Anda di halaman 1dari 2

1.

BINCANGKAN 4 MATLAMAT EKONOMI ISLAM

I) Menyediakan Keperluan Asas

- Lima keperluan utama hidup manusia adalah akidah, akal, nyawa, kehormatan dan harta. Ia
dikategorikan sebagai indeks menunjukkan tahap kesejahteraan sesebuah masyarakat.

II) Mengguna dan Memperuntukan Sumber Dengan Optima

- Kesejahteraan ekonomi dalam menyediakan keperluan asas melibatkan aktiviti pengeluaran yang
berkait rapat dengan strategi mengguna dan memperuntukan sumber.

III) Menyediakan Perkhidmatan Dan Kebajikan Sosial

- Matlamat ini dapat memastikan sekurang-kurangnya semua lapisan masyarakat berada di atas
paras dharuriyyah dan akhirnya membantu kerajaan membasmi masalah kemiskinan tegar.

IV) Mewujud Dan Menggalakkan Persaingan Yang Sihat

- Dapat menghindarkan berbagai aktiviti negatif yang boleh menyemarakkan api permusuhan dan
pemberontakkan di antara unit-unit ekonomi.

2. BINCANGKAN 4 PRINSIP EKONOMI ISLAM

I) Kebebasan Ekonomi Perpaduan

- bebaskan menjalankan aktiviti ekonomi demi memperoleh manfaat ibadat dan jihad.

- memberi motivasi untuk berlumba-lumba mengumpul keperluan sebanyak mungkin mengikut

kemampuan masing-masing.

II) Hak Milik

- Allah adalah pemilik mutlak.

- Pemilikan oleh manusia adalah kurniaan Allah dan sementara mengikut peraturan, hukum dan

kaedah yang ditentukan Allah.

III) Keadilan Sosial

- Keadilan antara tujuan utama perutusan nabi dan rasul.

- Aspek ekonomi, keadilan mestilah diwujudkan dalam pengeluaran, penggunaan dan pengagihan.

- Ketidakadilan berlaku apabila unit-unit ekonomi melakukan tindakan melampaui batas.

IV) Campurtangan Pemerintah

- Tujuannya ialah melindungi dan menjamin kestabilan dan keadilan sosial.


3. HURAIKAN PENGERTIAN EKONOMI BERPANDUAN

- Kebebasan jiwa yang lahir dari keimanan.

- Kebebasan dalam lingkungan peraturan dan undang-undang.

4. HURAIKAN 4 CIRI – CIRI EKONOMI ISLAM

I) Ekonomi Ketuhanan

- Berdasarkan kepada cara-cara yang telah digariskan oleh islam dan bertujuan mendapatkan
keredhaan Allah.

- Aktiviti pengeluaran, penggunaan, pengagihan dan pengedaran adalah berdasarkan dan


bermatlamatkan ketuhanan.

II) Ekonomi Yang Berakhlak

- Akhlak mahmudah adalah antara matlamat risalah islam.

- Kesepaduan akhlak dengan ekonomi dalam islam diakui oleh beberapa sarjana barat.

III) Ekonomi Yang Manusiawi

- Bertujuan membantu manusia memenuhi hajat dan keperluan dalam kehidupan supaya
menjalankan kewajipan terhadap Allah, diri, keluarga, masyarakat dan negara.

IV) Ekonomi Yang Seimbang

- Meliputi dunia dan akhirat, rohani dan jasmani, spiritual dan material.

- Dunia sebagai alat mencapai kebahagiaan akhirat.

Anda mungkin juga menyukai