Anda di halaman 1dari 2

TUTORIAL CTU 241 (WEEK 2)

HURAIKAN MAKSUD IQTISAD / EKONOMI ISLAM.

‒ Maksud iqtisad berdasarkan ibnu manzur adalah lurus yang diambil dari akar kata
“Qasadu/Qasdu” manakala maksud ekonomi islam pula adalah ilmu yang mengkaji kegiatan
manusia yang selaras dengan kehendak syariat dalam memperolehi, mengguna atau
mengurus sumber-sumber alam untuk kebaikan diri serta kebaikan bersama secara
kebendaan dan kerohanian bagi mendapat keredhaan.

HURAIKAN 4 ASAS FALSAFAH EKONOMI ISLAM.

1. Tauhid

- Allah sebagai pemilik mutlak sumber-sumber kekayaan alam dan manusia bertanggungjawab
sebagai pemakmur.

2. Istikhlaf/Khalifah

- Manusia adalah wakil dalam mengurus harta Allah dan harta serta segala sumber yang ada di muka
bumi adalah milik Allah.

3. Ukhuwwah

- Ikatan persaudaraan di atas paksi tauhid bagi menggerakkan apa sahaja kegiatan termasuk aktiviti
ekonomi.

4. Tazkiyyah

- Pembersihan, pertumbuhan bagi memantapkan lagi pencapaian ekonomi.

BINCANGKAN 5 MAQASID SYARIAH.

1. Memelihara agama

- Membebaskan fikiran manusia daripada belengu taqlid dan khurafat

2. Memelihara Jiwa

- Melarang perbuatan membunuh dan dianggap dosa besar

3. Memelihara akal

- Akal anugerah Allah, wajib dijaga dan dijauhi perkara yang merosakkan.

4. Memelihara harta

- Islam memberi pengawasan supaya harta benda sentiasa berada dalam keadaan terkawal.

5. Memelihara maruah dan kehormatan

- Manusia makhluk mulia dan sebarang amalan yang menjatuhkan maruah adalah dilarang.
HURAIKAN HUBUNGAN EKONOMI ISLAM DENGAN IBADAT DAN JIHAD.

1. Tuntutan mencari penghidupan

- Perlu berjihad menggunakan potensi, bakat dan daya kreatif mengolah sumber kepada bentuk
barangan dan perkhidmatan.

2. Bumi sebagai lading penghidupan

- Bumi mesti dibangunkan melalui perancangan sistematik, pelaburan dan aktiviti ekonomi yang
sebenar.

3. Kemuliaan bekerja

- Bekerja merupakan jihad ekonomi iaitu pra syarat memperolehi sesuatu kejayaan.

4. Motivasi kerja

- Kerja adalah fitrah bagi memperolehi sesuatu keinginan.

HURAIKAN 4 SYARAT KEGIATAN EKONOMI MENJADI IBADAT.

1. Aqidah yang betul

2. Niat yang betul

3. Kerja yang sesuai dengan tuntutan islam

4. Cara melakukan kerja sesuai dengan ajaran islam

Anda mungkin juga menyukai