Anda di halaman 1dari 4

UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN MPW 2133 PENGAJIAN MALAYSIA SHORT TRIMESTER 201110

PANDUAN MENJAWAB TUGASAN BERKUMPULAN

ARAHAN DAN PANDUAN AM :

Tugasan ini berasaskan kepada satu soalan yang akan dibuat secara berkumpulan. Saiz kumpulan adalah dalam lingkungan 56 orang (dari kursus yang sama). bersaiz 12 point, langkau dua barisan (double spacing), dan perenggan yang diseragamkan di kiri dan kanannya (justify) ke atas kertas A4 berwarna putih pada sebelah muka kertas sahaja. Pastikan muka hadapan tugasan anda dinyatakan dengan jelas perkara seperti nama universiti, nama fakulti, nama kursus, tajuk tugasan, nama pensyarah, nama pelajar (disusun mengikut huruf pertama nama), nombor matrik, major dan tahun pengajian pelajar. (seperti yang disediakan) Senarai isi kandungan perlu dicatatkan bersama nombor muka surat pada helaian pertama. Semua tugasan mesti mempunyai format berikut: Muka Hadapan, Pengenalan, Kandungan dan Analisis, Penutup, Rujukan dan Lampiran (jika ada). Penghuraian isi kandungan mesti melebihi 2500 patah perkataan, minimum 15 muka surat (tidak termasuk muka hadapan, rujukan dan lampiran). Semua rujukan dan nota kaki mestilah berasaskan format American Psychology Association (APA). Seperti contoh: (Tahun) (Judul Buku)

1. Tugasan yang disampaikan harus ditaip dengan menggunakan Times New Roman

2.

3.

4. 5.
6.

(Nama penulis)

Asnarulkhadi Abu Samah, Jayum A. Jawan (ed.)(1997). Kenegaraan Malaysia, Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia. (Tempat ) (Penerbit)

RUJUKAN Contoh : Buku: Asnarulkhadi Abu Samah, Jayum A. Jawan (ed.) (1997). Kenegaraan Malaysia, Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia. Internet: ______(2006). Warisan Budaya Malaysia adat resam, di petik pada 7 Oktober 2006, dari http://www.idesa.net.my. Artikel dari majalah: Goodstein, C. (1995, September 12). Healers from the deep. American Health, 34, 35, 39. Artikel dari surat khabar: Fernandez, T. (2007, October 4). Keep this neighbour at arms length. The Sun. p.26. Nota kaki: Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail, Zaini Othman (2005). Kenegaraan Malaysia, Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm 95. Petikan (dalam esei): _________ (Asnarulkhadi dan Jayum, 1997) Lampiran Keratan Akhbar Petikan Ucapan Soalan Soal Selidik / Temuramah, dll.

7. Plagiarisme tidak dibenarkan, dianggap sebagai tidak sah dan tidak akan diberikan
sebarang markah. Petikan kata-kata, pandangan ataupun tulisan orang lain perlu diberi pengiktirafan rujukan kepada penulis atau rujukan. Sekiranya tiada sumber rujukan, tugasan dianggap tidah sah. 8. Minimum 8 rujukan perlu diberikan. 9. Tugasan mestilah dihantar pada minggu Kelima (5). Tugasan yang dihantar tidak menepati masa tidak akan dilayan dan tidak diberi markah. 10. Pembahagian markah seperti berikut: Aspek Pengenalan Kandungan/Huraian/Analisis Kesimpulan Format dan Mutu Kerja Jumlah Markah 5 35 5 5 50

SOALAN TUGASAN BERKUMPULAN OKTOBER 2011

1. Perang saudara yang meletus di kebanyakan negeri di Tanah Melayu telah menjadi salah satu sebab utama yang mempercepatkan perluasan kuasa British ke atas Tanah Melayu. Bincangkan. 2. Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia. Walaupun demikian, ianya boleh dipinda dan telahpun dipinda. Analisiskan rasional pindaan dan kesannya ke atas negara. 3. Konsep Pengasingan Kuasa merupakan satu corak pentadbiran yang diamalkan di Malaysia. Bincangkan. 4. Polarisasi etnik ialah satu fenomena yang lumrah dan sepatutnya tidak harus dilihat sebagai satu masalah kepada perpaduan etnik di negara kita. Nilaikan pernyataan ini dengan mengaitkannya dengan model-model integrasi nasional. 5. Slogan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara merupakan satu slogan yang menyeru golongan belia negara ini menjadi lebih bertanggungjawab dan beretika. Bincangkan peranan dan fungsi belia bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang berjaya. 6. Konsep 1 Malaysia merupakan satu konsep yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk menjana perpaduan nasional. Jelaskan cabaran-cabaran yang perlu di harungi kerajaan untuk menjayakan tujuan tersebut. 7. Malaysia sentiasa berusaha mengukuhkan dasar luar negaranya melalui penglibatan dan penyertaan secara aktif dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Bincangkan. 8. Matlamat umum Pelan Integriti Nasional (PIN) adalah untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Jelaskan langkah-langkah yang sesuai untuk melaksanakan matlamat tersebut. 9. Kerajaan tempatan merupakan salah satu organisasi yang diwujudkan bagi melicinkan pentadbiran awam dan ianya di bawah kuasa kerajaan negeri. Namun terdapat pelbagai masalah yang timbul dalam pentadbiran kerajaan tempatan. Bincangkan. 3

10. Sebagai sebuah badan pelaksana demokrasi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah berjaya menjalankan peranannya dalam mengurus tabdir sistem pilihan raya di Malaysia secara profesional. Profesionalisme SPR harus sentiasa dipertingkatkan. Bincangkan langkah-langkah yang sesuai bagi memperkasa profesionalisme SPR.

Anda mungkin juga menyukai