Anda di halaman 1dari 7

DUNIA ISLAM TERKINI

Isu Palestin, satu-satunya isu yang paling lama diperjuangkan oleh umat
dan dunia Islam bukan sahaja tidak nampak jalan penyelesaiannya malah
keadaannya sekarang bertambah sukar apabila beberapa negara Dunia
Islam telah menormalisasikan hubungan diplomatik dengan Israel akhir
tahun ini.

Tindakan UAE, Bahrain, Sudan dan Maghribi yang telah menormalisasikan


hubungan dengan Israel menyukarkan lagi keadaan rakyat Palestin dalam
perjuangan menuntut tanah airnya. Tindakan tersebut juga menjadi duri
dalam daging kepada umat dan Dunia Islam yang selama ini
memperjuangkan pembebesan Palestin dari cengkaman regim zionis
Israel.

Saat ini dikhabarkan beberapa lagi negara Dunia Islam sedang dalam
proses untuk menormalisasikan hubungan dengan Israel. Samada benar
atau tidak, tindakan normalisasi ini juga sebenarnya meningkatkan lagi
permusuhan dan perseteruan dilkalangan negara-negara Dunia Islam yang
menyukarkan lagi perpaduan mahupun perdamaian dikalangan negara
Dunia Islam.

Keadaan ini sebenarnya memudahkan lagi musuh-musuh Islam untuk


memecah-belahkan perpaduan dan meningkatkan lagi permusuhan
sesama sendiri dalam kalangan negara Dunia Islam kerana kehancuran
perpaduan negara Dunia Islam adalah hadiah hasil dari usaha mereka
musuh-musuh Islam yang selama ini tidak pernah putus asa memecah-
belahkan Dunia Islam.

Yaman, satu lagi isu besar yang membabitkan Dunia Islam. Keadaan di
Yaman cukup membimbangkan kerana akibat daripada peperangan,
rakyat Yaman dikategorikan oleh PBB dalam keadaan amat daif dan
memasuki era kebuluran yang dianggap krisis kemanusiaan terburuk
dekad ini dimana ia amat memerlukan perhatian daripada seluruh dunia
terutamanya dari Dunia Islam.

Dengan kemusnahan infrastruktur asas akibat peperangan seperti


bekalan air bersih, sanitasi, eletrik serta kemusnahan rumah kediaman
dan perniagaan, rakyat Yaman menempuhi keadaan yang cukup sukar
untuk meneruskan kelangsungan hidup di tanah air mereka sendiri. Ini
tidak termasuk jumlah korban yang cukup besar akibat daripada
peperangan tersebut yang mencecah puluhan ribu orang.

Namun keadaan mungkin berubah apabila beberapa hari lalu di Riyadh,


Arab Saudi mengumumkan penubuhan kerajaan baharu Yaman yang turut
mendapat sokongan Turki. Namun semuanya mungkin hanya harapan
apabila pada Rabu 30 Disember, berlaku satu letupan besar di lapangan
terbang di Aden, Yaman yang mengorbankan 22 orang dikala pesawat
yang membawa anggota kabinet baharu Yaman mendarat di lapangan
terbang tersebut.

Iraq, selepas kejatuhan Saddam Hussien dan penaklukan Amerika


Syarikat pada Mei 2003 dipenuhi dengan konflik mahupun perang
saudara. Pembunuhan Qasem Soleimani oleh tentera Amerika Syarikat
pada 3 Januari 2020 di lapangan terbang Baghdad meranapkan lagi
harapan rakyat Iraq untuk melihat keamanan dan kemakmuran di negara
mereka.

Keadaan bertambah tegang di Iraq apabila berlaku serangan roket ke


atas Kedutaan Amerika Syarikat di Baghdad baru-baru ini sehingga
Donald Trump menjanjikan serang balas terhadap pihak yang
bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.

Keadaan tersebut semestinya mempunyai hubungkait dengan


perseteruan Amerika Syarikat dan Iran kerana Amerika Syarikat percaya
serangan tersebut dilakukan oleh pasukan separa tentera Iran yang
mempunyai pengaruh yang besar di Iraq.

Syria, sebuah lagi negara Dunia Islam yang sedang hebat dilanda konflik
baik dalam bentuk perseteruan geopolitk serantau serta antarabangsa
mahupun perang saudara. Konflik yang telah memasuki tahun ke
sembilan ini masih gagal ditangani dan tidak menampakkan jalan
penyelesaiannya.

Konflik di Syria dilihat sebagai konflik terbesar dekad ini di Asia Barat
kerana ia melibatkan banyak pihak seperti Amerika Syarikat, Rusia, Iran,
Israel dan Turki disamping Basyar Al-Assad sendiri. Walaupun pelbagai
inisiatif dan usaha dilakukan untuk meredakan keadaan, ia dilihat gagal
dan langsung tidak nampak tanda-tanda bahawa konflik di Syria akan
tamat dalam masa terdekat.
Menurut penganalisa geopolitik antarabangsa, jika keadaan di Syria
berjaya diredakan serta dikawal ianya bergantung juga kepada siapa yang
menjadi kuasa dominan yang mengawal Syria. Peperangan di Syria saat
ini bukan hanya sekadar mahu memegang tampuk kekuasaan di Syria
semata-mata tetapi juga untuk menjadi kuasa penentu kepada geopolitik
di rantau Asia Barat.

Lubnan, sebuah lagi negara Islam yang sedang dilanda konflik ketika ini.
Disaat Lubnan sedang berhadapan dengan krisis ekonomi yang hampir
melumpuhkan pembangunan dan pentadbiran negaranya, berlaku letupan
besar pada 4 Ogos lalu di pelabuhan di pinggir Beirut yang telah
mengakibatkan tidak kurang daripada 204 nyawa terkorban dan kerugian
lebih USD15 billion dalam bentuk harta benda.

Letupan tersebut mencetuskan pelbagai spekulasi terhadap masa depan


Lubnan termasuk juga hubungan Hizbullah dengan kerajaan Lubnan.
Tambahan pula selepas berlakunya letupan tersebut, Mahkamah Tribunal
PBB telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap anggota
Hizbullah yang dikatakan terbabit dalam pembunuhan bekas Perdana
Menteri Lubnan, Rafik Hariri. Pada Februari 2005.

Iran sudah tentunya termasuk dalam senarai negara Dunia Islam yang
mendapat perhatian meluas di seluruh dunia akibat perseteruannya
dengan Amerika Syarikat dan Israel. Konflik Iran dengan kedua-dua
negara terbabit senantiasa menjadi isu sensasi terutamanya apabila
membabitkan geopolitik Asia Barat.

Hubungan Iran dan Amerika Syarikat sedikit tenang ketika Barrack


Obama menjadi Presiden Amerika Syarikat namun kembali tegang apabila
Donald Trump mengambil alih Rumah Putih. Tindakan Trump menarik diri
dari perjanjian nuklear Iran atau JCPOA pada May 2018 menjadi titik tolak
perseteruan yang kembali memuncak antara kedua-dua negara.

Pembabitan Iran di Syria, Lubnan, Iraq dan juga Yaman memburukkan


perseteruan antara kedua-dua negara. Pembunuhan Qasem Solemani
pada 3 Januari 2020 di Baghdad telah mencetuskan kemarahan Iran
sambil berjanji akan bertindakbalas terhadap Amerika Syarikat dan
kepentingannya di Asia Barat.
Terbaharu, pembunuhan saintis nuklear ternama Iran Mohsen Fakhrizadeh
pada 27 November lalu dipinggir Baghdad yang dipercayai dilakukan oleh
Israel menambahkan lagi kemarahan Iran terhadap Amerika Syarikat. Ini
adalah kerana bagi Iran, segala tindakan Israel adalah sama seperti
tindakan Amerika Syarikat kerana kedua-dua negara tersebut mempunyai
kepentingan yang sama di Asia Barat, mempunyai hubungan yang cukup
akrab serta Amerika Syarikat adalah penjamin keselamatan tunggal Israel
di dunia.

Tambahan pula Israel kerapkali menyerang kepentingan dan aset


ketenteraan Iran di Syria mahupun Lubnan hingga ke saat ini yang dilihat
sebagai usaha mengekang pengaruh dan kekuatan Iran di kedua-dua
negara tersebut. Apa yang kelihatan oleh masyarakat dunia, Israel
menggangap Iran adalah ancaman kepada kewujudannya dan juga
ancaman kepada Amerika Syarikat dalam mengekalkan pengaruh serta
dominasi geopolitiknya di Asia Barat.

Qatar, sebuah lagi negara Dunia Islam yang berdepan dengan konflik
namun ia datang dengan konflik daripada negara-negara Dunia Islam
sendiri yang terdiri daripada Arab Saudi, Mesir, UAE dan Bahrain. Krisis
bermula apabila pada 5 Jun 2017, empat negara tersebut memulakan
pemulauan terhadap Qatar dengan menyekat laluan udara, darat dan
lautan yang menghubungkan negara mereka dengan Qatar.

Semuanya adalah kerana hubungan Qatar dengan Iran dan Ikhwanul


Muslimin serta tuduhan bahawa Qatar menjalinkan hubungan dengan
kumpulan militan seperti Al Qaeda yang dikatakan melanggar perjanjian
negara-negara teluk (GCC) yang ditandatangani pada 2014.

Semenjak daripada itu, hubungan antara Qatar dan empat negara


tersebut menjadi tegang sehinggalah baru-baru ini terdapat usaha yang
dimulakan oleh Arab Saudi untuk menyelesaikan krisis tersebut yang
berkemungkinan besar disebabkan oleh berakhirnya era Donald Trump di
Amerika Syarikat tidak lama lagi.

Kashmir, satu lagi isu yang menyayat hati umat Islam masih lagi tidak
nampak jalan penyelesaiannya. Ketika ini keadaan di Kashmir dilihat
semakin buruk apabila selepas diadakan pilihan raya tempatan baru-baru
ini dan dimenangi oleh parti-parti tempatan Kashmir, Kerajaan India telah
melakukan penangkapan besar-besaran ke atas ahli-ahli politik tempatan
Kashmir.
Namun yang menjadi bualan hangat dan isu besar dunia terhadap Kashmir
ialah apabila Kerajaan India pada Ogos 2019 menghapuskan atau
melucutkan status istimewa atau status separa autonomi Kashmir yang
bersangkutan dengan Artikel 370 Perlembagaan India.

Perlucutan Artikel 370 oleh Kerajaan India bukan sahaja menimbulkan


kemarahan rakyat Kashmir malah boleh dikatakan menimbulkan
kemarahan majoriti negara di dunia. Dalam satu keadaan, boleh
dikatakan tindakan India mampu mneyebabkan Kashmir akan menerima
nasib yang sama dengan Palestin.

Tindakan Kerajaan India tersebut meningkatkan lagi perseteruannya


dengan Pakistan yang sememangnya turut memperjuangkan nasib rakyat
Kashmir dimana sebahagian dari wilayah asal Kashmir dikawal oleh
Pakistan manakala baki kecil daripada wilayah asal Kashmir dikawal oleh
China.

Disamping konflik yang berlaku di negara Dunia Islam, terdapat juga


konflik ataupun penindasan serta kekejaman terhadap etnik Islam yang
menjadi minoriti di sesebuah negara seperti Rohingya di Rakhine,
Myanmar dan Uighur di Xinjiang, China.

Penindasan dan kekejaman terhadap dua etnik minoriti Islam ini


mendapat liputan meluas di seluruh dunia dan telah berlanjutan bertahun
lamanya namun sehingga ke hari ini, tiada penyelesaian yang konkrit dan
menyeluruh untuk menyelesaikan permasalahan ini termasuk dari PBB
dan badan tunggal organisasi Islam terbesar dunia seperti OIC.

Ini adalah catatan serba ringkas tentang apa yang berlaku kepada umat
dan Dunia Islam saat ini samada dalam bentuk konflik, peperangan
mahupun penindasan terhadap minoriti umat Islam dalam sesebuah
negara.

Jika dilihat hasil daripada semua ini, wujud jutaan pelarian umat Islam
yang bertebaran di seluruh dunia saat ini terutamanya di Eropah mahupun
Asia yang langsung tidak mendapat pembelaan dan perhatian. Mereka,
pelarian umat Islam ini dizalimi, ditindas dan tidak diperdulikan di kem-
kem sementara yang menempatkan mereka di serata dunia.
Ini tidak termasuk lagi kesengsaraan umat Islam yang masih berada di
negara-negara yang dilanda konflik mahupun negara asal mereka di mana
mereka adalah minoriti. Jika didalami masalah ini hingga ke akar umbi,
kita akan dapati bahawa permasalah utamanya adalah berpunca dari
kelemahan umat dan Dunia Islam itu sendiri serta tiada perpaduan yang
jelas dan nyata sesama umat mahupun Dunia Islam.

Kelonggaran mahupun ketidakpatuhan terhadap ajaran Islam yang


sebenar yang berpandukan Al-Quran dan Hadis turut juga menjadi
penyebab utama perpecahan dan perseteruan dalam kalangan umat dan
Dunia Islam. Akibat daripada ini, tiada langsung ukhuwah dan
persaudaraan terjalin di antara sesama umat dan Dunia Islam.

Maka di sini terpaparlah kelemahan dan kelesuan umat dan Dunia Islam
dan sewajarnya umat dan Dunia Islam mengakuinya untuk memperbaiki
serta memulihkan kembali imej dan kesucian Islam yang sememangnaya
sudah cukup tercalar di mata dunia.

Ketika Islam dan umatnya lemah, Islamofobia bermaharajalela


menyebabkan Islam dan umatnya serta Dunia Islam dipandang jijik, buruk
dan tidak bertamaddun.

Sewajarnya akibat daripada semua ini, Ia seharusnya menjadi titik


permulaan kepada perubahan menyeluruh yang mampu menguatkan serta
menyatupadukan seluruh umat dan Dunia Islam. Kelemahan ini wajar
diakui adalah punca utama perpecahan dan perseteruan dalam kalangan
umat dan Dunia Islam.

Oleh itu, umat dan Dunia Islam digesa berubah untuk mengembalikan
kesucian serta keagungan Islam, menguatkan lagi perpaduan dan
ukhuwah agar Islam dipandang tinggi dan umatnya dihormati.

Selagi mana perbalahan dan perseteruan berterusan, Islam dan umatnya


serta Dunia Islam akan mudah dimanipulasi dan diperdaya oleh musuh-
musuh Islam hingga akhirnya mampu menghancur ketamadunan dan
keluhuran yang dijaga dan dipelihara selama ini.

Sedarlah wahai umat dan Dunia Islam. Semoga Allah SWT membuka
pintu-pintu hati kita semua dan memberkati serta merahmati seluruh
umat dan Dunia Islam

Anda mungkin juga menyukai