Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN USJ 13

LAPORAN MAJLIS APRESIASI HEM DAN KO-KURIKULUM 2021


(AJK PENYELARAS DOA)

1. JADUAL PROGRAM/AKTIVITI:
TARIKH PROGRAM/AKTIVITI CATATAN
25 FEBUARI MajliMajlis Apresiasi HEM dan Ko-Kurikulum Norul Hayati binti Ishak
(JUMAAT)2022

2. PELAKSANAAN:
TARIKH PROGRAM/AKTHEM IVITI CATATAN
25 FEBUARI
(JUMAAT)2022 Pelajar membaca teks doa yang
disediakan oleh guru di Dataran Bestari.

3. PEMANTAUAN:
Pemantauan telah dibuat oleh Pn.Nor Azura selaku penyelaras program.

4. PENILAIAN:
4.1 REFLEKSI / IMPAK KESELURUHAN PROGRAM
KEKUATAN
1. Disiplin yang tinggi oleh pengawas BUDI (Wan Amrin Aniq bin Wan Abu Manshor-5 Epsilon)
dalam mempraktis bacaan doa
2. Adanya guru yang mendengar dan membetulkan bacaan doa pelajar sebelum Majlis
berlangsung
KELEMAHAN
1. Teks doa perlu disediakan guru..Pelajar kadang-kadang terlupa membawa teks semasa Majlis
berlangsung.
ANCAMAN
1. Majlis yang dijangka berlangsung ditunda berulang kali.Kekangan cuaca dan persekitaran..
PELUANG
1. Pelajar sanggup menawarkan diri untuk membaca doa dan membetulkan sebarang kesilapan
yang ditegur guru.

5. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Tiada

Disediakan oleh:
PUAN NORUL HAYATI BINTI ISHAK
DOA SEMPENA HARI APRESIASI HEM & KO-KURIKULUM 2021

‫ِبْس ِم ِهللا الَّر ْح َم ِن الَّر ِح ْي ِم‬


‫ َو الَع اِقَب ة ِلْلُم َّت ِقْي َن َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع ى َس ِّي ِد َن ا ُمَح َّم ٍد َو َع ى آِلِه‬, ‫َاْلَح ْم ُد ِهلل َر ِّب الَع اَلِم ْي َن‬
‫َل‬ ‫َل‬
‫َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِع ْي َن‬

Ya Allah Ya Karim Ya Wadud


Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk
mengadakan dan berada dalam
Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah
(SMK USJ 13 bagi pelajar-pelajar sesi persekolahan tahun 2021)

Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid
Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman
dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat
keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama
menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

Disaat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau
teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang
akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan
kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai
bidang pada masa-masa akan datang.

Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini
sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Dalam erti kata lain,
jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun
untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun
ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan
penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi katalis dan sumber inspirasi
kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan
menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama
sekolah ini.

‫الَّلُهَّم اْج َع ْل َخ ْيَر َأْع َم اِر َن ا َء اِخ ُرُه َو َخ ْيَر َأْع َم اِلَن ا َخ َو اِتُم ُه َو َخ ْيَر أَّي اِم َن ا َيْو َم أْلَق اَك ِفْي ِه‬
‫الَّلُهَّم اْغ ِفْر َلَن ا ُذ ُنْو َب َن ا َو ِإلْخ َو اِنَن ا اَّلِذ ْي َن َس َب ُقْو َن ا ِباِإلْيَم اِن َو َال َت ْج َع ْل ِفْي قُـُلْو ِبَن ا ِغ ًّال ِلَّلِذ ْي َن َء اَم ُنْو ا َر َّب َن اإَّن َك‬
‫َر ُءْو ٌف َر ِح ْي ٌم‬
ِ‫َر َّب َن ا َء اِتَن ا ِفي الُّد ْن َي ا َح َس َن ةً َو ِفي األِخ َر ِة َح َس َن ةً َو ِقَن ا َع َذ اَب الَّن ار‬
‫ َو اْلَح ْم ُدِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم ْي َن‬، ‫َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُمَح َّم ٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َصْح ِبِه َو َس َّلَم‬
GAMBAR AKTIVITI

PELAJAR SEDANG MEMBACA DOA SEMPENA MAJLIS APRESIASI KO-KURIKULUM DAN


HEM

Anda mungkin juga menyukai