Anda di halaman 1dari 10

1.

5 Anuiti
1.5.1 Pengenalan anuiti biasa
Perbincangan annuiti dimulakan dengan hubungan antara nilai masa depan (FV)
dan nilai kini (PV) dalam teori kewangan. Ini bermakna proses pengkompaunan adalah
bersalingan dengan proses pendiskaunan.
Secara am, anuiti ialah suatu siri bayaran atau penerimaan tunai secara berkala
dalam jumlah yang sama yang dibuat pada selang jarak masa yang sama untuk tempoh
tertentu.
Annuiti digunakan dalam semua bidang perniagaan dan perdagangan. Contoh-
contoh anuiti ialah bayaran pembelian kenderaan, bayaran sewa rumah, bayaran premium
atas insuran dan sebagainya.
Contoh anuiti:
Pembayaran RM1000 pada setiap akhir tahun selama 3 tahun dengan kadar faedah tahunan
8%.

Konsep Anuiti
Aliran tunai yang pelbagai seperti anuiti biasa, anuiti matang dan anuiti tertunda
merupakan konsep nilai masa wang bagi memudahkan pengiraan nilai masa depan(FV) dan
nilai kini (PV).
Pengiraan anuiti bagi setiap pembayaran atau simpanan dikenakan faedah adalah
berdasarkan kiraan faedah kompaun. Amaun anuiti adalah hasil tambah kesemua amaun
kompaun bagi setiap pembayaran atau simpanan yang dibuat.
Kekerapan pengkompaunan akan mempengaruhi nilai masa depan (FV) atau nilai
kini (PV) sesuatu amaun. Kriteria utama dalam aliran tunai terdiri daripada :
• aliran tunai dengan amaun yang sama;
• jarak masa antara setiap aliran tunai tersebut adalah sama;
• tempoh aliran tunai itu berlaku dalam tempoh yang tertentu.

24
Garis masa bagi satu contoh anuiti dapat dilihat seperti dibawah:

R R R R R di
mana,
R = amaun aliran tunai (sama ada penerimaan atau pembayaran) yang seragam
i = kadar faedah atau kadar diskaun
n = tempoh anuiti

n
Nilai masa depan , FV =PV ( 1+i )

FV
Nilai kini , PV =
( 1+i )n

Anuiti Biasa (Ordinary annuity) adalah bayaran-bayaran dibuat pada setiap akhir masa
faedah kompaun. Anuiti biasa juga dikenali sebagai anuiti serta merta. Anuiti biasa
adalah anuiti yang berlaku pada setiap akhir tempoh pembayaran atau penerimaan
tunai. Contoh anuiti biasa adalah seperti cukai pintu, cukai tanah, pelan anuiti
persaraan, pembayaran balik pinjaman bank dan sebagainya.

1.5.2 Jumlah anuiti atau Nilai Masa Depan (Future Value) - FV


Nilai masa depan anuiti biasa bermaksud amaun yang terkumpul di masa depan
hasil daripada siri pembayaran atau penerimaan dalam jumlah yang sama yang dibuat pada
akhir setiap tempoh untuk beberapa tahun yang tertentu termasuk faedah yang diperolehi.
Nilai masa depan adalah nilai sejumlah wang yang terkumpul pada masa akan
datang bagi sejumlah wang hari ini. Nilai masa depan anuiti adalah amaun yang terkumpul
di masa depan hasil daripada satu siri aliran tunai yang seragam berlaku pada selang jangka
masa yang sama berdasarkan kadar faedah tertentu.

Jumlah anuiti (FV) adalah hasil tambah amaun kompaun untuk kesemua bayaran
yang dikumpulkan sehingga ke akhir tempoh anuiti. Sebagai contoh, satu anuiti RM100 yang
dibayar pada setiap penghujung tahun selama 5 tahun dan kadar faedah 5 % , maka:

25
n
Sn=R ( 1+i )

( bayaran R=100 yang pertama dikompaun sebanyak n=4 kali )


4
S4 =100 ( 1+0.05 ) =121.55

( bayaran R=100 yang ke-2 dikompaun sebanyak n=3 kali )


3
S3=100 ( 1+0.05 ) =115.76

( bayaran R=100 yang ke-3 dikompaun sebanyak n=2 kali )


2
S2=100 ( 1+0.05 ) =110.25

( bayaran R=100 yang ke-4 dikompaun sebanyak n=1 kali )


1
S1=100 ( 1+0.05 ) =105

( bayaran R=100 yang ke-5 TIDAK dikompaun kerana bayaran pada hujung tahun, maka n=0)
0
S0 =100 (1+ 0.05 ) =100

FV =S 4 +S 3 +S 2 +S 1 +S 0

¿ 121.55+115.76 +110.25+105+ 100


¿ RM 552.56

1.5.3 Jumlah Nilai Kini (Present Value) - PV

26
Nilai kini anuiti (PV) biasa bermaksud jumlah penyimpanan atau pelaburan sejumlah
wang sekarang secara berkala pada satu kadar faedah tertentu dalam satu tempoh
tertentu bagi menyamai jumlah masa akan datang. Proses mencari nilai semasa disebut
sebagai pendiskaunan.

Bayaran berkala (R)


Dalam topik ini, anuiti ialah satu siri bayaran atau deposit berkala (R) , biasanya
sama, yang dibuat pada selang-selang masa yang tertentu. Sebenarnya anuiti digunakan
dalam semua bidang perniagaan dan perdagangan. Pinjaman juga biasanya dijelaskan
dengan anuiti. Begitu juga dengan tabung pelaburan.
Contoh-contoh anuiti ialah bayaran premium atau insurans, bayaran sewa rumah,
bayaran ansuran kerana pembelian sewa beli dan sebagainya.
Pengiraan anuiti berbeza dengan pengiraan faedah kompaun kerana anuiti
melibatkan bayaran berkala sementara faedah kompaun dikira ke atas satu amaun
prinsipal sahaja.

Jumlah faedah (i).


Secara am, anuiti merujuk kepada satu siri pembayaran atau simpanan tunai yang
seragam dibayar pada selang masa yang sama untuk satu tempoh yang tertentu.
Penerimaan RM500 di akhir setiap tahun sepanjang 10 tahun, gaji bulanan, bayaran
balik pinjaman kereta/rumah, potongan gaji bulanan untuk simpanan Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) boleh digolongkan dalam anuiti.
Faedah kompaun adalah faedah yang diperolehi daripada faedah. Bagi simpanan
yang melebihi tempoh 1 tahun, faedah bagi tahun ke-2 adalah berdasarkan amaun yang
terkumpul pada akhir tahun pertama, faedah pada tahun ke-3 pula berdasarkan jumlah
yang terkumpul pada akhir tahun ke-2 dan seterusnya.
Anuiti melibatkan faedah kompaun di mana bayaran berkala dibuat dalam sesuatu
tempoh masa. Dalam pengiraan faedah kompaun, sejumlah wang yang tertentu dilaburkan
dan faedah akan dikira berdasarkan jumlah pembayaran atau simpanan dan faedah.

NILAI MASA DEPAN / FUTURE VALUE (FV)


27
Zarina mendepositkan sebanyak RM100 ke dalam bank A. Deposit
dibuat setiap hujung tahun dengan kadar faedah kompaun 5% setahun.
Berapakah jumlah yang diterima di penghujung 5 tahun?
R=100, i=0.05, n=5, FV=?

Kaedah garis masa:

n
R
FV R ( 1+i )

0
100 ( 1+0.05 ) =100.00 100
1
100 ( 1+0.05 ) =105.00 100
2
100 ( 1+0.05 ) =110.25 100
3
100 ( 1+0.05 ) =115.76 100
4
100 ( 1+0.05 ) =121.55 100

Jumlah yang diterima di Jumlah deposit


penghujung 5 tahun: selama 5 tahun:
PV nR=(5)(100)
FV =100.00+105.00 ¿ RM 500
+110.25 +115.76
+121.55 Jumlah faedah
Pengkompaunan diterima:
¿ RM 552.56 I =FV −nR=552.56−500=RM 52.56

Kaedah rumus:

FV =R [ i ] [
( 1+i )n−1
=100
( 1+0.05 )5−1
0.05 ]
= RM 552.56

NILAI KINI / PRESENT VALUE (PV)

28
Salim perlu membayar sebanyak RM250 setiap hujung tahun selama 5
tahun untuk menjelaskan hutang dengan kadar faedah kompaun 8%
setahun. Berapakah nilai semasa hutang tersebut?
R=250, i=0.08, n=5, PV=?

Kaedah garis masa:

−n
R
FV R ( 1+i )

−5
250 ( 1+0.08 ) =170.15 250
−4
250 ( 1+0.08 ) =183.76 250
−3
250 ( 1+0.08 ) =198.46 250
−2
250 ( 1+0.08 ) =214.33 250
−1
250 ( 1+0.08 ) =231.48 250

Jumlah hutang yang Jumlah bayaran


dipinjam: selama 5 tahun:
PV nR=(5)(250)
PV =170.15+183.76 ¿ RM 1250
+198.46+ 214.33
+231.48 Jumlah faedah
Pendiskaunan yang dibayar:
¿ RM 998.18
I =nR−PV =1250−998.18=RM 251.8

Kaedah rumus:

[ ] [ ]
−n −5
1−( 1+i ) 1− (1+ 0.08 )
PV =R =250 = RM 998.18
i 0.08

Annuiti

29
[ ] [ ]
−n
( 1+i )n−1 1− (1+i )
FV =R PV =R
i i

Jika situasi melibatkan kekerapan kompaun, i dan n perlu digantikan


dengan rumus dibawah:
r
i=
m

n=mt

Contoh 1:

Berapakah nilai semasa bagi satu siri aliran tunai sebanyak RM250 bagi setiap akhir tahun selama 4
tahun dengan kadar faedah yang ditentukan sebanyak 8% setahun?

R=250 ,i=0.08 , n=4 , PV =?

[ ]
−n
1−( 1+i )
PV =R
i

[ ]
−4
1−( 1+0.08 )
¿ 250
0.08

¿ RM 828.03

Contoh 2:

Syarikat BB bercadang untuk melabur RM500 ke dalam akaun simpanan pada penghujung setiap
tahun selama 4 tahun bermula setahun dari sekarang. Pihak pengurusan menjangkakan kadar
pulangan sebanyak 5% ke atas akaun simpanan tersebut. Kirakan amaun yang akan terkumpul dalam
akaun tersebut pada akhir tahun ke-4.

R=500 ,i=0.05 ,n=4 , FV =?

FV =R [
( 1+i )n−1
i ]
¿ 500[( 1+ 0.05 )4 −1
0.05 ]
¿ RM 2155.06

30
Contoh 3:

Seorang pelabur mendepositkan RM1000 dalam satu institusi perbankan. Bayaran dibuat setiap
hujung tahun. Sekiranya wang yang didepositkan menerima faedah kompaun 6% setahun,
berapakah jumlah yang diterima di penghujung 10 tahun?

R=1000 ,i=0.06 , n=10 , FV =?

FV =R [ ( 1+i )n−1
i ]
¿ 1000 [ ( 1+ 0.06 )10−1
0.06 ]
¿ RM 13180.79

Contoh 4:

Tentukan amaun anuiti jika RM400 didepositkan pada hujung setiap suku tahun untuk tempoh
selama 2 tahun dengan kaedar faedah 9% setahun dikompaunkan setiap suku tahun.

0.09
R=400 , i= =0.0225 , n=2 × 4=8 , FV =?
4

FV =R [
( 1+i )n−1
i ]
¿ 400 [
( 1+0.0225 )8−1
0.0225 ]
¿ RM 3463.66

31
Contoh 5:

Berapa tahun diperlukan untuk En Ali mengumpul RM30,000 sekiranya dia menyimpan RM1500
setahun dengan kadar faedah 9%?

R=1500 ,i=0.09 ,n=? , FV =30,000

FV =R [ ( 1+i )n−1
i ]
30,000=1500 [ ( 1+0.09 )n−1
0.09 ]
30,000 n
× 0.09=( 1.09 ) −1
1500
n
1.8=( 1.09 ) −1
n
1.8+1= ( 1.09 )
n
2.8=( 1.09 )
n
log 2.8=log ( 1.09 )
log 2.8=nlog ( 1.09 )
log 2.8
n=
log 1.09
¿ 11.95=12 tahun
Contoh 6:

Kiki memerlukan tabungan bernilai RM10,000 untuk menjelaskan yuran pengajian memasuki
universiti dalam masa 7 tahun. Berapakah yang perlu disimpan pada akhir setiap tahun pada kadar
8% untuk membolehkan dia memulakan pengajian?

R=? , i=0.08 , n=7 , FV =10,000

FV =R [
( 1+i )n−1
i ]
10,000=R [
( 1+0.08 )7−1
0.08 ]
10,000=R (8.9228)
10,000
R=
8.9228
¿ RM 1120.72
Latihan

32
1. Andaikan hari ini adalah 1 Januari 2017. Encik Samad bercadang untuk melabur sebanyak
RM300 pada akhir setiap tahun selama 5 tahun bermula setahun dari sekarang. Kadar
pulangan adalah 8% setahun. Berapakah jumlah yang terkumpul pada akhir tahun ke-5?

[RM 1759.98]

2. Katakan anda bercadang melabur RM400 ke dalam akaun simpanan pada penghujung setiap
tahun selama 10 tahun bermula dari sekarang. Pihak bank menjangkakan kadar pulangan
sebanyak 5% ke atas akaun tersebut pada tahun ke 10. Kirakan amaun yang akan terkumpul
dalam akaun simpanan tersebut.

[RM 5031.16]

3. Anda mendepositkan sebanyak RM100 pada akhir setiap tahun selama 3 tahun secara
berterusan dalam akaun yang membayar faedah tahunan sebanyak 10%. Berapakah nilai
depan bagi anuiti ini?

[RM 331]

4. Berapakah jumlah yang perlu dilaburkan setiap tahun pada kadar faedah berkompaun 8%
setahun selama 10 tahun untuk mengantikan peralatan kilang yang kos jangkaan lebih 20%
berbanding kos asal iaitu RM50 000.

[RM 4141.77]

5. Anda membuat pinjaman perseorangan berjumlah RM15 000. Kadar faedah 4% setahun
untuk tempoh 4 tahun. Berapakah bayaran ansuran tahunan?

[RM 4132.35]

6. Andaian anda ingin melabur dalam satu pelaburan yang menjanjikan pulangan sebanyak
RM500 pada penghujung setiap tahun selama 3 tahun. Maka, aliran tunai ini adalah
berbentuk anuiti 3 tahun. Sekiranya kadar faedah adalah 10%, berapakah kos pelaburan
tersebut?

[RM 1243.43]

7. Mimi memerlukan RM15 000 setiap tahun bagi tiga tahun akan datang untuk membayar
yuran pengajian universiti. Dia perlukan RM15 000 tepat dalam masa setahun. Jika dia
menyimpan wang tersebut dalam akaun simpanan yang menghasilkan 8% faedah yang
dikompaunkan setiap tahun, berapakah yang Mimi perlu ada dalam akaunnya pada hari ini?

[RM 38 656.45]

8. Jimie membayar RM433.21 setiap bulan untuk satu pinjaman bernilai RM10000 dengan
kadar faedah 6% dikompaunkan secara bulanan. Cari bilangan bayaran yang perlu dibuat
oleh Jimie?
[n=25 ]

33

Anda mungkin juga menyukai