adalah salah satu amalan gaya hidup sihat. Amalan gaya hidup sihat merupakan satu proses atau amalan kesihatan ke arah perubahan hidup. Ianya bermaksud kesihatan sangatlah diutamakan bagi mencegah diri daripada penyakit yang berbahaya. Kini, kita melihat ‘trend’ mereka yang mudah terpengaruh dengan benda-benda yang tular. Kalau dahulu, sewaktu mula- mula demam ‘cheese’ melanda, semua orang ingin memasukkan keju dalam menu mereka. Justeru, kita melihat trend yang menggunakan resipi baharu seperti pisang cheese, popia cheese, nasi lemak cheese dan sebagainya. Pendek kata, banyak orang yang ingin menambah keju dalam menu mereka dan kemudian ia akan tular dalam sekelip mata dan pasti ramai yang akan mengikutinya.
Terkini, kita dipopularkan dengan ‘trend’ yang baharu walaupun
pada asalnya ia sudah lama wujud, iaitu minuman boba. Popularitinya mula meningkat apabila timbulnya The Alley, Tealive, Boba Milk Tea dan sebagainya.
Gelombang Korea Selatan bukan sahaja melalui pengaruh artis-
artis K-Pop malah melalui sajian makanan korea yang mula tular dengan pembukaan banyak restoran-restoran seperti Myodong Topokki, K-Fry, 4-Fingers, Sopoong dan lain-lain. Pemakanan makanan pedas yang ibarat seperti membakar lidah dikatakan sedap dan mula jadi kegilaan remaja Malaysia.
Banyak lagi ‘trend’ yang wujud. Ia tular disebabkan oleh ramai
pengguna dan juga pelanggan yang mencuba serta para peniaga sendiri yang cuba mevariasikan strategi pemasarannya yang tersendiri.
Namun, cuba duduk sejenak dan tanya kembali, anda makan
makanan yang tular tersebut untuk mengikut ‘trend’ atau kerana apa?
Tahukah anda, apa yang anda makan itu mencerminkan
kesihatan dalaman anda. Mungkin anda tidak dapat mengaitkan ia dengan situasi masa sekarang, namun cuba fikir bagaimana kesihatan anda untuk sepuluh sehingga dua puluh tahun akan datang.
Ayuh kita mencari solusi terbaik dan membuat keputusan dalam
pemilihan makanan yang berkhasiat sesuai dengan gaya hidup dan kesihatan yang diinginkan.