Anda di halaman 1dari 2

Sahabat Karib Saya

Semua orang mempunyai sahabat karib. Saya juga tidak terkecuali. Sahabat

merupakan orang yang sentiasa menemani dan menggembirakan kita pada

setiap masa.

Sahabat karib saya bernama Wen Siong. Pada tahun ini, dia berumur 12

tahun. Dia dilahirkan di negeri Johor. Wen Siong mempunyai dua orang adik-

beradik. Dia berbadan kurus dan tinggi serta berkaca mata.

Sahabat karib saya belajar di SJK(C) Pu Sze, Skudai. Kami belajar di

sekolah yang sama. Pada setiap pagi, kami pergi ke sekolah bersama-sama

dengan menaiki bas sekolah. Wen Siong merupakan seorang pengawas di

sekolah. Dia menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab. Dia ialah

seorang murid yang pandai di dalam kelas. Semasa guru mengajar di dalam

kelas, dia akan menumpukan sepenuh perhatian agar dapat memahami isi-isi

pelajaran yang diajar oleh guru.

Wen Siong ialah seorang anak yang rajin. Dia sentiasa membantu ibu

bapanya membuat kerja rumah supaya dapat meringankan beban mereka.

Wen Siong juga akan mengulang kaji pelajarannya pada setiap malam agar dia

mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Pada masa lapang,

dia akan membaca surat khabar untuk mengetahui berita-berita terkini di

dalam dan di luar negara supaya tidak menjadi seperti katak di bawah

tempurung.

Hobi Wen Siong ialah menanam pokok bunga. Dia menanam pelbagai jenis

pokok bunga yang cantik di halaman rumahnya. Oleh itu, halaman rumahnya

kelihatan ceria. Pada setiap petang, dia akan menyiram pokok-pokok bunga di

halaman rumahnya supaya tumbuh dengan subur dan tidak layu. Selain itu, dia

juga suka mengambil gambar dengan menggunakan telefon pintarnya yang

canggih untuk dijadikan kenangan yang manis.

Saya berasa sungguh bangga dan bertuah kerana mempunyai seorang

sahabat yang baik hati dan bertanggungjawab. Saya berharap agar Wen
Siong dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Anda mungkin juga menyukai