Anda di halaman 1dari 1

Aktiviti semasa Cuti Sekolah

Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah melakukan beberapa aktiviti yang menarik untuk
mengisi masa lapang.

Antara aktivit yang saya lakukan ialah membantu ibu mengemas rumah dan mencuci
pinggan. Selain itu, saya menolong bapa mencuci kereta. Kami juga sempat bergotong-royong
membersihkan halaman rumah.

Saya turut menghadiri kelas tambahan yang diadakan di sekolah pada hujung minggu.
Kelas tambahan itu diadakan dua kali seminggu. Saya perlu menyertai kelas tambahan kerana
saya masih lemah dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan Matematik.
Selain itu, saya berpeluang menyertai Kem Motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah
dan SMK Air Putih. Kem ini diadakan di SMK Air Putih selama tiga hari dua malam. Saya
berasa sangat seronok kerana dapat menyertai kem ini dan menimba banyak ilmu dan
pengalaman.
Sebelum kembali ke sekolah, ibu bapa juga dapat meluangkan masa menonton filem
bersama kami di rumah. Kakak telah menghidangkan bertih jagung yang sangat sedap. Selain
dapat menonton filem kegemaran bersama-sama, kami dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan juga.
Akhir kata, saya telah melakukan aktivit-aktiviti yang seronok dan berfaedah semasa cuti
sekolah. Dengan cara ini, sama cuti saya tidak dibazirkan begitu sahaja.

Anda mungkin juga menyukai