Anda di halaman 1dari 6

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

TERMA DAN SYARAT PENDAFTARAN PESERTA NIOSH BAGI GERAN


MITRA
Muka Surat
1/6

TERMA DAN SYARAT PENDAFTARAN PESERTA BAGI PROGRAM GERAN MITRA DI INSTITUT
KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA (NIOSH)

Sila baca dengan teliti terma dan Syarat di bawah (“Terma tersebut”) sebelum
mendaftar sebagai peserta bagi Program Geran MITRA di NIOSH. Terma tersebut
adalah penting kerana ianya menggariskan hak anda secara am, menerangkan hak
yang anda beri kepada NIOSH atau ejen-ejen atau pekerja-pekerja NIOSH (dirujuk
sebagai “NIOSH’ atau “kami” di dalam dokumen ini) apabila anda menyertai
Program Geran MITRA di NIOSH, menerangkan peraturan yang perlu diikuti oleh
semua orang apabila mendaftar sebagai peserta di NIOSH dan lain-lain. Kami harap
anda akan mengikuti program di NIOSH dengan jayanya.

Terma tersebut termasuk perkara-perkara berikut:

1. Pengenalan serta Dasar Maklumat Peribadi NIOSH


2. Perubahan kepada Terma Tersebut
3. Terma dan penamatan
4. Penafian Jaminan
5. Pengehadan
6. Terma dan Syarat Peserta Program

Anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Terma tersebut,
menerima Terma tersebut, serta bersetuju untuk diikat oleh Terma tersebut. Jika anda
tidak bersetuju dengan (atau tidak dapat mematuhi) Terma tersebut, maka anda
tidak boleh mendaftar sebagai peserta Program berkaitan di NIOSH. Entiti yang
berkontrak dengan anda adalah:

National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH)


(Company No. 243042-U)
Lot 1, Jalan 15/1, Seksyen 15
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

1. Pengenalan serta Dasar Maklumat Peribadi NIOSH

Dengan menandatangani Terma tersebut atau sebaliknya menghadiri program di


NIOSH anda masuki kontrak yang mengikat dengan NIOSH, badan yang dinyatakan
di dalam dokumen ini. Perjanjian anda dengan NIOSH termasuk Terma tersebut dan
terma-terma tambahan yang anda setuju. Anda juga berjani bahawa pendaftaran
maklumat yang anda serahkan kepada NIOSH adalah benar, tepat, serta lengkap,
serta anda bersetuju untuk memastikannya demikian pada setiap masa. Walau
bagaimanapun, privasi dan keselamatan data peribadi anda sentiasa dan akan
tetap menjadi keutamaan kami yang paling penting.

TERMA DAN SYARAT PENDAFTARAN PESERTA NIOSH BAGI PROGRAM GERAN MITRA NIOSH MALAYSIA
NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH
TERMA DAN SYARAT PENDAFTARAN PESERTA NIOSH BAGI GERAN
MITRA
Muka Surat
2/6

Anda dikehendaki untuk melawati laman web NIOSH untuk memahami dengan jelas
cara dan sebab NIOSH mengumpulkan, menyimpan, berkongsi dan menggunakan
data peribadi anda – serta menggariskan kawalan dan pilihan berkenaan masa dan
cara anda kongsi data peribadi anda. Jika anda mempunyai pertanyaan tentang
dasar ini, sila hubungi NIOSH.

2. Perubahan pada Terma Tersebut

Ada kalanya NIOSH membuat perubahan pada Terma tersebut atas beberapa
sebab, seperti meningkatkan fungsi program, pelarasan teknikal yang wajar pada
program, memastikan kebolehkendalian atau keselamatan peserta-peserta, serta
atas sebab undang-undang atau pengawalaturan. Apabila NIOSH membuat
perubahan penting pada Terma tersebut, NIOSH akan memberi anda notis
sebagaimana bersesuaian pada ketika itu, seperti dengan memaparkan notis yang
mudah dilihat umum atau mendapatkan persetujuan anda semasa menjalani
sesuatu Program di NIOSH atau dengan menghantar e-mel atau pesanan ringkas
kepada anda. Dengan itu, sila pastikan anda membaca notis sedemikian dengan
teliti. Jika anda tidak mahu meneruskan penyertaan sesuatu program di NIOSH di
bawah versi baharu Terma tersebut, anda boleh menghubungi NIOSH secara bertulis.

3. Terma dan Penamatan

NIOSH boleh menamatkan penyertaan anda di dalam program di NIOSH atau


perkhidmatan dan kemudahan NIOSH pada bila-bila masa, tidak terhad setakat
berlaku ketidakpatuhan terhadap Terma tersebut. Jika kami menarik balik
perkhidmatan dan kemudahan NIOSH dan/atau kandungan Terma tersebut kami
akan memberi anda notis munasabah lebih awal sebelum berbuat demikian. Jika
anda menamatkan penyertaan di dalam program anda bersetuju bahawa NIOSH
tidak menanggung liabiliti atau bertanggungjawab terhadap diri anda.

4. Penafian Jaminan

Anda memaklumi dan bersetuju bahawa perkhidmatan dan kemudahan NIOSH


disediakan “seadanya” dan “sebagaimana tersedia”, TANPA JAMINAN ATAU SYARAT
YANG TERSURAT MAHUPUN TERSIRAT dalam apa-apa jua bentuk. NIOSH atau ejen-
ejennya tidak memberi gambaran bahawa dan menafikan jaminan atau syarat
kualiti tertentu atau kualiti yang memuaskan, kebolehdagangan, kesesuaian untuk
tujuan tertentu atau ketidaklanggaran. NIOSH atau ejen-ejennya tidak menjamin
perkhidmatan dan kemudahan NIOSH adalah bebas dari sebarang bentuk yang
memudaratkan. Selain itu, NIOSH tidak memberi gambaran mahupun waranti,
mengensors, menjamin atau mengambil tanggungjawab bagi urusan atau,
urusniaga anda dengan pihak ketiga atau pembekal pihak ketiga. Walau
bagaimanapun, bahagian ini tidak mempengaruhi hak statutori anda sebagai
pengguna.

TERMA DAN SYARAT PENDAFTARAN PESERTA NIOSH BAGI PROGRAM GERAN MITRA NIOSH MALAYSIA
NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH
TERMA DAN SYARAT PENDAFTARAN PESERTA NIOSH BAGI GERAN
MITRA
Muka Surat
3/6

5. Pengehadan

Anda bersetuju bahawa NIOSH tidak menanggung tanggungjwab atau liabiliti akibat
atau berkaitan dengan pihak ketiga. Dalam apa-apa keadaan sekalipun, NIOSH,
para pegawai, Ahli-Ahli, pekerja, ejen, pengarah, anak-anak syarikat, pewaris,
penyerah hak, pembekal atau pemegang lesen tidak akan bertanggunjawab
terhadap:

i. Kehilangan atau kerosakan (termasuk ganti rugi tidak langsung, khas,


sampingan, punitif atau teladan) yang tidak dapat diramalkan, kehilangan
atau kerosakan dapat diramalkan jika salah satunya jelas dan nyata bahawa
itu akan berlaku atau tidak pada masa kontrak dibuat, anda dan NIOSH
mengetahui kemungkinannya berlaku; atau

ii. apa-apa jua kehilangan sehingga takat anda dapat mengelakkan seperti
kerosakan yang timbul akibat mengikut nasihat NIOSH atau kegagalan anda
dalam mematuhi arahan NIOSH; atau

iii. liabiliti agregat bagi semua tuntutan berkaitan dengan perkhidmatan NIOSH
yang lebih dari jumlah yang dibayar kepada NIOSH untuk mendapatkan
perkhidmatan tersebut; atau

iv. tidak menjalankan atau tidak menjalankan dengan sempurna atau kelewatan
menjalankan tanggungjawab yang timbul daripada Terma tersebut akibat
Force Majeure atau sebab yang tidak dapat diramalkan secara munasabah
atau di luar kawalan munasabah NIOSH.

Tiada satu pun dalam Terma tersebut yang menghilangkan atau mengehadkan
liabiliti NIOSH terhadap penipuan, salah nyata palsu, kematian atau kecederaan diri
yang diakibatkan oleh kecuaiannya, serta, jika dikehendaki oleh undang-undang
yang berkenaan.

6. Terma dan Syarat Peserta Program

Terma dan syarat khusus yang perlu anda patuhi adalah dinyatakan di bawah ini.
Bila disebut “Peserta” di bawah ini ianya bermaksud anda :

1. Peserta dikehendaki sentiasa beretika professional, komited dan menjaga


nama baik NIOSH di sepanjang tempoh berkursus.

2. Peserta yang telah menghadiri pakej ini memahami ketetapan tidak


dipertimbangkan dalam permohonan program latihan geran MITRA yang lain.

TERMA DAN SYARAT PENDAFTARAN PESERTA NIOSH BAGI PROGRAM GERAN MITRA NIOSH MALAYSIA
NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH
TERMA DAN SYARAT PENDAFTARAN PESERTA NIOSH BAGI GERAN
MITRA
Muka Surat
4/6

3. Peserta memahami sepenuhnya dan memenuhi syarat kelayakan kursus dan


peperiksaan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) di bawah Pakej A
seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (JKKP). Pihak NIOSH tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
kesulitan yang berkaitan pendaftaran peserta sebagai Orang yang Kompeten
(OYK) dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

4. Peserta TIDAK DIBENARKAN untuk mewakilkan atau melantik mana-mana


individu lain untuk mewakilinya bagi mengikuti program ini.

5. Peserta hendaklah menjaga penampilan diri dan berpakaian kemas serta


bersesuaian semasa proses pengajaran dan pembelajaran di NIOSH. Peserta
TIDAK DIBENARKAN memakai seluar pendek, baju-T tanpa kolar, pakaian
menjolok mata dan selipar semasa tempoh pembelajaran.

6. Peserta dikehendaki berada di bilik latihan sekurang-kurangnya 15 minit


sebelum program latihan bermula. Sekiranya berlaku keadaan kecemasan,
bukti dan dokumen sokongan wajib diserahkan kepada pihak NIOSH.

7. Jumlah kehadiran adalah sebanyak 100% daripada jumlah keseluruhan hari


kursus bagi setiap program. Penalti (bayaran penuh kos program) akan
dikenakan sekiranya peserta gagal menghadiri/ menamatkan program yang
ditawarkan.

8. Peserta yang menarik diri dari menyertai keseluruhan program latihan Geran
MITRA tidak layak menerima sijil kehadiran kursus dan tidak layak menduduki
peperiksaan.

9. Peserta diwajibkan menghadiri kursus dan menduduki peperiksaan bagi setiap


program/ pakej yang telah dijadualkan.

10. Sekiranya gagal peperiksaan SHO/WAH/AESP/CSPS/TTT, calon perlu menduduki


semula peperiksaan dengan menanggung kos pembayaran peperiksaan
sendiri.

11. Penggunaan bahasa atau bahasa badan yang digunakan di dalam tempoh
latihan hendaklah dikawal dan tidak menyentuh sensitiviti agama, seksualisma
dan perkauman.

12. Peserta TIDAK DIBENARKAN menyebarkan sebarang bentuk ideologi atau


fahaman yang bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia atau norma
tatasusila rakyat Malaysia. Perkara ini termasuklah fahaman politik dan
kepercayaan.

TERMA DAN SYARAT PENDAFTARAN PESERTA NIOSH BAGI PROGRAM GERAN MITRA NIOSH MALAYSIA
NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH
TERMA DAN SYARAT PENDAFTARAN PESERTA NIOSH BAGI GERAN
MITRA
Muka Surat
5/6

13. Penginapan akan disediakan bagi setiap peserta pada hari kursus mengikut
jadual yang di tetapkan pihak NIOSH. Para peserta WAJIB mematuhi peraturan
menginap hostel/hotel yang telah ditetapkan.

14. Kos perjalanan berulang-alik dari/ke tempat kursus yang ditetapkan oleh
NIOSH adalah di bawah tanggungan peserta.

15. NIOSH tidak bertanggungjawab terhadap kos kecederaan/kemalangan


dari/ke tempat kursus, di luar waktu kursus dan di luar premis NIOSH.

16. NIOSH tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kos rawatan kesihatan


peserta di sepanjang program yang dijadualkan. Peserta perlu memperakui
tahap kesihatan terkini di dalam Borang Akuan Kesihatan yang disediakan.

17. Penyertaan sebagai peserta akan terbatal secara serta merta sekiranya beliau
didapati terlibat di dalam kesalahan jenayah, pecah amanah,
penyalahgunaan dadah atau mengancam keselamatan negara.

18. NIOSH berhak untuk mengenakan tindakan kepada peserta sekiranya


terdapat pelanggaran terhadap mana-mana terma dan syarat yang telah
dinyatakan di atas.

19. NIOSH berhak untuk mengubah terma dan syarat yang telah ditetapkan dari
masa ke semasa mengikut keperluan NIOSH.

<baki muka surat ini sengaja dibiarkan kosong>

TERMA DAN SYARAT PENDAFTARAN PESERTA NIOSH BAGI PROGRAM GERAN MITRA NIOSH MALAYSIA
NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH
TERMA DAN SYARAT PENDAFTARAN PESERTA NIOSH BAGI GERAN
MITRA
Muka Surat
6/6

AKUAN PERSETUJUAN

Saya, _________________________________________________ (nama dalam HURUF BESAR)


dan nombor MyKad atau Pasport _________________________ bersetuju dan
memahami Terma dan Syarat yang telah dimaklumkan kepada saya. Oleh yang
demikian, saya adalah tertakluk kepada semua Terma dan Syarat yang telah
ditetapkan sepanjang pendaftaran saya sebagai Peserta NIOSH di bawah Program
Geran MITRA.

DITANDATANGANI OLEH DISEMAK OLEH DISAHKAN OLEH

TANDATANGAN

NAMA

TARIKH

JAWATAN PESERTA PENGURUS PENGURUS BESAR

TERMA DAN SYARAT PENDAFTARAN PESERTA NIOSH BAGI PROGRAM GERAN MITRA NIOSH MALAYSIA

Anda mungkin juga menyukai