Anda di halaman 1dari 9

MALAYSIA

DALAM MAHKAMAH SESYEN 2 ALOR SETAR


DIDALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN
PERBICARAAN NO: KA-63AP-1-04/2019
ANTARA
PP LAWAN
ABDUL MOHAMED BIN ABDUL RAZAK
(660630-07-5159)

HUJAHAN PENDAKWAAN DI AKHIR KES


PEMBELAAN

PEGAWAI PENDAKWA : MIOR MOHAMMAD NAZREY BIN AROBI


MUHAMMAD NIZAM B. AMIR

1
1] PENDAHULUAN

Dengan izin Tuan Hakim,kes ini telah ditetapkan untuk perbicaraan


sebelum ini di peringkat pembelaan sehinggalah rakan bijaksana
peguam menutup kes pada 30.Mei.2022. Dalam kes ini Pengarah
Syarikat Thohaa One Mart, yang dikenali sebagai Abdul Mohamed B.
Abdul Razak (660630-07-5159) telah dipertuduhkan di bawah
Subseksyen 21 (2) Akta Kawalan Harga Dan Antipecatutan 2011 yang
mana oks telah gagal mematuhi arahan Penolong Pengawal melalui
notis yang dikeluarkan bertarikh 15.112016 untuk melengkapkan
maklumat dan mengemukakan dokumen yang diminta dalam
tempoh 7 hari bekerja iaitu sehingga 24.11.2016.

2] PERTUDUHAN

2.1 “Bahawa kamu pada 25.11.2016, di premis Thohaa One Mart,


No.22 Taman Pelangi 2, di dalam Daerah Kulim, dalam Negeri kedah
didapati telah gagal mematuhi arahan Penolong Pengawal melalui
notis yang dikeluarkan dibawah Subseksyen 21(2) Akta Kawalan
Harga Dan Antipencatutan 2011 bertarikh 15.11.2016 untuk
melengkapkan maklumat dan mengemukakan dokumen yang
diminta dalam tempoh 7 hari bekerja iaitu sehingga 24.11.2016 dan
oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah
Seksyen 21(5) Akta Kawalan harga Dan Antipecatutan 2011 dan
boleh dihukum dibawah Seksyen 57(a) Akta yang sama’’
2.2 Subseksyen 21(2) (a) Akta Kawalan Harga Dan Antipecatutan
2011 menyatakan bahawa walau apa pun peruntukan mana-mana
undang-undang bertulis lain, Penolong Pengawal, dengan notis
bertulis, boleh mengarahkan mana-mana orang untuk memberi
Penolong Pengawal, dalam tempoh masa dan mengikut cara dan

2
bentuk yang dinyatakan dalam notis itu,apa-apa maklumat atau
dokumen yang disebut dalam subseksyen(1).

2.3 Seksyen 21(5) Akta Kawalan Harga Dan Antipecatutan 2011


memperuntukan:-bahawa mana-mana orang yang enggan atau tidak
mematuhi arahan yang dibuat oleh Penolong Pengawal dibawah
seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

2.4 Keterangan-keterangan diatas telah memperjelaskan yang


mana intipati-intipati pihak pendakwaan adalah langsung tidak dapat
dicabar oleh Peguam bijaksana. Tidak ada sebarang keterangan yang
dapat disangkal oleh saksi pembelaan (oks sendiri) berhubung
dengan penerimaan keatas P23 yang mana menjadi tanggungjawab
beliau untuk kemukakan kembali maklumat sepertimana
yangdipohon oleh saksi Pendakwaan(SP5) KETIKA Prosiding
perbicaraan.(QUOTE BALIK KETERANGAN RAZAK)
3] SAKSI-SAKSI PEMBELAAN

3.1 Pihak pembelaan telah mengemukakan seorang saksi dalam


kes ini iaitu oks sendiri dengan memberi keterangan bersumpah dari
kandang.Selain dari itu Pihak Pembelaan memasukkan Laporan-
laporan kesihatan oks.Sebelum Peguam bijaksana pohon untuk
laporan-laporan kesihatan tadi diterima dan ditanda sebagai ‘’P’’,
Pegawai pendakwa telah membantah dan Mahkamah Mulia telah
bersetuju dengan bantahan yang dibuat, maka kesemua laporan-
laporan tadi hanya dijadikan “ID”.

3.2 Tuan hakim sekiranya kita merujuk kembali berhubung dengan


status-status laporan kesihatan oks, tidak keberatan pihak
pendakwaan berhujah bahawa ianya hanya “hearsay” semata-mata.

3
Sekiranya dirujuk laporan kesihatan dari Hospita KPJ, ‘’maker’’ atau
‘’dokter’’ yang mengeluarkan laporan berkenaan tidak dipanggil
untuk meberi keterangan. Sekiranya dilihat pada tarikh yang
dikeluarkan laporan berkenaan, ianya dikeluarkan pada bulan Jun dan
tahun 2014. Ianya langsung tidak ada kena-mengena dengan tarikh
penerimaan P22 dan P23 atau dalam ertikata lain oks sememangnya
orang yang bertanggungjawab menerima dokumen berkenaan. Bagi
Laporan-laporan kesihatan dari Hospital-hospital yang lain ianya
dikeluarkan selepas pertuduhan keatas oks dikenakan. Sekali lagi
pihak pendakwaan berhujah yang mana kesemua laporan-laporan
kesihatan oks dari hospital-hospital yang lain telah ditandakan
sedagai “ID’’ dimana kesahihan laporan-laporan adalah boleh
diragukan dan tidak boleh diterima sebagai keterangan.

4] BEBAN PEMBUKTIAN UNDANG-UNDANG

4.1 Standard pembuktian diakhir kes pembelaan : SEKSYEN 173 (m)


KANUN TATACARA JENAYAH memperuntukan:

(i) At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the
evidence adduced before it and shall decide whether the
prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.
(ii) If the Court finds that the prosecution has proved its case
beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused
guilty and he may be convicted on it and the Court shall pass
sentence according to law.
(iii) If the Court finds that the prosecution has not proved its case
beyond reasonable doubt, the Court shall record an acquittal.

4
4.2 Di peringkat ini, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan
kes Prima Facie terhadap Oks. Oleh yang demikian Oks mestilah
menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan,
kegagalan pembelaan berbuat demikian maka Mahkmah Mulia ini
boleh mensabitkan Oks dengan pertuduhan.

4.3 Dalam kes ini adalah dihujahkan bahawa berdasarkan


keterangan saksi-saksi pendakwaan,Pendakwaan telah berjaya
membuktikan kes Beyond Reasonable doubt dan pihak pembelaan
telah gagal mengemukakan sebarang keraguan yang boleh
menjejaskan kes pendakwaan.

4.4 Bagi definisi Beyond Reasonable Doubt dan reasonable doubt


boleh dirujuk dalam kes PUBLIC PROSECUTOR v SAIMIN & ORS
(1971) 2MLJ menyatakan:

“The following of “reasonable doubt” is often quoted:


“It is not mere possible doubt,because everything relating to
human affairs and depending upon moral evidence is open to
some possible or imaginary doubt.It is state of the case which
after the entire comparison and consideration of all the
evidence leaves the minds of the jurors in that condition to a
moral certainty of the truth of the charge.
It has again said that ‘reasonable dobt’ is the doubt which
makes you hesitate as to the correctness of the conclusion
which you reach.If under your oaths and upon your
consciences,after you have fully investigated the evidence and
compared it in all parts,you say to youselft I doubt if he is
guilty,then it is a reasonable doubt.It is a doubt which settles in
your judgment and finds a resting place there.”Or as
sometimes said,it must be a doubt so solemn and substantial
as to produce in the minds of the jurors some uncertainty as to

5
the verdict to be given.A reasonable doubt must be a doubt
arising from the evidence or want of evidence and cannot be
an imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence.

5] HUJAHAN PENDAKWAAN TERHADAP KES PEMBELAAN

Tuan Hakim, sekiranya kita lihat kembali semasa prosiding


perbicaraan, apa yang cuba diketengahkan oleh rakan bijaksana
peguam melalui SPB1 adalah bersifat “hearsay” semata-mata. Ini
merujuk kepada Buku Undang-undang EVIDENCE PRACTISE AND
PROCEDURE THIRD EDITION yang telah dibuat oleh Yang Arif Hakim
TUAN AUGUSTINE PAUL:

MEANING OF HEARSAY:
Hearsay evidence is evidence that is not direct.Direct evidence is the
testimony of a person who testifies directly to the court in pursuance
of his own knowledge of a fact or observation of a fact.Evidence that
is not direct is what a witness testifies in court about what he heard
from a third party who is not himself called as a witness.The evidence
of such a witness is inadmissible to prove the truth of the fact
stated.This is most common from of hearsay.The reference to a
statement made to a witness by a person who is not himselft called
as a witness means that the rule applies to what can be described as
firsthand hearsay.

Dengan rendah diri pihak pendakwaan memohon agar Mahkamah


mulia untuk merujuk kepada satu kes yang telah berlaku di Negara
kita dimana telah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia iaitu satu
kes pembunuhan berhubung dengan wanita rakyat Mongolia yang
dikenali sebagai Altantuya Shaaribu yang mana telah diputuskan di

6
Mahkamah Persekutuan oleh Yang Amat Arif Tun Ariffin Bin Zakaria
di dalam PP v Azilah Hadri & Anor.Dengan merujuk di Para 48:

Suffice if we state that we unable to agree with the Court Of


Appeal’s view that D428 is admissible per se already proved.
We hold that PW75’s opinion of the statutory requirement of
the station diary, and his confirmation of the similarity of D428
(it being a copy) with the original station diary entry, did not
necessarily establish the truth of its contents. He was never the
maker of the entry. Only the maker could confirm the truth of
the entry and unless proven by the maker the content of D428
remains hearsay.
Di dalam kes yang sama, sepertimana yang telah dinyatakan oleh
Yang Arif Tun Arifin Bin Zakaria, CJ di para 46:

It is settled law that where a document is sought to be proved


in order to establish the truth of the fact contained in it, The
maker has to be called (see R v Gillespie (1967) 51 Cr App Rep
172; R v Plummer (1814) R&R 264: Hill v Baxter [1958] 1 QB
277; R v Moghal (1977) Crim LR 373). Non Compliance with this
rule will result in the contents of the documents being hearsay.
The evidential effect of a document which has not been
properly proved was described by Adoolcader J (as he then
was) in PP v Datuk Haji Harun Bin Haji Idris & ORS (1977) 1 MLJ
180 at Page 183 in the following terms:
It is necessary to refer to certain exhibits which have been put
in the course of these proceedings for identification but have
not in fact been proved as they should have been and are
accordingly not exhibits in the strict sense and cannot the form
part of the record in this case, namely, D41 and D43 which were

7
both put in for identification only and which are the audited
accounts and annual report of the Bank for the years 1973-
1974 and 1972 respectively. As these two Exhibits have not
been proved and properly admitted as such, they must in the
ultimate analysis be discounted and I shall accordingly
disregard references to them and also all oral testimony as well
adduced in relation there to………………

Rujukan kes-kes tadi telah menjelaskan bahawa sepatutnya kesemua


doktor-doktor yang bertanggungjawab mengeluarkan laporan-
laporan yang telah dikemukakan oleh Pihak Pembelaan di panggil
untuk memberi keterangan dan sekiranya kesemua doktor-doktor
berkenaan tidak dipanggil untuk memberikan keterangan maka
laporan-laporan kesihatan Oks hendaklah kekal sebagai “Hearsay”.
Kenapa pihak Pendakwaan berhujah sedemikian? Adalah kerana
berlandaskan satu prinsip iaitu “The Maker Has Not Been Called“.

Pihak Pendakwaan juga menjemput Mahkamah Mulia melihat satu


kes rujukan yang telah diputuskan di Mahkamah Persekutuan, LEONG
HONG KIE v PUBLIC PROSECUTOR and TAN GONG WAI v PUBLIC
PROSECUTOR:

Dan Yang Arif Hakim Mahkamah persekutuan, Yang Arif Pear


Seah telah memutuskan bahawa:
‘’In our opinion, another reason is the danger hearsay evidence
may be concocted, fabricated and tailored to suit the witness
testimony. Notwithstanding this general rule certain exceptions
are set out in section 32 of the evidence Act 1950’’

8
Tuan Hakim, rujukan-rujukan kes-kes di atas tadi telah secara
totalnya memperjelaskan yang mana keterangan oks bagi
memasukkan laporan-laporan kesihatan beliau adalah rekaan
semata-mata. Pihak pendakwaan berhujah yang mana sekiranya
diambil kira laporan kesihatan beliau adalah tidak langsung
menunjukkan yang mana tarikh-tarikh tersebut sama dengan tarikh
penerimaan P22 dan P23. Sememangnya oks adalah orang yang
menerima P22 dan P23 dan atas penerimaan P23 adalah cukup bagi
Pihak Pendakwaan berhujah yang mana beliau merupakan orang
yang bertanggungjawab selaku pemilik Syarikat Thohaa One Mart.

Anda mungkin juga menyukai