Isyarat al-Maram oleh Al-Bayadi dan Al-Bazdawi dengan bukunya usul Al-din. Untuk mengetahui
sistem pemikiran Al-Maturidiyah kita tidak bias meninggalkan pemikiran-pemikiran al-
Asy’ariyah dan aliran Mu’tazilah, sebab ia tidak lepas dari suasana zamannya. Al-Maturidiyah dan
al-Asy’ariyah sering terjadi persamaan pendapat kerana persamaan lawan yang dihadapinya
iaitu Mu’tazilah. Namun perbezaan dan persamaannya masih ada.
Al-Maturidiyah dalam pemikiran teologinya banyak menggunakan rasio. Hal ini mungkin banyak
dipengaruhi oleh Abu Hanifah kerana Al-Maturidi sebagai pengikut Abu Hanifah. Dan timbulnya
aliran ini sebagai reaksi terhadap aliran Mu’tazilah.

Tokoh Aliran Maturidiyah


Abu Mansur Al-Maturidi
Nama lengkap al-Maturidi ialah Muhammad ibn Muhammad ibn Mahmud. Tokoh yang dikenal
dengan nama Abu Manshur al-Maturidi ini dilahirkan di Maturid, sebuah kota kecil di Samarkand,
Wilayah Trmsoxiana di Asia Tengah, daerah yang sekarang disebut Uzbekistan. Tahun
kelahirannya tidak diketahui secara pasti, hanya diperkirakan sekitar pertengahan abad ke-3
Hijriyah. Beliau wafat pada tahun 333 H/944 M. Gurunya dalam bidang Fiqh dan teologi bernama
Nasyr bin Yahya Al-Balakhi, beliau wafat pada tahun 268 H. Al-Maturidi hidup pada masa khalifah
Al-Mutawakil yang memerintah pada tahun 232-274/847-861 M. Bidang pendidikan Al-Maturidi
lebih fokus dalam bidang teologi berbanding Fiqh. Ini dilakukan untuk memperkuat pengetahuan
dalam menghadapi faham-faham teologi yang banyak berkembang pada masyarakat Islam, yang
dipandangnya tidak sesuai dengan kaedah yang benar menurut akal dan Syarak. Pemikiran-
pemikirannya banyak diterjemahkan dalam bentuk karya penulisan, diantaranya ialah kitab
Tauhid, Ta’wil Al-Qur’an, Makhaz Asy-Syara’i, Al-Jadl, Ushul fi Ushul Ad-Din, Muqalat fi Al-Ahkam
Radd Awa’il Al-Abdillah li Al-Ka’bi, Radd Al-Ushul Al-Khamisah li Abu Muhammad Al-Bahili, Radd
Al-Imamah li Al Ba’ad Ar-Rawafid dan kitab Radd ‘ala Al-Qaramatah. Selain itu ada pula karangan-
karangan yang ditulis oleh Al-Maturidi, iaitu Risalah fi Al-Aqaid dan Syarh fiqh Al-Akbar. Ada dua
golongan di dalam aliran al-Maturidiyah, iaitu golongan Samarkand dan golongan Bukhara. Yang
menjadi golongan Samarkand ini adalah pengikut-pengikut Al-Maturidi sendiri. Golongan ini
cenderung ke arah fahaman Mu’tazilah, sebagaimana pendapatnya soal-soal sifat Tuhan. Maturidi
dan Asy’ari terdapat kesamaan pandangan. Menurut Maturidi, Tuhan mempunyai sifat-sifat.
Tuhan mengetahui bukan dengan zat-Nya, melainkan dengan pengetahuan-Nya. Begitu juga
Tuhan berkuasa bukan dengan zat-Nya.
Mengenai perbuatan-perbuatan manusia, Maturidi sependapat dengan golongan Mu’tazilah,
bahawa manusialah sebenarnya yang mewujudkan perbuatan-perbuatannya. Apabila ditinjau
dari sini, Maturidi berfahaman Qadariyah. Maturidi menolak fahaman-fahaman Mu’tazilah,
antara lain dalam soal:
i Tidak sefahaman dengan pendapat Mu’tazilah yang mengatakan bahawa Al-Qur’an itu
makhluk;
ii Al salah wa Al-aslah; dan
iii Paham posisi menengah kaum Mu’tazilah.
Dengan demikian, lebih lanjut Al-Maturidi berpendapat Tuhan mempunyai kewajiban-kewajiban
tertentu. Dan kalam (firman) tidak diciptakan, tetapi bersifat Qadim. Dosa besar yang dilakukan
seseorang menurut Maturidi masih tetap mukmin, ia sepaham dengan Asy’ari. Lebih lanjut ia
menjelaskan bahawab mereka yang berdosa besar akan ditentukan tuhan kelak di akhirat.
Maturidi juga sefahaman dengan Mu’tazilah dalam soal Al-waad wa al-Waid. Bahawa janji dan
ancaman Tuhan, kelak pasti terjadi. Demikian juga masalah antropomorphisme. Dimana Maturidi
berpendapat bahawa tangan, wajah Tuhan, dan sebagainya seperti penggambaran Al-Qur’an,
mesti diberi kiasan (majazi). Dalam hal ini, Maturidi bertolak belakang dengan pendapat Asy’ari,
yang menjelaskan bahawa ayat-ayat yang menggambarkan Tuhan mempunyai bentuk jasmani
tak dapat diberi interpretasi (ditakwilkan).
Sebenarnya Imam Al-Maturidi senang dengan Imam Al-Asy’ari hanya saja Asy’ari di Bashrah
sedangkan Maturidi di Samarkand dan Asy’ari lebih cenderung mengikuti Imam Syafi’i dan Imam
Maturidi lebih dekat dengan Imam Hanafi tapi kedua-dua imam ini masih di golongkan dalam
Ahlus Sunnah Wal-Jama’ah. Memperhatikan arah pikiran kedua-dua imam tersebut dalam
masalah Fiqh, tidak hairan bahawa kedua-dua imam terdepat perbezaan pendapat dalam
beberapa segi, tapi tidak mendasar. Dalam perkembangan selanjutnya Asy’ari kelihatannya lebih
dekat dengan Jabariyah sedangkan Maturidi terarah kepada Mu’tazilah.

Pokok Pikiran Imam Maturidi


Dasar pemikiran/cara berfikir Maturidi sejalan dengan Hanafi. Adapun pokok pikirannya dalam
teologi antara lain:
1. Masalah Iman – Iman adalah ikrar dengan lisan dan tashdiq di dalam hati, serta ikrar itu
adalah rukun dari iman itu atau sebahagian dari iman.
2. Qadha dan Qadar dalam hubungannya dengan perbuatan manusia – Pada dasarnya
menutur Maturidi kemahuan manusia itu sebenarnya adalah kemahuan Allah, akan tetapi
segala perbuatan manusia itu tidak selamanya sesuai dengan kehendak Tuhan, sebab Dia
selalu mengkehendaki yang baik, bukan yang tidak baik. Dengan kata lain daya (qudrat)
dapat digunakan manusia untuk berbuat baik atau jahat, sedangkan Allah
mengkehendaki yang baik saja. Jadi dalam hal ini ada perbezaan dengan pendapat Imam
Asy’ari dan lebih cenderung pada pendapat Mu’tazilah.
3. Tentang sifat Tuhan, Maturidi membatasi permasalahannya, sifat-sifat Tuhan adalah
Sifat-Nya tidak perlu dipermasalahkan lagi. Walaupun Imam Maturidi masih di golongkan
Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, akan tetapi bila diteliti lebih mendalam terdapat dugaan yang
kuat bahawa Imam Maturidi ingin mengambil jalan tengah antara pendapat Imam Asy’ari
dengan Mu’tazilah. Dugaan ini dikuatkan bahawa dalam beberapa segi pendapat Maturidi
sejalan dengan pendapat Mu’tazilah atau Imam Asy’ari dan sebaliknya dalam segi lainnya
ada yang bertentangan pendapat.
4. Abu Al-Yusr Muhammad Al-Bazdawi – Golongan yang kedua dalam aliran Maturidiyah
iaitu golongan Bukhara, golongan Bukhara ini dipimpin oleh Abu Al-Yusr Muhammad Al-
Bazdawi. Beliau merupakan pengikut Maturidi yang penting dan penerus yang baik dalam
pemikirannya. Nenek Al-Bazdawi menjadi salah satu murid Maturidi. Dari orang tuanya,
Al-Bazdawi dapat menerima ajaran-ajaran Maturidi. Kemudian Al-Bazdawi dalam
perkembangan pemikirannya, mempunyai salah seorang murid iaitu Najm Al-Din
Muhammad Al-Nasafi dengan karyanya Al-‘Aqaidul Nasafiyah. Dengan demikian yang
dimaksud golongan Bukhara adalah pengikut-pengikut Al-Bazdawi didalam aliran Al-
Maturidiyah, yang mempunyai pendapat lebih dekat kepada pendapat-pendapat Al-
Asy’ari. Namun walaupun sebagai aliran Maturidiyah, Al-Bazdawi tidak selamanya
sefahaman dengan Maturidi. Ajaran-ajaran teologinya banyak dianut oleh umat yang
bermazhab Hanafi. Dan pemikiran-pemikiran Maturidiyah sampai sekarang masih hidup
dan berkembang dalam kalangan umat Islam.

Pokok –Pokok Ajaran Al-Maturidiyah


1. Akal dan wahyu
Dalam pemikiran teologinya, Al-Maturidi mendasarkan pada Al-Qur’an dan akal. Dalam hal ini, ia
sama dengan Al-Asy’ari. Namun bahagian yang diberikannya kepada akal lebih besar daripada
yang diberikan oleh Al-Asy’ari.
Menurut Al-Maturidi, mengenali Tuhan dan kewajiban mengenali Tuhan dapat diketahui dengan
akal. Kemampuan akal dalam mengetahui kedua hal tersebut sesuai dengan ayat-ayat Al-Qur’an
yang memerintahkan agar manusia menggunakan akal dalam usaha memperoleh pengetahuan
dan keimanannya terhadap Allah melalui pengamatan dan pemikiran yang mendalam tentang
makhluk ciptaannya. Kalau akal tidak mempunyai kemampuan memperoleh pengetahuan
tersebut, tentunya Allah tidak akan memerintahkan manusia untuk melakukannya. Dan orang
yang tidak mahu menggunakan akal untuk memperoleh iman dan pengetahuan mengenai Allah
bererti meninggalkan kewajiban yang diperintahkan ayat-ayat tersebut. Namun, akal menurut
Al-Maturidi tidak mampu mengetahui kewajiban-kewajiban lainnya. Dalam masalah baik dan
buruk, Al-Maturidi berpendapat bahawa penentuan baik dan buruknya sesuatu itu terletak pada
sesuatu itu sendiri, sedangkan perintah atau larangan syari’ah hanyalah mengikuti ketentuan
akal mengenai baik dan buruknya sesuatu. Beliau mengakui bahawa akal tidak selalu mampu
membezakan antara yang baik dan yang buruk, namun terkadang pula mampu mengetahui
sebahagian baik dan buruknya sesuatu. Dalam keadaan demikian, wahyu diperlukan untuk
dijadikan sebagai pembimbing.
Al-Maturidi membagi kaitan sesuatu dengan akal pada tiga macam, iaitu:
i) Akal dengan sendirinya hanya mengetahui kebaikan sesuatu itu;
ii) Akal dengan sendirinya hanya mengetahui keburukan sesuatu itu;
iii) Akal tidak mengetahui kebaikan dan keburukan sesuatu, kecuali dengan petunjuk ajaran
wahyu.
Tentang mengetahui kebaikan atau keburukan sesuatu dengan akal, Al-Maturidi sependapat
dengan Mu’tazilah. Hanya saja bila Mu’tazilah mengatakan bahawa perintah melakukan yang baik
dan meninggalkan yang buruk itu didasarkan pada pengetahuan akal, Al-Maturidi mengatakan
bahawa kewajiban tersebut harus diterima dari ketentuan ajaran wahyu saja. Dalam persoalan
ini, Al-Maturidi berbeza pendapat dengan Al-Asy’ari. Menurut Al-Asy’ari, baik atau buruk itu
terdapat pada sesuatu itu sendiri. Sesuatu itu dipandang baik kerana perintah Syara’ dan
dipandang buruk kerana larangan Syara’. Jadi yang baik itu baik kerana perintah Allah dan yang
buruk itu buruk kerana larangan Allah. Pada konteks ini, Al-Maturidi berada pada posisi tengah
dari Mu’tazilah dan Al-Asy’ari.

2. Kehendak Mutlak Tuhan dan Keadilan Tuhan


Dalam memahami kehendak mutlak dan keadilan Tuhan, aliran ini terpisah menjadi dua iaitu
Maturidiyah Samarkand dan Maturidiyah Bukhara. Pemisahan ini disebabkan perbezaan
keduanya dalam menentukan bahagian penggunaan akal dan pemberian batas terhadap
kekuasaan mutlak Tuhan. Kefahaman tentang ‘Free will’ dan ‘Free act’ serta adanya batasan bagi
kekuasaan mutlak Tuhan, kaum Maturidiyah Samarkand mempunyai posisi yang lebih dekat
kepada Mu’tazilah, tetapi kekuatan akal dan batasan yang dberikan kepada kekuasaan mutlak
Tuhan lebih kecil dari pada yang diberikan aliran Mu’tazilah.
Kehendak mutlak Tuhan, menurut Maturidiyah Samarkand, dibatasi oleh keadilan Tuhan. Tuhan
adil bererti segala perbuatan-Nya adalah baik dan tidak mampu untuk berbuat buruk serta tidak
mengabaikan kewajiban-kewajiban-Nya terhadap manusia. Oleh itu, Tuhan tidak akan memberi
beban yang terlalu berat kepada manusia dan tidak sewenang-wenang dalam memberi hukum
kerana Tuhan tidak dapat berbuat zalim. Tuhan akan memberikan upah atau hukuman kepada
manusia sesuai dengan perbuatannya.
Adapun Maturidiyah Bukhara berpendapat bahawa Tuhan mempunyai kekuasaan mutlak. Tuhan
berbuat apa saja yang dikehendaki-Nya dan menentukan segala-galanya. Tidak ada yang dapat
menentang atau memaksa Tuhan dan tidak ada larangan bagi Tuhan. Dengan demikian, dapat
diambil pengertian bahawa keadilan Tuhan terletak pada kehendak mutlak-Nya, tidak ada satu
zat pun yang lebih berkuasa daripada-Nya. Dan tidak ada batasan-batasan bagi-Nya. Maka
jelaslah bahawa aliran Maturidiyah Samarkand lebih dekat dengan Asy’ariyah.
Lebih jauh lagi Maturidiyah Bukhara berpendapat bahawa ketidakadilan Tuhan haruslah
difahami dalam konteks kekuasaan dan kehendak mutlak Tuhan. Secara jelas Al-Bazdawi
mengatakan bahawa Tuhan tidak mempunyai tujuan dan tidak mempunyai unsur pendorong
untuk menciptakan kosmos, Tuhan berbuat sekehendak-Nya sendiri. Ini bererti bahawa alam
tidak diciptakan Tuhan untuk kepentingan manusia atau dengan kata lain konsep keadilan Tuhan
bukan diletakkan untuk kepentingan manusia, tetapi pada Tuhan sebagai Pemilik mutlak.

3. Sifat-Sifat Tuhan
Berkaitan dengan sifat Tuhan, dapat ditemukan persamaan pemikiran antara Al-Maturidi dan Al-
Asy’ari seperti dalam pendapat bahawa Tuhan mempunyai sifat-sifat seperti Sama’, Bashar dan
sebagainya. Walaupun begitu, pengertian Al-Maturidi tentang sifat Tuhan berbeza dengan Al-
Asy’ari. Al-Asy’ari mengertikan sifat Tuhan sebagai sesuatu yang bukan dzat, malainkan
bersandar pada dzat itu sendiri, sedangkan menurut Al-Maturidi, sifat tidak dikatakan sebagai
esensi-Nya dan bukan pula dari Esensi-Nya. Sifat-sifat Tuhan itu mulazamah (ada bersama) dzat
tanpa terpisah (unnaha lam takun ain al dzat wa la hiya ghairuhu). Fahaman Al-Maturidi tentang
makna sifat Tuhan cenderung mendekati fahaman Mu’tazilah. Perbezaannya, Al-Maturidi
mengakui adanya sifat-sifat Tuhan, sedangkan Mu’tazilah menolak adanya sifat-sifat Tuhan.
Sementara itu Maturidiyah Bukhara, yang juga mempertahankan kekuasaan mutlak Tuhan,
berpendapat bahawa Tuhan mempunyai sifat-sifat. Persoalan banyak yang kekal mereka
selesaikan dengan mengatakan bahawa sifat-sifat Tuhan kekal melalui kekekalan yang terdapat
dalam esensi Tuhan dan bukan melalui kekekalan sifat-sifat itu sendiri; juga dengan mengatakan
bahawa Tuhan bersama-sama sifat-Nya adalah kekal, tetapi sifat-sifat itu sendiri tidaklah kekal.
Aliran Maturidiyah Bukhara berbeza dengan Asy’ariyah. Sebagaimana aliran lain, Maturidiyah
Bukhara juga berpendapat bahawa Tuhan tidak mempunyai sifat-sifat jasmani. Ayat-ayat Al-
Qur’an yang menggambarkan Tuhan mempunyai sifat-sifat jasmani haruslah diberi takwil.
Maturudiyah Samarkand sependapat dengan Mu’tazilah dalam menghadapi ayat-ayat yang
memberi gambaran Tuhan bersifat dengan menghadapi jasmani ini, Al-Maturidi mengatakan
bahawa yang dimaksud dengan tangan, muka, mata, dan kaki adalah kekuasaan Tuhan.
4. Melihat Tuhan
Al-Maturidi mengatakan bahawa manusia dapat melihat Tuhan. Firman Allah dalam Surah Al-
Qiyamah ayat 22 dan 23. Al-Maturidi lebih lanjut mengatakan bahawa Tuhan kelak di akhirat
dapat dilihat dengan mata, kerana Tuhan itu wujud walaupun ia immaterial. Namun melihat
Tuhan, kelak di akhirat tidak sama dengan keadaan di dunia. Maturidiyah Samarkand sejalan
dengan Asy’ariyah dalam hal Tuhan dapat dilihat. Sebagaimana yang dijelaskan Al-Maturidi
bahawa melihat Tuhan itu merupakan hal yang pasti dan benar, tetapi tidak dapat dijelaskan Al-
Maturidi bahawa melihat Tuhan itu merupakan hal yang pasti dan benar, tetapi tidak dapat
dijelaskan bagaimana cara melihatnya. Ayat 103 Surah Al-An’am yang dijadikan dalil oleh Al-
Maturidi dalam mendukung pendapatnya bahawa Tuhan dapat dilihat dengan mata. Demikian
pula Maturidiyah Bukhara juga sependapat dengan Asy’ariyah dan Maturidi Samarkand bahawa
Tuhan dapat dilihat dengan mata kepala. Al-Bazdawi mengatakan bahawa Tuhan kelak
memperlihatkan diri-Nya untuk kita lihat dengan mata kepala, menurut apa yang Dia kehendaki.

5. Kalam Tuhan
Aliran Maturidiyah Bukhara dan Maturidiyah Samarkand berpendapat bahawa Al-Qur’an itu
adalah kekal tidak diciptakan. Maturidiyah Bukhara berpendapat, sebagaimana dijelaskan oleh
Bazdawi, kalamullah (Al-Qur’an) adalah sesuatu yang berdiri dengan dzatnya, sedangkan yang
tersusun dalam bentuk Surah yang mempunyai akhir dan awal, jumlah dan bagian, bukanlah
kalamullah secara hakikat, tetapi disebut Al-Qur’an dalam pengertian kiasan (majaz).
Maturidiyah Samarkand mengatakan bahawa Al-Qur’an adalah kalamullah yang bersifat kekal
dari Tuhan, sifat yang berhubungan dengan dzat Tuhan dan juga qadim. Kalamullah tidak
tersusun dari huruf dan kalimat sebab huruf dan kalimat itu diciptakan.
Menurut Al-Maturidi, Mu’tazilah mamandang Al-Qur’an sebagai yang tersusun dari huruf-huruf
dan kata-kata, sedangkan Al-Asy’ari memandangnya dari segi makna abstrak. Kalam Allah
menurut Mu’tazilah bukan merupakan sifat-Nya dan bukan pula dari dzatNya. Al-Qur’an sebagai
sabda Tuhan bukan sifat, tetapi perbuatan yang diciptakan Tuhan dan tidak bersifat kekal.
Pendapat ini diterima Al-Maturidi, namun Al-Maturidi lebih suka menggunakan istilah hadis
sebagai pengganti Makhluk untuk sebutan Al-Qur’an.

6. Perbuatan manusia
Menurut Al-Maturidi, tidak ada sesuatu yang terdapat dalam wujud ini, kecuali semuanya atas
kehendak Tuhan, dan tidak ada yang memaksa atau membatasi kehendak Tuhan, kecuali kerana
ada hikmah dan keadilan yang ditentukan oleh kehendak-Nya sendiri. Oleh kerana itu, Tuhan
tidak wajib berbuat ash-shalah wa al-ashlah (yang baik dan terbaik bagi manusia). Setiap
perbuatan Tuhan yang bersifat mencipta dan kewajiban-kewajiban yang dibebankan kepada
manusia tidak lepas dari hikmah dan keadilan yang dikehendaki-Nya. Kewajiban-kewajiban
tersebut antara lain:
Aliran Maturidiyah berpendapat bahawa pada dasarnya yang menerbitkan perbuatan itu adalah
dua qudrah, iaitu qudrah Tuhan dan Qudrah hamba, tetapi yang menjadikan perbuatan itu adalah
Qudrah Allah semata.
“Tuhan tidak akan membebankan kewajiban-kewajiban kepada manusia di luar kemampuannya
kerana hal tersebut tidak sesusi dengan keadilan, dan manusia juga diberi kemerdekaan oleh
Tuhan dalam kemampuan dan perbuatannya”.
“Hukuman atau ancaman dan janji terjadi kerana merupakan tuntutan keadilan yang sudah
ditetapkan-Nya”.

7. Pengutusan Rasul
Akal selamanya tidak mampu mengetahui kewajiban yang dibebankan kepada manusia, seperti
kewajiban mengetahui baik dan buruk serta kewajiban lainnya dari syariat yang dibeban kepada
manusia. Oleh itu, menurut Al-Maturidi, akal memerlukan bimbingan ajaran wahyu untuk
mengetahui kewajiban-kewajiban tersebut. Jadi, pengutusan rasul berfungsi sebagai sumber
informasi. Meninggalkan ajaran wahyu yang disampaikan rasul bermakna manusia telah
membebankan sesuatu yang berada di luar kemampuannya kepada akalnya.
Pandangan Al-Maturidi ini tidak jauh berbeza dengan pandangan Mu’tazilah yang berpendapat
bahawa pengutusan rasul ketengah-tengah umatnya adalah kewajiban Tuhan agar manusia
dapat berbuat baik dan terbaik dalam kehidupannya.

8. Pelaku dosa besar (Murtakib Al-Kabir)


Al-Maturidi berpendapat bahawa orang yang berdosa besar tidak kafir dan tidak kekal di dalam
neraka walaupun dia mati sebelum bertaubat. Hal ini kerana Tuhan telah menjanjikan akan
memberikan balasan kepada manusia sesuai dengan perbuatannya. Kekal di dalam neraka adalah
balasan untuk orang yang berbuat dosa syirik. Dengan demikian, berbuat dosa besar selain syirik
tidak akan menyebabkan pelakunya kekal di dalam neraka. Oleh kerana itu, perbuatan dosa besar
(selain syirik) tidaklah menjadikan seseorang kafir atau murtad. Menurut Al-Maturidi, iman itu
cukup dengan tashdiq dan iqrar, sedangkan amal adalah penyempurnaan iman. Oleh kerana itu,
amal tidak akan menambah atau mengurangi esensi iman, kecuali hanya menambah atau
mengurangi sifatnya saja. Al-Maturidi mengatakan bahawa yang benar mengenai orang mukmin
yang berdosa ialah menyerahkan persoalan persoalan mereka kepada Allah. Jika Allah
menghendaki, maka dia mengampuni mereka sebagai kurniaan, kebaikan dan rahmatnya,
sebaliknya jika Allah menghendaki, maka Allah menyeksa mereka sesuai dengan kadar dosa
mereka, Namun, mereka tidak akan dikekalkan dalam neraka. Dengan demikian, orang mukmin
berada di antara harapan dan kecemasan. Allah boleh saja menghukum dosa kecil, sebagaimana
dia telah berfirman:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni
segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang
mempersekutukan Allah, Maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar”.
Dengan begitu perlu diketahui bahawa golongan atau kelompok Asy’ariyah dan Maturidiyah
adalah dua kelompok besar madzhab akidah pada eranya masing-masing dan pada wilayahnya
masing-masing, Asy’ariyah di Bashrah dan Maturidiyah berada di Kazakhstan.
Keduanya memiliki lawan bicara yang sama iaitu Mu’tazilah. Semoga huraian diatas memberi
manfaat dan menambah khazanah ilmu kita agar kita tidak mudah menganggap sesat suatu
golongan sebelum mengkaji dan meneliti lebih dalam lagi; kerana kita membaca bukan agar kita
sefahaman dengan orang yang tulisannya kita baca melainkan agar kita lebih cerdas menangkap
intisari dari semua yang kita baca.

Anda mungkin juga menyukai