Anda di halaman 1dari 1

Pengertian Waris

Waris Ar 1. orang atau pihak yg berhak menerima pusaka orang yg telah meninggal: apabila
seseorang mati meninggalkan harta, maka harta itu mestilah diturunkan kpd ~nya; ahli ~ orang yg
menjadi waris; 2. penjaga atau wali (kanak-kanak): apakah hukumnya jika penjaga atau ~ kanak-
kanak yg berumur tujuh hingga sepuluh tahun mengabaikan ajaran sembahyang kpd kanak-kanak
tersebut? 3. = warisan harta pusaka, harta peninggalan: anak cucu akan menerima ~ ayah bondanya;
~ ahli waris yg sebenarnya (anak dll); ~ kuat (yg karib) waris yg hampir sekali (anak, cucu, dll); ~
negeri sl waris yg bakal menggantikan sultan; ~ sah orang yg berhak menjadi waris menurut hukum
(adat, agama, dll); berwaris meninggalkan waris, ada warisnya: bagi orang mati yg tidak ~, urusan
harta peninggalannya terserah kpd pemerintah; mewarisi 1. menerima harta pusaka drpd,
mempusakai: dia telah ~ tanah getah ibunya; 2. menurut dan membawa perangai (rupa, sifat, dll)
orang tua dll, mengikut jejak orang dll yg sebelumnya (dlm pekerjaan dll): Martinah ~ muka ibunya;
Semaun ~ sifatsifat Pak Kasa; ayah seorang lelaki yg ~ zamannya; 3. ki menerima apa yg ditinggalkan:
pegawai-pegawai tinggi Melayu yg sudah memang biasa di kelab itu sejak zaman lampau, berasa diri
mereka ~ sisasisa nikmat menjadi tuan yg ditinggalkan oleh pegawai kolonial; mewariskan 1.
meninggalkan harta pusaka kpd, memberikan pusaka atau peninggalan kpd: aku akan ~ hasil-hasil
seni ini kpd rakyatku; 2. menjadikan seseorang sbg waris; 3. ark mewarisi; warisan 1. harta
peninggalan, harta pusaka: Mimi pergi ke Bandung utk suatu urusan ~; 2. sesuatu yg diwarisi,
sesuatu yg turuntemurun, peninggalan: kata jongos merupakan kata ~ kolonial; kewarisan
mendapat warisan; perwarisan hal yg berkaitan dgn berwaris: undang-undang ~; hak ~; pewarisan
perihal mewarisi (mewariskan): penyelidikan tentang asal-usul dan ~ segala gagasan bahasa
merupakan bidang sejarah linguistik; pewaris orang (pihak) yg mewarisi, waris: kita adalah ~
kebudayaan yg terkaya dlm dunia; ~ ilmu Yunani; beliau muncul sbg ~ jawatan Perdana Menteri.

Sumber : Kamus Dewan Edisi Keempat

‫ (مصطلحات) هو الإرث بالقرابة التي ليس صاحبها من ذوي الفروض ولا من العصبات كإرث‬: ‫الإرث بالرحم‬ .1
) ‫ ( قانونية‬. ‫العمة والخالة ونحوهما‬
) ‫ ( قانونية‬. ‫ لمن يستحّقها‬، ‫ بوفاة مالكها‬، ‫ (مصطلحات) إنتقال حتمي لأموال وحقوق مالية‬: ‫الإرث‬ .2
) ‫ ( فقهية‬. ‫ ينتقل فيه المال من الميت إلى ورثته‬، ‫ (مصطلحات) تملك بتمليك الله تعالى‬: ‫الإرث‬ .3

Syarat-syarat Pewarisan

Syarat bagi pewarisan itu ada empat :

1. Diyakini sah kematian Al-Muwarris atau mendapatinya dengan kematian secara pengiktirafan
dan yang demikian itu seperti janin yang terpisah dalam keadaan mati ketika ibunya masih
hidup atau setelah kematian ibunya atau mendapati Al-Muwarris dengan kematian secara
ijtihad hukum.
2. Diyakini sah hidup Al-Waris selepas kematian Muwarrisnya walaupun dalam tempoh yang
singkat.
3.

Anda mungkin juga menyukai