Anda di halaman 1dari 1

masak

Cari Carian Bestari

Maklumat Kata 

Kamus Bahasa Melayu

masak masak

[ma.saʔ] | ‫ماسق‬

Definisi : 1. sudah tua dan boleh dimakan (buahbuahan dll), matang: jangan diambil pisang itu, biarlah ~ di
pokok; ~ ranum sangat masak (buah-buahan); 2. sudah empuk, tidak mentah lagi (barang makanan yg
direbus, digoreng, dll): baru separuh ~ Pak Pandir pun tampil-lah meratah daging itu; nasi belum ~ lagi; 3.
cara membuat masakan (gulai dll): ~ dalca; ~ lemak; tukang ~ orang yg memasak makanan; 4. ki sudah tahu
atau faham benar (kelakuan orang dll), sudah difikirkan (dipertimbangkan) dgn teliti, sudah diputuskan
(sesuatu perkara dll), sudah sempurna, matang: hamba sudah ~ dgn segala kejadian yg berlaku di sekeliling
hamba; sebelum memberi kepu-tusan, perkara itu harus difikirkan ~-~ dahulu; apabila ~lah sudah perjanjian
itu, maka barulah pulang ke Melaka; ~ ajar a) sudah cukup mendapat didikan (ajaran); b) mempunyai sopan-
santun; ~ akal matang pemikiran; ~ niatnya mempunyai niat yg tetap; ~ tangan sudah selalu benar kena
tampar atau tempeleng; makan ~ mentah prb tidak membezakan yg halal dan yg haram; ~ buah rumbia prb
perihal sesuatu yg mustahil terjadi (diperoleh); ~ di luar, mentah di dalam prb nampaknya baik sebenarnya
jahat; ~ malam, mentah pagi (siang) prb sesuatu perkara yg telah ditentukan tetapi kemudiannya berubah
pula; semasak selama masa yg perlu supaya (buahbuahan, nasi yg ditanak, dll) menjadi masak: ~ buah
piama; bermasak yg sudah dimasak (air, makanan, dll): lebih baik kalau dibasuh tangan dgn air yg sudah ~;
bermasak-masak sedang membuat laukpauk (kuih-muih dll); kelengkapan ~ alat atau perkakas yg digunakan
utk membuat makanan; bermasakan, bermasak-masakan sedang masak (buah-buahan): kelihatan buah padi
kuning spt emas ~; memasak, mempermasak sl membuat laukpauk (kuih-muih dll), mengolah makanan
supaya masak: ia menolong ibunya ~ dan mencuci kain baju; ~ air memanaskan air hingga mendidih; ~ nasi
menanak nasi; ~ ubat membuat ubat; memasak-masak 1. membuat bermacammacam kuih (lauk-pauk dll):
dan Rosita pun telah selesai pula ~ ala kadarnya; 2. = masak-memasak cara memasak bermacam-macam
jenis makanan (kuih-muih, lauk-pauk, dll): di kampung itu diadakan kelas masak-memasak; memasakkan 1.
memasak utk, membuat makanan utk: ia ~ suaminya sayur keladi; 2. membuat supaya masak, menjadikan
masak: kalau belum masak nasi tolonglah masakkan; musim panasnya yg panjang dan kering dapat ~ padi; 3.
ki memikirkan, mempertimbangkan, dll sesuatu perkara dgn teliti: Raja Farquhar itu pergi bertemu dgn dia ke
Riau, hendak ~ perjanjiannya itu; masakan 1. sesuatu yg dimasak (kuih-kuih, lauk-pauk, dll): kalau hari-hari
dapat mema-kan ~ yg lazat-lazat spt ini, tentulah gemuk aku nanti; 2. cara memasak: ~ daging; ~ lemak; 3. Id
bukan yg sebenarnya, buatan, olahan; pemasakan perihal (kerja, proses, dsb) memasak; pemasak 1. orang
yg kerjanya memasak, tukang masak; 2. alat (perkakas) utk memasak; 3. Mn rempah-rempah. (Kamus
Dewan Edisi Keempat)

Tesaurus

masak (adjektif)
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan tua, matang, ranum,
Berantonim dengan muda

2. Dalam konteks daging


bersinonim dengan empuk, lembut, lunak,
Berantonim dengan mentah

2. Bersinonim dengan matang: berpengalaman, berumur, dewasa, tua,


Berantonim dengan mentah

Kata Terbitan : memasak, masakan, pemasak,

Juga ditemukan dalam: 

Kamus Bahasa Melayu (311)

Kamus Bahasa Inggeris (108)

Istilah MABBIM (6)

Istilah Bahasa Melayu (152)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan (11)

Kamus Melayu Parsi (1)

Kamus Sains (1)

Kamus Thai Melayu Dewan (4)

Kamus Parsi(Beta) (1)

Bahasa Sukuan Bajau (1)

Bahasa Daerah (1)

Kamus Dewan Perdana (3)

Artikel Akhbar (21)

Artikel Majalah (13)

Ensiklopedia (22)

Buku (4)

Khidmat Nasihat (86)

Pantun (207)

Glosari Dialek Johor (20)

Glosari Dialek Kedah (22)

Glosari Dialek Kelantan (10)

Glosari Dialek Negeri Sembilan (5)

Glosari Dielek Melaka (11)

Glosari Dialek Pahang (9)

Glosari Dialek Pulau Pinang (12)

Perkhidmatan + 

Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar

Puisi

Asam jawa terlalu masak,


Masak tak boleh dijeruk lagi;
Hati saya terlalu rosak,
Rosak tak boleh dipujuk lagi.

Lihat selanjutnya... (145)

Peribahasa

Dibalik-balik bagai memanggang.

Bermaksud :

Difikirkan masak-masak.

Lihat selanjutnya... (62)

335

Look before you leap

Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang
risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).

Pukul anjing tengok-tengok tuannya

I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you
decide to marry another one.

Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi pukul anjing tengok-tengok tuannya . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan
yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Lihat selanjutnya... (11)

© 2017 Hak Cipta Terpelihara - Dewan Bahasa dan Pustaka.


Paparan terbaik Google Chrome versi 58 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN : Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.

Anda mungkin juga menyukai