Anda di halaman 1dari 19

Di pagi yang indah, dua orang pemuda melalui sebuah desa untuk pergi berdagang, sedang mereka

berjalan tiba-tiba muncul seekor monster Naga Tanah. Kedua-dua pemuda itu pun terkejut dan Naga
itu bertindak menyerang mereka. Alangkah baiknya nasib mereka, seorang pemuda berambut
perang datang menyelamatkan mereka. Pemuda itu mengalahkan Naga tersebut dengan sebilah
pedang. Beliau ialah pemuda dari pedesaan yang secara kebetulan melalui Kawasan itu. Pemuda itu
bernama Tatsumi. Ia memberitahu kepada para pedagang itu akan pergi ke ibu kota kerajaan dan
menjadi terkenal. Namun para pedagang mengingatkan bahawa di ibu kota lebih berbahaya dari
Naga Tanah yang ia kalahkan. Hal ini kerana, ibu kota merupakan tempat di mana manusia jahat
berada. Namun, Tatsumi tetap ke ibukota demi menjadi seorang tentera kerajaan.

Setibanya di kota, Tatsumi langsung merasakan kehidupan yang pahit di ibu kota. Ia tertipu
oleh seseorang. Orang itu berkata, Tatsumi harus menyuap pegawai kerajaan agar dapat menjadi
tentera. Kemudian, orang itu mengaku bahawa dia mempunyai kenalan pegawai atasan dan boleh
membantu Tatsumi menjadi seorang tentera, tetapi dengan bersyarat. Tatsumi harus
memberikannya sejumlah wang supaya dia boleh menyuap pegawai tersebut. Seterusnya, Tatsumi
memberikan kesemua wangnya kerana dia percaya kepada orang tersebut. Kepercayaannya yang
bulat-bulat itu justeru memakan dirinya kerana dia telah tersedar yang dia telah ditipu.

Selanjutnya, Tatsumi yang tak memiliki wang mencuba tidur di pinggir jalan. Kemudian ia
bertemu dengan seorang anak gadis bangsawan bernama Aria. Gadis itu membawa Tatsumi ke
kediamannya. Tatsumi bercerita bahawa ia tidak sendirian berangkat dari desa. Ia bersama dengan
dua temannya iaitu Ieyasu dan Sayo tetapi mereka terpisah kerana sekelompok perompak
menyerang mereka.

Baru semalaman dia berada di ibu kota, ia bertemu dengan kelompok pembunuh. Nama
kelompok itu adalah Night Raid dan berencana membunuh seluruh keluarga Aria. Namun, Aria pergi
ke gudang belakang kediamannya dengan seorang pengawal untuk menyelamatkan dirinya. Tatsumi
yang merasa ditolong pun berusaha melindungi Aria di gudang belakang itu. Ini adalah pertemuan
pertama Tatsumi dan Akame. Di sana juga rupanya ada orang yang menipu Tatsumi. Akame yang
terkenal boleh membunuh dengan pedang terkutuknya gagal membunuh Tatsumi. Namun, gadis
yang menipu bernama Leone menghentikan Akame.

Sementara itu, Leone menunjukkan kejahatan dari keluarga Aria. Leone membuka gudang
dan memperlihatkan kejahatan Aria dan keluarganya. Setelah Gudang dibuka, Tatsumi tersentak dan
terkaku kerana melihat keadaan didalam Gudang itu. Rupanya disana ada Ieyasu dan Sayo yang
disiksa hingga mati oleh Aria dan keluarganya. Aria menjelaskan bahawa orang dari desa adalah
orang yang tidak berguna di ibu kota ini dan Aria menyifatkan orang dari desa sebagai haiwan
ternak, dia merasa bebas melakukan apa pun terhadap mereka. Melihat kejadian itu, Akame
mengeluarkan pedangnya untuk membunuh Aria tetapi Tatsumi menghalang Akame. Dengan wajah
yang penuh dendam Tatsumi mengayunkan pedangnya kepada Aria. Setelah membunuh Aria,
Tatsumi pun dibawa oleh Night Raid.
Sebagai lanjutan, Tatsumi dibawa ke markas Night Raid dan diperkenalkan dengan anggota
lainnya. Leone benar-benar ingin menjadikan Tatsumi sebagai anggota Night Raid kerana dia melihat
kebolehan Tatsumi yang membunuh tanpa ragu. Ia bertemu dengan gadis pemalu pembawa gunting
raksasa Sheele. Seterusnya, ia bertemu dengan gadis lainnya yang cukup sombong bernama Mine.
Kemudian, Tatsumi berkenalan dengan Bulat yang memiliki kekuatan memanggil baju besi atau
dikenali sebagai incursio. Tatsumi juga berkenalan dengan Lubbock, si ahli benang besi. Kemudian,
Tatsumi juga bertemu kembali dengan Akame pemilik pedang terkutuk. Terakhir, Tatsumi bertemu
dengan pimpinan Night Raid yang sering dipanggil bos tau nama sebenarnya Najenda. Bos memiliki
otak yang cerdas dan kekuatan tangan yang dimodifikasi.

Bos menerangkan kepada Tatsumi bagaimana cara Night Raid berfungsi, beliau mengatakan
bahawa Night Raid adalah pasukan pemberontakan dan tujuan ditubuhkan adalah kerana ingin
menghapuskan para pembesar yang zalim dan kejam. Bulat adalah bekas tentera kerajaan. Namun ia
pergi mengkhianati kerajaan kerana sedar kezaliman yang merajalela.

“Kami bertiga bersumpah saat mati, kami akan mati bersama! Kita akan berjaya di ibu kota,
mendapatkan banyak wang dan Kita akan menyelamatkan desa miskin, kerana itu kita harus sentiasa
maju!” Itulah janji Tatsumi, Sayo dan Leyasu yang terngiang-ngiang di fikiran Tatsumi saat meziarahi
pusara dua orang sahabatnya. Pada awalnya, Tatsumi masih ragu untuk menyertai Night Raid, tetapi
dia teringat dengan janji-janjinya untuk terus maju dan banyaknya bujukan dari Leone akhirnya
Tatsumi menyertai Night Raid.

Dalam pada itu, bos menyuruh Akame mengambil alih untuk melatih Tatsumi. Pada suatu
hari Leone pulang dengan satu aduan daripada seorang Wanita mengatakan suaminya dibunuh oleh
Ogre, Wanita itu memohon anggota Night Raid membalas dendamnya. Ogre ialah seorang jenderal
di kekaisaran yang sangat kejam. Bermulalah misi pertama Tatsumi di Night Raid iaitu membunuh
Ogre.

Pada malam hari, Tatsumi pergi berjumpa Ogre di sebuah pasar, dia mengajak Ogre pergi ke
tempat yang sunyi. Setibanya di tempat yang sunyi, Tatsumi berpura-pura ingin menjadi orang
bawahan Ogre. Namun, hal itu gagal kerana Ogre menyedari niat sebenar Tatsumi sehingga
terjadilah pertarungan antara Tatsumi dan Ogre. Meski bersusah payah, Tatsumi berhasil
membunuh Ogre dengan pedangnya. Misi pertamanya pun berhasil.

Saban hari, Tatsumi berlatih bersungguh-sungguh berasama bulat. Bulat mengajarkan Teknik
menggunakan pedang. Di pagi hari, bos berjumpa dengan seorang tenteranya, dia diberitahu
tentang tukang pancung kepala yang kebelakangan ini suka berkeliaran di ibu kota. Tukang pancung
itu bernama Zank, Zank pada awalnya ialah seorang tukang pancung di penjara terbesar ibu kota,
kerana jumlah orang yang perlu dibunuh semakin banyak. Hari demi hari, dia terus membunuh.
Setelah melakukannya selama beberapa tahun, menebas kepala sudah menjadi kebiasaannya. Jadi,
kerana nafsu menebas di penjara masih belum puas, dia mulai membunuh secara sembarangan.
Bulat mengingatkan rakannya yang Zank mempunyai Teigu yang cukup kuat.
Di samping itu, Di Night Raid, Tatsumi diberitahu mengenai kekuatan senjata-senjata kuat
yang disebut Teigu. Rupanya terdapat senjata-senjata buatan raja sekitar seribu tahun yang lalu
dengan kekuatan yang luar biasa. Hal ini kerana senjata tersebut terbuat dari bahan-bahan monster
yang dibunuh dengan level legenda dan logam langka. Terdapat 48 teigu di dunia tersebut.
Termasuk senjata milik seluruh anggota Night Raid. Kesemua anggota Night Raid mempunyai Teigu
masing-masing kecuali Tatsumi.

Seterusnya, bermulalah misi selanjutnya anggota Night Raid untuk membunuh Zank. Di
malam hari, kesemua anggota Night Raid pergi ke ibu kota untuk mencari Zank, mereka berpecah
secara berduaan dan Tatsumi bersama Akame.

Zank telah menyedari kedatangan anggota Night Raid utnuk membunuhnya, dia telah
merancang helah untuk mengalahkan mereka. Kemudian, di satu Lorong yang gelap Tatsumi
berjumpa dengan Sayo, Tatsumi seakan tidak percaya dengan apa yang dia lihat, dia mengikuti Sayo
dan Akame tidak menyedari kehilangan Tatsumi. Setibanya di sebuah dataran, Sayo berhenti dan
memandangnya. Dia merasa sangat bersyukur kerana Sayo masih hidup. Tiba-tiba Sayo berubah. Dia
menyedari Zank telah menggunakan Teknik halusinasi untuk memperdayanya. Zank memiliki Teigu
dengan kekuatan penglihatan dan Kekuatan Teigu boleh membuat orang berhalusinasi dan juga
membaca pergerakan musuh. Kemudian,Tatsumi langsung menyerang Zank tetapi semua
serangannya tidak berkesan. Tatsumi nyaris tewas, namun ada Akame yang menyelamatkannya.
Zank mencuba memanipulasi Akame dengan cara menyerupai orang kesayangan Akame. Namun,
Akame menghayunkan pedangnya tanpa rasa ragu. Zank terkejut kerana Akame melawan
halusinasinya. Akame pun berhasil membunuh Zank dan membawa Teigu milik Zank.
Kini, tiba giliran Sheele melatih Tatsumi. Sheele melatihnya dengan cara memakaikannya
sebuah baju besi yang berat, dan tugasnya menyelam kedalam sungai untuk menangkap ikan. Ini
bertujuan untuk melatih ketahanan tubuh Tatsumi.

Kemudian hari, semua orang membuat misi masing-masing. Sheele dan Mine telah selesai
menjalankan misi. Namun, Ketika mereka menuju pulang ke markas pergerakan mereka itu diketahui
oleh seorang anggota polis kerajaan bernama Seiryu. Seiryu memiliki sebuah dendam dengan Night
Raid kerana telah membunuh ayahnya dan gurunya iaitu Ogre. Dia juga memiliki Teigu makhluk
hidup berupa seekor anjing dengan nama Coro. Teigu Coro ini boleh menyembuhkan tubuhnya
dengan cepat. Selain itu, Teigu ini juga boleh membuat banyak senjata bagi Seiryu. Mine dan Sheele
berusaha sedaya upaya menghadapi Coro dan Seiryu. Sheele Berjaya menebas kedua tangan seiryu
tetapi Seiryu menembak Sheele menggunakan mulutnya, ini kerana seluruh tubuh Seiryu telah
dimodifikasi dengan senjata.

Mine yang melawan Coro itu beberapa kali melepaskan tembakan.Namun, Coro masih
sangat kuat dan menyembuhkan diri, Mine ditangkap dan dipatahkan tulang lengannya, Sheele
datang membantu tetapi dia terperangkap sehingga Sheele tewas di sana dengan tragis. Sheele
dibunuh dengan teigu Coro tersebut dengan cara dia dibaham Coro dengan kejam. Kematian Sheele
membuat semua di Night Raid merasa sangat sedih.

Setelah kejadian itu, Bulat dan Tatsumi mendapat tugas untuk mengawal sebuah kapal.
Namun, mereka bertemu dengan tiga orang pengguna Teigu dari kerajaan. Salah satu musuh
tersebut adalah bekas guru Bulat dan boleh mengendalikan air. Bulat pun tidak mampu melawannya
sehingga Teigu-nya rosak.. Tatsumi pun mengambil alih senjata Bulat dan menggunakan Incursio
dengan baik, Sehingga seluruh musuh itu tewas. Tetapi, Bulat menerima luka yang parah dan dia
juga terkorban dalam pertarungan itu. Itu membuat Night Raid semakin melemah. Tatsumi ingin
membalas dendamnya.
Dalam pada itu,Bos Night Raid menyatakan bahwa Teigu terkuat adalah pengendali Ais.
Teigu itu awalnya berbentuk darah dan dimiliki oleh komandan wanita kerajaan bernama Esdeath.
Night Raid dalam bahaya kerana Esdeath telah Kembali ke ibu kota untuk memburu mereka. Bos
membuat keputusan untuk ke markas pusat untuk mencari anggota baru.

Melihat banyaknya kekacauan di kerajaan, Esdeath pun membentuk kumpulan khusus yang
disebut Jaeger. Kumpulan ini beranggotakan orang-orang yang memiliki senjata Teigu termasuk adik
Akame iaitu Kurome. Sementara itu, Esdeath sangat terpukau dengan wajah Tatsumi. Ia kemudian
jatuh cinta kepada Tatsumi. Namun, mereka berada di dua kubu yang berlawanan. Tatsumi berada
di pihak Night Raid sementara Esdeath adalah ketua tentera kerajaan. Esdeath juga tidak tahu
Tatsumi adalah seorang anggota Night Raid. Tatsumi juga pernah ditangkap oleh Esdeath dan
dijadikan kekasihnya, tetapi dia berjaya melarikan diri menggunakan Incursio.

Kini bermulalah misi Jeager untuk memburu Night Raid. Kemudian hari, bos telah pulang
dengan membawa dua anggota baru Bernama Chelsea dan Susanoo. Keduanya memiliki kekuatan
yang hebat.

Seiring berjalannya waktu, tiba-tiba muncul pula seorang pengacau bernama Syura yang
mengacau kedua-dua pihak Night Raid dan Jeager dengan monster peliharaannya. Kini kedua-dua
kumpulan beralih target kepada pengacau tersebut. Pada malam tersebut, Night Raid keluar
memburu pengacau itu. Kemudian, di sebuah gunung Tatsumi berjumpa dengan Esdeath. Mereka
diperangkap oleh pengacau itu, dia mempunyai kuasa teleportasi dan menghantar Tatsumi dan
Esdeath ke sebuah pulau terpencil. Esdeath justeru senang akan hal itu keran dia boleh bersama
dengan cinta hatinya, tetapi Tatsumi sebaliknya. Mereka berada di pulau itu selama beberapa hari
sehingga portal terbuka semula dan akhirnya mereka dapat pulang.

Kemudian, setelah monster pengacau itu telah dihapuskan oleh kedua-dua kumpulan. Kini,
tibalah masanya peperangan besar-besaran antara kumpulan Night Raid dan Jeager.Esdeath dapat
membaca tektik Night Raid Esdeath memecahkan kumpulannya kepada dua kumpulan iaitu dia akan
bersama Seiryu dan Run ke sebelah barat untuk mengejar Najenda. Kurome, Wave dan Bols akan ke
timur untuk mengejar Akame. Namun, Night Raid lebih bijak mengatur strategi, di barat itu hanyalah
umpan. Malah, kesemua anggota Night Raid ke timur, ini membuat kumpulan Jeager kalah jumlah.
Tetapi, Kurome memiliki Teigu yang sangat kuat iaitu ia dapat menghidupkan jasad manusia dan
monster yang telah mati. Di pertarungan itu, Kurome sangat gembira kerana berpeluang membunuh
kakaknya sendiri dan begitu juga dengan Akame. Hal ini kerana, Kurome menganggap kakaknya
berkhianat kepadanya kerana menyertai pasukan pemberontak.

Selepas itu, pertarungan mereka semakin sengit. Namun, Akhirnya anggota Jeager kalah dan
salah seorang daripada mereka tewas iatu Bols. Kurome dan Wave dapat melarikan diri. Chelsea
tidak berpuas hati dan dia mengejar Kurome untuk membunuhnya, akan tetapi Kurome sedar akan
hal itu dan menyerang Chelsea dengan dua mayat dihidupkannya. Chelsea dibunuh dengan kejam, ia
ditembak dan tubuhnya dicincang. Kepalanya digantung di tengah ibu kota sebagai tanda inilah
hukuman terhadap sesiapa yang melawan kerajaan.
Rentetan daripada itu, Night Raid telah bersatu dengan rakyat untuk menjatuhkan kerajaan
yang zalim. Setelah mengetahui hal tersebut, perdana menteri mengarahkan kumpulan Jeager dan
empat Iblis Rakshasa untuk menjaga Istana. Night Raid berjaya mengalahkan empat Iblis tersebut.
Kemudian, seorang perempuan meminta Tatsumi dan Lubbock ditugaskan untuk menyelamatkan
orang di gudang. Namun, itu adalah perangkap dari Syura. Syura ialah anak perdana menteri, dia
muncul kembali untuk menangkap Night Raid. Lubbock melawan Syura tetapi Syura sangat kuat,
Tatsumi ingin menolongnya tetapi ia dihalang Bodou iaitu seorang pengguna Teigu penguasa kilat
dan ia juga adalah jeneral besar kerajaan. Syura menghantar Lubbock ke dimensi lain menggunakan
kuasanya, tetapi Lubbock berjaya memerangkap dan mengheret Syura bersamanya menggunakan
Teigu benang besinya. Di dimensi itu Lubbock berjaya membunuh Syura.

Setelah kembali ke dimensi asal, Lubbock tidak dapat berlawan lagi kerana dia telah
kerahkan kesemua benangnya untuk melawan Syura dan Teigunya telah hancur. Lubbock akhirnya
dibunuh oleh Bodou dengan cara menikamnya dengan duri besi yang sangat tajam. Tatsumi
menyaksikan kematian sahabatnya itu, dia menangis dan mengamuk tetapi dia tidak mampu
melawan. Seterusnya, Tatsumi ditangkap dan dipenjarakan.
Semua anggota Night Raid seakan tidak mempercayai hal itu. Kemudian, Mine bertindak
ingin pergi menyelamatkan Tatsumi, tetapi Najenda menghalang kerana menyerang berseorangan
akan membawa padah. Najenda membuat strategi baru untuk menyelamatkan Tatsumi, mereka
akan menyerang di hari Tatsumi akan dihukum bunuh. Setelah tiba hari tersebut, mereka menyerang
Istana dan mereka perlu menghadapi Jeager. Najenda dan Susanoo menyerang Esdeath, manakala
Mine dan Leone menyerang Bodou. Akame menyelinap kedalam Istana untuk mengambil Teigu milik
Tatsumi yang dirampas. Kekuatan Najenda dan Susanoo tidak mempu melawan Esdeath dan
Susanoo terpaksa menggunakan teknik rahsianya, jika teknik itu digunakan sebanyak tiga kali, dia
akan mati. Namun, Susanoo telah menggunakannya sebanyak dua kali. Walaupun dia tahu akan hal
itu, dia tetap menggunakannya demi menyelamatkan sahabat-sahabatnya. Setelah menggunakan
teknik itu, dia masih tidak mampu mengalahkan Esdeath. Pada Akhirnya, Susanoo juga mati.

Seterusnya, Mine juga kesulitan menghadapi Bodou dan dia menggunakan segala kudratnya
untuk membunuh Bodou. Mine memberikan segala tenaga kepada senjatanya supaya kekuatan
senjatanya semakin meningkat. Akhirnya, dia berhasil membunuh Bodou dengan tembakan yang
sangat dasyat, tetapi senjata Mine hancur kerana tembakan itu dan Mine juga tidak berupaya lagi.
Setelah Tatsumi selamat, Night Raid mengundurkan diri. Akame datang dan memberi senjata kepada
Tatsumi. Tatsumi terus menggunakan Incursio untuk menyelamatkan Mine. Dia membawa Mine
kembali ke markas. Namun, di tengah perjalanan Mine menyuruh Tatsumi menurunkannya, dia
menyatakan rasa cintanya kepada Tatsumi dan memohon maaf kerana tidak mampu lagi untuk
bertahan hidup. Mine akhirnya menghembus nafasnya yang terakhir. Tatsumi terkaku dan menangis,
lalu dia menjerit sepenuh hatinya dengan menyebut nama “MINE!!!”
Setelah kejadian itu, Tatsumi tidak berhenti menyalahkan dirinya diatas kematian sahabat-
sahabatnya kerana pergi menyelamatkannya. Najenda menyuruh Tatsumi berhenti menyalahkan
dirinya dan dia berkata, “pekerjaan kita sangat berbahaya dan tiada siapa yang dapat melakukannya.
kematian adalah takdir yang telah ditetapkan, jadi bila-bila masa sahaja ianya boleh terjadi”.

Pada suatu malam, Kurome menghantar isyarat kepada Akame untuk berjumpa di sebuah
gudang lama. Akame tahu yang Kurome ingin menyelesaikan segala konflik antara mereka. Tatsumi
tahu akan hal tersebut dan dia ingin membantu Akame. Akame tidak membenarkannya kerana ini
adalah perlawanan antara mereka berdua. Kemudian, tibalah kedua-duanya di tempat terebut.
Mereka bersama-sama mengimbau kenangan semasa masih kecil, dan mereka sangat akrab. Sampai
satu waktu mereka dipisahkan dan berada dalam kumpulan yang berbeza tetapi tujuan mereka sama
iaitu menjadi tentera dibawah kerajaan. Akame menyedari jalannya itu salah dan dia keluar dari
kumpulan itu. Selepas itu, dia menyertai Night Raid. Dia pernah mengajak Kurome untuk
bersamanya tetapi Kurome enggan kerana baginya itu adalah perbuatan pengkhianatan dan kerana
itulah Kurome ingin membunuh kakaknya.

Selepas itu, mereka memulakan pertarungan. Keadaan kurome yang masih tidak sembuh
kerana peperangan menjadi celah untuk Akame memenangi perlawanan itu. Tiba-tiba Wave iaitu
sahabat Kurome dari kumpulan Jeager datang untuk membantunya. Namun tindakannya itu
dihalang oleh Tatsumi. Tatsumi berkata kepada Wave, “ ini adalah perlawanan antara mereka, kita
jangan masuk campur. Aku juga tidak merelakan Akame bertarung tetapi ini sahaja cara untuk
menyelesaikannya. Mereka sahaja yang lebih tahu apa yang terbaik untuk mereka”. Wave akhirnya
merelakan. Pertarungan mereka sangat sengit, tetapi akhirnya Akame berjaya mengalahkan Kurome
dengan menikam adiknya sendiri dengan pedang terkutuknya. Tatsumi dan Wave tergamam melihat
kejadian itu.

Selepas itu, Akame menyerahkan jasad adiknya kepada Wave dan mengucapkan terima
kasih kepada Wave kerana sanggup datang untuk menolong adiknya. Tatsumi menyambut Akame
yang sudah lelah, Akame berkata, “seorang lagi orang yang Aku sayang telah pergi”. Tatsumi faham
dengan keadaan Akame itu berkata, “ kita sudah banyak kehilangan orang tersayang, kau selalu
menyimpan perasaan sedih itu dan kau terlihat selalu ceria. Jadi, tidak apa-apa untuk kali ini kau
menangis dan melepaskan semuanya yang terbuku di hati”. Setelah itu, Akame lansung menangis
sepuas-puasnya dan melepaskan segalanya apa yang ia pendam selama ini.
Walau bagaimanapun, perjuangan masih berlanjut. Setelah segala kepahitan yang telah
dilalui oleh Night Raid. Kini tibalah peperangan terbesar dengan kerajaan. Seluruh rakyat
memberontak menetang kerajaan. Seterusnya, kerana sudah sangat terdesak, perdana menteri
menyuruh Raja menggunakan Teigu kerajaan yang sangat kuat untuk hentikan pemberontakan ini.
Teigu kerajaan ini adalah Teigu pertama yang dicipta, ia berupa sebuah baju besi atau robot yang
sangat besar. Leone pergi menangkap perdana menteri kerana dialah asbab Raja menjadi zalim
kerana hasutannya dan Leone berhasil menangkapnya. Akan tetapi, dia telah ditembak sebanyak
lima kali di bahagian perut sebelum menangkap perdana menteri dan menyerahkannya kepada
rakyat untuk memberikan hukuman. Pada saat itu juga Leone menghembuskan nafas terakhirnya.
Kumpulan Jeager akhirnya menyedari kebusukan kerajaan ini dan mereka bersama membantu Night
Raid untuk menumpaskan kerajaan ini.

Mereka bertarung habis-habisan, Tatsumi beberapa kali menyerang Raja, tetapi ia dibalas
dengan serangan yang amat dasyat. Wave membantu Tatsumi menyerang, tetapi ia juga tidak
mampu. Akibat serangan terlalu kuat, Tatsumi pengsan seketika. Ketika dia tidak menyedarkan diri,
bayangan Bulat datang dalam mimpinya, Bulat berkata, “Bangkitlah Tatsumi, Aku yakin kau mampu
melakukannya. Kau harus tetap melindungi yang lemah”. Tatsumi tersedar dan dia bangun dengan
bersemangat. Dia memanggil Incursio dan semangatnya yang membara membuar Incursio
direvolusikan menjadi lebih kuat.

Kemudian, dia menyerang Raja sekali lagi dengan penuh kudratnya. Hasilnya, dia berjaya
mengalahkan Raja itu. Namun, dia sudah menghabiskan segala tenaganya dan dia sudah tidak boleh
lagi diselamatkan kerana luka dan keadaan tubuhnya yang terlalu parah. Akame menyambut
Tatsumi dan memohon kepada Tatsumi supaya jangan mati. Namun, Tatsumi mengatakan dia sudah
tidak mampu lagi dan dia memohon maaf kepada Akame kerana memungkiri janji untuk bertahan
hidup. Tatsumi akhirnya juga menghembuskan nafas terakhir dan Akame melepaskan segala
kesedihannya.
Kini, untuk Night Raid hanya tinggal Akame dan Najenda. Perjuangan anggota Night Raid
yang gugur akan tercatat dalam sejarah sebagai pahlawan. Peperangan telah pun berakhir. Kini,
rakyat hidup sejahtera dibawah pemerintahan Najenda. Sedikit demi sedikit negara itu membangun
kembali.

Anda mungkin juga menyukai