Anda di halaman 1dari 4

Ringkasan Kandungan Artikel

Penulisan artikel oleh Hidayah et al. (2018) yang bertajuk "Peranan


Sosiologi dalam Pendidikan Alam Sekitar: Satu Cabaran” bertujuan untuk
menilai peranan sosiologi dalam konteks Pendidikan Alam sekitar (PAS) dengan
tumpuan kepada hubungan antara pengaruh sosial, tindakan manusia dan
kelestarian alam sekitar. Objektif kajian adalah untuk menganalisis bagaimana
sosiologi dapat membentuk kesedaran dan sikap terhadap alam sekitar serta
kajian dalam mencapai matlamat Pendidikan Alam Sekitar (PAS).

Artikel ini bertemakan analisa terhadap peranan sosiologi dalam


Pendidikan Alam Sekitar (PAS) sebagai usaha melestarikan alam sekitar. Pada
awal artikel, penulis menerangkan teori sosiologi iaitu disiplin ilmu yang
menjelaskan tentang manusia, kehidupan dan persekitaran yang mewujudkan
ekosistem alam yang seimbang. Teori ini digunakan untuk menerangkan
hubungkait sesama individu masyarakat, individu dan alam sekitar serta
kesannya terhadap alam melalui tindakan manusia ke atasnya. Penulis turut
menerangkan peranan sosiologi yang amat penting dalam pendidikan alam
sekitar agar matlamat kelestarian alam tercapai.

Hidayah et al. (2018) dalam artikelnya turut menggunakan pendekatan


teori Fungsionalisme untuk menganalisis peranan sosiologi dalam mencapai
kelestarian alam sekitar. Teori Fungsionalisme yang digerakkan oleh Herbert
Spencer dan Emile Durkheim bahawa masyarakat dan organisma mempunyai
persamaan iaitu memainkan peranan yang telah ditetapkan bagi kestabilan
sistem sosial masyarakat. Dalam konteks pendidikan alam sekitar pula, penulis
menyatakan semua peringkat seperti ibubapa, murid, guru, pentadbir, kerajaan
dan sebagainya mempunyai peranan tersendiri dalam pelestarian alam sekitar.
Sehubungan itu, sejajar dengan perkembangan kemajuan teknologi pada era
revolusi industri 4.0, penulis menjelaskan peranan media massa seperti
televisyen, Internet, Facebook, Tweeter, Instagram dan aplikasi lain yang
digunakan oleh orang ramai sebagai medium penyampaian bagi menerapkan
kepentingan alam sekitar kepada setiap lapisan masyarakat secara umumnya
termasuk murid.

Selain itu, penulis mengembangkan lagi kajiannya dalam konteks


pendidikan alam sekitar melalui Model Awal Tingkah Laku Proalam Sekitar untuk
memahami bagaimana pengetahuan sedia ada, kesedaran dan sikap dapat
membentuk tingkah laku proalam sekitar. Komponen kognitif iaitu pengetahuan
yang diterima di sekolah meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kesedaran
murid terhadap alam sekitar serta komponen afektif iaitu berkaitan emosi atau
perasaan terhadap alam sekitar mencorak kepercayaan, nilai dan sikap murid
terhadap alam sekitar merupakan dua komponen utama (Kollmus dan
Agyeman,2012).

Melalui rujukan KPM (1998) dan Bahagian Pendidikan Guru (2002/2003),


penulis menerangkan Model Pendekatan Pembelajaran PAS digunakan untuk
merancang kaedah pengajaran efektif dalam menyampaikan ilmu alam sekitar
yang mengandungi tiga elemen utama sebagai asas perancangan kurikulum PAS
iaitu pendidikan mengenai alam sekitar, pendidikan untuk alam sekitar dan
pendidikan melalui atau dalam alam sekitar itu sendiri yang meliputi sekalian
alam. Berdasarkan Palmer & Neal (1994), ketiga-tiga elemen tersebut adalah
berkait rapat dan perlu diambil kira serta difahami sewaktu perancangan
kurikulum PAS.

Isu Utama Artikel


Peranan Sosiologi Dalam Pendidikan

Antara isu utama yang diketengahkan oleh penulis adalah berkaitan konsep sosiologi
dan betapa pentingnya peranan sosiologi dalam memahami interaksi sosial, organisasi dan
tindakan manusia. Penekanan juga diberikan akan kepentingan kelestarian alam sekitar dan
bagaimana disiplin sosiologi dapat membantu mencapai tujuan tersebut. Selain itu, korelatif
kehidupan sesama manusia, kehidupan dan persekitaran yang mewujudkan keseimbangan
ekosistem serta impaknya yang meluas terhadap alam sekitar dari sudut bagaimana
tindakan manusia ke atasnya (Hidayah et al.,2018).

Penulis turut menyatakan kepentingan peranan ahli sosiologi dalam konteks


pendidikan iaitu guru sebagai agen perubahan kepada murid dalam institusi pendidikan dan
keperluan guru untuk menguasai ilmu dan disiplin sosiologi berikutan kepelbagaian kaum,
bangsa dan agama masyarakat di Malaysia kerana kesepaduan dan kerjasama antara kaum
dan manusia dapat diperolehi melalui pendidikan. Pendidikan tanpa sempadan merupakan
satu medium yang besar untuk menyebarkan ilmu pengetahuan, disiplin dan kemahiran
termasuk pendidikan alam sekitar. Penulis menyokong kepentingan hubungkait pendidikan
dan sosiologi menggunakan teori Fungsionalisme melalui peranan setiap individu
masyarakat selari dengan kemajuan teknologi sebagai saluran penyebaran pendidikan alam
sekitar. Keseimbangan antara kemajuan teknologi dan pembangunan modal insan juga
menjadi aspek penting yang diketengahkan oleh penulis.
Pendidikan Alam Sekitar (PAS) Merentas Kurikulum
Antara isu lain yang ditulis oleh Hidayah et al. (2018) ialah pendedahan konsep, latar
belakang dan tujuan Pendidikan Alam Sekitar (PAS) yang merentas kurikulum dari KBSR ke
KSSR dijelaskan melalui kronologi perubahan tersebut. Kepentingan pendidikan alam
sekitar sebagai wadah untuk meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan sikap positif
terhadap alam sekitar turut ditekankan. Penulis juga mengutarakan kepentingan penerapan
nilai murni alam sekitar dalam diri murid disamping ilmu pengetahuan dan kemahiran akan
melahirkan masyarakat yang cakna kepada alam dan mewujudkan persekitaran yang
berkualiti tinggi.

Menurut Hidayah et al. (2018), pemantauan terhadap kurikulum perlu dilaksanakan


agar intervensi boleh dilakukan bagi mencapai keberkesanan selaras dengan Dasar Alam
Sekitar Negara dalam Strategi Hijau Malaysia yang menfokuskan pendidikan dan kesedaran
alam sekitar. Penulis juga menekankan kerjasama antara semua pihak termasuk kerajaan,
ibu bapa, guru, masyarakat dan murid dalam menjaga kelestarian alam sekitar bagi
menyokong teori Fungsionalisme yang dijelaskan pada awal penulisan artikel ini. Walau
bagaimanapun, penulis turut menyatakan kekangan dalam meningkatkan kesedaran alam
sekitar pada murid berikutan keperluan guru untuk menghabiskan silibus pelajaran dan
mengutamakan peperiksaan di sekolah yang menyebabkan aktiviti berkala pemeliharaan
dan pemuliharaan alam sekitar tidak dapat dilaksanakan.

Sosiologi dan PAS


Isu seterusnya yang dijelaskan ialah relatif sosiologi dan PAS bermula dengan guru
pertama anak-anak sejak dari kecil adalah ibu bapa melalui pendidikan awal alam sekitar
secara tidak formal di rumah yang perlu disemai dan menjadi panduan apabila mereka
dewasa. Pendidikan formal yang seterusnya di sekolah oleh guru berdasarkan kurikulum
KPM serta masyarakat sebagai pelengkap untuk menunjukan teladan yang baik tentang
alam sekitar kepada murid. Tanggungjawab media massa dalam menyalurkan ilmu, berita
dan perkara berkaitan alam sekitar secara meluas serta kerajaan mahupun persatuan bukan
kerajaaan memainkan peranan penting dalam melestarikan alam sekitar (Hidayah et
al.,2019).

Penulis menerangkan Model Awal Tingkah Laku Proalam Sekitar oleh Kollmuss dan
Agyeman (2002), melalui hubungan yang kompleks antara pengetahuan, sikap dan tingkah
laku proalam sekitar. Kepentingan pengetahuan dan kesedaran dalam membentuk sikap
dan tindakan positif terhadap alam sekitar mempunyai dua komponen utama iaitu komponen
kognitif dan efektif. Kedua-dua komponen ini merupakan perkara berkaitan proses
pembelajaran yang mendorong manusia untuk mengikut pengetahuan yang ada dan
perasaan yang terbit terhadap alam sekitar yang akhirnya membentuk kefahaman, nilai dan
sikap terhadap alam sekitar.

Penulis juga menerangkan pendekatan penyampaian ilmu pengetahuan PAS yang


merangkumi tiga elemen penting yang saling berkaitan dalam kurikulum PAS iaitu
pendidikan mengenai alam sekitar, pendidikan untuk alam sekitar dan pendidikan melalui
atau dalam alam sekitar itu sendiri. Penyebaran awal PAS di Malaysia bermula seawal di
prasekolah KPM serta pendidikan Tunjang Sains dan Teknologi yang menerapkan rasa
tanggungjawab paling asas dalam diri kanak-kanak terhadap alam sekitar dan penerokaan
alam sekitar serta habitat menggunakan organ deria untuk menyemai rasa cinta kepada
alam yang merupakan habitat semua jenis hidupan di bumi.

Hasil Kajian
Dapatan kajian menunjukkan bahawa penilaian awal terhadap peranan sosiologi
dalam PAS menunjukan terdapat keperluan untuk meneliti dan menyemak semula aktiviti
yang dirancang terutama di sekolah rendah agar selaras dengan keperluan semasa dan
mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh KPM (1998). Cadangan penulis supaya satu
penilaian keberkesanan dilakukan di sekolah agar segala kelemahan yang timbul dapat
diperbaiki dengan segera bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran alam sekitar
dalam kalangan murid. Ilmu pengetahuan pendidikan alam sekitar kepada pentadbir dan
pemimpin tertinggi sekolah juga perlu ditingkatkan lagi melalui kursus, seminar dan taklimat
agar tanggungjawab dalam meningkatkan usaha kelestarian di sekolah melalui guru dan
murid dapat dilaksanakan.

Kajian juga mendapati terdapat korelatif positif yang ketara antara pemahaman
konsep sosiologi dan kesedaran terhadap isu-isu alam sekitar dimana setiap fungsi sosial
memainkan peranan masing-masing dalam mencapai kelestarian alam. Model kaedah yang
melibatkan pembelajaran formal dan tidak formal menunjukkan potensi untuk meningkatkan
pemahaman dan kesedaran murid terhadap alam sekitar. Hasil kajian ini dapat memberi
panduan kepada guru iaitu agen perubahan untuk menyusun strategi pengajaran yang lebih
efektif dalam memupuk kesedaran dan kelestarian alam sekitar di kalangan murid apabila
komponen kognitif dan afektif saling berkait, seterusnya mewujudkan perasaan sayang
kepada alam sekitar dan menjaga kelestarian alam dengan rela hati.

Anda mungkin juga menyukai