Anda di halaman 1dari 1

1. PUSAT TUISYEN DO RE ME.

2. INSTITUT TAIPING.

BAHASA MELAYU KERTAS 3

UJIAN BERTUTUR INDIVIDU


(40 MARKAH)

Amalan gaya hidup sihat merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjaga
tahap kesihatan seseorang bermula seawal usia remaja. Gaya hidup sihat dikaitkan dengan
konsep mengamalkan satu corak kehidupan yang baik dalam diri seseorang itu, bak kata
mutiara mencegah lebih baik dari mengubati. Antara contoh gaya hidup sihat ini meliputi aspek
pemakanan yang betul, tidur dan rehat yang mencukupi di samping menjaga kebersihan dari
segi fizikal, mental dan persekitaran. Peranan media massa sangat penting dalam memberikan
kesedaran dan meningkatkan pengetahuan tentang perlunya mengamalkan gaya hidup sihat
dalam kehidupan seharian. Sekiranya seseorang mengamalkan gaya hidup sihat kita dapat
mengurangkan risiko menghadapi penyakit berbahaya seperti diabetes sakit jantung dan
penyakit kronik yang lain. Selain itu, kita juga mempunyai kecergasan fizikal dan kecerdasan
mental.

SOALAN RANGSANGAN
i) Nyatakan cara-cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat?
ii) Apakah kebaikan yang diperoleh jika kita mengamalkan gaya hidup sihat?
iii) Berdasarkan pengetahuan anda, nyatakan sebab-sebab masyarakat kurang mengamalkan
gaya hidup sihat.
iv) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk menggalakkan
masyarakat menjalani gaya hidup sihat?

UJIAN BERTUTUR BERKUMPULAN


(30 MARKAH)

TEMA : MEREALISASIKAN IMPIAN.

Permainan elektronik e-Sukan semakin mendapat tempat setelah pelbagai usaha dan
program dilakukan bagi mengiktiraf permainan teknologi ini. E-Sukan bukan sahaja
memberikan manfaat kepada golongan belia tetapi juga kanak-kanak.

Ulaskan pernyataan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai