Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL

VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKANMALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62804 PUTRAJAYA

LATIHAN AMALI

NAMA PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRONIK

SEMESTER 1

KOD DAN NAMA KURSUS CEB1124 PENGUJIAN PAPAN LITAR TERCETAK (PCB)

1. Pengujian Komponen Elektronik.


2. Pengasingan Bahagian Elektronik Bermasalah.
STANDARD KANDUNGAN
3. Penyediaan laporan aktiviti pengujian bahagian
elektronik.

BIL LATIHAN AMALI


4/4 BIL MUKA SURAT 01 daripada 7

TAJUK:
LAKUKAN PROSES SOLDERING DAN DESOLDERING

TUJUAN:
TUJUAN PEMBELAJARAN
Pelatih-pelatih mesti boleh:
1. Lakukan proses tinning.
2. Lakukan soldering dan desoldering pada Papan Litar Bercetak [Printed Circuit Board
(PCB)].
CEB1124 PENGUJIAN PAPAN LITAR
KOD DAN NAMA KURSUS Muka Surat 2 / 7
TERCETAK (PCB)

ARAHAN :
Anda dikehendaki menjalankan aktiviti pemasangan komponen pada PCB. Anda perlu
menggunakan peralatan pematerian (soldering) untuk melakukan pemasangan komponen pada
PCB tersebut dengan mematuhi cara kerja, penggunaan peralatan dan bahan mengikut prosedur
yang telah ditetapkan tanpa mengabaikan aspek-aspek keselamatan

LUKISAN, DATA DAN JADUAL:

Rajah 1: Contoh Litar yang Telah Dipateri

PERALATAN, KELENGKAPAN DAN BAHAN

KUANTITI
BIL BAHAN UKURAN
(Bahan:Calon)

1 Wayar (jumper) 1cm 1:1


2 Printed Circuit Board (PCB) - 1:1
3 Komponen (LED, resistor, bateri) - 1:1
4 Timah (lead) - 1:1

KUANTITI
BIL PERALATAN / PERKAKASAN UKURAN
(Peralatan:Calon)

1 Soldering iron unit 1:1


2 Solder lead unit 1:1
3 Sucker
4 Cutter unit 1:1
5 Long Nose unit 1:1
CEB1124 PENGUJIAN PAPAN LITAR
KOD DAN NAMA KURSUS Muka Surat 3 / 7
TERCETAK (PCB)

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA

SIKAP
a) Berkemahiran dalam menyedia ruang kerja dan peralatan
dan bahan.

KESELAMATAN
Keselamatan diri
a) Pastikan soldering iron dalam keadaan baik dan selamat.
b) Jangan bermain atau bergurau semasa memegang
soldering iron.
c) Jangan cuba menyentuh tip pada soldering iron yang panas
atausolder lead yang cair.
d) Selalu gunakan soldering iron stand.
e) Elakkan daripada menghidu bau asap solder lead.
f) Elakkan daripada terkena sisa bola lead panas yang jatuh.

Keselamatan peralatan
a) Jangan jatuhkan soldering iron.
b) Letakkan soldering iron di tempat yang selamat.
c) Jangan letakkan soldering iron yang panas berhampiran
dengan peralatan lain.

Keselamatan komponen
a) Pastikan penggunaan soldering iron yang betul dari segi
watt dan bentuk tip.
b) Gunakan heatsink seperti long nose atau twizzer untuk
mengepit komponen yang hendak dipateri.
c) Pastikan pemasangan komponen yang betul.
d) Jangan memateri (solder) komponen terlalu lama.
e) Bagi PCB jaluran kuprum halus, gunakan solder wick.

PERSEKITARAN
a) Pastikan bengkel sentiasa bersih.
CEB1124 PENGUJIAN PAPAN LITAR
KOD DAN NAMA KURSUS Muka Surat 4 / 7
TERCETAK (PCB)

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA

1) Lakukan proses 1.1) Panaskan soldering iron (soldering iron yang diletakkan pada
tinning. soldering stand).
1.2) Salut mata soldering iron dengan lead.
1.3) Gunakan lead untuk membersihkan mata soldering iron
seperti pada Rajah 2.

Rajah 2: Proses Tinning

2) Lakukan soldering 2.1) Buat kerja soldering.


dan desoldering a) Bersihkan mata dan panaskan soldering iron.
pada Papan Litar b) Uji soldering iron menggunakan lead.
Bercetak [Printed c) Kemaskan kaki komponen.
Circuit Board d) Solder kaki komponen dengan memenuhi kaki
(PCB)]. komponen. Pastikan tidak terlalu banyak atau sedikit
seperti pada Rajah 3.
e) Potong kaki komponen atau wayar yang berlebihan
menggunakan cutter.

NOTA:
Solder yang baik adalah kuat, nipis dan mempunyai
permukaan yang berkilat.
CEB1124 PENGUJIAN PAPAN LITAR
KOD DAN NAMA KURSUS Muka Surat 5 / 7
TERCETAK (PCB)

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA

Rajah 3: Teknik Soldering

2.2) Buat kerja penanggalan pateri (desoldering).


a) Panaskan sambungan lead.
b) Sedut lead dengan menggunakan sucker seperti pada
Rajah 4.
c) Pecahkan pateri asal.
d) Tanggalkan komponen.
CEB1124 PENGUJIAN PAPAN LITAR
KOD DAN NAMA KURSUS Muka Surat 6 / 7
TERCETAK (PCB)

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA

Rajah 4: Teknik Desoldering

SOALAN
1) Apakah proses yang digunakan untuk menguji dan membersihkan mata tip soldering
iron?
2) Apakah langkah yang diperlukan untuk membuat soldering dan desoldering?
CEB1124 PENGUJIAN PAPAN LITAR
KOD DAN NAMA KURSUS Muka Surat 7 / 7
TERCETAK (PCB)

SENARAI SEMAK KERJA

Bil Terima Tidak Catatan


Tahap Pencapaian
Terima

A. PROSES KERJA
• Papan PCB untuk kerja soldering
disediakan mengikut arahan kerja.
• Kerja soldering dilakukan mengikut
prosedur.
• Kerja desoldering dilakukan mengikut
prosedur.

B. HASIL KERJA - PRODUK/PERKHIDMATAN/KEPUTUSAN


• Solder komponen kemas dan
mencukupi.
• Komponen ditanggalkan..

C. SIKAP
• Menjaga kebersihan persekitaran tempat kerja.
• Peralatan dikendalikan dengan cermat.
• Rajin, tekun dan sabar.

D. KESELAMATAN & PERSEKITARAN


• Prosedur keselamatan dipatuhi.

.................................................. ....................................................
(Tandatangan dan Nama Pelatih) (Tandatangan dan Nama Pengajar)

Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai