Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS

Majlis Perasmian Penutupan dan Simbolik Sambutan


Bulan Kebangsaan Tahun 2023 Peringkat KEMAS Daerah
Zon 1 (Kepong, Batu, Segambut)

Teks Pengacaraan
Bil Nama
PERARAKAN MASUK TETAMU JEMPUTAN
1

Mengumumkan ketibaan ENCIK ASRI BIN


SALEH PENGARAH KEMAS WILAYAH
PERSEKUTUAN
2
Dipohon agar tetamu jemputan dan hadirin-
3 hadirat sekalian untuk terus berdiri bagi
menyanyikan 3 buah lagu Negaraku, Maju &
Sejahtera dan TABIKA Kita.

LAGU NEGARAKU
LAGU WP
LAGU TABIKA KITA

4 Terima kasih di atas nyanyian lagu-lagu tersebut.


Hadirin-hadirat dijemput duduk.

Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI

YANG BERUSAHA,
ENCIK ASRI BIN SALEH
PENGARAH KEMAS WILAYAH
PERSEKUTUAN

YANG DIHORMATI,
ENCIK KAMARUL BIN MOHAMMED NUWAWI
PEGAWAI KEMAS DAERAH ZON 1

PUAN ARLIZAH BT MARUWEE ,


PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK KEMAS ZON 1

PEGAWAI- PEGAWAI ZON 1,


PENDIDIK-PENDIDIK MASYARAKAT ZON 1,
PPMS, TUAN-TUAN, PUAN-PUAN DAN KANAK-
KANAK YANG DIRAIKAN SEKALIAN.

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KE MAJLIS


PERASMIAN PENUTUPAN DAN SIMBOLIK
SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN
2023 PERINGKAT KEMAS DAERAH ZON 1
(KEPONG, BATU, SEGAMBUT)

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat rahmat.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi memberkati majlis yang berbahagia ini,


majlis dengan sukacitanya mempersilakan
SAUDARA ZAKARIA BIN ISMAIL untuk
memimpin bacaan doa.
Majlis dengan penuh takzimnya
mempersilakan…..
BACAAN DOA

Aamiin..Aamiin YaRobbal alamin.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
SAUDARA ZAKARIA BIN ISMAIL atas pimpinan
bacaan doa tersebut.

Hadirin Hadirat yang dimuliakan,

Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.
Majlis mempersilakan Yang dihormati ENCIK
KAMARUL BIN MOHAMMED NUWAWIL
PEGAWAI KEMAS DAERAH ZON 1
untuk ucapan kata aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.....

UCAPAN KATA ALUAN PEGAWAI KEMAS


DAERAH ZON 1 WP

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Yang Dihormati ENCIK KAMARUL BIN
MOHAMMED NUWAWIL
PEGAWAI KEMAS DAERAH ZON 1
Di atas ucapan kata alu-aluan sebentar tadi.

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Seterusnya,majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan ENCIK ASRI BIN SALEH,
PENGARAH KEMAS WILAYAH
PERSEKUTUAN, untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan MAJLIS
PERASMIAN PENUTUPAN DAN SIMBOLIK
SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN
2023 PERINGKAT KEMAS DAERAH ZON 1
(KEPONG, BATU, SEGAMBUT)
Dengan segala hormatnya dipersilakan….

UCAPAN PENGARAH KEMAS WP

Dipohon agar ENCIK ASRI BIN SALEH terus


berada di atas pentas. Dijemput ENCIK
KAMARUL BIN MOHAMMED NUWAWIL untuk
sama2 ke pentas bagi mengiringi Pengarah
Kemas Wilayah Persekutaan kita.

Terima kasih kepada Yang Berbahagia ENCIK


ASRI BIN SALEH atas ucapan perasmian
sebentar tadi.

PENGARAH RASMI PENUTUPAN MAJLIS

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Kini, tibalah kita ke upacara Penyampaian Hadiah


& Cenderahati kepada peserta Hari Potensi
Kanak-kanak Tabika dan Taska Kemas Zon 1.

TABIKA
1-Bilal Cilik (Lelaki)
1) ………………………………………………….
2) ………………………………………………….
3) ………………………………………………….

2-Ustazah Junior (Perempuan)


1) ………………………………………………….
2) ………………………………………………….
3) ………………………………………………….

3-Story Telling (Lelaki)


1) ………………………………………………….
2) ………………………………………………….
3) ………………………………………………….

4- Story Telling (Perempuan)


1) ………………………………………………….
2) ………………………………………………….
3) ………………………………………………….

5-Pidato (Lelaki)
1) ………………………………………………….
2) ………………………………………………….
3) ………………………………………………….

6-Pidato (Perempuan)
1) ………………………………………………….
2) ………………………………………………….
3) ………………………………………………….

7-Tarian (3 Kumpulan)
1) ………………………………………………….
2) ………………………………………………….
3) ………………………………………………….

TASKA
1-Hufaz Cilik (2 Orang)
1) ………………………………………………….
2) ………………………………………………….

2-Si Cilik Pintar (2 Kumpulan)


1) ………………………………………………….
2) ………………………………………………….
PENYAMPAIAN SIJIL

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


ENCIK ASRI BIN SALEH diatas penyampaian
hadiah kepada para peserta Hari Potensi Kanak-
kanak Tabika dan Taska Kemas Zon.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Sebelum kita menutup Majlis pada hari ini


Dipohon agar tetamu jemputan dan hadirin-
hadirat sekalian untuk berdiri bersama-sama
untuk menyanyikan 2 buah lagu Saya Anak
Malaysia dan Jalur Gemilang sempena
SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN
2023.
Diminta hadirin berdiri..

LAGU SAYA ANAK MALAYSIA


LAGU JALUR GEMILANG

Bersyukur kini kami panjatkan,


Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan….

Tenang-tenang air di kali


Tempat mandian putra puteri
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi

Sekian sahaja dari kami berdua,


Assalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai