Anda di halaman 1dari 2

PENEMUAN TERBARU: IBM BERJAYA CIPTA BATERI LEBIH BAIK DARI LITHIUM ION, BEBAS

PENCEMARAN
IBM Research kini sedang menempa sejarah dalam menghasilkan bateri teknologi baharu.
Penemuan ini mungkin membantu menghapuskan keperluan penggunaan bahan logam
dalam penghasilan bateri sekaligus mengurangkan penggunaan bahan mentah sebagai salah
satu elemen dalam penghasilannya.

Disebabkan bateri merupakan satu alternatif penting yang digunakan pada kenderaan
sehinggalah kepada grid tenaga pintar, satu daripada kebimbangan industri ialah jika ia
mampu dihasilkan dalam jangkamasa yang panjang dan berterusan.

Kebanyakan bateri menggunakan bahan-bahan logam seperti nikel dan kobalt yang memang
mengancam kesihatan manusia dan menjejaskan alam sekitar. Kobalt contohnya berasal
dari Afrika Selatan dan industry ini menerima kritikan hebat kerana kecuaian dan amalan
yang tidak menepati piawaian.

Kini dengan menggunakan tiga bahan baru dan belum pernah digabungkan sebelum ini
untuk menghasilkan bateri, pihak IBM telah membuat penemuan baru dalam menghasilkan
bateri tanpa menggunakan bahan logam dan sekian lama mengundang pelbagai kontroversi.

Bahan utama untuk bateri ini dikatakan diekstrak daripada air laut sekaligus membolehkan
proses mendapatkannya adalah lebih kurang berisiko berbanding proses perlombongan
sebelum ini.

Selain proses penghasilannya, satu lagi perkara menarik tentang bateri baru ini ialah dari
segi prestasinya. Dalam ujian yang dijalankan, ia didapati berfungsi lebih baik daripada
bateri lithium ion yang digunakan sekarang. Antara kelebihan bateri baru ini ialah ia lebih
menjimatkan kos, masa cas semula lebih pantas, lebih berkuasa dengan tahap efisiensi
tenaga yang tinggi selain tidak mudah terbakar.

Penemuan baru ini mungkin akan menjadi pemangkin kepada penghasilan kereta elektrik
yang lebih baik berikutan sifat bateri baru ini yang tidak mudah terbakar, berkuasa dan
mempunyai tempoh cas semula yang singkat.

Ujian yang dijalankan menunjukkan yang bateri ni cuma memerlukan 5 minit masa cas
semula untuk memenuhkan 80 peratus kuasa bateri. Memang laju tu dan bila digabungkan
dengan kos pembuatan yang murah, impian untuk memiliki kereta elektrik sepenuhnya
mungkin bukan lagi satu angan-angan.

Malah dengan bateri baru yang lebih berkuasa, industry pengangkutan udara mungkin akan
turut berkembang dengan lebih pesat. Malah disebabkan sifatnya yang tahan lama, bateri
baru ini memang sesuai untuk kegunaan grid-grid tenaga pintar yang memang
mementingkan komponen yang tahan lama dan stabil.
Bagi memastikan projek bateri baru ini mencapai kejayaan, pihak IBM Research telah
bekerjasama dengan Mercedes-Benz Research and Development North America, Central
Glass, pembekal cecair bateri terkemuka dunia dan Sidus, pengeluar bateri terkemuka untuk
menghasilkan bateri generasi baru yang lebih mesra alam sekitar. Walaupun rancangan
untuk pengeluaran bateri ini secara besar-besaran masih dalam peringkat kajian, adalah
menjadi harapan semua agar bateri baru ini menjadi kenyataan dalam jangka masa yang
terdekat.

Anda mungkin juga menyukai