Anda di halaman 1dari 17

PENDEKATAN

PEMBELAJARAN BERTEMA
DISEDIAKAN OLEH:
DG NORLIAH BINTI ALI OMAR
SEKTOR PEMBELAJARAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PAPAR
18/11/2021
OBJEKTIF DAN KRITERIA KEJAYAAN
Objektif Perkongsian
Pada akhir sesi, peserta akan dapat:
§ Merancang pengajaran menggunakan Pendekatan Bertema

Kriteria Kejayaan
Saya akan berjaya sekiranya saya dapat:
1. Menyatakan definisi Pendekatan Bertema
2. Mengenal pasti pemilihan dan penentuan tema
3. Menjelaskan aspek yang perlu dipertimbangkan dalam penentuan
tema
4. Menghubung kait tema dengan mata pelajaran
DEFINISI PENDEKATAN BERTEMA

• Pengurusan
• Tema yang dipilih
pengajaran dan
dijadikan sebagai
pembelajaran melalui
bahan untuk murid
satu topik atau tema
memperoleh
yang dipilih
pengetahuan,
bersesuaian dengan
kemahiran dan nilai
masa, tempat, minat
yang diterjemahkan
dan latar belakang
dalam PdP.
murid.
PEMILIHAN DAN PENENTUAN TEMA
1 Berasaskan konsep

2 Berasaskan kemahiran

3 Berasaskan kandungan dan kemahiran

4 Berfokuskan kepada isu

5 Berfokus kepada projek

6 Berorientasikan kajian kes


ASPEK YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN DALAM PEMILIHAN TEMA

2. Bersesuaian dan
1. Boleh merentas
semua mata berkaitan dengan 3. Mudah mendapatkan
pengalaman dan bahan dan sumber
pelajaran
kehidupan murid

4. Bersesuaian dengan 5. Guru berminat 6. Pemeringkatan tema


situasi, masa dan terhadap tema yang (Mudah kepada yang
peristiwa dipilih lebih mencabar)
MENGHUBUNG KAIT TEMA DENGAN MATA PELAJARAN

Tema dengan kemahiran


TEMA

Tema dengan isi kandungan mata pelajaran

Tema dengan aktiviti


LANGKAH-LANGKAH MERANCANG PDP

1. Tentukan Tema

2. Pilih SK dan SP: Pastikan tema yang ditetapkan dapat


mempertingkatkan penguasaan pengetahuan dan
kemahiran murid

3. Tentukan Objektif Pembelajaran

4. Rancang aktiviti PdP


a) Set Induksi: Pastikan murid memahami dan tahu tema yang akan dipelajari pada awal sesi PdP
b) Aktiviti berdasarkan tema yang dijalankan membantu murid mencapai hasil pembelajaran

5. Taksir Tahap Penguasaan murid


CONTOH: MERANCANG PDP PENDEKATAN BERTEMA
Mata Bahasa
Pelajaran
1 Melayu

Mata Mata Pend.


Pelajaran
4
Tema Pelajaran
2 Muzik Bumi Sains

Mata Pend.
Pelajaran Seni
3 Visual
CONTOH MERANCANG PDP PENDEKATAN BERTEMA
Kelas Tahun 4 Mawar
Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Tema/Topik Bumi dan Angkasa

Tajuk Bumi

Standard Kandungan 1.2: Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan

Standard Pembelajaran 1.2.1: Bertutur untuk menilai dan memberikan alasan tentang sesuatu
perkara secara bertatasusila mengikut konteks
1.2.2: Menjelaskan dan membanding beza maklumat tersurat dan tersirat
dengan menggunakan idea yang kritis dan kreatif
1.2.3: Bersoal jawab untuk mendapatkan penjelasan
Objektif Pembelajaran Pada akhir PdP murid dapat:
Bertutur untuk menyampaikan maklumat tentang Bumi bagi pelbagai tujuan
CONTOH MERANCANG PDP PENDEKATAN BERTEMA
Aktiviti 1. Murid menonton video peredaran bumi pada paksinya dan
mengelilingi matahari
2. Murid menggunakan Borang K (know), W (want), L (learn) untuk
memahami dan mengetahui tentang Putaran dan Peredaran
Bumi
3. Murid berkongsi maklumat yang ditulis
4. Murid menilai dan memberikan alasan secara bertatasusila
5. Murid memberi penjelasan dan membanding beza maklumat
yang dikongsikan
6. Murid bersoal jawab untuk mendapatkan penjelasan
Kaedah Pentaksiran 1. Lisan
2. Pemerhatian
3. Bertulis
Instrumen Pentaksiran 1. Soalan lisan
2. Borang K-W-L
CONTOH MERANCANG PDP PENDEKATAN BERTEMA
Kelas Tahun 4 Mawar
Mata Pelajaran Sains
Tema/Topik Bumi dan Angkasa

Tajuk Bumi

Standard Kandungan 9.2: Putaran dan Peredaran Bumi

Standard Pembelajaran 9.2.1 - Menyatakan Bumi berputar pada paksinya dan pada masa
yang sama beredar mengikut orbitnya mengelilingi matahari
9.2.2 - Memerihalkan putaran dan peredaran Bumi dari aspek arah
dan tempoh
9.2.3 - Memerihalkan kesan putaran Bumi pada paksinya dengan
menjalankan aktiviti
Objektif Pembelajaran Pada akhir PdP murid dapat:
Memerihalkan putaran, peredaran dan kesan putaran Bumi pada paksinya
CONTOH MERANCANG PDP PENDEKATAN BERTEMA

Aktiviti 1. Murid menonton video peredaran bumi pada paksinya dan


mengelilingi matahari
2. Murid melakar peredaran bumi mengikut orbit mengelilingi
matahari
3. Murid memerihalkan putaran dan peredaran bumi dari aspek
arah dan tempoh
4. Murid memerihalkan kesan putaran Bumi pada paksinya dengan
menjalankan pemerhatian melalui video
Kaedah Pentaksiran 1. Lisan
2. Pemerhatian
3. Bertulis
Instrumen Pentaksiran 1. Soalan lisan
2. Lakaran peredaran bumi
CONTOH MERANCANG PDP PENDEKATAN BERTEMA
Kelas Tahun 4 Mawar
Mata Pelajaran Pend. Seni Visual
Tema/Topik Bumi dan Angkasa

Tajuk Putaran dan Peredaran Bumi

Standard Kandungan Bidang 3: Membentuk dan Membuat Binaan


ii) Diorama
1.1 Bahasa Seni Visual
2.1 Kemahiran Seni Visual
Standard 1.1.3 - Mengenal pasti dan membanding beza bahasa seni visual yang ada
Pembelajaran pada karya dalam Bidang Membentuk dan Membuat Binaan:
ii) diorama
2.1.8 - Mengaplikasikan bahasa seni visual pada karya diorama dalam Bidang
Membentuk dan Membuat Binaan melalui penerokaan: i) media dan
teknik asemblaj, ii) proses pengkaryaan
CONTOH MERANCANG PDP PENDEKATAN BERTEMA
Objektif Pembelajaran Pada akhir PdP murid dapat:
Membentuk dan Membuat Binaan Diorama Putaran dan Peredaran Bumi
Aktiviti 1. Murid menonton video peredaran bumi pada paksinya dan mengelilingi
matahari
2. Murid membuat lakaran putaran dan peredaran bumi
3. Murid membentuk bumi dan matahari
4. Murid membuat binaan diorama Putaran dan Peredaran Bumi
Kaedah Pentaksiran 1. Lisan
2. Pemerhatian
3. Bertulis
Instrumen Pentaksiran 1. Soalan lisan
2. Lakaran putaran dan peredaran bumi
3. Diorama
CONTOH MERANCANG PDP PENDEKATAN BERTEMA
Kelas Tahun 4 Mawar
Mata Pelajaran Pendidikan Muzik
Topik/Tema Bumi dan Angkasa

Tajuk Putaran dan Peredaran Bumi

Standard Kandungan 3.1 Pengkaryaan Muzik

Standard 3.1.1 Menghasilkan kesan bunyi untuk mengiringi persembahan


Pembelajaran 3.1.2 Mencipta corak irama mudah menggunakan ikon mewakili not
Objektif Pembelajaran Pada akhir PdP murid dapat:
Mencipta karya muzik bagi menghasilkan kesan bunyi Putaran dan Peredaran
Bumi
CONTOH MERANCANG PDP PENDEKATAN BERTEMA
Aktiviti 1. Murid menonton video peredaran bumi pada paksinya dan mengelilingi
matahari
2. Murid menulis not lagu bagi menghasilkan kesan bunyi yang sesuai
dengan diorama
3. Murid mencipta corak irama mudah menggunakan ikon
mewakili not

4. Murid memainkan irama semasa mempamerkan diorama


Kaedah Pentaksiran 1. Lisan
2. Pemerhatian
3. Bertulis
Instrumen Pentaksiran 1. Soalan lisan
2. Not lagu
3. Irama yang dimainkan
SEKIAN DAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai