Anda di halaman 1dari 69

KETERANGAN DOKUMENTAR

(DOCUMENTARY EVIDENCE)
KETERANGAN DOKUMENTAR
• Secara amnya, terdapat 4 perkara yang berkaitan dengan
keterangan dokumentar, iaitu:

1. Keterangan primer dan keterangan sekunder


2. Dokumen awam dan persendirian
3. Anggapan tentang dokumen
4. Dokumen yang dikeluarkan oleh komputer
MAKSUD DOKUMEN
• Seksyen 3 memperuntukkan bahawa:

“dokumen” ertinya apa-apa hal yang dinyatakan, diperihalkan, atau bagaimana jua pun digambarkan, atas apa-
apa benda, bahan, barang atau artikel, termasuklah apa-apa hal yang terkandung dalam cakera, pita, filem,
runut bunyi atau apa jua pun peranti lain, dengan menggunakan-

(a) huruf, angka, tanda, simbol, isyarat, lambang, atau apa jua pun bentuk pernyataan, perihalan, atau
gambaran lain;
(b) apa-apa rakaman visual (sama ada imej kaku atau bergerak);
(c) apa-apa rakaman bunyi, atau apa-apa jua pun rakaman elektronik, magnetik, mekanikal atau rakaman
lain dan walau bagaimana jua pun dibuat, atau apa-apa bunyi, dedenyut elektronik, atau apa jua pun data
yang lain;
(d) suatu rakaman, atau pemancaran, dari suatu jarak, apa-apa hal dengan mana-mana, atau apa-apa
kombinasi, cara yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c),

atau dengan lebih daripada satu cara yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d), yang dimaksudkan
untuk digunakan atau yang mungkin digunakan bagi tujuan menyatakan, memperihalkan, atau dengan apa jua
cara sekalipun menggambarkan, hal itu.
KETERANGAN PRIMER &
KETERANGAN SEKUNDER
KETERANGAN PRIMER DAN SEKUNDER
• Dalam mengemukakan sesuatu keterangan dokumentar di mahkamah sebagai kaedah pembuktian,
isu yang lazimnya dibangkitkan adalah tentang status sesuatu dokumen tersebut sama ada
keterangan primer ataupun dokumen sekunder kerana pada amnya, dokumen primer perlu
dikemukakan di mahkamah sebagai pembuktian, kecuali dalam hal keadaan yang dibenarkan oleh
undang-undang.

• Penentuan sesuatu dokumen sebagai keterangan primer dan sekunder amat penting di mahkamah
kerana kedua-duanya mempunyai nilai probatif yang berbeza.

• Dokumen primer sebagai keterangan primer mempunyai nilai probatif yang tinggi kerana dokumen
tersebut ialah keterangan yang terbaik (the best evidence).

• Walau bagaimanapun, keterangan sekunder masih boleh dikemukakan dalam kes di mahkamah
dalam keadaan-keadaan tertentu dengan memberikan justifikasi tentang mengapa keterangan
primer tidak boleh dikemukakan sejajar dengan peruntukan undang-undang.
KETERANGAN PRIMER DAN SEKUNDER
• Terdapat beberapa peruntukan yang berkaitan dengan keterangan primer dan
sekunder dalam Akta 56. Antaranya ialah seksyen 61, seksyen 62, seksyen 63 dan
seksyen 64.

• Seksyen 61 memperuntukkan bahawa kandungan dokumen boleh dibuktikan sama


ada dengan keterangan primer atau dengan keterangan sekunder.

• Seksyen 62 memperuntukkan bahawa keterangan primer ertinya dokumen itu


sendiri yang dikemukakan untuk pemeriksaan mahkamah.

• Seksyen 63 memperuntukkan tentang jenis-jenis keterangan sekunder.

• Seksyen 64 memperuntukkan bahawa dokumen mestilah dibuktikan dengan


keterangan primer kecuali dalam hal yang disebut kemudian daripada seksyen 64.
SEKSYEN 61–
PEMBUKTIAN KANDUNGAN DOKUMEN
• Kandungan dokumen boleh dibuktikan sama
ada dengan keterangan primer atau dengan
keterangan sekunder.
SEKSYEN 62 –
KETERANGAN PRIMER
• Keterangan primer ertinya dokumen itu sendiri yang
dikemukakan untuk pemeriksaan Mahkamah.

• Terdapat 3 Huraian dalam peruntukan ini, iaitu


Huraian 1, Huraian 2 dan Huraian 3.
SEKSYEN 63 –
KETERANGAN SEKUNDER
• Seksyen 63 menjelaskan tentang jenis-jenis keterangan
sekunder.

• Seksyen ini mempunyai beberapa subseksyen, iaitu (a)


hingga (e).

• Senarai ini bukanlah muktamad kerana perkataan


“termasuklah” digunakan dalam seksyen ini.
PP v. Eswadi Abdul Rahim [2018] 1 LNS 240
• The appellant was charged with two counts of offences under section
10(a)(aa) of the Anti-Corruption Act 1997 and was sentenced with 2
years imprisonment for each charge and ordered to pay a fine of
RM10,000.00 in default 6 months imprisonment for the first charge and
RM30,000.00 which is 5 times the value of the gratification with regards
to the second charge. The appellant appealed against both convictions
and sentences.

• The relevant issue in dispute is whether the contents of photostat copy


of several fax copies are admissible under section 65(1) of the Evidence
Act 1950.
PP v. ESWADI ABDUL RAHIM [2018] 1 LNS 240
• In deciding that the accuracy of thermal copies has a high degree of reliability and
accuracy, the court made a reference to her ladyship Mary Lim Thiam Suan J’s
decision in the case of Sinarlim Sdn Bhd v. Medallion Builders Sdn Bhd [2012] 1
LNS 609 which reads “I also have no hesitation in concluding that the faxed copies
are properly admitted in evidence… I have no reason to doubt that such process in
itself insures the accuracy of the copy as seen in the documents received by the
Court on a daily and routine basis…”.

• Hence, in light of both the provision and ratio, the court held that exhibits P12, P17,
and P18 consists of secondary evidence in which the contents of the document are
admissible.
Jadi, bolehkah seseorang mengemukakan
keterangan sekunder sahaja sebagai pembuktian
tanpa mengemukakan dokumen primer terlebih
dahulu?
SEKSYEN 64 –
PEMBUKTIAN DOKUMEN DENGAN KETERANGAN PRIMER

• Dokumen mestilah dibuktikan dengan keterangan


primer kecuali dalam hal yang disebut kemudian
daripada ini.

• Seksyen ini menerapkan prinsip Rukun Keterangan


Terbaik (the best evidence rule).
SEKSYEN 65 –
HAL KEADAAN DOKUMEN SEKUNDER BOLEH DIKEMUKAKAN

• Seksyen 65 memperuntukkan 7 hal keadaan yang


membenarkan pengemukaan keterangan sekunder di
mahkamah.

• Penerimaan keterangan sekunder tersebut tertakluk


pada syarat yang ditetapkan dalam peruntukan ini.
LEE KOK NAM v. PP
[1999] 5 CLJ 283
• Dalam kes ini, Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana memutuskan
bahawa:

Whenever documentary evidence is tendered, the production of the


original document itself is required. S.65 is an exception; but the
burden of proving the circumstances bringing the case within any one
exception is upon the party seeking to adduce the secondary evidence.
TAN SRI TAN HIAN TSIN v. PP
[1978] 1 LNS 199
• Mahkamah telah memutuskan bahawa:

A Photostat, being a copy made from the original by a mechanical


process within the meaning of s. 63(b), is undoubtedly secondary
evidence, and would be available as evidence only “under the
combined provisions of S. 65 and S.63(b).
KPM Khidmat Sdn Bhd v. Tey Kim Suie
[1994] 3 CLJ 1
• Dalam kes ini, Mahkamah Agung menyatakan bahawa keterangan sekunder
dokumen biasa hanya boleh diterima apabila pihak yang ingin
mengemukakannya telah membuktikan bahawa dia tidak mempunyai milikan
atau kawalan ke atas dokumen tersebut dan dia telah melakukan apa yang
boleh dilakukan untuk menghasilkan dokumen tersebut.

• Maka, dapat disimpulkan bahawa keterangan sekunder berkenaan dengan


kandungan sesebuah dokumen tidak boleh diterima oleh Mahkamah
sehinggalah dapat dibuktikan bahawa dokumen asalnya tidak dapat
dihasilkan dan jatuh di bawah satu daripada situasi yang dinyatakan dalam
Seksyen 65.
Tan Sri Tan Hian Tsin v. PP
[1978] 1 LNS 199; [1979] 1 MLJ 73
• Dalam kes tersebut, keterangan sekunder dalam bentuk salinan dokumen
telah diterima oleh Mahkamah selepas Mahkamah Persekutuan berpuas hati
bahawa pencarian yang mencukupi telah dibuat dan dokumen asal tidak
dapat dijumpai.

• Oleh itu, pihak pendakwaan dalam kes ini sepatutnya mestilah memanggil
saksi untuk mengesahkan bahawa satu carian yang mencukupi telah
dilakukan terhadap dokumen asal tersebut di mana saksi tersebut juga
mestilah menerangkan tentang bagaimana dokumen asal itu telah hilang atau
tidak boleh dijumpai.
PEMBUKTIAN TANDATANGAN
DAN TULISAN TANGAN
SEKSYEN 67 –
Pembuktian tandatangan dan tulisan tangan orang

• Jika sesuatu dokumen dikatakan telah ditandatangani atau


telah ditulis keseluruhannya atau sebahagiannya oleh
mana-mana orang, maka tandatangan atau tulisan tangan
mengenai sekian banyak daripada dokumen itu yang
dikatakan sebagai tulisan tangan orang itu hendaklah
dibuktikan sebagai tulisan tangannya.
PEMBUKTIAN TULISAN TANGAN

• Terdapat beberapa cara untuk membuktikan tulisan tangan atau tandatangan


mengikut Akta Keterangan 1950:

(a) by the admission of the person who wrote the signature or writing;
(b) the evidence of a witness who saw the person sign or write the document;
(c) by the evidence of a handwriting expert (s 45 of the Evidence Act 1950);
(d) by the evidence of a witness acquainted with the handwriting of the person with the handwriting
of the person by whom it is supposed to have been written or signed (s 47 of the Evidence Act
1950);
(e) opinion formed by the court on comparison made by itself (s 73 of the Evidence Act 1950); and
(f) by circumstantial evidence.
SEKSYEN 73 –
Perbandingan tandatangan, tulisan atau meterai dengan
lain-lain yang diakui atau dibuktikan
1. Perbandingan tandatangan, tulisan atau meterai dengan
lain-lain oleh saksi atau mahkamah.

2. Mahkamah boleh mengarahkan mana-mana orang yang hadir di


dalam mahkamah supaya menulis apa-apa perkataan atau angka.

3. Seksyen ini juga terpakai, dengan apa-apa ubah suaian yang


perlu, bagi cap jari.
DOKUMEN AWAM &
DOKUMEN PERSENDIRIAN
DOKUMEN AWAM DAN PERSENDIRIAN
• Beberapa isu penting tentang dokumen awam ialah:

1. Apakah dokumen awam?


2. Adakah akses awam kepada sesuatu dokumen merupakan kriteria dalam
menentukan sesuatu dokumen sebagai dokumen awam?
3. Siapakah yang boleh memeriksa dokumen awam?
4. Adakah tertuduh boleh mendapatkan hak untuk memeriksa laporan polis yang
dibuat oleh orang lain terhadapnya?
5. Adakah tertuduh boleh mendapatkan hak untuk memeriksa pernyataan
beramarannya sendiri?
6. Bolehkah tertuduh mendapat hak untuk memeriksa pernyataan saksi?
DOKUMEN AWAM DAN PERSENDIRIAN
• Akta 56 juga mengandungi beberapa peruntukan tentang dokumen
awam (public document).

• Peruntukan undang-undang berkaitan dengan dokumen awam ini amat


penting kerana hak untuk memeriksa dokumen awam tidak diberikan
kepada semua orang.

• Hanya orang yang mempunyai kepentingan yang ketara (tangible


interest) terhadap dokumen awam tersebut boleh mendapatkan hak
untuk memeriksa dokumen berkenaan.
DOKUMEN AWAM DAN PERSENDIRIAN
• Seksyen 74 hingga Seksyen 78A Akta 56 merupakan peruntukan-peruntukan yang
mengawal selia tentang dokumen awam.

• Seksyen 74 menjelaskan tentang jenis-jenis dokumen yang tergolong sebagai


dokumen awam, manakala Seksyen 75 menjelaskan tentang dokumen yang
dikelaskan sebagai dokumen persendirian.

• Seksyen 76 memperuntukkan tentang pemberian salinan diperakui bagi dokumen


awam.

• Seksyen 77 memperuntukkan tentang pembuktian dokumen awam dengan


pengemukaan salinan diperakui, manakala Seksyen 78 memperuntukkan tentang
pembuktian dokumen rasmi yang tertentu.
SEKSYEN 74 –
Dokumen awam

• Dokumen yang berikut ialah dokumen awam:

• (a) dokumen yang mengandungi tindakan atau rekod tindakan—

(i) kuasa pemerintah berdaulat;


(ii) badan rasmi dan tribunal; dan
(iii) pegawai awam, perundangan, kehakiman dan eksekutif, sama ada bagi
Persekutuan atau Negeri atau bagi negara asing; dan

• (b) rekod awam yang disimpan di Malaysia mengenai dokumen persendirian.


Toh Koong Joo v Penguasa Perubatan Hospital
Sultanah Aminah, Johor Bahru [1990]

• A medical report is a public document under


Section 74 of Evidence Act 1950.

• Referring to Section 78(1)(a)(i) of Evidence Act


1950, a medical report can be admissible as a
public document evidence with the evidentiary
statement given.
SEKSYEN 75 –
Dokumen persendirian

• Segala dokumen selain yang disebut dalam seksyen 74


ialah dokumen persendirian.
SEKSYEN 76 –
Salinan yang diperakui bagi dokumen awam
• Tiap-tiap pegawai awam yang mempunyai dalam jagaannya sesuatu dokumen
awam yang mana-mana orang mempunyai hak untuk memeriksa hendaklah
memberi orang itu, apabila diminta, suatu salinan dokumen itu apabila fi di sisi
undang-undang baginya dibayar, berserta dengan suatu perakuan, yang ditulis di
kaki salinan itu, bahawa ia salinan yang benar bagi dokumen itu atau bahagiannya,
mengikut mana-mana yang berkenaan, dan perakuan itu hendaklah ditarikhkan
serta ditandatangani oleh pegawai itu dengan nama dan jawatan rasminya, dan
hendaklah dimeteraikan apabila pegawai itu dibenarkan oleh undang-undang untuk
menggunakan suatu meterai, dan salinan yang diperakui sedemikian hendaklah
disebut salinan diperakui.

• Huraian—Mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk menyerahkan salinan itu


dalam perjalanan biasa tugas rasminya hendaklah disifatkan mempunyai jagaan ke
atas dokumen itu dalam pengertian seksyen ini.
SEKSYEN 77 –
Pembuktian dokumen
dengan pengemukaan salinan diperakui

• Salinan yang diperakui mengikut cara yang dinyatakan


dalam seksyen 76 boleh dikemukakan bagi membuktikan
kandungan dokumen awam atau bahagian dokumen awam
itu yang ia berupa sebagai salinannya.
SEKSYEN 78 –
Pembuktian dokumen rasmi tertentu

• Seksyen 61 memperuntukkan cara membuktikan 6 jenis


dokumen awam yang dinyatakan dalam subseksyen (a)
hingga (f).

• Cara pembuktian yang diperuntukkan dalam seksyen 61


haruslah dipatuhi untuk membolehkan dokumen tersebut
diterima.
SEKSYEN 78A –
Pembuktian dokumen awam yang
dikeluarkan oleh komputer

• Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam


seksyen 77 dan seksyen 78, peruntukan seksyen-
seksyen 90A, 90B dan 90C hendaklah terpakai bagi
dokumen awam.
ANGGAPAN TENTANG
DOKUMEN
ANGGAPAN TENTANG DOKUMEN
• Dalam membincangkan keterangan dokumentar, perhatian juga perlu
diberikan kepada aspek anggapan tentang dokumen (presumption as to
documents).

• Terdapat beberapa peruntukan yang relevan berhubungan dengan anggapan


tentang dokumen dalam undang-undang keterangan.

• Apabila anggapan tentang dokumen dibangkitkan, aspek pembuktiannya


menjadi lebih mudah kerana mahkamah akan menerima dokumen tersebut
menerusi anggapan yang diperuntukkan oleh undang-undang.
ANGGAPAN TENTANG DOKUMEN
• Dalam Akta 56, terdapat 12 peruntukan yang berkaitan dengan anggapan tentang
dokumen, iaitu daripada Seksyen 62 hingga Seksyen 71.

• Contohnya, seksyen 79 memperuntukkan berkenaan dengan anggapan tentang


ketulenan salinan yang telah diperakui.

• Seksyen 80 menjelaskan berkaitan dengan anggapan tentang dokumen yang


dikemukakan sebagai rekod keterangan.

• Seksyen 85 memperuntukkan berkenaan dengan anggapan tentang surat kuasa


wakil.

• Seksyen 88 pula memperuntukkan berkenaan anggapan tentang perutusan


telegraf.
SEKSYEN 79 –
Anggapan tentang ketulenan salinan diperakui
• (1) Mahkamah hendaklah menganggap sebagai tulen tiap-tiap dokumen yang
berupa suatu perakuan, salinan diperakui atau dokumen lain yang ditetapkan oleh
undang-undang boleh diterima sebagai keterangan mengenai apa-apa fakta
tertentu, dan yang berupa diperakui dengan sewajarnya oleh mana-mana pegawai
Kerajaan di dalam atau di luar Malaysia yang diberi kuasa dengan sewajarnya bagi
maksud itu:

Dengan syarat bahawa dokumen itu adalah pada matannya mengikut bentuk dan
berupa disempurnakan mengikut cara yang diarahkan oleh undang-undang bagi
maksud itu.

• (2) Mahkamah hendaklah juga menganggap bahawa mana-mana pegawai yang


olehnya mana-mana dokumen sedemikian berupa ditandatangani atau diperakui
telah memegang, pada masa dia menandatanganinya, jawatan rasmi yang
dinyatakannya dalam dokumen itu.
SEKSYEN 88 –
Anggapan tentang perutusan telegraf
• Mahkamah boleh menganggap bahawa suatu perutusan
yang dihantar dari sesuatu pejabat telegraf kepada orang
yang kepadanya perutusan itu berupa sebagai ditujukan
adalah bersamaan dengan perutusan yang telah
diserahkan untuk dihantar di pejabat yang darinya
perutusan itu berupa sebagai telah dihantar; tetapi
mahkamah tidak boleh membuat apa-apa anggapan
tentang orang yang olehnya perutusan itu diserahkan
untuk penghantaran.
DOKUMEN YANG DIKELUARKAN
OLEH KOMPUTER
DOKUMEN YANG DIKELUARKAN
OLEH KOMPUTER
• Pada masa ini, penggunaan dokumen yang dikeluarkan oleh komputer
merupakan suatu perkara yang sering berlaku di mahkamah.

• Pihak-pihak kepada kes, sama ada kes sivil atau kes jenayah sering
mengemukakan keterangan dalam bentuk dokumen yang dikeluarkan oleh
komputer bagi membuktikan fakta dan penghujahan masing-masing.

• Sehubungan dengan itu, peruntukan berkaitan dengan dokumen yang


dikeluarkan oleh komputer amat mustahak untuk diperuntukkan dalam undang-
undang keterangan.
DOKUMEN YANG DIKELUARKAN
OLEH KOMPUTER
• Lazimnya, keterangan yang dikeluarkan oleh komputer ialah
dokumen.
• Keterangan ini juga tergolong dalam keterangan dokumentar
(documentary evidence).
• Oleh itu, tafsiran “dokumen” yang diberikan oleh Enakmen
Keterangan haruslah dirujuk (seksyen 3 dan Misalan).
• Prinsip am yang berkaitan dengan keterangan dokumentar juga
akan terpakai bagi dokumen yang dikeluarkan oleh komputer.
Tafsiran Komputer
 Seksyen 3 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan bahawa:

“komputer” ertinya suatu peranti elektronik, magnet, optik,


elektrokimia, atau peranti pemprosesan data yang lain, atau
sekumpulan peranti tersaling hubung atau berkait, yang
melaksanakan fungsi logik, aritmetik, storan dan paparan, dan
termasuklah apa-apa kemudahan storan data atau kemudahan
komunikasi yang berkaitan secara langsung dengan atau dikendalikan
bersama dengan peranti atau sekumpulan peranti tersaling hubung
atau berkait itu, tetapi tidak termasuk suatu mesin taip atau mesin
pengatur huruf berautomat, atau suatu kalkulator tangan mudah alih
atau peranti seumpama lain yang tidak boleh diatur cara atau yang
tidak mengandungi apa-apa kemudahan storan data.”
Tafsiran Komputer
 Berdasarkan seksyen 3, komputer ditafsirkan mengikut fungsinya.

 Sesuatu peranti akan dianggap sebagai komputer jika peranti tersebut


mempunyai mana-mana fungsi atau kombinasi mana-mana fungsi
seperti yang berikut:

1. merekodkan;
2. menyimpan;
3. memproses;
4. mendapatkan semula;
5. mengeluarkan apa-apa maklumat.
KERELEVANAN DOKUMEN YANG
DIKELUARKAN OLEH KOMPUTER
• Sesuatu keterangan boleh diterima jika keterangan itu relevan.
• Begitu juga dengan dokumen yang dikeluarkan oleh komputer.
• Dokumen tersebut boleh diterima apabila dokumen itu relevan
kepada kes.
• Oleh itu, pihak yang mengemukakan dokumen tersebut haruslah
menunjukkan bahawa dokumen tersebut relevan dalam mana-mana
peruntukan “kerelevanan” sebelum dokumen tersebut boleh
diterima.
PERUNTUKAN TENTANG DOKUMEN YANG
DIKELUARKAN OLEH KOMPUTER DALAM AKTA 561
• Dokumen yang dikeluarkan oleh komputer ialah keterangan primer. Hal ini jelas
diperuntukkan dalam seksyen 62 Akta Keterangan 1950 (Akta 56). Huraian 3 dalam seksyen
62 memperuntukkan bahawa:

Sesuatu dokumen yang dikeluarkan oleh komputer ialah keterangan primer.

• Walau bagaimanapun, dalam konteks undang-undang keterangan syariah di Malaysia,


tidak ada apa-apa peruntukan khusus dalam Akta 561 yang mengawal selia tentang
dokumen yang dikeluarkan oleh komputer seperti yang terkandung dalam Akta Keterangan
1950 (seksyen 90A, seksyen 90B dan seksyen 90C). Yang ada, hanya di negeri Perak.
SEKSYEN 90A, 90B & 90C AK 1950
• Seksyen 90A ialah peruntukan utama dengan 7 subseksyen
menetapkan keperluan untuk kebolehterimaan dan pembuktian
dokumen yang dikeluarkan oleh komputer.
• Seksyen 90B berkaitan dengan nilai probatif yang perlu
diberikan kepada keterangan tersebut.
• Seksyen 90C memperuntukkan bahawa seksyen 90A dan 90B
hendaklah diutamakan berbanding dengan mana-mana
peruntukan dalam Akta tersebut.
Gnanasegaran a/l Pararajasingam v
Public Prosecutor [1997] 3 MLJ 1
• Hakim Mahkamah Rayuan, Shaik Daud, dalam
penghakimannya menyatakan seperti yang berikut:

Section 90A of the evidence act 1950 makes computerized records made
in the course of its ordinary use admissible if the following is proven, ie
that: (i) the documents were produced by a computer; and (ii) the
computer records are produced in the course of its ordinary use. Proof
can either be by a certificate signed by someone solely in charge of the
computer which produced the printout as required by s. 90A(2) ...
Gnanasegaran a/l Pararajasingam v
Public Prosecutor [1997] 3 MLJ 1
• Hakim Mahkamah Rayuan, Mahadev Shankar pula menyatakan:

Section 90A(1) is an updating of the ‘best evidence rule’ with the realities of
the electronic age, and now it is no longer necessary to call the actual teller
or bank clerk who keyed in the data provided he did so in the course of
ordinary use of the computer ...
Here, the documents were produced by computer in the course of its ordinary
use. The Plaintiff has sufficiently proved the documents with the issuance of
the Section 90A Certificate.
Gnanasegaran a/l Pararajasingam v
Public Prosecutor [1997] 3 MLJ 1
• Shaik Daud Ismail JCA menyatakan bahawa terdapat 2 cara
pembuktian di bawah seksyen 90A:

1. it may be proved by the production of the certificate as required by sub-s (2). -


- This is permissive and not mandatory. This can also be seen in sub-s (4)
which begins with the words 'Where' a certificate is given under sub-s (2) ... or
2. by calling the maker of the document which is the usual method to admit and
prove any form of documentary evidence. Therefore a certificate is not
required to be produced in every case
KEPERLUAN PERAKUAN
(CERTIFICATE)
• Prinsip perundangan yang digariskan dalam kes Gnanasegaran telah
diterima pakai dalam beberapa kes terkemudian termasuklah dalam kes
yang diputuskan olehMahkamah Persekutuan di dalam kes Ahmad Najib b
Aris v. Pendakwa Raya [2009] 2 MLJ 613 menyatakan seperti yang berikut:

“Fakta bahawa dokumen tersebut telah dikeluarkan oleh komputer dalam


perjalanan penggunaannya yang biasa boleh dibuktikan dengan
mengemukakan perakuan di dalam keterangan di bawah Seksyen 90A(2).”
KEPERLUAN PERAKUAN
(CERTIFICATE)
• Dalam kes Mahkamah Rayuan, Telekom Malaysia lwn KLK Elesctronics
[2019] 1 LNS 522, mahkamah menyatakan seperti yang berikut:
From the Notes of Proceedings, learned counsel for the Defendant had commenced questions
for DW3 to verify that he had control over the computer system in order to fulfil the
requirements of section 90A of the Evidence Act 1950, but was stopped by the learned trial
judge who insisted on the production of a certificate nevertheless. The relevant Notes of
Proceedings (date: 29.12.2016 at p 97-100) are reproduced below:
“IDH: Yes, My Lord, Encik Rahman, can I refer you to pages 81 to 85, this is question 12
and answer 12 of your witness statement, pages 81-85 of the Bundle C. Can I have the
originals? Can you confirm that these documents are printed from a system which is
under your control?
DW3: Yes, this is actually a system printed from the-our system, SAP systems ...”
KEPERLUAN PERAKUAN
(CERTIFICATE)
• Satu persoalan yang timbul ialah sejauh manakah perakuan yang
dinyatakan dalam seksyen 90A(2) Akta Keterangan 1950 adalah
mandatori?
• Jika saksi hadir ke mahkamah, maka perakuan tersebut bukanlah
suatu keperluan
– Standard Chartered Bank v Mukah Singh (1996 3 MLJ 240(HC); Gnanasegaran
a/l Pararajasingam v Public Prosecutor (1997 3 MLJ 1(CA); Hanafi bin Mat Hassan
v Public Prosecutor (2006 4 MLJ 134)and Ahmad Najib b Aris v Public Prosecutor
(2007 2 MLJ 505).
SEKSYEN 90A(3)
• Sesuatu perakuan yang diberikan di bawah subseksyen (2)
mencukupi jika suatu hal dinyatakan itu berada dalam pengetahuan
dan kepercayaan orang yang menyatakannya.

• Sesuatu perakuan yang diberikan di bawah subseksyen (2) boleh


diterima sebagai bukti prima facie bagi semua hal yang dinyatakan
dalamnya tanpa bukti tandatangan orang yang memberikan
perakuan itu.
SEKSYEN 90A(4)
• “Jika sesuatu perakuan diberikan di bawah subseksyen (2),
hendaklah dianggap bahawa komputer yang disebut dalam
perakuan itu dalam keadaan yang baik dan beroperasi dengan baik
dari segala segi sepanjang bahagian material tempoh dokumen itu
dikeluarkan.”
• Subseksyen ini berkaitan dengan anggapan bahawa komputer yang
mengeluarkan dokumen tersebut dalam perjalanan penggunaannya
yang biasa berada dalam keadaan yang baik.
Public Prosecutor v Hanafi Mat
Hassan [2003] 6 CLJ 459
1. Di bawah seksyen 90A(1), menjadi prasyarat bahawa bagi menerima dokumen
yang dikeluarkan oleh komputer, dokumen tersebut mestilah dihasilkan oleh
komputer tersebut dalam perjalanan penggunaannya yang biasa.

2. Hal ini boleh dibuktikan dengan memberikan perakuan mengikut seksyen 90A(2)
dan dibaca bersama dengan seksyen 90A(3).

3. Setelah perakuan tersebut diberikan, maka anggapan mengikut seksyen 90A(4)


boleh dibangkitkan.
WhatsApp Messenger
sebagai keterangan digital
Ram Kumar Gopal Ram & Pusparani Selvaraju v. Ram Kailash Gopal Ram
[2016] 1 LNS 1337

 Dalam kes ini, Mahkamah menerima pesanan mesej melalui “WhatsApp


Messenger” antara plaintif dengan defendan sebagai suatu keterangan
yang relevan dan menyokong dakwaan Defendan bahawa motif sebenar
Plaintif membayar deposit rumah tersebut adalah sebagai suatu hadiah
dan bukannya sekadar membayar terlebih dahulu untuk Defendan.

 Oleh itu, inti pati perbualan “WhatsApp Messenger” ialah suatu


keterangan yang relevan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 yang
mengiktiraf keterangan yang boleh menujukkan motif sebagai suatu
keterangan yang relevan.
Tengku Ezuan Ismara Tengku Nun Ahmad & Anor
v Lim Seng Choon David

 Mahkamah menerima masuk dokumen yang mengandungi pesanan mesej


“WhatsApp Messenger” yang dihantar oleh Plaintif sebagai suatu keterangan
kerana pesanan mesej tersebut relevan dengan fakta persoalan, iaitu sama ada
pesanan mesej merupakan suatu notis yang mencukupi di bawah fasal 7
Perjanjian Pemegang-pemegang Saham dalam kes ini.

 Selain itu, mahkamah menerima masuk dokumen tersebut kerana identiti nama
serta nombor telefon Plaintif dan Defendan boleh disahkan berpandukan
dokumen tersebut. Oleh itu, dokumen tersebut bukan sahaja relevan di bawah
seksyen 5 Akta Keterangan 1950 (fakta persoalan) malah relevan di bawah
seksyen 9 Akta yang sama (identiti).
Mok Yii Chek v Sovo Sdn Bhd & Ors [2015] 1 LNS 448

 Mahkamah Tinggi menggariskan tiga pillihan untuk membuktikan bahawa


dokumen yang mengandungi perbualan “WhatsApp Messenger”
sememangnya merupakan keterangan dokumen yang dihasilkan oleh
komputer. Tiga pilihan tersebut boleh diringkaskan seperti yang berikut:

i. memanggil individu yang bertanggungjawab dalam menguruskan komputer


tersebut untuk memberikan keterangan lisan di bawah seksyen 90A (1); atau
ii. kemukakan perakuan di bawah seksyen 90 A(2); atau
iii. menggunakan anggapan di bawah seksyen 90A (6).
Check-in Baggage Tags
sebagai Keterangan Digital
Public Prosecutor v Goh Hoe Cheong & Anor [2007] 7 CLJ 68

 Dalam kes ini, pihak pendakwaan mengemukakan keterangan


komputer dalam bentuk “check-in baggage tags.”

 Namun, mahkamah menolak keterangan tersebut kerana


ketiadaan perakuan mengikut seksyen 90A(2) atau keterangan
lisan bagi membuktikan rantaiaan jagaan beg-beg tersebut
terhadap tertuduh.
Nombor Siri Wang dalam Komputer
sebagai Keterangan Digital
Lau Chee Kai v Public Prosecutor [2011] 9 CLJ 619

 Kes penculikan - timbul persoalan sama ada nombor siri wang yang dimasukkan ke
dalam komputer memenuhi syarat di bawah seksyen 90A?

 Dalam kes ini, ada 2 pegawai bank yang terlibat. Cuma, yang dipanggil hanya
seorang.

 Mahkamah memutuskan bahawa kesaksian secara lisan oleh salah seorang daripada
dua pegawai itu cukup untuk membuktikan bahawa cetakan komputer dihasilkan oleh
komputer dalam perjalanan penggunaannya yang biasa.
Skype Chat
sebagai Keterangan Digital
Navi & Map Sdn Bhd v Twincie Sdn Bhd & Ors
[2010] MLJU 1210; [2011] 7 CLJ 764

 Dalam kes ini, “Skype chat” telah dikemukakan sebagai keterangan. Perakuan telah
diberikan oleh pakar bukti digital daripada Jabatan Forensik Digital di Cyber Security
(PW4).

 Namun, mahkamah memutuskan bahawa perakuan itu tidak sah kerana PW4 bukan
pegawai yang bertanggungjawab untuk proses pengurusan dan analisis komputer
yang menghasilkan “Skype chat” berkenaan.

 Tambahan pula, perakuan tersebut tidak mengesahkan bahawa dokumen tersebut


berada dalam keadaan baik. Ada juga sebahagian “Skype chat” yang hilang.
Public Prosecutor v Hanafi Mat Hassan [2003] 6 CLJ 459

1. Di bawah seksyen 90A(1), menjadi prasyarat bahawa bagi menerima dokumen yang
dikeluarkan oleh komputer, dokumen tersebut mestilah dihasilkan oleh komputer
tersebut dalam perjalanan penggunaannya yang biasa.

2. Hal ini boleh dibuktikan dengan memberikan perakuan mengikut seksyen 90A(2) dan
dibaca bersama dengan seksyen 90A(3).

3. Setelah perakuan tersebut diberikan, maka anggapan mengikut seksyen 90A(4) boleh
dibangkitkan.
RUMUSAN –
SKOP SEKSYEN 90A
1. Section 90A(1): proof of document produced by computer –
exception to hearsay rule
2. Section 90A(2): proof by way of certificate
3. Section 90A(3): the certificate is prima facie proof
4. Section 90A (4): Presumption of “good working order”
5. Section 90A(5): with or without human intervention
6. Section 90A(6): Presumption of “in the course of its ordinary use”
7. Section 90A(7): Rule against self-corroboration
RUMUSAN –
SKOP SEKSYEN 90A
 Tiga cara untuk membuktikan dokumen yang dikeluarkan oleh
komputer ialah:

1. Keterangan lisan– seksyen 90A(1)


2. Perakuan – seksyen 90A(2)
3. anggapan – seksyen 90A(6) – boleh dibangkitkan apabila cara
1 dan 2 tidak ada dapat digunakan
Sekian,
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai